Monday, September 10, 2012

Maksud Saka Dan Petanda Mempunyai Saka

APA ITU SAKA?

            Ringkasnya ‘saka’ adalah jin atau jin-jin yang diwarisi daripada seorang manusia kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak, biasanya melibatkan keturunan.

            Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

            Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

            Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu. Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

            Manusia zaman dahulu suka mengambil jin-jin sebagai pembantu mereka untuk menjaga rumah, keluarga, ladang, perubatan, persilatan dsb. Sudah menjadi budaya bahawa setiap keluarga zaman dahulu mendapatkan pembantu dari kalangan jin, kalau tak ada seolah-olah tak lengkap.

            Umur jin lebih panjang drpd umur manusia, ada yang ratusan (yang umur pendek) dan biasanya ribuan tahun. Oleh kerana telah ada persetujuan antara jin dengan tuan punya jin tadi, maka jin itu akan terus mendampingi tuannya buat selamanya selagi tidak dibuang (dinamakan buang saka). Setelah tuan punya tadi meninggal, jin itu akan mendampingi pula keturunannya sampailah entah berapa keturunan selagi jin itu tidak mati atau dibuang. Sekiranya jin itu jenis yang banyak atau beranak-pinak, maka selagi tak dibuang selagi itulah mereka akan mendampingi keluarga tersebut.

Dan berikut adalah petanda anda mungkin mempunyai saka keturunan yang boleh dikesan semasa tidur atau semasa anda tidak tidur.          

Gejala waktu tidur

  • susah tidur malam
  • sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas atau takut
  • mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta tOlong tetapi tiada siapa mendengarnya
  • mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan
  • mimpi melihat binatang seperti kucing , anjing , unta , ular , serigala dan tikus .
  • bunyi gigi berlaga ketika tidur
  • ketawa , menangis , dan menjerit2 ketika tidur
  • mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • mimpi berada di kawasan kOtor atau di tanah perkuburan
  • mimpi melihat budak kecil
  • merintih dan menangis ketika tidur

Gejala waktu jaga

  • selalu pening kepada
  • lalai mengingati Tuhan
  • sering lesu dan malas
  • rasa sakit di salah satu anggOta badan
  • sakit di belakang terutamanya tulang belakang
  • lenguh sendi2 utama
  • mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
  • mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
  • jiwa sentiasa lemah dan tiada mOtivasi untuk meneruskan hidup
  • mudah marah dan panas baran
  • emOsional dan terlalu sensitif
  • terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur
  • sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu

sumber

No comments:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)