Prospek, Sistem Penilaian Staf Awam Ganti PTK Dilancar 1 Januari

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, September 10, 2011 | 9:54 AM

PUTRAJAYA, 9 Sept — Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi atau Prospek, sistem baru yang menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi, iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.

Katanya, Prospek yang hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari tahun depan, adalah selaras dengan matlamat Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Prospek adalah untuk semua penjawat awam tetapi yang mempunyai peluang untuk mendapat kenaikan pangkat adalah bagi mereka yang mempunyai kompetensi dan potensi.

“Ini kerana sesetengah orang itu, kompeten tetapi tidak ada potensi. Ini bermakna penjawat awam dituntut untuk berubah dan berupaya untuk membangunkan keupayaan kendiri (memajukan diri),” katanya dipetik Bernama Online.

Mei lalu, Abu Bakar mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK, yang berkuat kuasa pada 1 Julai, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.

Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

SUMBER

9:54 AM | 0 comments | Read More

Topup Naik Harga 6% : Harga Baru Topup

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 08, 2011 | 9:07 PM

Mungkin ada yang dah sedia maklum dengan berita ni. bagi yang belum lagi tahu, bermula 15 September ini , semua kad prabayar (topup) untuk semua talian di Malaysia akan dikenakan cukai sebanyak 6% bergantung kepada jumlag nilai prabayar yang dibeli. Kaya lagilah kerajaan kita nampaknya.

Benda ni dah dibuat dalam bulan Julai yang lepas sebab tempat aku kerja pun dah start jual dengan harga baru but then lebih kurang 3hari lepas tu, ditangguhkan ke bulan 9. Dan selepas 15 September ni, semua kenaikan harga nilai kad prabayar akan dikuatkuasakan serta merta diseluruh malaysia.harga baru kad prabayar adalah seperti dibawah:

Nilai Prabayar Harga Baru (selepas 6% cukai)
RM 5 RM 5.30
RM 10 RM 10.60
RM 20 RM 21.20
RM 30 RM 31.80
RM 50 RM 53.00
RM 100 RM 106.00
RM 200 RM 212.00
Terkejut?Jangan terkejut sebab inilah kenyataannya selepas 15September ni. Naik la macammana pun orang tetap akan beli jugak sebab dah jadi sesuatu yang wajib. Macam orang Malaysia dengan nasi. Mahal macammana pun kena jugak beli kan?So kerajaan tak ada masalah la nak naikkan harga kan? Demand sentiasa ada.
 
Tapi bagi aku la. Ini cuma cadangan. Aku lebih suka kalau kerajaan terus potong 6% tu dalam nilai prabayar . Maknanya kita cuma akan dapat nilai sebanyak RM 4. 70 kalau topup RM 5 dan dapat RM 9.40 kalau topup RM 10. Tak la nampak sangat kena bayar. Ini tak. Dah la dalam kad tu dah terang terang tulis RM 10. but then tetiba nak kena bayar lebih 60sen. Macam tak best ja. Hopefully cadangan aku ni didengar. Dan satu lagi. Ia menyenangkan si penjual sebab tak payah nak bagi duit syiling bila jual . Kan senang genap genap terus. Buat berat poket ja duit syiling.
9:07 PM | 6 comments | Read More

Gambar Dan Spesifikasi Myvi Extreme 1.5L

Sehari dua ni aku tengok banyak pulak yang search tentang myvi Extreme yang dikatakan akan keluar dan dilancarkan pada 16 September 2011 nanti iaitu lebih kurang seminggu dari sekarang. Sebelum ni, iaitu pada bulan Mac, 6 bulan yang lepas aku dah revealkan bagaimana rupa sebenar Myvi Extreme 1.5L yang akan dikeluarkan oleh Perodua. Boleh check entry Myvi Extreme 1.5L Keluaran Terbaru Perodua

Dalam entry ni, jom kita tengok lebih banyak gambar gambar Myvi Extreme terbaru ni


Myvi Extreme ni sama dengan “Myvi Lagi Best” yang baru dilancarkan baru baru ni. Cuma pelbagai aksesori luaran dan dalaman yang ditambah menajadikannya tampak lebih sporty dan sesuai untuk golongan muda.


