Full Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 – Jozan

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, January 05, 2013 | 12:58 AM

Untuk minggu ke 8 , Zizan membuat persembahan secara soo kerana Johan masih belum sembuh selepas pembedahan lutut beliau . Zizan tampil seorang diri namun berjaya memikat hati penonton dengan lawak bersahaja beliau.

Jom saksikan persembahan Jozan dalam Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu ke 8 ini:

PART 1

 

PART 2

 

12:58 AM | 0 comments | Read More

Full Video Maharaja Lawak Mega 2012 Minggu 8 – Jambu

Persembahan untuk minggu ke 8 diadakan di Terengganu . Seriusly admin ketawa sampai guling guling tengok persembahan Jambu terutamanya Yus. Jom saksikan perse,mbahan 1 dan 2

PART 1

 

PART 2

12:55 AM | 0 comments | Read More

Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus Januari 2013

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 04, 2013 | 11:59 PM

Berikut adalah Jadual Kuliyah Ustaz Azhar Idrus (UAI) bagi bulan Januari 2013 untuk rujukan anda yang mahu menghadiri kuliah. Pastikan anda tidak terlepas untuk bersama sama UAI di kawasan berhampiran anda pada bulan januari ini. InsyaAllah akan mendapat manfaat berguna daripada beliau.

ustaz-azhar-idrus

**Sila tekan Ctrl + D untuk bookmark page ini sebagai rujukan anda dan kongsikan bersama rakan rakan yang lain. 

11:59 PM | 1 comments | Read More

Tiada Had Harga Untuk Rebat Telefon Pintar – Rais Yatim

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 03, 2013 | 6:43 AM

Jika sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian Rebat Telefon Pintar RM200 hanya untuk telefon terpilih sahaja, kini kabinet telah memutuskan untuk membenarkan rebat tersebut digunakan ke atas apa jua telefon pintar . Perubahan tersebut dibuat atas desakan banyak pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO sendiri , Khairy Jamaludin yang mendesak Perdana Menteri dan Rais Yatim untuk meminda perkara tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Rais Yatim di Twitter beliau dan disokong oleh Khairy Jamaludin sendiri. Namun , perkara ini mungkin tertakhluk kepada syarat dan terma yang akan dikenakan oleh syarikat komunikasi dalam menawarkan pakej tertentu.

dd

Bagi Belia berumur 21-30 tahun dan berpendapatan bawah RM3000 , boleh membuat permohonan di pautan berikut.

Permohonan Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia

6:43 AM | 1 comments | Read More

Budak 13 Tahun Didakwa Cuba Rogol Wanita

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 02, 2013 | 9:31 AM

Semalam kecoh di facebook apabila seorang wanita berbangsa Cina mengupload gambar seorang budak lelaki berumur 13 tahun dan mangsa mengatakan bahawa beliau hampir dirogol oleh budak tersebut di tandas stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah, Melaka.

Selain mendedahkan tentang kanak kanak tersebut, mangsa juga mendedahkan tentang kekecewaan beliau semasa membuat laporan di balai polis . Berikut adalah luahan hati  mangsa yang dibuat di facebook beliau.

“Dear all, i was nearly been raped by a 13 year old malay kid at Shell Petrol Kiosk female toilet (Jalan Munshi Abdullah). I stop by there for a poo break and he stormed in when i opened the door after m done. With such a young mind, he manage to hold me and shut my mouth..he kissed my cheeks and molested my breast… While i struggled to fight him off … I shouted my lungs out till the opposite Bank Simpanan Nasional staff and customer heard my shouting..In between of fighting him off, i manage to bite his fingers..

“After a few attempts of trying to open the door, finally i heard a few person outside the toilet.. With that i try even harder to open the door and manage to slot my palm in between the door to avoid the door being shut again ..And thank god the shell assistant was right outside the toilet with another malay lady and malay man after the door was partly open.. They caught him and keep him in the male toilet till the police are here..

“And what was even heart breaking , is that the police ask me whether to let him go or continue with the police report.. Y on earth should i be letting him go??!!! And i m being questioned that did i make a lie??!! How sad is this that i m being questioned in such a way just because he is a kid….,Thank god he was not armed with any tool nor he is with other adult that may even harm me more.. And now i m in Hospital Besar Melaka for check up and will proceed with another investigation and report at IPK .. And a reminder to all the ladies and men out there, the world has changed.. A kid of 13 years old has managed to do such a criminal thing.Age doesnt matter when it comes to crime…please take extra precaution when u r out there..FYI, his name is XXXXXX (Mykad : 0****XXXX****). Address: XXXXXXXXXXXXX..”

