Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, June 28, 2012 | 7:01 PM
Setiap manusia telah ditentukan rezeki masing-masing oleh Tuhan. Allah maha adil dan tak bersikap kejam kepada hambanya. Jika kita selalu dapat rezeki dan kebaikan ,Alhamdulillah. Tetapi jika rezeki susah untuk datang kepada kita, cuba lihat balik pada diri kita sendiri . Mungkin ada kesilapan yang menutup hijab dan menjadi dinding yang menghalang rezeki masuk
Jom kita tengok 8 sebab rezeki susah masuk.
1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Ada tak ciri ciri ini dalam diri kita? Kalau ada , mungkin boleh bertindak untuk buang atau kurangkan. InsyaAllah rezeki akan lebih mudah datang kepada kita. Apa yang paling penting berdoa dan bersyukur dengan apa yang Tuhan dah kurniakan kepada kita. Apa yang diberi adalah yang terbaik untuk kita. Sekian .
Updated via Blackberry.Maaf kalau ada typo dantak ada gambar. Tak tahu macammana nak paste gmbar dalam hp.
Sepanyol mengesahkan tempat ke aksi final Euro 2012 apabila menumpaskan Portugal 4-2 menerusi tendangan penalti selepas terikat 0-0 tamat masa tambahan di Stadium Donbass Arena, sebentar tadi.
Perlawanan penuh dramatik itu berakhir menerusi penalti kemenangan Cesc Febregas selepas Bruno Alves gagal menyempurnakan penalti untuk Portugal.
Sebelum itu penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas menyelamatkan penalti Joao Moutinho, diikuti tendangan Alves terkena palang gol.
Lawan Sepanyol di final Isnin ini sama ada Itali atau Jerman yang akan bertemu pada satu lagi perlawanan separuh akhir, pagi esok.
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, June 27, 2012 | 11:10 AM
keratan akhbar dari harian Metro hari ini.
Disebalik kontroversi yang melanda pasangan suami isteri , bekas pemain badminton, Jailani Sidek dan pengarah filem Raja Azmi, setelah bermacam macam tohmahan masyarakat dan berkali kali dihujani kontroversi , akhirnya pasangan tersebut mengambil keputusan terakhir untuk bercerai . Raja Azmi akan memfailkan perceraianya hari ini atas sebab tertentu.
Keputusan tersebut diambil sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan segala kekusutan yang timbul selama perkahwinan mereka. Akhbar Harian Metro menyebut, Raja Azmi mengambil keputusan berkenaan bagi menjaga nama baik Jailani Sidek dari terus diburukkan oleh persepsi masyarakat dan menjaga namanya.
“Saya tak sanggup lagi mendengar tohmahan masyarakat yang menuduh dan menghina suami sebagai dayus. Fitnah juga tidak putus-putus melanda rumahtangga kami hingga hubungan kami suami isteri tidak lagi seperti dulu
Proses memfailkan perceraian pasangan ini akan diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada hari ini dan kami mendoakan semoga segala proses perceraian berjalan dengan baik. Semoga kedua dua pasangan ini tabah menghadapi dugaan mendatang. Mungkin jalan terakhir ini dapat menyelesaikan segala kekusutan dan kekacauan yang timbul selama ini. Apapun jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kami di BlogHafizRahman mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Sesungguhnya tiada pasangan yang mengimpikan perpisahan dalam hubungan tetapi kadangkala keadaan tidak mengizinkan dan sesuatu seperti ini terpaksa dilakukan.
Kawasan membeli belah terkenal di ibu kota Kuala Lumpur iaitu Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) yang menjadi tempat kunjungan warga kota untuk mendapatkan keperluan mereka, mungkin hanya akan tinggal kenangan selepas kerajaan mengumumkan plaza membeli belah tersebut terpaksa dirobohkan bagi memberi peluang kepada pembinaan Projek MRT . Berikut adalah sisipan artikel berkaitan yang disediakan oleh Harian Metro berhubung isu ini.
KUALA LUMPUR: Kawasan Bukit Bintang, di sini bakal kehilangan satu tarikan apabila Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) yang berusia lebih 30 tahun dan menjadi antara pilihan pengunjung ibu kota, diruntuhkan bagi memberi laluan kepada projek Myrapid Transit (MRT).
