Dapat 2 Tiket Free Dari Nuffnang Plus Naik Ferrari Dengan Nuffnang!!!!WOWWW!!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, February 19, 2011 | 9:44 PM

masa check email pagi tadi. dapat satu message from nuffnang as below
image
waaa besnya dapat tiket free. Dua plak tu . Bleh bawak pasangan sorang and yang bessnya tengok wayang di TGV 1st Avenue tuhhh.Ada sofa macam nie



sumpah tidor time tengok wayang nie..haha..tapi tak pasti la pulak nuffnang book bilik yg ada sofa macam nie or bilik biasa ja . Aku pun tak pernah sampai TGV nie. jarang masuk Penang sangat. kalau ada kerja baru aku lepak sana.

and sekarang aku tak tahu nak join or tak screening tu sebab takut ada projek kena buat. Aduiiii……ETR lagi. nak kena ke Maybank buat interview lagi..pastu nak kena ke HSBC Amanah. buat interview jugak..adussss..

tapi dalam dok konpius2 pun aku dah confirm dah tiket tu dengan nuffnang. Jahat betul la..hahahahah..insyaAllah boleh ‘kot’. Masih mencari pasangan untuk pegi. Kalau my girl dapat pegi bess gak. Dia belanja.lalalala…ahahahahaha

dan pasal tajuk ferrari tu pulak bukan aku nak tipu tapi betul la..tengok sini

image

ini yang aku snap dari facebook group 1st Avenue Mall Penang 
dan ini yang lagi menariknya…

From KL to PG, 1st avenue
More than 20 units Mixture of Porsche, Lamborghini & Ferraris (park in front of 1st avenue - Magazine Road)
Date: 26 Feb 2011 (sat)
Time: 12pm till 5pm

ada Lamborghini dengan Ferrari punya convoy tuhh..masa and tarikh pulak sama dengan tarikh screening tuh..memang terbaik lahhh. Tapi masih dilema boleh p or tak..daeymmmmmmm!!!

p/s : ada nak ikut aku tak?hehee=)
9:44 PM | 3 comments | Read More

Contest Review Blog Kak Ina Kl Dot Com

 
dah lama tak join contest walaupon aku selalu promot contest blogger di SINI. So hari ni aku nak join satu contest senang by KakInaKL. Dia suruh buat review. Rasa macam tak layak je nak komen lebih sebab kak ina tu kan fofuler.

Tapi disebabkan contest punya syarat kena review so kena la review ,ahaha.
kita bermula dari awal.

HEADER
seriusly akak ,kalau boleh tukar header yang jelas sikit sebab ada ke’blur’an sikit pada header tu. header dah ok cuma sedikit blur. ke kak memang nak buat macam tu?ehehe

NUFFNANG
tetiba ada iklan nuffnang bawah navigation tab tu. macam tak sesuai je kat situ. Kalau boleh ubah ke tempat yang sesuai. macam antara post ke=)

SHOUTBOX
blog akak memang tak ada cbox ek?ke saya yang tak perasan. Kalau saya,lagi suka ada s.box.at least kita tau siapa yang datang blog kita.

FOLLOWER
jauhnya ke bawah widget follower tu. Kalau boleh naikkan la sikit. kadang kadang orang malas nak scroll sampai habis.

LOADING PAGE

image

loading blog kalau banyak ni dikira agak berat jugak la. bagi yg pakai streamyx ok la. Yang pakai berukband memang maslah gak nak load sampai habis. mau 2,3 minit gak nie.hehe.tambah tambah kalau online malam malam. Lembap cam kura kura sakit kaki.Tips meringankan blog ada kat SINI

yang lain overall ok je kak.. dah tak tau nak komen apa lagi. Akak la pulak komen blog saya..haha.kalau saya menang kita kongsi hadiah. lalalala


kakinakl.com sedang mengadakan contest. Jomlah join...hadiah menarik menanti anda.

4:44 PM | 5 comments | Read More

PRIHATIN : Adik Nur Umairah Perlu Bantuan Anda Para Bloggers



kita booleh ja buat entry panjang berjela jela semata mata nak ceritakan tentang hidup kita. SO hari nie nak memohon kepada semua untuk tolong sebarkan satu berita nie kepada semuia blogger Malaysia . Blogger juga boleh beramal dari jauh. Blogger PRIHATIN!!




