SENARAI JALAN KL DITUTUP SEMPENA PERSIDANGAN KEMUNCAK ASEAN 2015:
TARIKH: 21 NOVEMBER 2015 (SABTU)
** DITUTUP PENUH PADA SABTU
** DITUTUP BERPERINGKAT BERMULA RABU HINGGA SABTU
TARIKH: 21 NOVEMBER 2015 (SABTU)
** DITUTUP PENUH PADA SABTU
** DITUTUP BERPERINGKAT BERMULA RABU HINGGA SABTU
- Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC
- Jalan Imbi menghala Jalan Bukit Bintang
- Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang
- Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak
- Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak
- Jalan Nagasari ke Jalan Raja Chulan
- Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang
- Jalan Ampang ke Jalan P.Ramlee
- Jalan Ampang ke Jalan Binjai
- Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee
- Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan
** JALAN DITUTUP BERMULA 7.15PM - 8.50PM
** JALAN DITUTUP BERPERINGKAT JAM 7.40AM - 9.00AM
JALAN ALTERNATIF
_________________________________________________________________
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) --
** JALAN DITUTUP BERPERINGKAT JAM 7.40AM - 9.00AM
JALAN ALTERNATIF
- Jalan Kia Peng/Jalan Stonor
- Jalan Tun Razak
- Lorong Lumba Kuda
- Jalan Yap Kwan Seng
- Jalan Hang Tuah
- Jalan Raja Chulan/Jalan Tun Perak
- Jalan Pudu.
_________________________________________________________________
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) --
Sebanyak 12 jalan utama menuju Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan ditutup secara berperingkat bermula Rabu sehingga 22 Nov ini bagi melancarkan pergerakan wakil negara ASEAN dan negara pemerhati ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27.
Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain berkata penutupan penuh jalan terbabit akan dibuat Sabtu ini.
"Jalan akan ditutup selama hampir dua jam bermula dari pukul 7.15 malam sehingga 8.50 malam," katanya dalam sidang media Selasa.
Antara jalan terlibat ialah Jalan Binjai menghala Persiaran KLCC, Jalan Imbi menghala Jalan Bukit Bintang, Jalan Raja Chulan menghala Jalan Bukit Bintang, Jalan Kia Peng menghala Lorong Perak dan Jalan Raja Chulan menghala Lorong Perak.
"Turut ditutup ialah Jalan Nagasari ke Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail ke Jalan Ampang, Jalan Ampang ke Jalan P.Ramlee, Jalan Ampang ke Jalan Binjai, Jalan Sultan Ismail ke Jalan P.Ramlee dan Jalan Raja Chulan ke Persiaran Raja Chulan," katanya.
Mohd Nadzri berkata pada pukul 7.40 pagi hingga 9 pagi hari yang sama, jalan-jalan berkenaan akan turut ditutup secara berperingkat.
"Penutupan jalan ialah bagi memastikan tahap keselamatan ketua-ketua negara yang menghadiri persidangan itu terjamin dan terbaik," katanya.
Beliau berkata pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Kia Peng/Jalan Stonor, Jalan Tun Razak, Lorong Lumba Kuda, Jalan Yap Kwan Seng, Jalan Hang Tuah, Jalan Raja Chulan/Jalan Tun Perak dan Jalan Pudu.
"Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan polis selain disaran mengelak menggunakan jalan yang dinyatakan itu.
"Mereka juga dilarang untuk meletakkan kenderaan di sisi jalan-jalan terlibat. Sekiranya ingar, kami akan menundanya," katanya.
sumber-- BERNAMA
11:06 AM | 0
comments | Read More