Home » , » Muat Turun Borang Daftar Pemilih Secara Online Suruhanjaya Pilihan Raya

Muat Turun Borang Daftar Pemilih Secara Online Suruhanjaya Pilihan Raya

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, September 06, 2011 | 3:05 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini menyediakan kemudahan pendaftaran sebagai pemilih secara online dengan memuat turun Borang A menerusi laman web www.spr.gov.my.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, kemudahan memuat turun Borang A secara online itu bertujuan menggalakkan lebih ramai warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas mendaftar sebagai pemilih.

“Kemudahan ini disediakan kepada Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) dan orang ramai, kemudahan ini juga membolehkan semua PPP yang dilantik SPR memuat turun borang A mengikut keperluan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Sebelum ini, PPP perlu mengambil borang A yang dikeluarkan oleh pejabat-pejabat Pengarah Pilihan Raya Negeri sahaja, kata Kamaruddin.

Menurutnya, warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh memuat turun borang tersebut, bagaimanapun, pemohon dihendaki membuat salinan Borang A untuk simpanan mereka sebelum menghantar borang tersebut ke kaunter-kaunter pendaftaran pemilih SPR.

Tatacara pengisian dan prosedur penghantaran Borang A dinyatakan dalam laman web SPR.

KLIK UNTUK MUAT TURUN BORANG A (PENDAFTARAN PEMILIH)

borang A (pendaftaran pemilih)

Maklumat lanjut mengenai pendafataran secara muat turun Borang A itu boleh diperolehi dengan menghubungi Ibu Pejabat SPR Putrajaya di talian 03-88856500. – Bernama

 

KLIK PADA PAUTAN DIBAWAH UNTUK MAKLUMAT TAMBAHAN

cara daftarisu semasabuku terbitan sprsemak maklumat pemilihtendertempat daftarkeputusan pilihan raya kecilmuat turun borangparti politikparti politik

  1. maklumat daftar pemilih boleh disemak di SINI
  2. untuk semakan secara SMS  Taip SPR SEMAK (NO IC) dan hantarkan ke 15888

 

SUMBER

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)