Friday, September 14, 2012
Senarai Lokasi Kerap Berlaku Kemalangan Seluruh Malaysia
Thursday, September 13, 2012
Gambar Ketibaan Putera William Dan Puteri Kate Middleton
Cara Mengenal Simptom Gay Dan Lesbian (LGBT)
Melihatkan kepada gejala LGBT atau Lesbian , Gay , Bisexual dan Transgender yang semakin menjadi jadi dikalangan remaja di Malaysia yang sememangnya menyalahi norma kehidupan manusia itu sendiri dan dikutuk oleh agama Islam terutamanya, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan berkaitan simptom yang memungkinkan anak anak remaja menjadi seorang gay atau lesbian. Garis panduan ini dikeluarkan supaya ibu bapa dapat memantau anak anak mereka dari terjerumus ke arah tersebut.
Ianya bagi membendung remaja dari terlibat secara langsung atau tidak langsung kepada masalah tersebut dan membuat pencegahan awal supaya simptom ini tidak menjadi terlalu serius. Berikut merupakan garis panduan atau simptom simptom permulaan kepada masalah LGBT ini.
Gejala Lesbian :-
-Tertarik kepada wanita;
-Selain sahabat perempuan mereka, mereka akan menjauhkan diri dari wanita lain.
-Suka bergaul, berkongsi makanan dan tidur bersama wanita.
-Tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada lelaki.
Gejala gay :-
-Mempunyai badan yang berotot dan suka menunjukkan otot badan mereka dengan memakai t-shirt leher berbentuk V dan pakaian tanpa lengan.
-Suka pakaian ketat dan berwarna.
-Tertarik kepada lelaki.
-Suka membawa beg tangan yang besar, sama seperti yang digunakan oleh wanita, apabila melepak.
Jika anak anak anda mempunyai salah satu atau lebih simptom simptom di atas, perhatian serius harus diberikan untuk membendung ianya dari menjadi penyakit dalam diri remaja. AWAS!!
Spesifikasi Dan Review Lengkap iPhone 5
iphone5 , spesifikasi iphone5,harga iphone5, pelancaran iphone5, bentuk iphone5, warna iphone5 , review iphone5, iphone5 price , iphone5 spec , iphone5 launching. new iphone 5
NEW iPhone5
Spekulasi pelancaran iphone 5 dari aspek rekabentuk , performance dan harga akhirnya didedahkan apabila syarikat gergasi teknologi dunia , Apple dengan rasminya melancarkan siri ke 5 iPhone iaitu iPhone5 pada 12 September 2012. Bagi peminat peminat gajet keluaran Apple , pastinya ini sesuatu yang sangat ditunggu tunggu kerana iPhone5 dikhabarkan sebelum perasmian lagi yang ianya adalah keluaran terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Apple semenjak ia mula mengeluarkan gajet pintar kepada dunia.
Segala spekulasi sebelum ini akhirnya terjawab dan pastinya gajet ini akan mula menjadi rebutan sejurus selepas pelancarannya. Kita lihat sedikit sedutan video dan perbandingan spesifikasi keluaran terbaru syarikat Apple ini.
Dan berikut adalah perbandingan iPhone 5 vs Galaxy Slll vs Lumia 920 vs Galaxy Note ll vs One X (LTE) vs Galaxy Nexus
Untuk mendapatkan maklumat lebih dalam mengenai spesifikasi dan review lengkap iPhone 5 , anda boleh lawati laman blog berikut :
Wednesday, September 12, 2012
Photoshoot With Blogger Lyssa Faizureen , Myravea , HafizRahman, Fizgraphic
AMARAN KERAS!! Entry ini dipenuhi gambar gambar yang melampaui batas banyaknya. So sila klik dan tunggu, jangan nak gatal2 tekan close. Kalau lambat load bukan salah aku buat entry gambar banyak , tapi salah korang sebab pakai broadband. So sila pakai Unifi di masa hadapan ye.
****************************************
Dah hampir sebulan kita menyambut kemenangan dalam Aidilfitri. Alhamdulillah raya kali ini lebih baik dari raya raya sebelumnya. Aku cuma sempat balik 6 hari ke kampung di Sungai Petani. Walaupun students UiTM memang cuti dekat dekat 2 bulan , tapi aku memilih untuk stay di Shah Alam , meneruskan bisnes sendiri yang alhamdulillah semakin menampakkan hasil. Cuma kena kerja kuat lagi lepas ni untuk terus berjaya . Masih dalam peringkat belajar . Ok lari topik jauh dah ni
Entry ni aku cuma nak publish gambar gambar photoshoot bersama Myravea , Lyssa Faizureen dan Fizgraphic yang dibuat secara tak sengaja. Tak ada la photoshoot sangat sebab ini lebih kepada tangkap2 gambar je memandangkan photographer tak bertauliah macam aku ni selalunya menghasilkan hasil kerja yang “tak ada seni” . So lets call it sesi menangkap gambar je la ok .Masanya ofkos la semasa hari raya kan. Raya ke 4 kalau tak silap masa ke open house rumah Lyssa di Balik Pulau . Maka terjadilah sesi memfotoshut ni . Nak cerita banyak malas nak menaip. So kita layan beberapa gambar je la ek. Adakalanya gambar lebih mudah menceritakan sesuatu dari perkataan. Wahh berkata kata pulak dah aku. . Sejak bila tah pandai gitu.