POHON JASA BAIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN UNTUK MENGHEB...AHKAN PENDERITAAN ADIK NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI


Nama: Nur Umairah binti Mohd Zaidi

Umur: 1 tahun

Asal: Kampung Padang Kulim, Kedah

Penyakit: Hidrosefalus (kepala membesar)


Bantuan yang diperlukan:

1. Doktor pakar untuk tampil membantu

2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada

3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu

4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu

5. Bantuan kewangan

6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga

7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)


Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA

+60137733676

Kerjasama semua amatlah kami hargai. Sama-sama kita berdoa agar ada jalan penyelesaian buat adik Nur Umairah. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH !!!



POST ASAL DARI BLOG SENSASI
3:59 PM | 3 comments | Read More

Aku Dah Letak Jawatan Sebab.................

semalam aku dah letak jawatn..tapi sebenarnya bukan letak jawatan sangat la  tapi aku dah digantikan. Tak tahu nak letak tajuk apa weh..tarak edia,,,,,

aku masih teringat lagi masa aku buat entry masa mula mula aku dilantik dulu.dalam entry INI

agm mpkk
semalam akan terus jadi sejarah iaitu Annual General Meeting terakhir sebelum semua Exco Tertinggi dibawah aku dibubarkan. Alhamdulillah sepanjang setahun lebih aku menerajui Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kedah nie, macam macam yang manis dan pahit dah aku dapat. 

Sepanjang menjadi Pengerusi ni, banyak benda baru yang aku belajar . Macammana untuk jadi seorang ketua, nak buat keputusan , nak plan sesuatu, nak puaskan hati seseorang. Susah sebenarnya jadi seorang ketua. Semuanya ditangan kita. Semua tanggungjawab kita yang tanggung. Tapi alhamdulillah sepanjang setahun aku pegang jawatan  nie, aku banyak dapat bantuan daripada semua Exco aku. 

insyaAllah selepas ni kurang la busy sikit. Kalau dulu asyik meeting ja memanjang, asyik kena jumpa pegawai ja hari hari . Tapi sekarang dah berubah tangan kepada orang lain so aku boleh rest in peace.hahahahahha

apa pun aku harap Exco Tertinggi yang baru dilantik semalam dapat jalankan kerja dengan baik and jujur walaupon aku tau dorang tak tanya nak baca entry nie. ciskek. 

untuk cerita AGM semalam , menarik sebab pilihanraya untuk memlilih Majlis Tertinggi berjalan dengan sangat baik .Tak ada langsung undi rosak dan penghargaan jugak kepada salah seorang ahli iaitu Rasydan yang buatkan video untuk kami semua. Terbaik la weh..

dan ada jugak lawaknya masa diumumkan pelantikan ke jawatan masing masing. Semua bangun dengan muka cuka dan terkejut. Sumpah lawak muka sesorang. hahahaa.. baru ko tau apa aku rasa setahun dulu.wahahaha. Dah la aku malas nak cita bebanyak . Nak sambuing tido weh. nak rehat puas puas. 

ini 2 orang blogger yang jugak exco aku. add la depa. bes nie blog depa







nanti aku cita ek apa yg pernah aku alami sepanjang aku pegang YDP tu..poyo..macam orang nak baca kn?damn!!
8:44 AM | 4 comments | Read More

Blogger Hebat Tu Hebat Ke? Sebuah Coretan Hati Blogger Tak Hebat....

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, February 17, 2011 | 6:36 PM

sebelum aku nak mengomel bebanyak sila tengok gambar dibawah dan renungkan seketika. 

image

besar pengaruh Ben Ashaari di dunia blogging. Itu rezeki hasil titik peluh dan usaha dia untuk naikkan diri sendiri dan capai kejayaan.


berbalik pada topik asal, its about apreciation to others. Bila seorang blogger dikenali tinggalkan jejak dan jugak bagi kata kata semangat kepada blogger baru ,memang dah jadi adat untuk blogger tersebut untuk senyum sampai telinga kan3x? sesetengah blogger boleh menjadi sumber inspirasi untuk blogger lain . Menarik kan?bukan artis, bukan pelakon, bukannya penceramah hebat macam Dr fadzilah Kamsah dan bukan ahli politik yang hebat . tapi cuma seorang blogger boleh bagi pengaruh kepada orang lain . Bukan senang kita nak mempengaruhi manusia ni.


