Senarai Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan Seluruh Malaysia

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 14, 2012 | 7:23 PM



Berikut adalah senarai lokasi kawasan kerap kemalangan (black spot) yang dikenalpasti bagi Op Selamat 1/2012. Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan-kawasan berkenaan dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi.

1. NEGERI: PERLIS
DAERAH: KANGAR
JLN KANGAR – PDG. BESAR, JLN KANGAR – A/SETAR, JLN KANGAR – KODIANG, JLN K/PERLIS – CHANGLOON

2. NEGERI: KEDAH
DAERAH: KOTA SETAR
KM 9, JLN A/SETAR – POKOK SENA, KM 14, JLN A/SETAR – KANGAR

DAERAH: PDG. TERAP
JLN KUALA NERANG – POKOK SENA

DAERAH: KUALA MUDA
KM 39 – KM 69, JLN A/SETAR – B’WORTH, JLN SG. PETANI – BALING, JLN SG PETANI – GURUN

DAERAH: YAN
JLN YAN – A/SETAR

DAERAH: PENDANG
JLN PENDANG – ALOR SETAR

DAERAH: SIK
JLN SIK – GURUN, JLN SIK – BALING

DAERAH: BALING
JLN BALING – GERIK, JLN BALING – KUALA KETIL

DAERAH: KULIM
KM 4, JLN KULIM MERSING, JLN KULIM SG. PETANI

3. NEGERI: PULAU PINANG
DAERAH: SEBERANG PRAI (U)
JLN CHAIN FERRY

DAERAH:  SEBERANG PRAI (T)
JAMBATAN P/PINANG, JLN BARU PERAI

4. NEGERI: PERAK
DAERAH: KERIAN
KM 95 – KM 123, JLN IPOH – B’WORTH

DAERAH: TAIPING
KM 74, JLN TAIPING PANTAI REMIS, JLN TAIPING – KUALA SEPETANG

DAERAH: GERIK
KM 15 – KM 70 JLN GERIK - JELI, JLN GERIK – PENKALAN HULU, KM 7 – KM 11, JLN GERIK – LENGGONG, KM 82 – KM 115, JLN IPOH GERIK

DAERAH: SG. SIPUT
KM 29 – KM 44, JLN IPOH – K/KANGSAR

DAERAH: IPOH
JLN IPOH – LUMUT, JLN IPOH K/KANGSAR

DAERAH: HILIR PERAK
JLN SITIAWAN – TELUK INTAN, JLN MAHARAJALELA, JLN MAHARAJALELA –TELUK INTAN, JLN CHANGKAT JONG, JLN TELUK INTAN – HUTAN MELINTANG, JLN LANGKAP – KAMPAR, KM 18 – KM 36 JLN HUTANG MELINTANG – BAGAN DATOH, JLN BAHAGIA

DAERAH: MANJUNG
JLN SITIAWAN – LUMUT – TELUK INTAN, JLN SITIAWAN – IPOH

DAERAH: BT. GAJAH
JLN IPOH – LUMUT

DAERAH: TG. MALIM
KM 102 – KM 224, JLN IPOH – K/LUMPUR

DAERAH: TAPAH
KM 53 – KM 87 JLN IPOH – K/LUMPUR

5. NEGERI: SELANGOR
DAERAH: HULU SELANGOR
KM 32 – KM 79, JLN K/LUMPUR – IPOH, JLN KKB – GOMBAK

DAERAH: KUALA SELANGOR
JLN KLANG – T/INTAN, JLN K/SELANGOR – SG. BULOH

DAERAH: K/LANGAT
KM 11 – KM 30, JLN KLANG – BANTING

DAERAH: AMPANG
JLN  MRR2

DAERAH: GOMBAK
JLN K/LUMPUR – IPOH

DAERAH: SEPANG
JLN SEPANG – BANTING

DAERAH: KAJANG
JLN KAJANG – K/LUMPUR

6. NEGERI: KUALA LUMPUR
DAERAH: KUALA LUMPUR
JLN KUCHING, JLN MAHAMERU, JLN TUN RAZAK

7. NEGERI: N/SEMBILAN
DAERAH: SEREMBAN
JLN SEREMBAN – TAMPIN, JLN SEREMBAN – P/DICKSON

DAERAH: PORT DICKSON
KM 4 – KM 15, JLN P/DICKSON – SEREMBAN

DAERAH: TAMPIN
KM 3 – KM 27, JLN TAMPIN – GEMAS

DAERAH: JEMPOL
KM 2 – KM 22, JLN BAHAU – KEMAYAN, JLN BAHAU – ROMPIN

DAERAH: KUALA PILAH
KM 4 – KM 12, JLN K/PILAH – BAHAU, JLN SEREMBAN – KUALA PILAH

DAERAH: REMBAU
JLN SEREMBAN – TAMPIN

8. NEGERI: MELAKA
DAERAH: ALOR GAJAH
JLN LUBUK CINA – MASJID TANAH – SG. UDANG

DAERAH: JASIN
KM 13 – KM 32, JLN MELAKA MUAR, JLN GAPAM – BEMBAN – JASIN – CHINCHIN

9. NEGERI: JOHOR
DAERAH: JOHOR BAHRU (S)
KM 5 – KM 21, JLN JB – KOTA TINGGI

DAERAH: JOHOR BAHRU (U)
KM 9 – KM 20, JLN JB – AYER HITAM, JLN JB – AYER HITAM

DAERAH: SERI ALAM
KM 21 – KM 35, L/RAYA PASIR GUDANG

DAERAH: MERSING
KM1 – KM 48, JLN KOTA TINGGI – MERSING – ENDAU, JLN BT. PAHAT – MERSING, KM 1 – KM 48, JLN KOTA TINGGI – MERSING – ENDAU

DAERAH: PONTIAN
KM 56 – KM 63, JLN JB – BT. PAHAT, JLN PONTIAN – KUKUP, JLN JB – BT PAHAT

DAERAH: MUAR
JLN MUAR – MELAKA, JLN MUAR – YONG PENG

DAERAH: BT. PAHAT
KM 6 – KM 26, JLN KLUANG, KM 86 – KM 94, JLN JB – AYER HITAM, JLN KLUANG – BT. PAHAT

DAERAH: KLUANG
KM 41 – KM 73, JLN BT PAHAT – MERSING, KM 71 – KM 75, JLN JB – AYER HITAM

DAERAH: SEGAMAT
JLN MUAR – SEGAMAT

10. NEGERI: TERENGGANU
DAERAH: K/TERENGGANU
KM 15 –KM 24, JLN K/TERENGGANU – KOTA BHARU, JLN K/TERENGGANU – DUNGUN

DAERAH: DUNGUN
KM 58 – KM 108, JLN JERANGAU – JABOR

DAERAH: KEMAMAN
KM 122 – KM 179 JLN JERANGAU – JABOR, JLN KEMAMAN – DUNGUN

11. NEGERI: KELANTAN
DAERAH: PASIR PUTEH
JLN K/BHARU – K/TERENGGANU

DAERAH: MACHANG
JLN MACHANG – PASIR PUTEH, JLN MACHANG – TANAH MERAH, JLN K/BHARU – K/KRAI

DAERAH: KUALA KRAI
JLN K/KRAI – GUA MUSANG, JLN K/KRAI – KOTA BHARU

DAERAH: GUA MUSANG
KM 1 – KM 74, JLN G/MUSANG – K/KRAI, JLN G/MUSANG – MERAPOH

DAERAH: TANAH MERAH
JLN TANAH MERAH – JELI, JLN TANAH MERAH – MACHANG

DAERAH: TUMPAT
JLN KOTA BHARU – MACHANG, JLN WAKAF BARU – PENGKALAN KUBOR, JLN TANAH MERAH – PASIR MAS

DAERAH: PASIR MAS
JLN SALOR – PASIR MAS – KOTA BHARU

12. NEGERI: PAHANG
DAERAH: KUALA LIPIS
KM 59, JLN K/LIPIS – GUA MUSANG

DAERAH: JERANTUT
JLN JERANTUT – KUANTAN, JLN JERANTUT – TEMERLOH

DAERAH: BENTONG
KM 7, JLN BENTONG - RAUB, JLN BENTONG – TEMERLOH

DAERAH: KUANTAN
KM 30 – KM 48, JLN KUANTAN – MARAN, KM 32 – 35, JLN KUANTAN – KEMAMAN, JLN KUANTAN – PEKAN

DAERAH: PEKAN
KM 62 – KM 65, JLN KUANTAN  - SEGAMAT

DAERAH: ROMPIN
KM 101 – KM 124, JLN KUANTAN – SEGAMAT

13. NEGERI: SABAH
DAERAH: KUDAT
KM 1 – KM 50, JLN KUDAT K/KINABALU

DAERAH: KOTA MARUDU
KM1 – KM 7, JLN KOTA MARUDU – PITAS, JLN KOTA MARUDU – KUDAT

DAERAH: RANAU
KM 3 – KM 12, JLN RANAU – TAMPARULI

DAERAH: TUARAN
KM 1 – KM 44, JLN TUARAN – KOTA BELUD

DAERAH: KOTA KINABALU
KM 9 – KM 15, JLN TUARAN BY PASS, KM 8 – KM 20, JLN K/KINABALU – PAPAR, JLN K/KINABALU – PENAMPANG – KENINGAU

DAERAH: KENINGAU
KM 2 – KM 9, JLN KENINGAU – TAMBUNAN

DAERAH: TENOM
KM 2 – KM 16, JLN TENOM – KENINGAU

DAERAH: BEAUFORT
KM 1 – KM 21, JLN BEAUFORT – PAPAR, JLN BEAUFORT - SIPITANG

DAERAH: SIPITANG
JLN SIPITANG – BEAUFORT

DAERAH: SANDAKAN
JLN SANDAKAN – BELURAN

DAERAH: BELURAN
KM 1 – KM 27, JLN TELUPID – RANAU, KM 40 – KM 90, JLN BELURAN – TELUPID

DAERAH: KINABATANGAN
KM 79 – KM 132, JLN KINABATANGAN – LAHAT DATU, JLN SANDAKAN – KINABATANGAN

DAERAH: LAHAT DATU
KM 10 – KM 32, JLN LAHAT DATU – TAWAU, JLN LAHAT DATU – KINABATANGAN

DAERAH: KUNAK
JLN KUNAK – LAHAT DATU, JLN KUNAK – TAWAU

DAERAH: TAWAU
KM 4 – KM 50, JLN TAWAU – SEMPORNA, JLN TAWAU – KALABAKAN

DAERAH: SEMPORNA
JLN SEMPORNA - TAWAU

14. NEGERI: SARAWAK
DAERAH: KUCHING
BATU  9 – 17, JLN KUCHING SERIAN

DAERAH: SIBU
BATU  6 – 87, JLN OYA – SIBU – BINTULU

DAERAH: BINTULU
KM 20 – KM 91, JLN MIRI – BINTULU

DAERAH: SERIAN
KM 7 – KM 91, JLN SERIAN – TEBEDU, KM 62 – KM 87, JLN KUCHING – SERI AMAN - SERIAN

DAERAH: MIRI
KM 23 – KM 112, JLN MIRI – BINTULU


7:23 PM | 0 comments | Read More

Gambar Ketibaan Putera William Dan Puteri Kate Middleton

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 13, 2012 | 8:00 PM

mdd

Pewaris takhta ketiga keluarga diraja Britain, Putera William dan isterinya ,  Kate Middleton atau Puteri Chaterine kini dalam rangka lawatan ke Asia sempena sambutan 60 tahun pemerintahan nendanya , Ratu Elizabeth II . Kedua dua pasangan diraja ini telah tiba melalui penerbangan yang mendarat di KLIA  dari Singapura sekitar tengahari tadi dalam rangka lawatan selama 3 hari ke Malaysia.


Selepas mendarat di KLIA , kedua dua pasangan diraja ini terus dibawa menghadiri majlis rasmi di Seri Perdana dan melakukan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri , Datin Seri Rosmah Mansur. Pada malam ini pula , kedua pasangan ini akan menghadiri majlis makan malam bersama Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara Jalan Duta.

Berikut adalah beberapa gambar sekita ketibaan kedua dua pasangan diraja yang sangat dikenali senatero dunia ini ke Malaysia.


ff


ccc


kate
8:00 PM | 2 comments | Read More

Cara Mengenal Simptom Gay Dan Lesbian (LGBT)

Melihatkan kepada gejala LGBT atau Lesbian , Gay , Bisexual dan Transgender yang semakin menjadi jadi dikalangan remaja di Malaysia yang sememangnya menyalahi norma kehidupan manusia itu sendiri dan dikutuk oleh agama Islam terutamanya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan simptom yang memungkinkan anak anak remaja menjadi seorang gay atau lesbian. Garis panduan ini dikeluarkan supaya ibu bapa dapat memantau anak anak mereka dari terjerumus ke arah tersebut.

Ianya bagi membendung remaja dari terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada masalah tersebut dan membuat pencegahan awal supaya simptom ini tidak menjadi terlalu serius. Berikut merupakan garis panduan atau simptom simptom permulaan kepada masalah LGBT ini.

Gejala Lesbian :-

-Tertarik kepada wanita;
-Selain sahabat perempuan mereka, mereka akan menjauhkan diri dari wanita lain.
-Suka bergaul, berkongsi makanan dan tidur bersama wanita.
-Tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada lelaki.

Gejala gay :-

-Mempunyai badan yang berotot dan suka menunjukkan otot badan mereka dengan memakai t-shirt leher berbentuk V dan pakaian tanpa lengan.
-Suka pakaian ketat dan berwarna.
-Tertarik kepada lelaki.
-Suka membawa beg tangan yang besar, sama seperti yang digunakan oleh wanita, apabila melepak.

Jika anak anak anda mempunyai salah satu atau lebih simptom simptom di atas, perhatian serius harus diberikan untuk membendung ianya dari menjadi penyakit dalam diri remaja. AWAS!!

sumber

6:27 PM | 10 comments | Read More

Spesifikasi Dan Review Lengkap iPhone 5

iphone5 , spesifikasi iphone5,harga iphone5, pelancaran iphone5, bentuk iphone5, warna iphone5 , review iphone5, iphone5 price , iphone5 spec , iphone5 launching. new iphone 5


NEW iPhone5

iPhone5_05_concept-580-75

Spekulasi pelancaran iphone 5 dari aspek rekabentuk , performance dan harga akhirnya didedahkan apabila syarikat gergasi teknologi dunia , Apple dengan rasminya melancarkan siri ke 5 iPhone iaitu iPhone5 pada 12 September 2012. Bagi peminat peminat gajet keluaran Apple , pastinya ini sesuatu yang sangat ditunggu tunggu kerana iPhone5 dikhabarkan sebelum perasmian lagi yang ianya adalah keluaran terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Apple semenjak ia mula mengeluarkan gajet pintar kepada dunia.

image

Segala spekulasi sebelum ini akhirnya terjawab dan pastinya gajet ini akan mula menjadi rebutan sejurus selepas pelancarannya. Kita lihat sedikit sedutan video dan perbandingan spesifikasi keluaran terbaru syarikat Apple ini.

Dan berikut adalah perbandingan iPhone 5 vs Galaxy Slll vs Lumia 920 vs Galaxy Note ll vs One X (LTE) vs Galaxy Nexus

Screen-Shot-2012-09-13-at-2.40.13-AM

Untuk mendapatkan maklumat lebih dalam mengenai spesifikasi dan review lengkap iPhone 5 , anda boleh lawati laman blog berikut :

4:51 AM | 1 comments | Read More

Photoshoot With Blogger Lyssa Faizureen , Myravea , HafizRahman, Fizgraphic

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, September 12, 2012 | 11:35 PM

AMARAN KERAS!! Entry ini dipenuhi gambar gambar yang melampaui batas banyaknya. So sila klik dan tunggu, jangan nak gatal2 tekan close. Kalau lambat load bukan salah aku buat entry gambar banyak , tapi salah korang sebab pakai broadband. So sila pakai Unifi di masa hadapan ye.

 

****************************************

Dah hampir sebulan kita menyambut kemenangan dalam Aidilfitri. Alhamdulillah raya kali ini lebih baik dari raya raya sebelumnya. Aku cuma sempat balik 6 hari ke kampung di Sungai Petani. Walaupun students UiTM memang cuti dekat dekat 2 bulan , tapi aku memilih untuk stay di Shah Alam , meneruskan bisnes sendiri yang alhamdulillah semakin menampakkan hasil. Cuma kena kerja kuat lagi lepas ni untuk terus berjaya . Masih dalam peringkat belajar . Ok  lari topik jauh dah ni

Entry ni aku cuma nak publish gambar gambar photoshoot bersama Myravea , Lyssa Faizureen dan Fizgraphic yang dibuat secara tak sengaja. Tak ada la photoshoot sangat sebab ini lebih kepada tangkap2 gambar je memandangkan photographer tak bertauliah macam aku ni selalunya menghasilkan hasil kerja yang “tak ada seni” . So lets call it sesi menangkap gambar je la ok .Masanya ofkos la semasa hari raya kan. Raya ke 4 kalau tak silap masa ke open house rumah Lyssa di Balik Pulau . Maka terjadilah sesi memfotoshut ni .  Nak cerita banyak malas nak menaip. So kita layan beberapa gambar je la ek. Adakalanya gambar lebih mudah menceritakan sesuatu dari perkataan. Wahh berkata kata pulak dah aku. . Sejak bila tah pandai gitu.

Sebelum tu nak bagitahu, semua gambar yang aku snap secara sengaja, tak sengaja dan yang orang lain snap tapi diedit oleh aku available at HafizRahmanPhotography Official Site . Ok kita mulakan dengan koleksi gambar HD dulu. Harap bersabar kalau load lambat. Siapa suruh pakai internet lembap .hahaa padan muka. Pergi la berak dulu ke, pergi main buaian dulu ke, potong bawang ke, perah kain maybe? jemur spender dan sebagainya. Nanti dah habis load datang balik tengok ye.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Dari kiri, Wan (tak kenal sgt sebab dia datang masa kami dah nak balik) , Fizgraphic , Myravea , Entah sapa entah , dan Lyssa Faizureen

langsung tak lepas Blackberry tu dari tangan dan telinga jugak .

dah macam Cover Majalah plak aku rasa aku edit .

Ok fine. muka aku memang tak photogenic langsung.  So shutup and don’t say anything. Skip to the next picture please. Diam aku kata. DIAM!!

latar belakang ditaja khas oleh Fizgraphic. Sengaja diblurkan untuk memastikan Nikon D3100 lebih menyerlah dan “hensem” dari apit. hahaha

yang atas atas ni semua yang dah diedit. Dan dibawah ni pulak yang belum diedit. tak sempat nak mengadap sebab banyak kerja lain kena diuruskan dan didahulukan dahulu. More to like candid la gambor2 ni dan bukan dalam format HD macam dalam gambar gambar di atas. Diupload directly ke Window Live Writer.

 

CANDID TIME!!!

DSC_0776

Dua tab? Kaya!!!

DSC_0785

gunakan sekeliling anda sebagai cermin. Pesanan ikhlas dari Lyssa .

DSC_0795

Beg , tudung dan Gate . Sepesyennn… haha

DSC_0798

DSC_0809

setting kamera.

DSC_0844DSC_0850

lek luuu..sak kok luuuu

DSC_0879

DSC_0885DSC_0887

muslihat apit untuk nampak tinggi adalah duduk di atas batu yg lebih tinggi. ceitt ~~

DSC_0890DSC_0893

tengok gambar atas, aku hitam kan? tengok plak gambar bawah. Aku putih kan? So gambar bawah adalah gambar aku yg original. Dah jangan nak bangkang2!!

DSC_0895

see? Fizgraphic masih menggunakan muslihat tadi untuk nampak tinggi.

DSC_0900

lastly , cuba teka ini kaki siapa? Siapa cakap ni kaki aku, aku bagi sepuluh ringgit.!!

Ok tu je kot nak publish untuk kali ni. Lepas ni insyaAllah ada lagi sambungan . Tq Myravea , Lyssa dan Fizgraphic

11:35 PM | 8 comments | Read More

Video PSY Ajar Tarian Gangnam Style Kepada Britney Spears

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, September 11, 2012 | 11:44 PM

Video tarian kuda yang sedang popular diseluruh dunia kini hasil karya PSY , seorang penyanyi dari Korea nampaknya sudah menjadi satu trend . Bukan sahaja di Asia malah di Eropah sendiri, tarian santai ini semakin dikenali dan menjadi ikutan ramai.

Terbaru, melalui rancangan bual bicara terkenal di Amerika, Ellen Degeneres menjemput Britney Spears dan membuat kejutan kepada beliau dengan penampilan PSY yang mengajar tarian tersebut secara live kepada Britney . Turut hadir dalam rancangan tersebut adalah Simon Cowell. Jom saksikan.

 

11:44 PM | 0 comments | Read More

Printing Banner, Bunting Murah


untuk mendapatkan info lanjut berkaitan servis ini , sila klik pada pautan berikut 


8:42 AM | 3 comments | Read More

Lee Chong Wei dan Kereta Mewah Bentley Continental GT Terbarunya

Mungkin kita sudah sedia maklum tentang kekayaan Datuk Lee Chong Wei hasil kerja keras beliau menjadi pemain badminton terbaik di dunia . Sebeum ini, mungkin anda pernah melihat kekayaan Datuk LCW melalui keret mewah yang digunakannya. Sebelum ini LCW memiliki sebuah Nissan GTR ,BMW X6 Coupe ,Range Rover ,sebuah Lamborghini dan sebuah Audi R8 ,  tetapi kemudiannya NissanGTR tersebut dijual dan belia membeli pula sebuah Ferrari F430 berwarna putih. 


kereta mewah LCW 


 dengan nombor pendaftaran bernilai RM 69 100. (BLG 1 ) membawak maksud Badminton LeGend No 1

Lamborghini 

Kini dngarnya Datuk LCW menyambar sebuah lagi kereta mewah iaitu Bentley Continental GT yang berharga hampir RM 665000



Kalau anda perasan , nombor pendaftaran Nissan GTR sebelum ini kini digunakan di kereta Bentley beliau dengan nombor BKQ6

8:38 AM | 0 comments | Read More

Remaja Perempuan Maut Dirempuh Lori Ais Di Balik Pulau

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, September 10, 2012 | 3:50 PM



BAYAN LEPAS: Seorang remaja perempuan yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di Bayan Lepas maut akibat tersepit selepas dirempuh sebuah lori ais di Jalan Bayan Lepas/Bukit Belah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, mangsa, Nur Syazana Azemi, 17, dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Desa Mutiara, Balik Pulau.


Jurucakap polis berkata, kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu motosikal mangsa, sebuah motosikal lain dan lori ais.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika sebuah Perodua Viva dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun cuba memotong sebuah kereta lain sebelum hilang kawalan dan melintang di tengah jalan.


Katanya, dua motosikal dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh pintu kiri kereta itu sebelum sebuah lori ais dari arah sama merempuh kedua-dua penunggang motosikal menyebabkan seorang terpelanting ke tepi jalan manakala Nur Syazana tersepit antara kereta dan lori.


“Motosikal mangsa mengalami kerosakan teruk dan terperosok di bawah lori dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala penunggang sebuah lagi motosikal parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HBP) untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori dan kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk bedah siasat.


Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan teruk dan mayat mangsa sudah dituntut keluarganya dan dibawa pulang ke rumahnya untuk urusan pengebumian.

Katanya, polis sudah mengambil keterangan daripada semua yang terbabit kecuali penunggang motosikal yang parah dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam keadaan merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

3:50 PM | 2 comments | Read More

Maksud Saka Dan Petanda Mempunyai Saka

APA ITU SAKA?

            Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

            Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

            Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

            Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

            Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

            Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Dan berikut adalah petanda anda mungkin mempunyai saka keturunan yang boleh dikesan semasa tidur atau semasa anda tidak tidur.          

Gejala waktu tidur

  • susah tidur malam
  • sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas atau takut
  • mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta tOlong tetapi tiada siapa mendengarnya
  • mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan
  • mimpi melihat binatang seperti kucing , anjing , unta , ular , serigala dan tikus .
  • bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • ketawa , menangis , dan menjerit2 ketika tidur
  • mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • mimpi berada di kawasan kOtor atau di tanah perkuburan
  • mimpi melihat budak kecil
  • merintih dan menangis ketika tidur

Gejala waktu jaga

  • selalu pening kepada
  • lalai mengingati Tuhan
  • sering lesu dan malas
  • rasa sakit di salah satu anggOta badan
  • sakit di belakang terutamanya tulang belakang
  • lenguh sendi2 utama
  • mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
  • mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
  • jiwa sentiasa lemah dan tiada mOtivasi untuk meneruskan hidup
  • mudah marah dan panas baran
  • emOsional dan terlalu sensitif
  • terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur
  • sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu

sumber

12:00 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)