Home » , » Aku Nie Anak Diabaikan…So Kesianla Sikit!!

Aku Nie Anak Diabaikan…So Kesianla Sikit!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 03, 2011 | 10:00 PM

CERITA ZAMAN KECIK KECIK PART 1 :

ini cita beberapa tahun lalu.Tak berapa tahun sangat la. ada la dalam 14taun lepas masa tu aku darjah satu. Kecik kecik aku dah berjaya cipta rekod dunia . Bayangkan masa darjah satu bapak aku hantar aku pegi duduk asrama. Bukan tingkatan 1 tapi darjah satu. Masa tu nak pakai seluar sendiri pun tak berapa nak reti. Kalau orang lain (korang la tu) darjah satu lari keliling rumah pun tak pakai seluar lagi .haha. tapi aku darjah 1 dah kena hidup berdikari sendiri. Tidor sendir, bangun sendiri, pakai baju sendiri. , semua sendiri la. Nasib la makan pun tak kena masak sendiri. Kalau tak dah lama aku mati kebulur,


Kadang kadang bila fikir balik, rasa nak marah ja mak ayah aku  sebab abaikan aku kecik kecik dulu(mampos kalau mak aku baca nie) . Tapi bila difikirkan balik bagus la jugak. At least kecik2 pun aku dah mula berdikari. Boleh buat sendiri semuanya. Tak da nak ehek ehek ngadu kat mak bapak kalau nak apa2.Tak da nak hentak hentak kaki kalau nak eskrem . Dekat asrama , semuanya tak ada , semua kena ikut ja dewan makan tu masak apa. Telan je la walaupun dalam hati asyik nak nangis je ingatkan mak bapak kat rumah.


Dulu aku stay Cameron Highland, so sekolah di Tanah Rata.Duduk asrama, 2minggu sekali baru boleh balik. So maknanya 2minggu la baru jumpa rumah. Tiap tiap minggu bapak aku akan datang hari jumaat. Biasanya petang la selepas jumaat. Dia akan datang dengan motor ja melawat aku. Rasa seronok tu jangan cakap la, Tuhan ja tau nikmat dapat jumpa ayah aku lepas seminggu kena tinggal sorang sorang, (darjah 1 weh  ..bukan budak u) . And moment paling sedih masa bapak aku dah nak balik tu. Aku kecik kecik dulu mana la nak ingat, ayah aku la cita, masa nak balik muka aku seposen ja nak nangis, mata berair ja sampai ayah aku cakap tak sanggup nak tinggal. Tapi nak wat camna, demi pelajaran akan kugagahi jua. aicehh ayat cam #$$%%##. 


Sambung…Pernah sekali tu apa perasaan emo semacam  tah datang ,padahal budak budak lagi time tu.. bila bapak aku balik, bekas tayar motor tu mesti la akan ada kan sebab masa tu bapak aku parking motor atas simen and masa tu pulak baru lepas hujan. Disebabkan terlalu rasa nak balik, terlalu rindu ayah aku, aku boleh tenung bekas tayar tu dekat sejam sambil nangis. Damnn rasa malu plak buat menda cam tu, Tapi normal la kan?Korang pun kalau rindu awek , tenung ja gambar dia. ok la jugak gambar, aku tenung bekas tayar motor je lepaskan rindu. Sadis betul…..


dah la weh..aku dah nak nangis dah nie cita nie..ahahaha…pas ni sambung balik. Nak remind balik apa yang jadi kat aku dulu. banyak cita menarik sepanjang aku stay asrama masa darjah 1 dulu. Will be continueeeeeee…………


nahh layan dulu gambar gambar Cameron Highlands. Cantik laaa..dah lama aku tak pegi sana






haa ada cita pasal bas ni..nanti aku cita




kalau suka scroll atas balik pastu like la…=)




Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

5 comments

March 3, 2011 at 5:50 PM

salam,

awat kena tinggal asrama? kecik lagi tu.
woish tak sanggup kalau me...

March 3, 2011 at 7:23 PM

tatau plak ada asrama utk drjah satu...kat sini,drjah 4 baru ada...
sedey la weh kalo jd ko...

March 3, 2011 at 8:22 PM

hehee.. xmo sedih-sedih yaa

March 3, 2011 at 10:19 PM

igt zaman dulu2 kdg2 best jgk..

Anonymous
May 14, 2011 at 12:49 AM

aku lagi sedih..kecik2 terabai..mak pak sibuk cari duiiittt...benci!!

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)