Perdana Fuga Executive Keluaran Terbaru Proton
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, March 04, 2011 | 6:02 PM
Aku Nie Anak Diabaikan…So Kesianla Sikit!!
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 03, 2011 | 10:00 PM
Air Kosong Boleh Basi Tak??
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, March 02, 2011 | 9:40 PM
pertanyaan dari Oshin Jati yang aku jumpa masa gathering haritu ..aku pun tak terfikir nak tanya soalan macam nie..kreatif betul si Oshin ni kan?haha
ehh air kosong boleh basi ke tak haa?tapi kalau ikut pengalaman setakat ni belum laggi la aku jumpa,but kalau air tu disimpan lama cuma akan berbau sikit and rasa dia macam tak best je la.
Ok ini teori kepala otak tak betul dari aku. Kalau ikutkan air sungai dan laut dari awal mula bumi ni wujud dah ada kan and sampai sekarang tak pernah basi. Then air hujan yang turun pun tak pernah rasa basi plak kan?So secara teorinya air kosong tak basi. haha
Macam nie punya entry pun ada ka?ok fine aku tak da idea dah , so mana yang aku rasa menarik otomatit la aku printscreen masuk ja and then terus buat entry
sila renungkan perbualan dibawah. Dialog berikut dicopy dari Group Kami Blogger Utagha. acehh awat ayat aku skema semacam?rasa macam nak tumbuk diri sendiri ja.
sorry kalau sesiapa yang kurang faham sebab kebanyakan dari ayat di atas adalah bahasa kedah piauuu punya…
Myvi Extreme 1.5L Keluaran Terbaru Perodua
Myvi Baru!!
Perghhhh itu je aku nak cakap. giler mengancam. Ini yang buat aku terketar ketar nak beli keta nie. Kakak aku kalau tengok nie aku tak tahu la ,confirm dia nak yang nie pulak sebab baru baru ni dia cakap nak beli Myvi SE
Tengok dari depan, memang nampak macam kereta international, tak tahu la pulak kalau ini pun memang clone dari kereta negara luar macam Myvi and Alza
Dengan kuasa 1.5 litre surely lepas ni atas highway memang melayang la kereta nie. Lane kanan je la. Selalu pun kalau atas highway memang myvi berdesup laju. Cam jet dah aku nengok.
apa pun ,kita tunggu la bila kereta nie akan keluar nanti. Maybe bulan April 2011 nanti .
pic credit to: Izamir Ridzwan
Juara Imam Muda dan Juara Akademi Al Quran Di UiTM Kedah
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 01, 2011 | 10:36 AM
Alhamdulillah ,hari ni aku nak mencoret sikit pasal semalam. Semalam Pusat Islam UiTM Kedah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul dan terus disambung dengan Malam Sinar Maulidur Rasul.
dah lama rasanya aku tak join event event macam nie. Rasa diri ni dah makin jauh lepas keluar dari sekolah menengah dulu. Kalau dulu , kat sekolah agama. Tiap hari pengisian agama tu berterusan datang tapi bila kita mula hidup bebas dan sendiri, macam macam dugaan kita kena tempuh. Dah makin jauh.
Event semalam sangat sangat terbaik la aku cakap. Bermula dengan perarakan yang disertai oleh hampir 20 k0ntinjen, Aku macam biasa join geng aku la kan. Majlis Perwakilan Komander Kesatria UiTM Kedah. And guest what?Alhamdulillah kami menang perarakan tempat ke 3 . Tapi gambar tak dak nak upload sbb aku tak snap gambar pun. And then jam 8.30 malam disambung di Dewan Utama UiTM Kedah .
Acara bermula dengan bacaan al-Quran oleh pemenang Akademi Al-Quran 3 iaitu Ustaz Fakhrul Razi. Sedap menusuk jiwa betul dengar bacaan dia secara live, dengan lampu dewan semua ditutup and cuma lampu berwarna di pentas ka dibuka. Pastu acara disambung dengan Soal Asyraf iaitu Johan Imam Muda Astro ,hampir sejam jugak la denar dia berceramah..besss rugi sapa tak join semalm.
Then terus disambung dengan pentorama ‘Kembara Cinta Agung’ yang dilakonkan semula oleh student UiTM dan menceritakan tentang perjalanan Rasulullah dari awal menerima wahyu sehingga baginda wafat. Time nie memang yang perempuan memang dah abis meleleh, betul la orang cakap hati perempuan ni lembut. Yang laki jarang nak tengok menangis. Mungkin cuma menangis dalam hati tapi tak mau tunjukn kan?Tak macho la kan?hehe. Tapj sound efek and lampu memang best.
apa pun tahniah Ustaz Hadi, pentorama ciptaan anda memang hebat. Dah rasa macam pergi ESQ ja semalam. Last sekali dihiburkan oleh kumpulan nasyid UiTM Kedah, Voice of Virtue(VOV). And yang tak dijangka. Semalam tersangat la ramai yang datang sampai penuh dewan tu and kerusi tambahan sampai kena tambah lagi 2 lori. Bagus la kan?orang minat dengan event event Islamik. Tahniah untuk Pusat Islam UiTM Kedah sebab organised event yang terbaik macam nie.
kalau nak baca lagi sila klik link di bawah
PROGRAM FEBRUARI PUSAT ISLAM UITM KEDAH 2011
p/s : rasa macam tak kena sebab masa aku buat entry nie, tengah dengar lagu Paramore. Aduhh!!!tampor2 kepala sendiri!!!
"Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 27, 2011 | 6:41 PM
sebelum mula berbicara, aku nak bagitahu yang entry ni dipenuhi dengan gambar gambar. So warning kepada sesiapa yang menggunakan berukband, sila open entry nie, lepas tu kalau nak pegi berak , makan dulu pun boleh pastu datang balik sebab nak load lambat. Pakai streamyx no halll!!!
since perfume playboy aku dah nak abis.(punya la nak bagitahu jugak aku pakai Playboy.Playboy betull) and even esok aku ada test dan belum lagi study, but untuk Ady punya contest aku sanggup luangkan masa petang petang nie untuk sama sama meriahkan suasana and join dan insyaAllah kalau ada rezeki akan dapat ini . I’ll do everything for you ady..wahaha
RM270!!!damn aku nak tuh. nak jugak ?sila join jugak contest ady ini. Nak link contest sila baca bagi abeh dulu entry ni
okeh masuk cerita contest Ady Budika
Kalaulah kan aku diberi peluang untuk wujudkan satu program sendiri, aku tak mau buat program macam orang lain dah buat, masak masak okeh tapi aku tak minat masak, nak buat realiti show aku tak reti nak nyanyi plus suara buruk, nak buat talkshow dalam kelas masa present pun terketar ketar nak cakap. Disebabkan aku minat benda benda extreme , so aku akan wujudkan satu program yang sedia ada . Memang dah sedia ada tapi di Malaysia belum lagi diperkenalkan .Pernah tengok program WIPEOUT???
sapa yang tak pernah tengok WIPEOUT nie memang rugi.memang bes dengan aksi aksi and game yang menarik dan kadang kadang tak masuk akal untuk semua peserta lepasi.
Itu yang dah diwujudkan . Aku nak wujudkan siri WIPEOUT MALAYSIA. Belum ada lagi kan??so boleh la kan?hehe .Setiap episod akan ada golongan tertentu dari group2 tertentu untuk join. Contohnya Minggu pertama WIPEOUT MALAYSIAN BLOGGER. (surely blogger akan jadi tetamu undangan pertama sebab aku kan sayang semua blogger. acece).will be something like this for sure
haccececehhh aku lawan BEN tuh..kita tengok blogger mana yang akan menang nanti.hoho. Untuk episod WIPEOUT MALAYSIAN BLOGGER, semua blogger yang terpilih dari seluruh Malaysia akan berentap untuk menjadi The First Malaysian Wipeout Winner.
untuk pastikan semua rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin dapat tengok cerita nie, kita akan siarkan di TV3 for sure sebab dia kan free..semua boleh tengok dari rumah dan TV 3 kan memang popular.
pertanyaan bagaimana kita nak menarik penonton??jangan risau sebab rancangan ni pastinya akan menarik minat semua peminat peminat WIPEOUT di Malaysia untuk tengok. Untuk pengiklanan pulak kita mesti la akan buat join venture dengan Nuffnang untuk hebahkan kepada semua blogger dan kepada semua pembaca blog di Malaysia so that nanti semua akan tahu. Nuffnang kan memang dah dikenali seantero dunia. Moh ler kita bekerjasama wahai Timothy Tiah .hehe..