Tiba tiba aku teringat ayat yang pernah intanurulfateha pernah cakap masa ku sembang sembang dengan dia dulu

Blogger je pun..bukan Menteri!!

simple tapi mendalam maknanya. Sila tafsir sendiri makna tersebut atau tanya intan sendirik okehh.

Sebenarnya aku pun dah lupa apa aku nak taip sebab aku stuck lama sebab aku study masa buat entry nie. deymmm idea lari . Nantila kalau aku ingat balik aku ceciter okeh.hahahaha
apa apa pun , cuma nak memberitahu kepada blogger yang berada di atas , sila jangan lupakan blogger dibawah . Contohi Ben yang banyak membantu yang lain. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Cuma sekadar ingatan untuk diri sendiri. Kita semua tak selalu berada diatas . Kadang kadang kita akan jatuh dek kerana kecuaian dan kekurangan diri kita sendiri. Macam yang selalu kita dengar dan dah muak dah dengar

Hidup Ibarat Roda

walaupun dah muak aku tetap nak guna gak statement tu sebab itu je terfikir dalam kepala aku sekarang ni. Kita semua sama. Kita semua hebat . Cuma cara kita menonjolkan diri tu berbeza beza.Renung-renungkan!!Pointing up

p/s : aku paling suka dengan blogger Eyriqazz sebab dia memang sangat baik dan nasihat dia memang sangat sangat boleh pakai.

blogger hebat seperti dalam tajuk diatas tidak ditujukan kepada sesiapa . hanya sekadar tajuk sahaja. So tak ada sesiapa yang boleh claim dia hebat. ahaha.


nota tapak kaki : damn again sebab sampai sekarang aku masih tak dapat mencari kaitan antara tajuk kat atas dengan entry ni...

6:36 PM | 8 comments | Read More

Bloglist By Profession : Blogwalking Dan Cari Rakan Blogger Sama Bidang Dengan Anda Cara Mudah

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, February 16, 2011 | 10:47 PM

 

ehh

nampak tak banner seperti diatas yang aku letak sebelum ruangan post dalam blog aku???tau tak tu ape?tak tau sila klik pada gambar diatas.

faham tak dengan tajuk kat atas?sebab aku rasa tajuk tu macam canggih sangat je.haha. Tapi korang mesti faham kan?korang kan semua pandai pandai dan orang yang terpelajar semuanya=)

ok hari nie aku nak memperkenalkan sesuatu yang memudahkan korang untuk mencari geng or kawan dari kalangan blogger yang sama profession .Ini bukan widget blogwalking or watsoeva tetapi cuma sati list blog yang disusun untuk kemudahan blogger blogger berblogwalking secara aman. Sama profession disini bermaksud berada dalam bidang yang sama. Contohnya bagi pelajar atau blogger yang belajar di universiti swasta, Politeknik, Blogger Perantauan , Blogger yang sudah berumahtangga dan more are coming just in time.

ok setakat nie faham tak? bloglist yang disediakan ni menyenangkan korang untuk mencari kawan or geng masing masing (kenapa rasa macam dah ada ayat nie?) . Contohnya macam aku, aku belajar di UiTM and nak mencari kawan kawan blogger yang turut belajar di UiTM ,so aku boleh ja masuk dalam senarai bloglist ni dan terus berblogwalking dengan aman tanpa masalah.

tapi setakat nie, admin blog tersebut iaitu ‘siapa tah aku pun tak kenal’ sedang dalam proses untuk menyusun semula bloglist-bloglist yang ada dan bloglist yang dibuat adalah hasil kerjasama dengan BlogPilihanMalaysia yang sudah menyusun blogger based on profession dan negeri masing masing. Macam company woo siap ada joint venture bagai.haha