“This is another front photo of the boy that tries to rape me yesterday.. He looks and act slumber.. Moreover, he tell lies that he is looking for his ‘adik’ at the toilet (the truth is , he is the youngest in the family)..And i got the info that his dad is a *** staff and his mom is a TEACHER.. how Shameful is this!!!!! A son of a Teacher can have such insane acts..! Now, family background doesnt matter, age doesnt matter, location doesnt matter, and time doesnt matter when it comes to crime..”

“This is how the police station welcomes me when i was there at around 8.30 night on new yr eve… No one was at the counter to assist me ( my 1st thought.. Did all the police went for new yr eve countdown celebration??) .. I have to find the way myself to the respective sergeant to do further interview.. Another sad part, the very 1st question that the lady officer ask me is

Lady officer: U tak dapat lawan dia ke??”..

Myself: kalau i tak lawan, i dah habis kena rogol..

Lady officer: tak mungkin la.. Dia budak kecil, lagipun itu tempat awam..

See, this is how our police handle cases..they take things easily.. And when i make my statement, she had it typed wrongly, and i ask for amendment.. All she said is “i sudah key in la, tak boleh nak tukar”.. But of cos i insist asking for amendment..and out of her frustration she said ” i kasi u tukar sampai u puas hati”..

Sad sad sad.. I will have more encounters with these people till the case is close.. God pls be with me all the time..”

**satu komen dari admin. Berkaitan pertanyaan dari pihak polis semasa beliau membuat laporan. Itu bukan pertanyaan biasa dan sikap ambil mudah. Itu adalah prosedur polis untuk mengambil setiap statement berkaitan kejadian .

**Dan rasanya tidak perlu beliau mendedahkan butiran peribadi kanak kanak terbabit kerana menyalahi Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] yang menetapkan :

Tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan atau apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan denganya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.

**apapun semoga kes ini boleh dijadikan iktibar dan wanita dinasihatkan berhati hati tidak kira dimana berada dan dengan siapa anda berada. Jenayah boleh berlaku dimana mana dan bila masa sahaja. Semoga dijauhkan dari kejadian sebegini.


9:31 AM | 2 comments | Read More

Bezanya Ambang 2013 Di Shah Alam | i-City Dan Dataran Shah Alam

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, January 01, 2013 | 2:56 PM

Blog ini tidak mewakili mana mana parti politik. Entry ini hanya sekadar untuk tontonan anda . Anda sendiri boleh menilai man baik dan mana buruk. Perayaan Ambang Tahun Baru 2013 di Shah Alam seperti tahun lepas dibuat di dua tempat berbeza yang jauhnya cuma 10minit perjalanan. Satu di i-City kelolaan kerajaan persekutuan dan satu lagi di Dataran Shah Alam (Belakang Masjid Shah Alam) kelolaan Pakatan Rakyat.

Dan suasanya amat berbeza. Satu dengan perayaan penuh gilang gemilang diiringi konsert dan tarian dan satu lagi penuh keamanan dan keberkatan dengan tetamu jemputan seperti tahun lalu iaitu Ustaz Azhar Idrus. Berikut adalah beberapa keping gambar kedua dua majlis tersebut .

AMBANG MERDEKA DI DATARAN SHAH ALAM

AMBANG MERDEKA DI i-CITY (KARNIVAL #SAYANGI SELANGOR)

semangat 1 malaysia katanya.

**Alhamdulillah seperti tahun lepas, kebanyakan dari penduduk Shah Alam sendiri memilih untuk bersama UAI pada malam tahun baru. Tapi ramai jugak yang memilih i-City sampaikan Shah Alam jammed teruk semalam. Nak tengok bunga api katanya. Apapun masing masing punya pilihan sendiri untuk memilih bukan?

Apa pilihan anda??

sumber gambar

2:56 PM | 2 comments | Read More

Permohonan Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar yang diumumkan oleh perdana Menteri pada Bajet 2013 yang lalu boleh mula dibuat bermula 1 Januari 2013. Permohonan ini adalah terbuka kepada 1.5 juta belia berumur 21-30 tahun warganegara Malaysia.

image

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di

http://nbi.skmm.gov.my/

Rebat RM200 ini hanya boleh digunakan untuk model telefon pintar 3G terpilih sahaja. Untuk senarai telefon pintar yang diberikan rebat, anda boleh klik pada pautan dibawah.