antara aksi aksi yang akan kita lihat dalam rancangan ini :
aduhh sakit jugak nie kena tumbuk. kan bess kalau gambar di atas nanti ditukar ,Hanis Zalikha akan ditumbuk macam tu.heheeeperhhh
main lumpur. Mungkin blogger blogger dari Kuala Lumpur paling banyak nanti akan jatuh dalam nie…upss..hahaha…maybe gambar di atas akan ditukar..maybe yang akan jadi macam nie Bro Eyriqazz atau Mat Gebu.or mungkin co-founder nuffnang sendiri, Timothy Tiah .. haha. kesiannnn!!org Kedah panggil main selut
keshiannye. Kalau lah kita dapat tengok IrineNadia yang comel tuhh jatuh gedebuk macam nie..wahahaha…for sure aku orang paling kuat akan gelak..gedebuk macam nangka busuk derr
cuba bayangkan cik GKSB ditumbuk sedemikian rupa. Agak agak dia tumbuk dinding tu balik tak?haha
besssnye kan dapat nengok cik epal kena macam je…hamik ko cik epal..wahahaa..aku akan snap banyak2 masa ko jatuh gedebuk buat entry nanti,..wahahaha
dan ini adalah peserta selepas cik epal iaitu Miss Lolly ..wahahaha…untuk episod nie Fahrin Ahmad akan dijemput yea cik lolly untuk menyaksikan ‘’kejatuhan’’ ekau..bahahaha,
perhh ini blogger lelaki mesti nak join nie , pasal hos dia cekci gilewwwwrrrr..haha..tak menang pun tak pe, jatuh lumpur pun tak pe janji dapat diinterview awekksss cekci..damn jahat korang..haha (tutup mata weh .batal air semayang nanti)
dan selepas mengharungi semua cabaran yang disediakan dalam , seorang pemenang akan ditakhtakan sebagai The First Malaysian Wipeout Winner which is the First Ever Malaysian to Win this show. hebat tu…macam ini
fuh siap melompat terbang di Udara lagi tu. hebat!!
so sape nak jadi The First Malaysian Wipeout Winner. pernah ada impian untuk menjadi yang pertama. Impian anda akan tercapai kalau aku dapat buat rancangan ini , sebelum buat tu, kena la menang contest dari Adybudikan ini dulu. heheeee. So korang kena join jugak sebab contest nie hadiah dia sangat menarik , walaupun tak semenarik jadi The First Malaysian Wipeout Winner, tapi anda akan sentiasa berbau wangi seperti Ady Budika.keh3x..
KLIK UNTUK JOIN CONTEST "Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"
p/s : semoga cepat sembuh ye Ady..
Gempar!! Nuffnang Terbakar
Kuala Lumpur : Syarikat Pengiklanan Pertama Asia Pasifik yang menjadi peneraju pengiklanan di dalam blog hari ini ditimpa kerugian berjuta juta ringgit akibat satu kebakaran lewat pagi tadi. Jurucakap nuffnang memberitahu…bla bla bla……agaknya itu la ayat yang akan keluar berita kalau betul betul jadi kan?tapi insyaAllah tak mungkin la akan jadi. kami doakan nuffnang sentiasa selamat dan untung lebih dan dapat kongsi untung dengan kami.ahaha.lukenabeb. jangan marah. baca bagi abis dulu k.
Actually bukan nuffnang terbakar tapi aku ni haa. Sebelum ni aku kan pernah bagitau yang aku dapat 2 tiket free dari nuffnang untukk filem Drive Angry . Tarikhnya semalam pukul 3.30 petang di 1st Avenue Georgetown Pulau Pinang.
Tapi tiket tu burn macam tu je la sebab semalam aku tak pegi sebab kena wat research untuk projek Entrepreneurship.Damn ahh.. Semalam dari pagi sampai petang group kami ke Pusat Pengumpulan Hasil Ladang Sidam Kiri ( 5minit ja dari rumah aku..cehh wat teruk ) untuk temuramah pak cik yang jadi antara usahawan nenas terbesar dalam kawasan Sg Petani. Habis segala galanya dia detailkan untuk kami. Senang la nanti nak buat kerja. Tq pok cik Ramly.Dan tq untuk nenas free…
Tak mau cita yang tu. nak cita pasal terbakar nie . Aduhh rugi la pulak rasanya tak dapat pergi semalam. burn macam tu ja dua tiket. nak tau sebab apa rugi sila baca entry INI. InsyaAllah nanti nanti dapat lagi. Tapi kan..kalau tak pergi kena blacklist tak???er~~
Terkini Di Libya : Gaddafi Sedia Beri Senjata Kepada Penyokong
TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi melancarkan perang saudara selepas menyuarakan kesediaan untuk memberi senjata kepada penyokongnya untuk menyerang penentangnya, menyusuli keputusan Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas ketua negara itu dan empat anak lelakinya.
Dalam ucapan serba ringkas di ibu negara kepada penyokongnya di Dataran Hijau, Gaddafi percaya penentangan terhadapnya akan dapat dihapuskan.
“Kita akan lawan mereka dan kita akan kalahkan mereka. Jika perlu, kita akan buka semua tempat simpanan senjata,” kata Gaddafi yang merampas kuasa ketika berpangkat kolonel pada 1969.