Setakat hari nie iaitu 16Feb2011 jam 9.30 malam admin dah menyusun bloglist bagi Blogger IPTS dan Blogger Politeknik . Dan admin sedang dalam proses untuk menyusun blogger by Negeri masing masing so that nanti senang nak cari geng negeri masing masing. Senang kan3x??? tunggu bila dah siap nanti hidup korang akan lebih senang dan mudah je untuk blogwalking.Acece ayat over gila. Contohnya hari nie nak blogwalking blogger Kedah jeee..esok blogger Selangor jeee…haa kan ke senang. Tak gitu?tak yah ceciter dah. Memang dah senang nak paham kan? dan jangan risau sebab setiap link yang diletak bila korang klik akan automatik dibuka dalam new tab dan bukan dalam tab yang sama.

apa lagi?jom kita terjah Ehh!!Blogger..Blogger One Stop Centre Anda

and bagi yang ada entry menarik untuk dikongsi di Ehh!!Blogger korang boleh klik SUBMIT ENTRY*

sebarang pertanyaan boleh rujuk di FAQ Ehh!!Blogger

10:47 PM | 0 comments | Read More

18SX!! Aksi Doktor Rogol Pesakit Ketika Pembedahan

selalunya kita rasa di hospital adalah tempat yang paling selamat sebab dipenuhi dengan doktor yang kerjanya untuk menyelamatkan orang. Tapi tak dalam kes dibawah. Jom tengok.

Kes nie terjadi semasa pembedahan. Tak pasti pulak dari negara mana

masa ni macam ok ja tak de pape lagi

hahhh dia mula dah..mungkin dia geram patient tu comel sangat kot

 

mak aiii…buang terus baju..gersang betul la doktor nie..kesian. Dah la sakit . Diperlakukan macam ni pulak

deymmm.Menunggang kuda pulak. Dah la atas katil hospital. Kesian gilak patient nie. isy3x

Kesimpulannya berjaga jagalah semasa anda dihospital. Dunia sekarang dah tak selamat. Kat mana mana pun ada bahaya .

1:52 PM | 9 comments | Read More

Okey Dah Boleh Wish Happy Birthday Dah Kat Aku Sekarang…

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, February 14, 2011 | 10:35 AM

kenapa rasa tajuk entry ni sama macam entry hana ek?tak kisah la.hehee

merujuk entry semalam yang syok sendiri .Aku ada cakap jangan wish lagi kan?so hari ni dah boleh dah.hehe

2010 dah pergi..2011..here it comes…setahun berlalu dalam tahun 2010…macam macam yang dah berlaku..pahit,manis…masam..masin…tawar….alhamdulillah semuanya jadi untuk jadikan kita lebih matang…kita lupakan 2010…terus pandang ke hadapan…

2011..banyak benda perlu aku selesaikan untuk cover apa yang aku tak sempat buat tahun lepas….besar cabaran untuk aku penuhkan impian aku…untuk tahun 2011…umur aku dah  jadi 21(tanpa berahsia sikit pun)…permulaan untuk aku jadi lebih dewasa….remaja hanya sekali…so aku kena fully  make use of it ..sebelum nie aku tak pernah pasang azam betul-betul setiap kali tahun baru dan setiap kali birthday aku…azam aku sekadar di mulut….bukan untuk kemajuan…sekadar cakap-cakap kosong…ada azam sebab nak tunjuk kat orang lain yang aku pun ada azam jugak…bilz orang tanya ada azam tak?boleh jawao ‘ada’..tapi untuk tahun 2011 nie…insyaAllah aku dah makin dewasa…dah boleh berfikir untuk menjadi orang yang lebih matang…dah boleh buat keputusan dengan lebih matang

untuk 2011 yang mana umur aku pun dah 21…insyaAllah satu persatu ..aku akan tunaikan ..azam aku?biarlah jadi rahsia antara aku dengan Tuhan…tapi azam utama aku untuk masa depan aku sendiri….tahun lepas dah banyak mengajar aku erti sebenar hidup..banyak kesilapan dan kekurangan aku dah buat…

wishlist?boleh tak .haha.mana tau ada orang tgh pikir nak bagi adiah kat aku ka.hahahaha (tak malu langsung)

