Jika sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian Rebat Telefon Pintar RM200 hanya untuk telefon terpilih sahaja, kini kabinet telah memutuskan untuk membenarkan rebat tersebut digunakan ke atas apa jua telefon pintar . Perubahan tersebut dibuat atas desakan banyak pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO sendiri , Khairy Jamaludin yang mendesak Perdana Menteri dan Rais Yatim untuk meminda perkara tersebut.
Perkara ini diumumkan oleh Rais Yatim di Twitter beliau dan disokong oleh Khairy Jamaludin sendiri. Namun , perkara ini mungkin tertakhluk kepada syarat dan terma yang akan dikenakan oleh syarikat komunikasi dalam menawarkan pakej tertentu.
Bagi Belia berumur 21-30 tahun dan berpendapatan bawah RM3000 , boleh membuat permohonan di pautan berikut.
1 comment
mohon share untuk blog cik wawa ye...tq :)
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)