Difahamkan, kerja meruntuh pusat beli-belah milik Uda Holdings Bhd (Uda) itu akan dijalankan awal tahun depan seperti dirancang, namun peniaga yang menyewa di situ sudah diarah mengosongkan bangunan menjelang Disember ini.
Perkara itu disahkan Naib Presiden Kanan Pengurusan Hartanah Uda, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman yang menjelaskan kedudukan sebenar kepada 167 penyewanya dengan 60 peratus Bumiputera, selepas timbul beberapa kekeliruan.
“Mereka (penyewa) terkejut seperti kita terkejut apabila diberitahu perlu berbuat demikian (mengosongkan bangunan untuk diroboh)...menyerahkan ikon kita (ibu pejabat Uda di situ) yang sudah berada 38 tahun kepada projek ini.
“Tetapi, sebagai syarikat di bawah Kementerian Kewangan, kita akur projek ini adalah penting dan secara keseluruhanpun penyewa bersetuju ia adalah agenda nasional. BB Plaza perlu diruntuh untuk pembinaan stesen MRT yang mungkin terbesar di sini.
“Memang wujud kekeliruan apabila laporan sebelum ini menyebut BB Plaza tak perlu diroboh sedangkan dalam mesyuarat terakhir bersama MRT Corporation (MRT Corp) jelas kita perlu keluar pada hujung tahun ini. Bukan penyewa saja malah kami di bangunan Uda sendiri.
“Berikutan itu, pihak kami adakan perjumpaan bersama penyewa selepas mereka sebelum ini menghantar memorandum dan diberitahu (menerusi media) BB Plaza tak perlu dikosongkan. Kekeliruan itu diperjelaskan,” katanya.
Beliau ditemui pada sidang media selepas sesi dialog bersama penyewa BB Plaza yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan Uda, Ahmad Abu Bakar, di sini semalam.
Laporan media sebelum ini menyebut MRT Corp sebagai berkata, hanya lima kios dan pemilik kedai yang beroperasi di laluan pejalan kaki di hadapan BB Plaza perlu ‘dibersihkan’ menjelang hujung bulan ini bagi membolehkan kerja awal pembinaan stesen dijalankan jangkaan mulai 2 Julai.
Notis mengenai pembangunan itu sudah diedar kepada penyewa selain bahagian lain yang terbabit adalah sebahagian tempat meletak kenderaan aras bawah tanah BB Plaza. Peniaga di dalam bangunan tidak perlu pindah, melainkan jika pembangunan semula dijalankan.
Bagaimanapun, MRT Corp tidak berhasrat memiliki bangunan berkenaan atau membangunkannya semula, namun terdapat beberapa pihak sudah menyatakan hasrat untuk tujuan berkenaan termasuk Tradewinds Corporation Bhd.
Menjelaskan lebih lanjut, Syed Ahmad Nazri berkata, setakat ini tiga penyewanya di laluan pejalan kaki sudah menerima notis berpindah sebelum akhir Julai, manakala penyewa lain khususnya di dalam bangunan tidak diarah berbuat demikian sehingga hujung tahun.
“Penyewa menuntut bertemu dan berbincang dengan MRT Corp. Kami akan aturkan dan perlu seminggu untuk mengurus pertemuan berkenaan. Itu keutamaan kami. “Sama ada perlunya penyewa dipindahkan ke tempat lain, buat masa ini pusat perniagaan lain yang ada seperti di Kompleks Pertama dan Pudu Sentral tiada kekosongan, tetapi berjanji akan mengutamakan peniaga ini sekiranya mereka dipindahkan.
“Penyewa juga menuntut kami menyampaikan kepada MRT Corp supaya projek di lambatkan (sehingga Aidilfitri) dan kita akan cuba meminta ditunda. Tapi, projek ini pun telah tertangguh selama sembilan bulan. Apapun, itu keutamaan kami (minta tangguh kerja pembinaan),” katanya.
Peniaga terpaksa akur kerana mungkin pembinaan MRT akan lebih memberi banyak kebaikan kepada penduduk warga kota . Lagipun banyak lagi pusat membeli belah lain yang wujud dan akan wujud di sekitar KL . Jadi rasanya satu dirobohkan untuk kebaikan jangka masa panjang penduduk, tak ada salahnya.