sejarah ni. first time aku buat wishlist

  1. Nak DSLR (ada mampu bagi tak?tak da?ok fine!!kamera bodoh2 pun cukup la.hehe)
  2. Nak Jam FOSSIL (ada mampu tak?ok tak ada lagi..FINE jugak..jam pasar malam sudah)jam aku dah seminggu dah rosak weh..tension
  3. Nak Handphone Baru!!!TOUCHSCREEN punya okeh..hahahahhaha
  4. External Hard Disk (500GB cukup la..RM184 ja)haha.Lappy aku dah nak penuh dah ni. So sangat2 memerlukan hard disk lain.
  5. Nak domain sendiri..  lalala..siapa2 yang baik hati nak bagi free kat aku?hak3x

itu je la.cukup la tu. banyak banyak pun macam la orang nak bagi hadiah kat aku.haha.tak malu betul…setakat buat wishlist seronok seronok je lak.(emo lebih)

apa pon .nak wish jugak happpy birhday to me.haha.

10:35 AM | 6 comments | Read More

Pengakuan Berani Mati! Aku Pernah Jadi Penculik

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 13, 2011 | 11:16 PM

selepas pengakuan yang dibuat oleh MissLolly petang tadi , kini giliran aku pulak untuk buat pengakian menggemparkan kepada readers aku.

seriusly aku tak tipu. Dulu aku pernah jadi penculik.Walaupun aku tak terlibat 100% tapi aku tetap bersubahat jugak. Tetap kena panggil dengan polis jugak untuk disiasat. Memang la muka aku ni muka orang baik dan alim kan?yarkss..tapi dulu aku pernah buat kerja jahat ni. Tapi lepas tu aku insaf. Sekarang dah tak buat dah kerja kerja jahat macam tu.

Mangsa yang pernah aku culik tu pulak seorang blogger jugak.Baru petang tadi aku terjumpa blog dia. =(...OMG aku rasa bersalah. Dia ada buat entry pasal penculikan dia tu. Mulanya aku ingat nak komen dan bagitahu yang aku ni la yang terlibat jugak tapi takut pulak nanti dia marah aku.

So apa pendapat korang?perlu ke aku bagitahu dia?rasa bersalah terus menyelubungi seluruh hidupku bak hujan yang turun mencurah curah . hati dan jiwa bergelora bak ombak menghempas batuan pantai. Oh Tuhan!!Crying face

Korang baca la entry dia nie. Sungguh !!!aku tak sanggup baca lagi. OMG !!OMG!!!rasa bersalah.........

KLIK SINI UNTUK BACA

 

 

damn kenapa perlu ayat berbunya bunga macam tu>?Confused smile

11:16 PM | 3 comments | Read More

Makna Sebenar Keyword ''Na Pohybel Janas''


bagi blogger atau pengguna web yang selalu crawl untuk mencari keyword panas dalam Google search mesti akan perasan satu keyword yang popular untuk beberapa minggu kebelakangan ini iaitu na pohybel janas.



image
laporan dari Google Insight yang menunjukkan keyword "na pohybel janas" yang sangat popular dan menduduki tangga ke 4 carian Google di seluruh dunia .

image




dan di Malaysia ia menduduki tangga ke 2 carian iaitu sebanyak 450%

Persoalannya apa sebenarnya "na pohybel janas" ni sampaikan jadi keyword yang paling popular di seluruh dunia?



Dalam laman web Maybenow ada menyebut



I'm wondering what is na pohybel janas. It's a breakout search in Europe as Googleshows, but all search results are flooded with Youtube that I cannot open. Can someone please tell me what na pohybel janas is....

dan jawapan yang diberi adalah



Anyone tried breaking up some part of the words ? I did - only the last part tho..
na pohybel ja nas (polish) = death to me for us
.. still makes no sense.. if its the title of the song then it might be some kinda hack on google to boost the youtube video (which is lame so why would anyone even bother to do it at the first place).. OR .. the scary version, that song lyrics actually meant something...... which i still can't find anywhere.. anyone ?


ramai yang masih tertanya tanya apa sebenarnya maksud sebenar dan apakah sebenarnya "na pohybel 
janas" tersebut.



ada pendapat yang menyatakan  "na pohybel janas" adalah satu video yang ada di youtube iaitu video ini











