Haa??Adik Blogger Terkenal Tu Orang Minyak?

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, June 13, 2011 | 9:43 PM

 

hari ni 13jun adalah hari yang aku rasa hari yang agak mengong bagi aku. Bermula dengan satu kesilapan besar yang aku buat pagi pagi buta. guess what? Aku silap masuk shift kerja. Sepatutnya shift petang tapi aku denga penuh keyakinan bawak la motor pagi2 buta semangat nak pergi kerja. tengok tengok shift petang. Damnn ahh. nasib baik la ada sorang budak baru ni dia bangun lewat . So aku kol suruh dia tukar shift la dengan aku. Habis tak mau cita yang itu. Nak cita menda lain actually. Cakap omputih tu aku…

 

Dah lebih kurang sebulan aku kerja kedai minyak macam aku pernah cita dalam entry tah hapa2 ni.Kerja kedai minyak bai. Bukan orang minyak macam tajuk tu. Saja wat gempak ja.,haha..ciotanya  3hari sebelum aku masuk kerja kat tempat tu. Ada sorang perempuan ni baru masuk kerja jugak. Alia namanya,tapi ada panggil Liara, erkk mana satu? Aku panggil dia Halia.Comel dia ni. Acece lu mesti kembang alia kalau baca statement gua..haha.. Dia ni kerja sampai hujung bulan ni ja sebab bercuti politeknik. Mula mula malas dan segan nak nyembang nyembang. Yela aku ni kan memang jenis malu malu kucing nak mampos kan?So rasa kemaluan untuk semabng tu ada la jugak. nak bagi link pun tak tahu nama si Alia ni sebab aku tak tau facebook dia.

 

Lama lama cinta pun mula berputik antara kami. Damnn aku tipu besor. Mem baca mampos aku kena tibai dengan paip air. Lama lama mula la sembang sembang cam tu sebab kan satu tempat kerja. Walaupun aku ni jenis malu malu tapi sembang jugak. Pesal aku rasa nak muntah haa tep kali aku taip word malu tu..haha.. ke aku memang jenis tak tau malu. Sembang punya sembang punya sembang berhari hari sampai la ceritanya hari ni. haa ini la aku nak cerita sebenarnya. yang tadi tu cuma interodaksyen ja.

 

Papp keluar topik blogging hari ni. Sesaje la sembang sembang pastu dia pun bagitahu la tanpa aku bertanya yang kakak dia blogger terkenal jugak. Guess who? Cik Epal wehh…tak caya?okeh fine gua tipu. sejak bila adik cik epal kerja kat kedah kan?lagipun Cik Epal ada adik nama Halia ke?haha..Ok kali ni betul2. Si Alia ni adik kepada blogger designer Myravea yang selalu datang shoutbox dan wink3x. tu..nama blog pun Dinky Wink . Aku kenal la si Myravea ni. Dia confirm tak pernah kenal aku. Blogger bawah tanah je.

 

Serius gua tak sangka. Selepas dah lebih sebulan kerja sekali baru tau dia adik Myravea tuh. langsung tak expect bai. Tak tahu kenapa rasa cam eksaited semacam ja bila masuk bab bab blogging ni padahal blog aku ni dah ditinggalkan bersawang . tapi tak pa., semangat masih ada . Cuma masa tak berapa nak ada sangat .Eksaited sikit sebab sebelum ni pernah jumpa dalam blog ja . Tup2 adik si blogger yang aku kenal kerja sekali dengan aku. Tetiba rasa dunia ni kecik dan dihujung jari. Ada kena mengena tak?

 

Masuk bab Myravea plak, dia ni seorang yang sangat pandai merekacipta header. Dalam bahasa kampung  aku orang panggil designer header. kampung korang panggil cam tu tak?nak wat camna kampung aku semua ngaji omputih belaka. Kalau nak hidupkan kereta orang kg aku panggil “start injin. ” betul tah hejaan haku?. perhh omputih bai. Si myravea ni aku pernah gak dulu nak sembang sembang ngan dia pasal design header ni sebab aku pun ada jugak buat tempahan header tapi free jela dan tak ambik duit lagi.tapi terlupa nak sembang2 sebab dia kan designer hebat. Kalau nak tengok design design aku boleh la lepak di HRDESIGN  tempat aku sumbat semua design2 aku. Tapi yang latest tak sempat lagi nak masukkan.

yang paling latest yang ini la..cewah nak nunjuk gak tuh.

 

nanti al aku sambung cita kalau rajin. Lepak kedai mamak ni. Tetiba elektrik tak de plak. Mamak ni jeles ke apa aku nak blogging. Ke nak halau dengan cara tersopan?Pesal wifi boleh plak guna. Ahh lantak. balik tidor dulu esok kerja pagi.  Ehh pagi ke petang??Jangan silap lagi macam pagi tadi sudah. Cauuu~!!!!

 

pesanan penaja : sila abaikan tajuk tu yee…baca isinya sudah. ekeke~

9:43 PM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)