Senarai Telefon Pintar Yang Diberikan Rebat RM200

2:39 PM | 0 comments | Read More

Senarai Telefon Pintar Yang Diberikan Rebat RM200

image

**UPDATED: Tiada Had Harga Untuk Rebat Telefon Pintar – Rais Yatim

Inisiatif jalur lebar negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada Bajet 2013 yang lalu telah menetapkan pemberian Rebat 200 Telefon Pintar kepada golongan belia berumur 21-30 tahun di Malaysia. Berikut adalah senarai telefon pintar yang bakal diberikan rebat RM200 untuk pakej komunikasi tersebut. Telefon pintar yang termasuk dalam senarai adalah yang berharga Maksimum RM500 sahaja.

Permohonan Rebat Rm200 Telefon Pintar ini akan mula dibuka pada 1 Januari 2013 dan pautan untuk permohonan disediakan di akhir makluman ini.

Senarai Model Telefon Pintar yang bakal diberikan rebat RM200 untuk Pakej Komunisaki Belia 1Malaysia:

**berikut merupakan peranti awal dalam cadangan dan akan ditambah mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa.

  • Alcatel One Touch Inspire 2
  • The Buzz Phone
  • HTC Wildfire
  • Huawei Ideos X3
  • LG Optimus L3
  • Ninetology Black Pearl II
  • Ninetology Palette
  • Nokia 2730
  • Nokia 7230
  • Nokia Asha 305
  • Nokia Asha 308
  • Nokia C2-03
  • Nokia Lumia 610
  • Samsung Galaxy Chat
  • Samsung Galaxy Mini
  • Samsung Galaxy Pocket
  • Samsung Galaxy Y
  • Sony Xperia Tipo
  • ZTE Acqua
  • ZTE V790

Sila klik pada pautan dibawah untuk membuat  Permohonan Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia

Permohonan Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia

 

2:33 PM | 0 comments | Read More

Gambar Kahwin Apek Dan Leuniey

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 31, 2012 | 10:54 AM

Majlis resepsi pertama Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha diadakan di Hotel Renaisance , Kota Bharu , Kelantan dengan busana pengantin diilhamkan oleh pereka fesyen terkenal, Ezzuwan Ismail.

Satu lagi majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan pada 5 Januari depan dirumah keluarga Apek di Kampung Chenang , Kota Bharu.

Lebih banyak gambar di CTHONEY

credit pic to : Rotikaya.com

10:54 AM | 0 comments | Read More

Perhiasan Rumah Yang Dilarang Dalam Islam

Entry ini adalah hakmilik sepenuhnya blog Mirlme

Rumah adalah tempat perlindungan dan beristirahat.Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah. Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yg bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita

Rasulullah SAW bersabda:
“Empat perkara yang membawa kebahagian iaitu Isteri Solehah, Tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan Kenderaan yang selesa”. (Ibnu Hibban)

Manakala Allah SWT berfirman :
”Allah menjadikan utk kamu rumah2 kamu sebagai tempat yang menyenangkan”…(Surah an-Nahl : 80)

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana, dlm mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya Malaikat Rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dlm rumah yang mengandungi patung.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”.(Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanaya. Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas dan pada zahirnya kelihatan tenang dan cantik tetapi malangnya tidak dimasuki Malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung-patung hiasan dan seumpamanya.

Cacatkan Angota Patung


Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau yang sewaktu dengannya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung. Hari berikutnya pun Jibrail masih tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad :

“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok” (Riwayat Abu Daud, Nasai dan Termizi dan Ibnu Hibban)

Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan. Bagaimanapun, patung-patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akn datang cara mendidik anak-anak mereka.

Perhiasan Yang Di Benarkan dan Yang Tidak Di Benarkan Dalam Islam


Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan dan benda yg tidak bernyawa. Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar Artis yg memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar Orang Kafir (org bkn Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.

Menggantungkan gambar-gambar Orang Alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan dan kelebihan ilmunya dan Islam juga mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh. Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjdi kenangan.

Seksaan Pada Hari Kiamat


Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yg diperbuat dari emas dan perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akn menimbulkan perasaan atau sifat sombong, riak dan ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.

Larangan ini adalah utk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan atau jurang yg berlebihan antara golongan kaya dan miskin. Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya akan dimakan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan. Begitu juga halnya dgn permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat.

Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran atau memahat patung ini. Dalam satu riwayat lain diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh pada patungnya itu, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”. (Riwayat Bukhari )

Maksud hadis ini ialah, Allah SWT akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.

10:46 AM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)