Sebelum tu nak bagitahu, semua gambar yang aku snap secara sengaja, tak sengaja dan yang orang lain snap tapi diedit oleh aku available at HafizRahmanPhotography Official Site . Ok kita mulakan dengan koleksi gambar HD dulu. Harap bersabar kalau load lambat. Siapa suruh pakai internet lembap .hahaa padan muka. Pergi la berak dulu ke, pergi main buaian dulu ke, potong bawang ke, perah kain maybe? jemur spender dan sebagainya. Nanti dah habis load datang balik tengok ye.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN
Dari kiri, Wan (tak kenal sgt sebab dia datang masa kami dah nak balik) , Fizgraphic , Myravea , Entah sapa entah , dan Lyssa Faizureen
langsung tak lepas Blackberry tu dari tangan dan telinga jugak .
dah macam Cover Majalah plak aku rasa aku edit .
Ok fine. muka aku memang tak photogenic langsung. So shutup and don’t say anything. Skip to the next picture please. Diam aku kata. DIAM!!
latar belakang ditaja khas oleh Fizgraphic. Sengaja diblurkan untuk memastikan Nikon D3100 lebih menyerlah dan “hensem” dari apit. hahaha
yang atas atas ni semua yang dah diedit. Dan dibawah ni pulak yang belum diedit. tak sempat nak mengadap sebab banyak kerja lain kena diuruskan dan didahulukan dahulu. More to like candid la gambor2 ni dan bukan dalam format HD macam dalam gambar gambar di atas. Diupload directly ke Window Live Writer.
CANDID TIME!!!
Dua tab? Kaya!!!
gunakan sekeliling anda sebagai cermin. Pesanan ikhlas dari Lyssa .
Beg , tudung dan Gate . Sepesyennn… haha
setting kamera.
lek luuu..sak kok luuuu
muslihat apit untuk nampak tinggi adalah duduk di atas batu yg lebih tinggi. ceitt ~~
tengok gambar atas, aku hitam kan? tengok plak gambar bawah. Aku putih kan? So gambar bawah adalah gambar aku yg original. Dah jangan nak bangkang2!!
see? Fizgraphic masih menggunakan muslihat tadi untuk nampak tinggi.
lastly , cuba teka ini kaki siapa? Siapa cakap ni kaki aku, aku bagi sepuluh ringgit.!!
Ok tu je kot nak publish untuk kali ni. Lepas ni insyaAllah ada lagi sambungan . Tq Myravea , Lyssa dan Fizgraphic
Tuesday, September 11, 2012
Video PSY Ajar Tarian Gangnam Style Kepada Britney Spears
Video tarian kuda yang sedang popular diseluruh dunia kini hasil karya PSY , seorang penyanyi dari Korea nampaknya sudah menjadi satu trend . Bukan sahaja di Asia malah di Eropah sendiri, tarian santai ini semakin dikenali dan menjadi ikutan ramai.
Terbaru, melalui rancangan bual bicara terkenal di Amerika, Ellen Degeneres menjemput Britney Spears dan membuat kejutan kepada beliau dengan penampilan PSY yang mengajar tarian tersebut secara live kepada Britney . Turut hadir dalam rancangan tersebut adalah Simon Cowell. Jom saksikan.
Printing Banner, Bunting Murah
Lee Chong Wei dan Kereta Mewah Bentley Continental GT Terbarunya
Monday, September 10, 2012
Remaja Perempuan Maut Dirempuh Lori Ais Di Balik Pulau
Maksud Saka Dan Petanda Mempunyai Saka
APA ITU SAKA?
Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.
Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.
Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).
Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.
Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.
Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.
Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.
Dan berikut adalah petanda anda mungkin mempunyai saka keturunan yang boleh dikesan semasa tidur atau semasa anda tidak tidur.
Gejala waktu tidur
- susah tidur malam
- sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas atau takut
- mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta tOlong tetapi tiada siapa mendengarnya
- mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan
- mimpi melihat binatang seperti kucing , anjing , unta , ular , serigala dan tikus .
- bunyi gigi berlaga ketika tidur
- ketawa , menangis , dan menjerit2 ketika tidur
- mimpi jatuh dari tempat tinggi
- mimpi berada di kawasan kOtor atau di tanah perkuburan
- mimpi melihat budak kecil
- merintih dan menangis ketika tidur
Gejala waktu jaga
- selalu pening kepada
- lalai mengingati Tuhan
- sering lesu dan malas
- rasa sakit di salah satu anggOta badan
- sakit di belakang terutamanya tulang belakang
- lenguh sendi2 utama
- mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
- mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
- jiwa sentiasa lemah dan tiada mOtivasi untuk meneruskan hidup
- mudah marah dan panas baran
- emOsional dan terlalu sensitif
- terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur
- sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu