AMARAN KERAS!! Entry ini dipenuhi gambar gambar yang melampaui batas banyaknya. So sila klik dan tunggu, jangan nak gatal2 tekan close. Kalau lambat load bukan salah aku buat entry gambar banyak , tapi salah korang sebab pakai broadband. So sila pakai Unifi di masa hadapan ye.
****************************************
Dah hampir sebulan kita menyambut kemenangan dalam Aidilfitri. Alhamdulillah raya kali ini lebih baik dari raya raya sebelumnya. Aku cuma sempat balik 6 hari ke kampung di Sungai Petani. Walaupun students UiTM memang cuti dekat dekat 2 bulan , tapi aku memilih untuk stay di Shah Alam , meneruskan bisnes sendiri yang alhamdulillah semakin menampakkan hasil. Cuma kena kerja kuat lagi lepas ni untuk terus berjaya . Masih dalam peringkat belajar . Ok lari topik jauh dah ni
Entry ni aku cuma nak publish gambar gambar photoshoot bersama Myravea , Lyssa Faizureen dan Fizgraphic yang dibuat secara tak sengaja. Tak ada la photoshoot sangat sebab ini lebih kepada tangkap2 gambar je memandangkan photographer tak bertauliah macam aku ni selalunya menghasilkan hasil kerja yang “tak ada seni” . So lets call it sesi menangkap gambar je la ok .Masanya ofkos la semasa hari raya kan. Raya ke 4 kalau tak silap masa ke open house rumah Lyssa di Balik Pulau . Maka terjadilah sesi memfotoshut ni . Nak cerita banyak malas nak menaip. So kita layan beberapa gambar je la ek. Adakalanya gambar lebih mudah menceritakan sesuatu dari perkataan. Wahh berkata kata pulak dah aku. . Sejak bila tah pandai gitu.
Sebelum tu nak bagitahu, semua gambar yang aku snap secara sengaja, tak sengaja dan yang orang lain snap tapi diedit oleh aku available at HafizRahmanPhotography Official Site . Ok kita mulakan dengan koleksi gambar HD dulu. Harap bersabar kalau load lambat. Siapa suruh pakai internet lembap .hahaa padan muka. Pergi la berak dulu ke, pergi main buaian dulu ke, potong bawang ke, perah kain maybe? jemur spender dan sebagainya. Nanti dah habis load datang balik tengok ye.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN
Dari kiri, Wan (tak kenal sgt sebab dia datang masa kami dah nak balik) , Fizgraphic , Myravea , Entah sapa entah , dan Lyssa Faizureen
langsung tak lepas Blackberry tu dari tangan dan telinga jugak .
dah macam Cover Majalah plak aku rasa aku edit .
Ok fine. muka aku memang tak photogenic langsung. So shutup and don’t say anything. Skip to the next picture please. Diam aku kata. DIAM!!
latar belakang ditaja khas oleh Fizgraphic. Sengaja diblurkan untuk memastikan Nikon D3100 lebih menyerlah dan “hensem” dari apit. hahaha
yang atas atas ni semua yang dah diedit. Dan dibawah ni pulak yang belum diedit. tak sempat nak mengadap sebab banyak kerja lain kena diuruskan dan didahulukan dahulu. More to like candid la gambor2 ni dan bukan dalam format HD macam dalam gambar gambar di atas. Diupload directly ke Window Live Writer.
CANDID TIME!!!
Dua tab? Kaya!!!
gunakan sekeliling anda sebagai cermin. Pesanan ikhlas dari Lyssa .
Beg , tudung dan Gate . Sepesyennn… haha
setting kamera.
lek luuu..sak kok luuuu
muslihat apit untuk nampak tinggi adalah duduk di atas batu yg lebih tinggi. ceitt ~~
tengok gambar atas, aku hitam kan? tengok plak gambar bawah. Aku putih kan? So gambar bawah adalah gambar aku yg original. Dah jangan nak bangkang2!!
see? Fizgraphic masih menggunakan muslihat tadi untuk nampak tinggi.
lastly , cuba teka ini kaki siapa? Siapa cakap ni kaki aku, aku bagi sepuluh ringgit.!!
Ok tu je kot nak publish untuk kali ni. Lepas ni insyaAllah ada lagi sambungan . Tq Myravea , Lyssa dan Fizgraphic
8 comments
saya suka pic beg, tudung dan pintu pagar yg sangat sedondon itu. ahaks~
Nak tanya SATU soalan je .
Kenapakah GAMBAR saaayaaaa , baanyak sangat ?
Ahhhh . DELETE . DELETE ! haha
@Lyssa Faizureen ahh xdak2...xmau padam ...haha...ni part 1...nnt part 2 gambar myrave plak akan penuh..wuahahha..padan mukaaa!!!
@Makbed kannn???
serius tak jemu tengok gambar-gambar ni semuaaa . GOOD JOB ! hahahaha xD
@Lyssa Faizureen tengok la bebanyak kali lg...naik sikit Pageview rini...haha
Untung la dia.. haha
@Muaz Faris err..hahaa
Post a Comment
Kindly Leave Your Comment Here..=)