Gambar Akad Nikah Eira Syazira Dan Azad Jazmin

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, September 17, 2011 | 7:39 PM

Dengan sekali lafaz pelakon Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya, di sini, kira-kira pukul 8.50 malam, Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Shuhaimi Acheh dengan mas kahwin sebanyak RM 300.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.

eira dan azad kahwin

eira dan azad kahwin2

Eira menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea.

Pasangan mempelai anggun mengayakan busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Wanpa.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini..

Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang.

Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.

eira dan azad kahwin3

eira dan azad kahwin4

eira dan azad kahwin5

eira dan azad kahwin7

eira dan azad kahwin8

7:39 PM | 0 comments | Read More

Parti Seks Mahasiswa Malam Merdeka

ALOR GAJAH: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor serta negeri ini antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di sini, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.

Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.

Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun.

Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.

Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma, tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain.

DITAHAN...sebahagian remaja lelaki yang ditahan, kelmarin.

Harian Metro difahamkan, banglo itu turut dilengkapi sistem audio yang dikendalikan seorang DJ yang dipercayai kenalan kepada penganjur pesta berusia 30-an bagi menghiburkan pengunjung mulai jam 10 malam.

Menurut sumber itu, beberapa peserta yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal kerana banglo terbabit dikepung.

“Polis merampas dadah jenis syabu dan ganja dipercayai digunakan peserta,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke balai polis berdekatan untuk menjalani ujian air kencing dan hasilnya 15 suspek didapati positif dadah.

Seramai 19 suspek termasuk tujuh wanita ditahan kerana memiliki dadah manakala selebihnya dibebaskan tanpa syarat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Md Azmi Othman yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Difahamkan, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita yang sudah bertunang didapati memiliki dadah, manakala tunangnya dibebaskan tanpa syarat.

Kebanyakan pelajar yang menyertai parti berkenaan berasal dari Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Terengganu dan mereka terdiri daripada pelajar IPT, mekanik, penganggur dan jurujual.

Difahamkan, ketika siasatan awal, peserta parti itu cuba menyembunyikan identiti penganjur yang didakwa berada di Ipoh, Perak.

Malah, serbuan dianggotai empat pegawai dan 14 anggota JSJN IPK negeri itu dilakukan selepas mendapat maklumat risikan sejak awal Jun lalu dan penganjur didapati menggunakan facebook untuk menjemput peserta.

Tinjauan Harian Metro di banglo terbabit mendapati ia dipenuhi botol minuman keras selain penemuan kondom di luar pekarangan banglo itu.

##wahh!!hebat laa cara baru nak sambut hari kemerdekaan. Anak anak moden biasa la kan?

1:02 PM | 2 comments | Read More

Malaysianboy Lyric : Altimet,Ila Damiaa,Point Blanc,Rabbit Mac

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 16, 2011 | 6:30 PM

Altimet

Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji
Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali…

Ila Damiaa

Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy…
Malaysian boy…

Point Blanc

问边度系屋企
梗系马来西亚呢块土地
全世界
呢度最掂 无问_
俾你大开眼界
靓女如云 唔使头痕
饮茶食饭 heh番一晚
生活唔使烦 系o甘
我地识搏杀仲识玩
去到边度 唔会改变态度
响我o既脑 你系最好
马来西亚系
我o既国土 亦系我o既宝….

Rabbit Mac

Vanakam everybody hi hello
Oru suthe pollam jom let’s go
Okay yen pearu Malaysian boy
Yethe senjalum kita sempoi
Tambi tangachi
Mumy dady akka tata patti vanthachii
Dari kampung ke kota machi
Sabah sampai Penang
Sigappu nellam velle manje
Nerathil vaanavil yen nattil theriye
Vadakku kilaku east and west
Nambe naadu malaysia
We the best…

6:30 PM | 0 comments | Read More

Paul Scholes Akan Sarung Jersi Selangor

Itu tanggapan peminat bola sepak tempatan sekiranya bekas pemain tengah Manchester United, Paul Scholes menyarung jersi Selangor pada perlawanan Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 menentang Singapura 1 Oktober depan, lapor AHMAD FAZLI MOHD. YADI.

Spekulasi itu timbul apabila legenda United itu menepati krite- ria pemain import yang dimaksudkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi memperkuatkan skuad Gergasi Merah pada pertandingan itu kelak.

Selain itu, FAS juga difahamkan turut berminat untuk membawa bekas pemain Liverpool untuk digandingkan bersama Scholes yang menjaringkan 150 gol sepan- jang 676 penampilan bersama United.

Apa yang pasti, ribuan penyokong setia bola sepak tanah air pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan dua bekas pemain Liga Perdana England ini menyarungkan jersi Gergasi Merah dengan lebih dekat.

Seandainya desas-desus itu menjadi kenyataan, satu lagi seja- rah bola sepak tanah air bakal tercipta apabila menyaksikan kelibat Scholes dan bekas pemain Liverpool beraksi bersama bekas penyerang Selangor, Mohd. Safee Sali untuk merobek gawang Sang Singa di Stadium Shah Alam.

Namun pengerusi penganjur PSS, Datuk Abd. Karim Munisar bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu, sambil memberi- tahu, teka-teki itu hanya akan terjawab sebaik pengumuman rasmi senarai penuh pemain Sela- ngor hari ini.

"Kita telah mengenal pasti dua pemain import itu tetapi buat masa ini tidak dapat mengumumkan nama mereka kerana kami masih menunggu persetujuan daripada mereka.

"Setakat ini perkara ini masih dalam proses rundingan dan akan diumumkan kelak," jelasnya.

5:36 PM | 0 comments | Read More

Keputusan Kes Aminulrasyid : Koperal Jenain Bersalah

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 15, 2011 | 2:43 PM

Terkejut pun ada dengan keputusan kes ni. Kesian pun ada dengan polis yang disabitkan ni. Bukan sengaja sengaja dia nak tembak budak ni.Nasib la 5tahun ja hukuman.  Mungkin orang akan cakap ‘padan muka’ pada polis ni, tapi aku rasa kesian pun ada dengan dia .Sebab…ada laa. Aku tau la jugak cerita cerita kes ni sebab kakak aku salah seorang peguam yang terlibat dengan kes ni. Ada jugak harini dia ajak aku ke mahkamah dengar keputusan mahkamah tapi tak sempat pulak sebab ada taklimat . Rugikk .Tak pernah masuk mahkamah lagi. Kes besar camni plak kan..(gila jakun.haha)

Entry berkaitan kes Aminulrasyid sebelum ini : TERKINI!!KISAH SEBENAR APA YANG TERJADI PADA MALAM AMINULRASYID DITEMBAK


SHAH ALAM, 15 Sept — Koperal Jenain Subi didapati bersalah menyebabkan kematian pelajar Aminulrasyid Amzah akhir April tahun lalu, kes yang menarik perhatian seluruh negara mengenai soal pematuhan peraturan oleh anggota pasukan keselamatan sendiri.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21 tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.

Anggota polis itu dikenakan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen.

Latifah membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Jenain, 48, didakwa melakukan kesalahan itu antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Kes kematian Aminulrasyid, 15, mendapat liputan meluas dan kecaman masyarakat selepas remaja itu mati terkena tembakan di kepalanya ketika dikejar anggota peronda yang sebelum itu mengarahkan dia yang memandu kereta Proton Iswara, berhenti.

Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Nasib la 304 dan bukan 302. Kalau tak , ke tali gantung la jawabnya.

2:43 PM | 0 comments | Read More

Penumpang Bas Ekspress Wajib Beli Insurans

YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.

Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man  berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari.

Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket.

"Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Che Rasnah Saad, isteri pemandu bas dua tingkat Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid di Taman Setia Jaya di sini semalam.

Pada 7 September lalu, Mohd. Kamil dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam nahas ngeri, dua tahun lalu.

Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.

Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.


Aku sangat setuju dengan cadangan ni. Sekurang kurangnya kita terbela kalau apa apa jadi . Kita tak tahu benda nak jadi. So beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan sebab kalau dah hujan nanti basah habis dah tak boleh nak buat apa dah. Apa sangat la Rm 1 kalau nak dibandingkan dengan risiko yang akan kita tanggung kalau sesuatu berlaku dalam perjalanan.

KOSMO

1:03 PM | 0 comments | Read More

Mohd Solihin, Remaja Dibaling Helmet Meninggal Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, September 14, 2011 | 11:16 PM

Berita dari laman Pas Kawasan Padang Besar melaporkan

Remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, yang koma sejak bulan Ramadan lalu meninggal dunia pagi tadi.


Mohd Solihin Che Kassim mengalami kecederaan didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya semasa kejadian yang belaku pada satu malam di bulan Ramadan lalu.


Difahamkan keluarga beliau tidak membenarkan bedah siasat dilakukan sedangkan pihak polis meminta bedah siasat diadakan dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.


Anggota polis berkenaan juga difahamkan telah digantung tugas.

artikel berkaitan remaja tersebut boleh dirujuk di : Polis siasat punca remaja parah

AL FATIHAH untuk allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Dan kalau betul polis tu memang baling helmet, harap tindakan tegas . Paling tegas dikenakan sebab melibatkan kematian. Mungkin dia tak sengaja nak baling. Mungkin jugak mangsa nak melarikan diri. Tapi tak semestinya polis tu boleh buat sesuka hati dia nak main baling baling helmet kan? Tapi tak berani nak tuduh siapa siapa. Tunggu je la sampai kes selesai.

p/s : kakak aku cakap kes Aminulrasyid yang kena tembak tu akan diputuskan esok jam 11pg sama ada polis tu bersalah atau tidak. Esok ada taklimat pulak kul 10 . Kalau tak boleh aku ikut kakak aku pergi tengok . Dah tak de keje lain kan nak g mahkamah. haha

11:16 PM | 0 comments | Read More

Penyamun Kedai Mamak Seksyen 15 Ditangkap : Dua Pelajar Antara Ditahan

Video Boleh tengok di entry  Video Restoran Mamak yang kena rompak dekat Sec15, Shah Alam

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 September lalu di sini.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 September jam 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 Sept) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.


Katanya, seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.


Beliau berkata, kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.


Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan.


Dalam perkembangan lain, Tun Hisan berkata, polis menahan tiga lelaki pada 8 September lepas yang merupakan di antara sembilan suspek dalam kes samun bersenjata sebuah gudang beras di Taman Perindustrian Rawang sehari sebelumnya.


Suspek pertama ditahan di sebuah premis di Sungai Buloh dan dua lagi ditahan di kawasan perumahan di Sungai Buloh pada hari yang sama.


"Hasil siasatan awal, polis menemui semula tiga lori bersama sebahagian muatan beras yang dilarikan suspek-suspek yang bekerja sebagai pemandu dan kelindan lori di sebuah kawasan di Sungai Buloh pada hari yang sama," katanya.


Beliau berkata, sejumlah 54 kampit beras daripada pelbagai jenama turut ditemui semula iaitu sebahagian daripada beras yang disamun bernilai RM220,000.


Katanya, polis juga sedang mencari seorang daripada enam suspek yang masih bebas dikenali sebagai K.Nalluu, 24, dari Selayang bagi membantu kes itu.


Ketiga-tiga suspek berumur antara 25 dan 30 tahun kini ditahan reman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan. – BERNAMA

##memang gila nekad la penyangak2 ni menyamun kedai mamak ni. Kedai lengang berani laa..Cuba kau gi samun Hakim tengok. Mau mati kena lanyak dengan budak2 UiTM kat situ. haha

11:04 AM | 0 comments | Read More

Dipermudahkan Untuk Jadi Orang Shah Alam.

Alhamdulillah dah beberapa hari dah aku sampai kat Shah Alam untuk sambung degree kat sini. I’m now officially dah jadi sebahagian dari orang Shah Alam . InsyaAllah untuk 2 tahun akan datang dan mungkin beberapa tahun dan mungkin terus kat sini. Sape tau kan? Fortunately sebab kakak aku ada 2 orang yang stay kat sini. So ada masalah apa apa senang aku nak mintak tolong. Kalau sesak boleh pau sikit. hehe

Rasa alhamdulillah sangat sebab sepanjang 2, 3 hari ni, banyak dipermudahkan untuk aku setle segala urusan untuk stay kat sini. Dari rumah sewa, transport dan semua semua la. Semuanya tak ada masalah . Rumah sewa aku kat seksyen 7 alhamdulillah okey je. Housemate aku semua terbaik terbaik dan bukan jenis yang pelik pelik tak tentu hala. 2 dah kerja, 2 lagi still student jugak macam aku. Semua ok la buat masa ni. Kedepan tak tahu la pulak macammana kan?Tapi setakat harini, aku wat assumption yang dorang memang ok kot sepanjang hayat. Wuu sepanjang hayat tu aku bagi jaminan.

Dan transport plak jugak tak da masalah sangat . mulanya aku pening la jugak camne nak ke kelas hari hari sebab motor aku still dekat Kedah lagi. Tak post pun lagi. Nasib baik la BF kakak aku bermurah hati nak pinjamkan motor dia sbb dia dah tak naik motor tu. Dari tersadai je kat rumah kakak aku baik aku guna kan. Dan yang paling bestnya, masa hari mula mula aku nak guna motor tu, dia siap bawak pegi servis lagi tu. Beratus jugak la habis. Bila aku nak bayar, dia setengah mati tak nak pulak. Laaaa..Tapi rezeki aku la kan orang nak belanja. Bukan nak ambik kesempatan tapi dah orang berbudi, kita berbahasa la sikit kan.