Harga dikatakan akan mencecah 60k








Belum ada sebarang spesifikasi dikeluarkan oleh pihak Perodua. But for sure aku rasa, spec kereta ni tak lari jauh dengan spesifikasi Myvi “Lagi Best” tu. Aku pernah jugak meneroka masuk dalam Myvi Elegance. .Jom kita bandingkan antara Myvi Extreme dan Myvi EleganceMyvi-2011
new myvi
mvi
interior design untuk Myvi Elegance.
myvipanel
Meter panel glowing yang mencecah 220km/j. Perhh laju ni ditambah pulak dengan engine 1.5L
mv toch mvv
dibahagian board ada Touch Screen yang mempunyai pelbagai function yang memudahka anda. kalau tengok pada gambar diatas , ada fungsi Touch Screen Dialing Pad dan Multimedia System with Navigation. Maknanya disediakan GPD sedia ada dalam Myvi ni dan anda boleh buat direct calling terus dari screen. tak payah nak pegang pegang handphone dah lepas ni.Dan anda tak payah beli gadget GPS dah lepas ni. Jimat dan selamat .Ushar dibawah nie.
Myvi Elegance 7 Perodua Myvi Elegance   spesifikasi dan harga
Bagaimana pulak dengan harga?Kalau diikutkan , harga Myvi Elegance adalah seperti dibawah:

1) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Solid – RM53,900.00
2) Perodua Myvi Elegance SXE (M) Metalik – RM54,400.00
3) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Solid – RM56,900.00
4) Perodua Myvi Elegance EZE (A) Metalik – RM57,400.00


**harga Myvi Extreme for sure akan lebih tinggi berbanding harga diatas. Jadi boleh start menabung dari sekarang


So , aku rasa spesifikasi Myvi Extrem dan Myvi Elegance tak lari banyak . Maybe almost the same thing yang akan dikeluarkan. Cuma sedikit penambahan dari segi kuasa engine dan aksesori luaran. Tapi kena tunggu on 16th Sept la untuk kita dapat tahu betul betul macammana rupa dan spec sebenar Myvi Extreme.

SUMBER :
9:28 AM | 2 comments | Read More

Jadual Peperiksaan UPSR 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, September 07, 2011 | 12:12 PM

Tinggal lagi 6 hari untuk adik adik yang sedang berada di darjah 6 untuk menduduki peperiksaan paling penting di sekolah rendah. UPSR adalahs alah satu peperiksaan terpenting sebab ia menentukan hala tuju untuk ke sekolah menengah . Pendidikan menengah yang terbaik sangat penting untuk menenentukan kejayaa masa depan. So ada baki lebih kurang 6 hari lagi untuk ulangkaji 5 matapelajaran utama. Semoga berjaya untuk adik adik .

JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2011 (sumber Denaihati)

SELASA 13 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
  • 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
  • 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2

RABU 14 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
  • 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
  • 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan

KHAMIS 15 September 2011

  • 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
  • 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
  • 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
  • 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam
  •  

apa itu Ujian Aptitud?Rujuk di blog DENAIHATI

12:12 PM | 0 comments | Read More

Permohonan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, September 06, 2011 | 11:16 PM

Permohonan ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2012 akan dibuka bermula  5 September 2011 sehingga 19 Disember 2011. Permohonan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

TIPS UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Semak senarai kursus yang ditawarkan
  2. Semak senarai sekolah
  3. Semak syarat permohonan dan info berkaitan
  4. Muat turun Borang Permohonan

SILA KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH

PERMOHONAN / KEMASKINI PERMOHONAN

INFO PERMOHONAN

SYARAT PERMOHONAN

BORANG PERMOHONAN

SENARAI SEKOLAH

SENARAI KURSUS 2012


MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN BOLEH DIRUJUK KEPADA

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 5 & 6, Blok E14 Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

03-88845154

SUMBER

AMBIL PERHATIAN : Muat Turun Borang Daftar Pemilih Secara Online Suruhanjaya Pilihan Raya

11:16 PM | 0 comments | Read More

Muat Turun Borang Daftar Pemilih Secara Online Suruhanjaya Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.

“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.

Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.

Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.

KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG A (PENDAFTARAN PEMILIH)

borang A (pendaftaran pemilih)

Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500. – Bernama

 

KLIK PADA PAUTAN DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN

cara daftarisu semasabuku terbitan sprsemak maklumat pemilihtendertempat daftarkeputusan pilihan raya kecilmuat turun borangparti politikparti politik

  1. maklumat daftar pemilih boleh disemak di SINI
  2. untuk semakan secara SMS  Taip SPR SEMAK (NO IC) dan hantarkan ke 15888

 

SUMBER

3:05 PM | 0 comments | Read More

Biodata Lengkap Julie Estelle

Bulan ni ramai la pulak yang masuk blog HR menggunakan keyword Nikita Willy. Mungkin penangan entry Biodata Lengkap Nikita Willy yang dah beberapa bulan ada di first page dalam google search engine. Dan sekarang, kalau bukan anda dan anda yang minat , mungkin ibu atau mak cik atau jiran sebelah rumah yang layan cerita Amanah Dalam Cinta dimana pelakon utamanya adalah pelakon supercantik Julie Estelle. Kalau ada pelakon cantik cantik. Ramai pulak yang search carik gambar dan maklumat pelakon tu ek?

Biodata beliau yang diambil dari wikipedia : (dalam bahasa Indonesia)

Julie Estelle Gasnier atau yang lebih dikenal Julie Estelle yang mempunyai darah keturunan Perancis, Menado, Tionghoa adalah putri pasangan Thiery Gasnier dan Hilda Limbara, bungsu dari tiga bersaudara, merupakan adik kandung dari Cathy Sharon yang berprofesi sebagai foto model, bintang iklan, dan aktris Indonesia.,

Mulai dikenal sejak bermain dalam film Alexandria (2005) yang juga merupakan film pertamanya. Lewat film ini, Julie meraih nominasi Most Favorite Rising Star MTV. Sebelumnya Julie lebih aktif sebagai foto model. Film lain yang pernah dibintangi adik kandung Cathy Sharon ini adalah Dealova,Kuntilanak dan Selamanya. Selain menjadi foto model, ia juga pernah membintangi video klip Matta Band. Julie juga pernah menjadi pengisi suara sebagai karakter April O'Neil bersama Nicholas Saputra dalam versi Indonesia film animasi Teenage Mutant Ninja Turtles yang berhasil meraih box office di tahun 2007 lalu.

Julie saat ini adalah juru bicara dan member aktif di masyarakat pengguna mobile blogging platform, Wapaku.com

Filem

Sinetron

2:40 PM | 0 comments | Read More

Gambar Farah Lee : Bakal Tunang Ally Iskandar Ke?

Tak tahu la berita yang diterima sahih atau tak. Tapi gosip mengatakan yang Ally Iskandar yang baru saja putus tunang bulan lalu kini sedang merisik risik seorang gadis comel iaitu Farah Lee untuk dijadikan calon isteri beliau. (Entry berkaitan Ally putus tunang disini : Ally Iskandar Putus Tunang , Punca Ally Iskandar Putus Tunang.) Itu cerita putus. Kita lupakan. Ini cerita baru pulak.


Farah Lee adalah gadis berumur 22tahun  dari Terengganu dan masih lagi belajar di Korea.

so sweet la . Pandai Ally pilih menantu untuk mak dia.


Dikatakan yang boleh kantoi orang tau pasal Farah Lee ni masa Farah Lee tagkan gambarnya dengan Ally di Fanpage Ally Iskandar. Tapi khabarnya dah dipadam kot. Tapi dah terlewat sebab peminat Ally lebih dulu dapat hidu bau bau cinta.hehe. Bila ditanya . Tak ada pengakuan dan tak ada jugak penafian. Lebih kepada bersikap diam. Makna diam tu apa?Adaaa la tu iyer dok Ally?

Sesuai. Kita doakan Ally dan Farah ni dijodohkan . InsyaAllah .

P/s : Ally ni antara pengacara paling diminati dan paling best aku rasa di Malaysia. Dia supercool masa mengacara dan tak pernah dengar pulak pasal benda benda tak baik yang dia buat. Lebih kurang macam lelaki melayu terakhir gitu. Pakej lengkap untuk seorang wanita .


