YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.
Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari.
Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket.
"Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Che Rasnah Saad, isteri pemandu bas dua tingkat Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid di Taman Setia Jaya di sini semalam.
Pada 7 September lalu, Mohd. Kamil dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam nahas ngeri, dua tahun lalu.
Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.
Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.
Aku sangat setuju dengan cadangan ni. Sekurang kurangnya kita terbela kalau apa apa jadi . Kita tak tahu benda nak jadi. So beringat sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan sebab kalau dah hujan nanti basah habis dah tak boleh nak buat apa dah. Apa sangat la Rm 1 kalau nak dibandingkan dengan risiko yang akan kita tanggung kalau sesuatu berlaku dalam perjalanan.
KOSMO
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)