Kesimpulanya, apakah sebenarnya maksud keyword tersebut?aku pun sedang confuse sebenarnya. Mungkin keyword tu cuma sesuatu yang direka someone and then jadi popular or maybe ada agenda lain?who knows right?
5:20 PM | 1 comments | Read More

Selepas Mesir, Kini Giliran Yaman Pula Berdemonstrasi


mula mula Tunisia, kemudain merebak kepada Mesir . Dan Presiden Hosni Mubarak dah pun letakkan jawatan . Dari situ rakyat Yaman dapat inspirasi yang suara rakyat boleh mengubah dasar politik sesebuah negara . Dan sekarang penduduk Yaman pulak buat demonstrasi

Ribuan mahasiswa dan pemuda Yaman melakukan tunjuk perasaan di tengah kota Sanaa pada Sabtu-11/2, meminta Presiden Ali Abdallah Saleh berundur seperti pemimpin Mesir Hosni Mubarak. Demikian menurut AFP.

Para penunjuk perasaan berteriak "Kelmarin Tunisia, hari ini Mesir, dan esok Yaman yang akan menggulingkan pemerintah". Mereka juga berteriak ''rakyat ingin menggulingkan rejim sekarang." Puluhan ribu penunjuk perasaan memprotes pemerintahan Saleh yang berkuasa sejak tahun 1978.


p/s : agak agak la kan?Yaman akan jadi macam mesir tak?rakyat kita di Yaman akan dibawa balik or tak??and adakah kerajaan malaysia bersedia tanggung berjuta juta ringgit lagi untuk jalankan operasi yang sama dengan Operasi pyramid?kita tunggu dan lihat je...

3:50 PM | 0 comments | Read More

Panas!! Aku Islam Tapi Aku Suka Valentine Day!!

 

belum pun sampai 14feb tapi dah panas cerita valentine day . Semua orang asyik bercakap pasal valentine day dan keburukannya. Dan majlis agama islam pun dah nasihatkan semua orang islam di malaysia jangan nak gatal gatal pegi sambut .

 Couple...Bila datang je hari valentine semua orang yang kurang imannya pakat seronok nak celebrate ‘hari kekasih’ diorang. Valentine sekarang bukan takat hari bagi bunga and hadiah ja tapi dah jadi trend bila datang ja VD ni orang semua pakat nak bagi dara . deymit. Bila dah habis sesi memecah dara dan teruna tu. Resultnya dapat la hasilnya memboyot perut tu. Bila cukup bulan ja. Beranak. Pastu anak tu tak tahu nak bagi sapa ,buang dalam tong sampah.

 

Banyak keburukan VD ni tak payah aku cita korang memang dah tahu. Berlambak lambak blogger lain buat cita pasal ni. Pergi baca ja. Tapi kejadah hape aku suka Valentine Day nie weh???yes aku mengaku aku suka bila tibanya hari valentine nie

 

sumpah weh aku suka hari 14Feb nie. Setiap tahun memang hari nie la aku tunggu tunggu sangat.Jangan la marah aku pulak weh. Aku suka sebab 14Feb or esok buzday aku la. So mesti la aku suka dan tunggu sebab setiap 14Feb umur aku dah makin bertambah. Orang lain mesti tak berapa suka bila umur makin bertambah ,tapi bes what??bila umur makin bertambah , macam macam benda baru kita akan jumpa dan fahami.

 

Motif entry ni?cuma nak bagitahu ja buzday aku esok..hahaha..sila jangan wish lagi .Esok datang lagi dan wish.hahaha…damn3x dah tak da idea dah nak buat entry …..

 

9:47 AM | 6 comments | Read More

Evie Fadila…Kau Selalu Dalam Ingatanku….Tenanglah Kau Disana Sahabat

tetiba tajuk malam nie agak emo…aku rindu dengan arwah…tak tau kenapa tetiba aku teringatkan arwah Evie…mungkin sebab tadi aku terjumpa folder ada pic dia yang dah lama aku tak open..lebih kurang dah 3 taun Evie pergi dari dunia nie..