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, June 26, 2012 | 3:11 PM
Penyanyi yang popular dengan alunan berunsur islamik dan mempunyai suara yang sungguh merdu, Sammi Yusuf bakal mengadakan konsert pertama beliau di Malaysia. Konsert ini akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 14 Julai 2012 yang akan datang.
"Konsert Salaam Sami Yusuf" ini juga bakal menampilkan artis dari Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang baru baru ini telah merakamkan sebuah lagu bersama Sami Yusuf bertajuk "You Came To Me" .
Salah sebuah lagu Sammi Yusuf iaitu Asma Allah yang sangat menyentuh perasaan sesiapa yang mendengarnya. Cuba dengar dan hayati keindahannya.
"Saya telah menunggu selaama 8 tahun untuk mengadakan konsert di Malaysia dan ianya pasti akan menajadi sesuatu yang bermakna " kata beliau.
Sammi Yusuf pernah dinobatkan sebagai "Islam's Biggest Rock Star"oleh majalah TIME apabila rekodnya terjual sebanyak 250000 di Istanbul , Turki. Konsert ini juga bakal menampilkan kolaborasi akustik bersama kumpulan MOHRAM dari Malaysia . Konsert ini adalah sebahagian dari "Karnival Salaam" yang berlangsung dari 13-15 Julai 2012 di Stadium Malawati Shah Alam .
Tiket tiket konsert boleh mula dibeli secara online di AirAsia Redtix. Maklumat lanjut berkaitan pembelian tiket sila layari laman dibawah :
cara kira gaji sistem ssm, pelarasan gaji baru kakitangan awam 2012,gaji polis 2012, gaji tentera 2012,pekeliling ssm polis, pekeliling ssm tentera, jadual gaji terkini struktur gaji SSM , pelarasan gaji SSM, pembayaran gaji SSM, SBPA Batal, jadual gaji terkini SSM, jadual gaji ganti sbpa, jadual gaji ssm, jadual gaji kakitangan awam 2012, jadual gaji 2012, jadual gaji ssm 2012,gaji skim saraan malaysia, skim saraan malaysia baru ,pekeliling gaji penjawat awam, pekeliling perkhidmatan ssm 2012, cara kira gaji ssm 2012,
Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib telah mengumumkan pemansuhan Skim SBPA untuk penjawat awam yang telah diperkenalkan sebelum ini dan telah digantikan dengan penambahbaikan dalam Sistem sedia ada iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Antara pelarasan dan penambahbaikan dalam SSM:
Kenaikan sebanyak RM80 hingga RM320 setahun bagi Gred 1 hingga Gred 54(KGT).
Manakala kadar kenaikan gaji tahunan bagi JUSA dan ke atas adalah kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.
Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan GRED 1 hingga GRED 54
Pelarasan dibuat adalah berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Anda juga boleh rujuk pekeliling yang dikeluarkan untuk muat turun :
Bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012. Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing. Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula.
rumah siti nurhaliza, rumah banglo siti nurhaliza, rumah mewah siti nurhaliza, rumah siti nurhaliza dan datuk k, rumah datuk k, rumah banglo mewah, rumah milik siti nurhaliza, banglo siti nurhaliza, banglo siti di bukit antarabangsa, banglo siti di cameron, rumah siti di pahang
Semua mungkin sudah sedia maklum , Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya , Dato' K mempunyai beberapa hartanah dan rumah diseluruh Malaysia dan luar negara. Kekayaan pasangan suami isteri ini tidak boleh disangkal dengan kekayaan mencecah jutaan ringgit . Pelaburan hartanah pada masa kini memang menguntungkan. Jadi memiliki sebanyak mungkin rumah bukanlah sesuatu yang merugikan. Dan yan penting, ianya datang dari hasil titik peluh mereka bekerja keras selama ini.
Jom kita saksikan 4 buah rumah Siti Nurhaliza yang dimilikinya di Malaysia
rumah Siti Nurhaliza di Cameron Highland
rumah asal Siti Nurhaliza di Pahang yang diubahsuai menjadi sebuah banglo mewah dan dihuni oleh ibunya ketika ini.
ini pula Rumah utama Datuk K dan Siti Nurhaliza yang terletak di kawasan penempatan elit di Bukit Antarabangsa. Rumah ini adalah antara kediaman termewah dikawasan tersebut dan boleh diumpamakan sebuah mahligai dan bukannya rumah biasa.
dan terakhir adalah rumah banglo Siti Nurhaliza di Cheras.