Hampir keseluruhan wilayah timur Libya tidak lagi berada di bawah kawalan Gaddafi sejak penentangan meletus di bandar pelabuhan Benghazi pada 15 Februari lalu, menyusuli pemberontakan di Mesir dan Tunisia.
Di Benghazi, jurucakap revolusi berkata, penentang mahu satu pentadbiran sementara mengambil alih pentadbiran.
“Kami tunggu Tripoli tamatkan pemerintahan Gaddafi dan anak lelakinya, selepas itulah kami akan bentuk kerajaan sementara,” kata Abdelhafiz Ghoqa.
Di WASHINGTON, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dilaporkan mengenakan sekatan peribadi ke atas Gaddafi dan empat anak lelakinya, dalam satu cubaan jelas untuk melemahkan lagi rejim yang sudah goyah itu.
Obama menggunakan kuasa presidennya dalam satu arahan eksekutif kelmarin untuk merampas aset Gaddafi dan anggota keluarganya yang dinamakan di Amerika dan global di bawah naungan institusi kewangan Amerika, mengatakan ‘maruah kemanusiaan’ rakyat Libya ‘tidak dapat dinafikan.’
Washington turut menutup kedutaannya di Tripoli sambil memberi amaran perisiknya sedang mencari bukti ‘pembunuhan beramai-ramai’ di Libya.
Ia juga percaya, Gaddafi kehilangan keyakinan rakyatnya, membayangkan bahawa Washington mahu pemimpin Libya itu segera disingkirkan.
Pihak berkuasa berkata, sekatan Amerika itu adalah cubaan langsung untuk menghalang sebarang kecurian aset Libya dan kekayaan negara oleh Gaddafi dan anak lelakinya di tengah pergolakan yang melaporkan lebih 2,000 terkorban dan memecah belahkan negara itu.
Secara peribadi, sumber berkata, Washington berharap langkah itu akan menggalakkan lebih ramai pembelotan dari dalam rejim.
Menurut satu mesej 2010 dari kedutaan Amerika di Tripoli, diperoleh WikiLeaks, dana kekayaan negara dimiliki Libya berjumlah AS$32 bilion (RM97.63 bilion) dalam bentuk tunai dan ‘beberapa bank Amerika setiap satunya menguruskan antara AS$300 juta hingga AS$500 juta (RM915.3 juta dan RM1.53 bilion).’
Sekatan Obama secara khusus menyasarkan anak lelaki Gaddafi, Ayesa Gaddafi, Mutassimi Gaddafi, Seif al-Islam dan Khamis Gaddafi. – AFP
gila betul orang tua nie.
Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!
semenjak dua menjak bermenjak menjak ni rasa rajin la pulak nak join contest or GA yang dibuat. Padahal kerja lain melambak lambak dengan test lagi. Tapi tak pa la. Dah ini minat aku. Tak da siapa boleh halang termasuk beberapa kawan yang asyik mengutuk aku ada blog padahal asyik stalk blog aku. watdehel tah papa.demit
kali ni nak join Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011! yag dianjurkan oleh 2dayblogger. Blog tercantik?walaupon aku rasa aku tak layak untuk compete dengan lagi 145 blogger lain yang sama sama join jugak (setakat 26 Feb 2011) , tapi rasa nak mencuba nasib jugak mana tau kan ada rezeki Tuhan nak bagi. Mana kita tau .
lawa tak?apa?buruk?aku sekeh pala satgi kot..haha..sila abaikan gambar pada sudut kiri bawah .
Definisi blog cantik tu macammana sebenarnya ek?aku pun tak tahu nak cakap sebab banyak sangat blog yang cantik. Terpulang kepada pilihan masing masing untuk menilai dari sudut pandangan sendiri tentang kecantikan blog tu. Ada yang minat widget berlambak lambak, ada yang minat simple but nice, ada minat itam , putih etc and macam macam lagi la. Tapi bagi blog aku. aku minat blue,warna blue tapi tak da filem blue dalam nie. gambar bogel banyak la.haha.
Cantik or tak cantik aku pun tak tau, tapi bagi aku ,blog aku ni bersepah ja aku nengok .Kadang kadang semak kepala ja tengok tapi tak de masa nak godek godek coding. So biarkan je macam tu. Kalau korang rasa blog aku layak untuk tersenarai dalam Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!..sila sila la vote yee nanti. hehe.sory to say, blog aku tak da header sebab aku memang dari dulu tak pernah guna header. Tap still cantik kan?wuekkkk!!
sesapa yang nak join Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011! boleh klik dan join okeh. VOTE FOR ME!!! wahaha..(perasan tah pa pa)
klik pada gambar dibawah untuk join jugak okeh..