Study pulak, macam ok laa. Cumanya semalam masa taklimat agak mengejutkan la sebab course aku dipenuhi dan dilimpahi sehingga melimpah ruah dengan wanita. Adehh. Cuba bayangkan, semalam yang datang taklimat ada 72 orang lebih kurang . Ada lelaki dalam 5 orang je and the rest perempuann. Perhhhh gila banyak gua cakap lu. Malu kucenk pun ada nih..Aku kan sememangnya diketahui ramai dengan sikap malu malu. Ok sila muntah

Dari aku mengarut lagi panjang dan buat korang rasa lagi meluat nak membaca, baik aku masuk penutup je untuk entry ni. lagipun dah rasa mengantuk yang teramat sangat dah ni. So kepada blogger2 yang tinggal area sini sini tu, boleh lah kita berjimba jimba dan berjumpa lepas ni. Kalau ada gath jangan la segan segan silu silu nak menjemput saye yerrr.

p/s : sapa blogger Shah Alam?boleh la lepak lepak sekali nanti!!

12:52 AM | 3 comments | Read More

Patung Bogel Yang Diperdebatkan Kewujudannya

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, September 13, 2011 | 6:24 PM

guilin-statue

Note : Ditranslate tanpa apa apa ubahan darii Google Translate. SO faham faham la ye kalau ada ayat pelik sikit tu. hehe

Baru-baru ini, arca A yang baru didirikan di dalam komuniti Guangyuan Road Guilin.Ukiran, dinamakan Fu Lao (Bantuan Rakyat Warga Tua) menunjukkan seorang lelakitua dan dua wanita bogel. Mengikut gambaran, wanita di sebelah kiri orang tua ituadalah isterinya manakala yang lain adalah anak perempuan-di-undang-undang.Patung itu bermakna kewujudan bersama yang aman, harmoni di dalam keluarga.Penjaga ahli keluarga keseluruhannya dan menghormati orang tua. "


Arca tersebut adalah forum dan blog kemudian dan segera menarik komen panas.Majoriti menyatakan arca itu adalah terlalu avant-garde dan terlalu mengejutkan, tetapi yang lain berkata, seni tidak boleh diambil terlalu serius.


Pada mulanya, patung itu adalah untuk menggalakkan hubungan yang harmoni di kalangan keluarga, membantu antara satu sama lain dan menghormati orang tua.Tetapi kebanyakan penduduk tidak selesa melihat angka bogel dan berharap pihak berkuasa dapat meletakkan pakaian di ketiga-tiga.


Mereka juga telah dipanggil kerana ia perlu dikeluarkan. Syarikat itu berkata mereka akan memanggil mesyuarat dengan penduduk untuk berbincang jika patung itu akan dikeluarkan.


Boleh pulak kan nak angkat orang tua macam tu? haha..aduhhh seni amende macam ni. Giler lucah . Kalau orang tua kira ok la dia faham , dia boleh diam diam buat tak tahu. Apa akan jadi kalau budak budak yang tak tahu apa apa tu bertanya kat mak dia macam ni “:Apa yang terjuntai tu mama?” . Cuba bayangkan anda sebagai “mama” masa tu. Apa akan anda jawab kepada budak tu? takkan nak jawap ..“ohhh tu la $^&#$% ”haha. So fikir fikirkanlah.

Baca juga : Kes Bunuh Nurul Awatif Syakir Selesai : Pelajar UiTM Ditahan

6:24 PM | 0 comments | Read More

Kes Bunuh Nurul Awatif Syakir Selesai : Pelajar UiTM Ditahan

SHAH ALAM 13 Sept. - Polis percaya telah menyelesaikan kes bunuh dan bakar pelajar wanita, Nurul Awatif Syakir, 19, di Ampang 5 September lalu dengan tertangkapnya seorang remaja lelaki di Perak, semalam.

Remaja berusia 19 tahun yang merupakan pelajar tahun dua Sarjana Muda Ukur Bahan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di tahan sebaik sahaja dipanggil keluar daripada kampusnya Seri Iskandar.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, turut dirampas bersama suspek ialah telefon bimbit mangsa dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

Beliau berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti dua stesen minyak di Ampang yang merupakan lokasi pembelian petrol untuk membakar mangsa. – Utusan



Semester baru untuk student degree baru je mula semalam. Dah kena tangkap. Tak sempat nak habiskan pengajian. Last last kena ke tali gantung jugak. So sebelum buat apa apa fikirlah sebaik baiknya. jangan bila dah buat baru nak menyesal tak sudah.  Ape la nak jadi dengan dunia sekarang ni? Ape pun tak boleh!!
2:34 PM | 16 comments | Read More

Cukai Topup 6% Ditangguhkan : Alhamdulillah

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, September 12, 2011 | 7:14 PM

Entry berkaitan kenaikan harga Topup : Topup Naik Harga 6% : Harga Baru Topup

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat telekomunikasi hari ini bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.
"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.


"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.


Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das dan CEO U Mobile, Dr Kaizad Heerjee. – myMetro

 

Alhamdulillah la ditangguhkan. Tapi kenapa tangguh?kan bess kalau terus dicancelkan je benda alah ni. Kami student student terbeban gilak tauu!!

7:14 PM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)