Siapa sangka, seorang gadis kampung yang dulunya hanya menjual kuih bagi membantu keluarga, kini merupakan seorang wanita elit yang berjaya dan memiliki kekayaan yang diidamkan oleh semua orang. Ditambah dengan perkahwinannya bersama seorang usahawan berjaya di Malaysia. Mungkin ramai gadis mengidamkan menjadi seperti Siti Nurhaliza. Apapun , hanya usaha yang kuat dan berterusan sahaja mampu menjadikan anda seperti beliau. Apapun Siti Nurhaliza memang seorang artis yang aku sangat salute sebab disebalik kekayaan dan kejayaan yang dimiliki, beliau masih seorang yang merendah diri dan tidak bermegah dengan kekayaanya.
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, June 25, 2012 | 10:09 PM
Pelawak terkenal tanah air , Saiful Apek kini boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret membebaskan beliau dan 3 rakan dari sabitan memiliki dadah dan memasukkan dadah ganja ke dalam badan , dua tahun lalu.
Majistret, Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan tersebut selepas pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti dalam kes prima facie terhadap beliau. Saiful Apek atau nama sebenarnya, Mohamad Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, bersama Shaiful Baharom, 25, Shah Zainatull Eshan Al Muazam Shah Yahya, 29, serta Noremy Mohamad, 29, dituduh memasukkan ganja ke dalam badan 2 tahun lalu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya , jam 11.00 malam, 12 Jun 20120.
Insiden tersebut ternyata memburukkan nama dan imej beliau sebagai seorang artis. Kini Apek boleh menarik nafas lega apabila nama dan imejnya kini bersih dari tuduhan tersebut.
kerja kosong hairstylist area shah alam, job vacancies hairstylist, kerja kosong area shah alam, kerja kosong gaji tinggi, iklan kerja kosong shah alam.
IKLAN JAWATAN KOSONG HAIRSTYLIST
Manja Hair Saloon & Beauty Center memerlukan staff iaitu hairstylist & tukang gunting rambut (lelaki dan perempuan) yang mempunyai pengalaman dengan kadar SEGERA!!
Maklumat berkaitan:
Staff lelaki dan perempuan diperlukan.
Tempat kerja di Kompleks PKNS, Shah Alam (Seksyen 14, Pusat Bandar).
Elaun dan Komisyen kepada pekerja.
Gaji berdasarkan pengalaman bekerja sebagai hairstylist.
GAMBAR pada 22 Jun menunjukkan lelaki kudung kedua-dua kakinya, Spencer West tiba di puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.
MONTREAL, Kanada - Seorang lelaki yang kudung kedua-dua belah kaki berjaya menakluk puncak tertinggi di Afrika, Gunung Kilimanjaro, sekali gus menyangkal dakwaan beberapa doktor bahawa dia tidak akan dapat berfungsi dan menyumbang kepada masyarakat.
Spencer West, 31, hilang kakinya ketika masih kanak-kanak akibat penyakit genetik, sacral agenesis yang menyebabkan bahagian bawah badannya lumpuh.
Namun, warga bandar Toronto di Kanada itu tidak membiarkan kecacatan itu menghalangnya.
Dia tiba di puncak Kilimanjaro, pada ketinggian sekitar 6,000 meter dari aras laut, Selasa lepas.
"Mendaki Gunung Kilimanjaro merupakan perkara paling mencabar yang pernah saya lakukan, baik dari sudut fizikal atau pun mental.
"Namun, dengan berbuat demikian kita sedar betapa pentingnya untuk kita percaya kepada diri sendiri dan orang lain," kata West kepada agensi berita AFP dari Nairobi, Kenya.
"Saya memanjat menggunakan tangan. Ia memberi tekanan ke atas bahagian tersebut serta bahu saya," tambahnya.
Sepanjang pendakiannya, West ditemani oleh dua sahabat baiknya, David Johnson dan Alex Meers. Matlamat mereka adalah untuk mengumpul dana buat Free the Children, sebuah pertubuhan yang membekalkan air bersih kepada beratus-ratus orang di Kenya.
Kenya mengalami kemarau terburuk dalam tempoh 60 tahun pada 2011.
Misi itu berjaya mengumpul lebih AS$500,000 (RM1.59 juta) untuk pertubuhan amal tersebut.
Dia mendaki Kilimanjaro berkenaan pada Selasa lepas dan tiba di kemuncak gunung berkenaan tiga hari kemudian. - AFP
*Sedangkan beliau yang kudung boleh capai kejayaan yang boleh dianggap mustahil, inikan pula kita yang cukup sempurna . Bukan suatu alasan untuk capai kejayaan. Hanya usaha yang menentukan kejayaan atau kegagalan. Never say Never.
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, June 24, 2012 | 10:58 PM
Berita yang baru diterima berkaitan Pilihanraya Mesir 2012. Alhamdulillah calon dari Ikhwanul Muslimin iaitu Dr. Mohammad Morsi memenangi pilihanraya Presiden Mesir. Sesungguhnya detik kemenangan ini adalah detik yang ditunggu tunggu oleh rakyat Mesir setelah sekian lama rejim Mubarak memerintah Mesir. InsyaAllah dengan kemenangan ini, sinar Islam di Mesir akan kembali bercahaya . Dan diharap dengan kemenangan ini, landskap politik Mesir akan menjadi lebih baik .
Keputusan penuh tersebut diumumkan oleh pengerusi pilihanraya Presiden Mesir , Farouk Sultan . Dr Mohamad Morsi memenangi 51.7% undi berbanding lawannya , General Ahmad Shafik yang mendapat undian sebanyak 48.3 % . Sejurus selepas keputusan diumumkan, seluruh penduduk Mesir yang berhimpun di Dataran Tahrir bersorak kegembiraan dengan menyebut nama "Morsi" .
Apa perasaan anda wahai wanita jika suami anda menampar anda ketika sedang bersanding? Bayangkan ,baru nak mulakan hidup bersama pasangan, beum pun lagi selesai majlis perkahwinan dah kena penampar sebijik. Anda tentukan sendiri lelaki jenis apa ini selepas menonton video ini.
Pihak kami tak pasti di negara mana berlaku insiden ini, mungkin di India atau Bangladesh. Dan tak pasti apa sebenarnya salah perempuan tu. Tapi yang pasti, dia ditampar lepas lelaki tu suapkan makanan. Mungkin dia tergigit jari lelaki tu kot. Namun yang pastinya , lelaki ni memang kurang ajar dan biadap sebab sanggup menampar isteri ketika bersanding. Entah apa pulak akan dibuat selepas kahwin nanti. Mahunya disepak terajang sebagai hobi masa lapang.Kalau pun ada perempuan tu buat salah, tunggu la kejap lepas habis majlis tu.
kebanyakan dari kita hanya mengambil tahu tentang hari kelahiran menggunakan kalendar masihi sahaja dan hanya sedikit dari kalangan kita sahaja tahu bila sebenarnya tarikh lahir mengikut kalendar Hijrah Islam.
Perlawanan suku akhir antara Sepanyol dan Perancis semalam menyaksikan kedua dua pasukan berentap merebut slot ke separuh akhir dan salah satu pasukan akan bertemu sama ada England atau Italy.
Perlawanan menyaksikan Sepanyol menjaringkan gol pertama seawal minit ke 19 menerusi tandukan Xabi Alonso yang menewaskan penjaga gol Perancis . Gol tersebut kekal sehingga minit ke 90 apabila Xabi Alonso sekali lagi menjaringkan gol ke dua pada minit ke 91 menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan. Menerusi kemenangan ini, Sepanyol akan bertemu
Keputusan Akhir Sepanyol vs Perancis
Spain 2 - 0 France
Berikut adalah video jaringan Sepanyol vs Perancis 23 Jun 2012 dalam aksi suku akhir EURO 2012.
Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud:“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi)
Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“
Kajian Mengenai Bahaya Seks Ketika Haid
Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD)dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.
Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan,menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian farajadalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita.
Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haidmeningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita diChester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa.
Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat.
Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovaridilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina.
Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu.
Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan.
Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak,“Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?”Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari)