Tarikh pilihanraya umu ke 13 telah ditetapkan pada 5 Mei 2013 menyaksikan persaingan hebat antara kerajaan memerintah dan pihak pembangkang yang mempunyai peluang besar untuk merampas takhta pemerintahan di Putrajaya.
Pilihanraya kali ini bakal menyaksikan persaingan sengit kedua dua pihak dari kerajaan dan pembangkang yang telah bekerja keras dalam segenap aspek untuk memenangi hati rakyat dan mencari undi rakyat. Undian dari golongan muda dikatakan bakal menjadi penentu kemenangan pilihanraya kali ini kerana majoriti dari golongan ini dikatakan masih berada di atas pagar sama ada untuk mengundi kerajaan atau bersedia menukar kerajaan yang baru.
Kepada pengundi pengundi yang telah mendaftar sebagai pengundi, anda boleh membuat semakan tempat mengundi secara online untuk memastikan tiada masalah berlaku semasa hari mengundi. Sila klik pada pautan dibawah untuk membuat semakan dengan memasukkan nombor kad pengenalan anda. Tunaikan tanggungjawab anda menentukan masa depan negara dengan mengundi pada 5 Mei ini dan buat pilihan kepada pihak yang benar dan mampu memberi kebaikan kepada negara di masa hadapan.