8:25 AM | 4 comments | Read More

SEMAKAN KEMASUKAN UiTM SEMESTER 2 2011/2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, September 05, 2011 | 3:00 PM

semak keputusan uitm 2012, semak keputusan degree uitm sesi 2012, semak keputusan uitm, kemasukan uitm 2012, uitm 2012, permohonan uitm 2012, 



PENGUMUMAN KEMASUKAN UiTM SEMESTER 2 2011/2012

Semakan keputusan bagi program Asasi/ Diploma boleh disemak mulai 22 Ogos 2011 jam 5.00 petang. 

  1. Bagi calon yang tidak berjaya ditawarkan ke program Asasi/ Diploma, tawaran kedua akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Oktober 2011. Keputusan permohonan adalah muktamad. 
  2. Bagi permohonan program Diploma bertemu duga, hebahan panggilan temu duga dijangka dikeluarkan pada 25 Ogos 2011. Sesi temu duga akan dijalankan seperti berikut:  
    • 14 dan 15 September 2011 bagi program Diploma Seni Muzik
    • 17 dan 18 September 2011 bagi program Diploma lain
  3. Bagi pemohon yang mengemukakan permohonan ke program Asasi/ Diploma selepas 2 Ogos 2011, keputusan permohonan akan dikeluarkan pada minggu pertama bulan Oktober 2011.  
  4. Semakan keputusan bagi Program Pengajian Luar Kampus (PLK) dan Setara Sepenuh Masa (SS) boleh disemak mulai 11 Ogos 2011 jam 5.00 petang.

  Semakan Status Permohonan Ke UiTM boleh dibuat di LAMAN WEB INI

Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UiTM boleh di ajukan kepada:

Ketua 
Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah, Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor 
Tel: (+603) 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175 
Faks: (+603) 5544 3170 
e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my 


……………………………………………………………………………………………………………………………………

PENGUMUMAN KEMASUKAN PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS UiTM SESI AKADEMIK 2011/2012


Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Luar Kampus sahaja boleh di ajukan kepada:


Ketua 
Pusat Pengajian Luar Kampus,
Institut Perkembangan Pendidikan (InED),
DW11 Intekma Resort & Convention Centre, 
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 
Tel: (+603) 5522 5374, 5350, 5305 
Faks: (+603) 5522 5355 


sumber : UiTM Student Portal
3:00 PM | 0 comments | Read More

Keluarga Noramfaizul Mahu Kelab Putera 1 Malaysia Bertanggungjawab : Siapa Bersalah?

SUBANG, 4 Sept —Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

“Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan,” kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.

“Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing,” kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.

Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.

“Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia.

Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: “Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik.”

Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang.

“Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket,” katanya.

Suri rumah berusia 54 tahun ini yang menitiskan air mata berkata, pasukan misi kemanusiaan seharusnya telah diberikan latihan secukupnya.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik.

“Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik,” katanya.

“Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar,” kata beliau. –MalaysianInsider

………………………………………………………………………………………………………………………..

Itu berita yang dikeluarkan oleh MalaysianInsider berkaitan kematian Allahyarham Noramfaizul. Seperti biasa, bila dah terjadi benda benda macam ni. Baru semua nak membuka mata masing masing. Kalau dulu hanya pandang sebelah mata sambil cakap “alah tak ada apa lah” . Tapi sekarang, siap nak pakai spek lapanpuluh lapis sambil bukak mata luas luas.

Dah tu, ada pulak statement yang dikeluarkan oleh Ketua Medical Team yang mengatakan jaket kalis peluru sekalipun tak boleh selamatkan arwah. Nampak macam ayat nak melarikan diri dari tanggungjawab . Boleh baca artikel penuh di  (Vest wouldn’t have saved Bernama man, says doctor).

