Home » , » Kisah Kedai Minyak: Kerja Sebagai Pump Attendance Salah Ke?

Kisah Kedai Minyak: Kerja Sebagai Pump Attendance Salah Ke?

Written By Hafiz Rahman on Sunday, May 29, 2011 | 10:17 AM

Waktu aku menaip entry ni iaitu hari Jumaat 27 Mei 2011 tapi baru hari ni online Dah masuk seminggu sejak aku mula bekerja sebagai pump attendance di Bandar Puteri Jaya Sungai Petani.  Dah alang alang aku cuti 4 bulan lebih sebelum sambung degree level, so apa salahnya mencari duit poket instead of nak memintak kat mak bapak. Hari hari nak mintak duit memang nak kena tembak la kan?

 

Dah seminggu aku kerja ni , macam macam jenis manusia dan customer yang aku jumpa. Baru seminggu, bukan sebulan, bukan setahun. Orang yang datang isi minyak ni macam macam kerenahnya . Kadang kadang seronok plak nak melayannya. Tempat kerja aku ni ada beberapa bahagian kerja yang semua pekerja kena buat. Ada bahagian post iaitu kaunter di dalam. 2 orang akan jaga. Forecourt iaitu bahagian hadapan kat luar. Dekat bahagian pump tu dan seorang lagi akan jaga bahagian pump NGV gas. So setiap shift akan ada 5 orang yang bertugas. Shift pagi dari 6.30 pagi sampai 2.30 petang dab shift petang dari 2.30 pttg sampai la ke 11.30 malam.Nak menunggu habis satu satu shift tu kadang kadang satu penyiksaan jugak tambah tambah sekarang ni musim panas. Menggelegak kepala otak . Nasib la stesen minyak ada bumbung. Ofkos la ada kan? itu pun aku nak cerita kan?bengong! mesti la korang tau kan

 

Kerja kat sini memang bess. Sebab tokey kedai ni Tuan Haji Ilyas tersangat sangat la baik. Isterinya yang kami panggil Mak Aji pun tersangat sangat la baik. Macam ayahanda gitu. Tak ada nak marah marah or maki maki perkerja. Nak mintak apa apa memang senang. baru seminggu aku kerja, dah daoat kain 4meter untuk buat baju raya,. Semua pekerja dapat kain tu. Tau sebab apa dapat ?Haa ni la risikonya kerja kedai minyak. Mungkin korang kena kerja pagi raya. Sebab tu la baju tu akan sama ja dipakai semua staff. Aku rasa la kan, aku kena kerja la pagi raya nanti sebab aku akan kerja sampai bulan 9 . Mintak mintak bukan pagi. Waaa gua mau raya bebb.

 

Tapi tak kisah la.Kerja tu penting . Lagipun ini pun dikira sebagai pengorbanan. Yela, cuba bayangkan kalau korang nak pergi raya rumah sedara mara, pastu minyak habis tengah jalan, sape nak tolong kalau kedai minyak tak bukak?Takkan nak tuang air masuk dalam tangki minyak tu kan?So kami lah penyelamat anda. acece. haha.Dah melalut banyak dah dari tajuk asal. Biasa la kalau dah mula dapat idea nak menaip rasa tak mau stop ja cita walaupun aku ntau tak ada sapa yang nak baca sebenarnya kan?

 

Salah ke kerja kedai minyak?Ada sorang pak cik tu datang isi minyak. Alahai berlagak kemain. Naik kereta Iswara je. Dia datang dekat aku yang sedang jaga pump NGV. Dia cakap “Hang tak mintak kerja lain ka?Tak kan kerja pump attendance ja sampai bila2” Then aku jawap la sambil tangan ni rasa nak pelempang pak cik tu. “Pak Cik Tua nyanyuk nak mampos,<—tipu—, saya kerja cari duit sikit2 sebab baru ja habis diploma , tengah tunggu nak masuk degree. Pok CIk tu pun dengan muka tak leh blah , cakap “oooo”” dan blah macam tu ja. haha. Amik hang. Amboi kemain lagi nak pandang rendah kat orang lain ek? Bukan salah pun kerja pump attendance.Kita ni hidup sebagai manusia, jangan nak memandang orang lain rendah dari kita walaupun dia memang rendah. Pandang la mereka tingi tinggi keran mereka mencari rezeki yang halal. Leboh baik dari keldai keldai dadah dan Dato’2 yang kaya raya tu tapi makan rasuah haram jadah tu.Kisah Kedai Minyak akan bersambung di entry akan datang. hehee..stay tuned. …..

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

4 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)