Evie sorang kawan yang aku tak pernah jumpa..tapi antara kawan terbaik aku pernah kenal…aku cuma kenal dia di alam maya ja..masa tu wap free yang online guna phone memang popular..aku ingat lagi masa tu…dalam tahun 2007 or 2008 cam tu la..ada Winwap..Kuyawap..Payenwap…and aku kenal dengan Evie masa di Princesswap..masa tu Evie guna nickname PrincessEvie..sweet orangnya….rasanya tak sesuai untuk aku tunjuk gambar evie kat public..biar la ia jadi rahsia…

setiap pagi mesti evie akan shout di inbox aku…

hye hafiz…selamat pagi…sihat ?dah breakfast?

mulanya aku tak tahu Evie sakit…pastu tetiba dia menyepi dari dunia wap…dalam seminggu lebih…then bila dia online balik baru aku dapat tau..itupun lepas aku paksa dia cerita..dia cakap,dia barah otak…dah peringkat akhir..masa tu..Tuhan je tau perasaan aku…sentap bila evie cakap peringkat akhir…tapi,evie kuat semangat…dia tak pernah menyesal dengan apa yang jadi..dia terima…redha..Evie memang kuat semangat..dia selalu cakap dengan kawan-kawan di princesswap..jangan risaukan dia…dia kuat…dia akan lawan sekuat mungkin penyakit tu walaupon dia tau..peluang untuk dia hidup dah tak lama….

masa di wap…evie selalu guna smiley nie….

ev

dan yang ini jugak….tak tahu apa maksud evie bila dia selalu guna smiley bride nie…=(

fadila

dan smiley paling evie suka..yang bawah nie…ada sorang kawan di wap yang hadiahkan…

evie2[1]

evie cakap dia nak jadi pari-pari macam tu…

lepas operation tu..ada kawan-kawan yang melawat evie di hospital.. tapi aku tak dapat nak lawat sebab dia juah nun di Sabah dan aku di Kedah...kesian evie…terpaksa menanggung sengsara sakit..tapi dia tetap kuat…dia gagahkan diri jugak untuk online dan ucap selamat pagi dekat kawan-kawan Princesswap…

dan yang paling buat aku tak boleh terima pemergian evie…pagi tu…dalam pukul 6.30pagi 15 Ogos 2008..evie sempat mesej di inbox profile aku…

hafiz…evie nak cakap secara jujur dari hati evie…evie nak mintak maaf kalau selama nie evie ada buat salah dengan hafiz..maafkan evie ya…

 

bila baca..aku rasa lain..kenapa evie cakap macam tu?aku terkilan sebab aku tak akan jumpa dah dengan evie lepas tu…itu mesej terakhir evie untuk aku…dan mesej yang aku reply tak sempat evie baca…pagi tu kali terakhir evie online..aku tunggu sepanjang hari ..tunggu evie online…tapi tak ada..then malam tu…kami semua dapat berita sedih dari kak oli…owner princesswap ,sepupu evie jugak..…evie dah pergi buat selama-lamanya sebab ada komplikasi dalam otak evie….evie dah takkan bersama kami lagi..evie tak kan ada untuk buat kami senyum dan ketawa lagi…lepas evie pergi..di princesswap cuma ada smiley nie sepanjang masa

nangis9

lepas ja evie tak ada…princesswap jadi sunyi sepi..ramai yang dah beralih ke wap lain sebab tak dapat terima hakikat evie dah tak ada…aku pon..lepas tu..dah tak online dah guna hp…mood dah tak ada…bila aku tengok smiley kat atas..kat mana sekalipun..mesti aku akan ingat evie…walaupon evie dah lama pergi ..aku sebagai kawan…susah nak terima evie dah tak ada..bf evie…salah sorang members princesswap jugak…tak tahu la macammana dia hadapi kehilangan macam  nie

aku terkilan sebab dari awal kenal dia…sampaila akhir hayat ,aku tak penah jumpa evie…masa pengebumian evie pon aku tak dapat hadir…yela…aku di kedah..evie di Sabah…jauh…insyaAllah kalau ada rezeki aku pergi Sabah nanti..aku akan lawat kubur evie…

evie…walaupon evie dah tak ada…evie tetap dalam hati kami…moga evie tenang disana….mohon sedekahkan Al-Fatihah…

in memories of evie2[1]Evie Fadila……..

12:50 AM | 3 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)