Slain Bernama TV cameraman Noramfaizul Mohd Nor would likely have died even if he had been wearing a bulletproof vest when he was shot, said the aid mission’s chief physician today.

ramai yang tak berpuas hati dengan kenyataan ni. Memang la orang cakap ajal tu ditangan tuhan.Kita kena terima takdir. Tapi kematian itu kan bersebab. Bukan saja saja tiba tiba nak mati .Mesti ada sebabnya. Kalau dah macam tu alasannya,  Lebih baik tak payah adakan undang undang pakai seatbelt semasa memandu dan pakai helmet semasa menunggang motor.  Mencegah kan lebih baik dari mengubati . Katanya jaket kalis peluru pun mungkin tak dapat selamatkan arwah. Tapi masalahnya disini, petugas media langsung tak disediakan dengan jaket tu.

Tapi, tak boleh 100% nak salahkan Kelab Putera 1 Malaysia  dalam permasalahan ni. Bukan saja saja seronok nak ke sana. Bukan nak holiday kat sana. Bukan saja nak kesana nak bagi arwah ditembak.  Ada misi murni Kelab Putera 1 Malaysia  ke sana. Cuma mungkin sedikit kesilapan atau kekurangan yang membawa kepada kesan yang sangat besar. Mungkin sebagai peringatan untuk pencegahan di masa masa depan. Arwah ke sana pun  bukan dalam keadaan paksaan dari mana mana pihak. Beliau ke sana menjalankan tugas murni. Ajal Tuhan tak siapa yang tahu dimana. Mungkin esok esok kita pulak?

AL FATIHAH untuk Allahyarham Noramfaizul . Semoga rohnya dalam lindungan Allah SWT 

9:45 AM | 0 comments | Read More

Situasi Sebenar Yang Berlaku Semasa Allahyarham Noramfaizul Ditembak Mati Di Somalia

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, September 04, 2011 | 2:23 AM

Malang tidak berbau. Walaupun jarak perjalanan yang perlu ditempuhi oleh sebahagian petugas media dalam misi bantuan di Somalia sebelum diserang hendap semalam hanya tiga minit, namun tempoh itu tetap merupakan antara yang paling panjang yang pernah dilalui oleh jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.


Ini kerana dalam perjalanan tiga minit itulah mereka ditembak sekurang-kurangnya dua kali dan salah satu daripadanya mengorbankan rakannya, jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, yang juga ketua pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.


Menurut Aji Saregar, ketika kejadian, beliau dan Noramfaizul berada dalam kenderaan terakhir daripada tiga kenderaan yang bergerak dari hotel penginapan petugas media elektronik menuju ke hotel yang menempatkan petugas media cetak dan penulis blog.


“Sebelum memasuki pekarangan hotel itu dari hotel kami, saya terdengar bunyi tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di bahagian lengan kanan.

“Dalam kesakitan, saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami diserang tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya dapat melihat bahu kanan arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Aji Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk pulang ke tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta kesemua petugas media dan sukarelawan misi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam tadi waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.


Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Aji Saregar hanya cedera di lengan.


……………………………………………………………………………………………………………………

Bagi aku, orang Somalia ni , bukan semua tapi kebanyakannya memang tak kenang budi. Dah berapa puluh tahun dah Malaysia hantar misi pengaman untuk pastikan negara Somalia tu sedikit aman dan kebuluran dikurangkan. Negara negara lain banyak yang ambil sikap berdiam diri dengan masalah kebuluran antara yang terburuk di Somalia sekarang ni. But then , bila nak ditolong, jadi macam ni pulak. Persoalannya, MASIH RASIONALKAH Misi Pengaman ni kalau objektif utamanya adalah untuk menyelamatkan nyawa tapi dalam masa yang sama nyawa sendiri dipertaruhkan.

Seorang anonymous ada comment dalam entry aku :

untuk rekod pada tahun 1993 ketika Malaysia menghantar pasukan tentera (RAMD Mekanis dan Rejimen Gerak Khas) untuk misi pengaman di sana, 3 orang anggota tentera kita terbunuh di mana salah seorangnya terbunuh ketika operasi menyelamat US rangers yang dikepung oleh militia Fara Aidid. Kemudian jika tak silap 2 tahun lepas, beberapa orang kelasi rakyat Malaysia telah diculik di perairan Somalia. Sekarang wartawan kita pula terbunuh da seorang cedera. Somalia negara paling tak selamat.

2:23 AM | 2 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)