Mungkin ada yang dah sedia maklum dengan berita ni. bagi yang belum lagi tahu, bermula 15 September ini , semua kad prabayar (topup) untuk semua talian di Malaysia akan dikenakan cukai sebanyak 6% bergantung kepada jumlag nilai prabayar yang dibeli. Kaya lagilah kerajaan kita nampaknya.
Benda ni dah dibuat dalam bulan Julai yang lepas sebab tempat aku kerja pun dah start jual dengan harga baru but then lebih kurang 3hari lepas tu, ditangguhkan ke bulan 9. Dan selepas 15 September ni, semua kenaikan harga nilai kad prabayar akan dikuatkuasakan serta merta diseluruh malaysia.harga baru kad prabayar adalah seperti dibawah:
Nilai Prabayar | Harga Baru (selepas 6% cukai) |
RM 5 | RM 5.30 |
RM 10 | RM 10.60 |
RM 20 | RM 21.20 |
RM 30 | RM 31.80 |
RM 50 | RM 53.00 |
RM 100 | RM 106.00 |
RM 200 | RM 212.00 |
Terkejut?Jangan terkejut sebab inilah kenyataannya selepas 15September ni. Naik la macammana pun orang tetap akan beli jugak sebab dah jadi sesuatu yang wajib. Macam orang Malaysia dengan nasi. Mahal macammana pun kena jugak beli kan?So kerajaan tak ada masalah la nak naikkan harga kan? Demand sentiasa ada.
Tapi bagi aku la. Ini cuma cadangan. Aku lebih suka kalau kerajaan terus potong 6% tu dalam nilai prabayar . Maknanya kita cuma akan dapat nilai sebanyak RM 4. 70 kalau topup RM 5 dan dapat RM 9.40 kalau topup RM 10. Tak la nampak sangat kena bayar. Ini tak. Dah la dalam kad tu dah terang terang tulis RM 10. but then tetiba nak kena bayar lebih 60sen. Macam tak best ja. Hopefully cadangan aku ni didengar. Dan satu lagi. Ia menyenangkan si penjual sebab tak payah nak bagi duit syiling bila jual . Kan senang genap genap terus. Buat berat poket ja duit syiling.
6 comments
setuju. sy pun berfikiran camtu :)
aku pon terfikir idea yg sama..better ptong trus..2-2 pihak senang..
asal nak naik kan pulak. masalah gilaa. nak bia je laa harga asal ape masalah dia. suma bende nak naik tpi gaji takat tuh jugak.. haduyai..
Tak habis-habis nak miskin kn rakyat.
setuju dgn cadangan yg diberi... kehkehkehkeh
aku tak faham naper2 lam bnyk2 benda yg boleh dicharge topup plak kena bayr?aku ni dah la berniaga topup,aper ker sikit pnya susah aku nak kena pulangkan baki syiling kat customer..adoi....saper pnya idea la naik kan 6% nih? korang yg create idea nih rasanya tak fikir org lain kot? belajar tinggi tapi tak fikir org lain..itu la masa kelas etika ponteng...bila nak buat dasar pikir perut sendiri...kat malaysia ni bukan org pekan@bandar jer yg guna prepaid..tapi org kampung...payah betul aku nak terangkan pada dwg oooo...60 sen tu besar beb!boleh beli sayur taugeh lagi..boleh beri satu family makan buat makan tengahari!kalau student boleh gak beli nasi putih separuh!adoi...lu ada fikir tak?..betul2 menjatuhkan populariti kerajaan sekrg!!!!!makin tawar ati aku nak mengundi nihhh...bukan la gi nak pangkah saper..tapi mmg tak nak ngundi!
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)