Senarai 15 Negara Terkaya Di Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, March 03, 2012 | 2:04 PM

senarai terbaru negara kaya , negara kaya oleh forbes, senarai negara kaya, singapura dan brunei negara kaya, 15 negara terkaya


Berikut merupakan senarai terbaru negara negara kaya yang dikeluarkan oleh majalah Forbes. Kekayaan negara yang disenaraikan ini dikira berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang diselaraskan dengan kuasa membeli di kalangan rakyat 182 negara di dunia ini. Berikut adalah senarai 15 negara tersebut :

image

Tempat ke-1 : Qatar ( AS$88,222)

Tempat ke-2 : Luxembourg (AS$81,466)

Tempat ke –3 : Singapura ( AS$56,694)

Tempat ke-4 : Norway (AS$51,959).

Tempat ke-5 : Brunei ( AS$48,333)

Tempat ke-6 : Emeriah Arab Bersatu (UAE) ( AS$47,439)

Tempat ke-7 : Amerika Syarikat (AS$46,860)

Tempat ke-8 : Hong Kong (AS$45,944)

Tempat ke-9 : Switzerland (AS$41,950)

Tempat ke-10 : Belanda (AS$40,973)

Tempat ke-11 : Australia (AS$39,764)

Tempat ke-12 : Austria (AS$39,761)

Tempat ke-13 : Ireland (AS$39,492)

Tempat ke-14: Kanada (AS$39,171)

Tempat ke-15: Kuwait (AS$38,775)

Dimana Malaysia? Mungkin ada dari kalangan pembaca yang tertanya tanya kan? Mungkin ekonomi Malaysia masih belum boleh menandingi mana mana negara yang tersenarai di atas. Dan hakikatnya, kuasa membeli di Malaysia masih rendah . Pendapatan yang rendah dalam kalangan masyarakat adalah salah satu dari penyebabnya. Dan siapa sangka, dua negara terdekat dengan Malaysia iaitu Singapura dan Brunei mampu menjadi kuasa besar ekonomi dunia dengan menduduki tangga 5 teratas. Kelebihan kepada kedua dua negara tersebut kerana saiz yang kecil dan rakyatnya yang sedikit tetapi pendapatan negara yang tinggi. Hasilnya, kuasa membeli setiap rakyat di kedua dua negara tersebut adalah tinggi.

2:04 PM | 1 comments | Read More

Pelakon China, Bai Jing mati ditikam suami sendiri

bai jing mati ditikam, pelakon china ditikam, pelakon china dibunuh suami, bai jing dibunuh suami, pelakon ditikam suami.


2 Mac - Seluruh rakyat China gempar apabila berita tentang kematian aktres, Bai Jing yang mati dibunuh oleh suaminya sendiri pada selasa lalu selepas berlaku pertengkaran di kediaman mereka di daerah Chaoyang, China.

Asianone.com melaporkan suami mangsa, Zhou Chenghai, 44, dikatakan telah menikam Bai Jing sebelum dia membunuh dirinya sendiri.

Bai Jing yang disebut-sebut sebagai pengganti kepada Michelle Yeoh dan merupakan aktres kung-fu wanita paling terkenal telah banyak membintangi filem diantaranya ialah "Kung Fu Wing Chun", "Three Kingdoms:Resurrection of the Dragon" dan banyak lagi filem dan siri televisyen, drama kanak-kanak dan rancangan muzikal.

Berita kematian aktres berusia 29 tahun itu dihebahkan kira-kira jam 3 petang di Sina Weibo melalui Twitter Ju Chunlei dalam bahasa Cina yang juga merupakan pengurus besar agensi hiburan.

Ju memberitahu, pembunuhan berlaku ekoran pertengkaran yang sudah lama berlaku diantara pasangan tersebut dan kematian ibu Zhou pada 31 Januari lalu menjadi punca terakhir pasangan tersebut bertengkar.

Ju enggan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut. Namun, menurut laporan akhbar China, Legal Evening News, Zhou telah bersemuka dengan Bai selepas menerima tuntutan cerai Selasa lalu.

Dalam petisyen perceraian, Bai menyatakan bahawa dia tidak tahu mengenai perkahwinan pertama Zhou yang mempunyai seorang anak lelaki dan menuduh Zhou berlaku curang.

Zhou yang didakwa merupakan seorang jutawan yang memperoleh kekayaan daripada pasaran saham dan hartanah dikatakan mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan pertamanya sebelum bercerai. Zhou yang dikatakan telah melaburkan banyak wang dalam karier lakonan Bai akhirnya berkahwin pada Oktober 2010.

Sebelum itu, pada awal tahun ini, terdapat satu sumber telah mendakwa Bai telah bersubahat dengan teman lelakinya untuk mencuri 20 juta yuan (RM9.5 juta) daripada suaminya, dan telah mengupah pelacur untuk menggoda Zhou supaya dia dapat menuntut cerai dan mendapat banyak wang.

Kematian ibu Zhou yang dikatakan "mati akibat marah" selepas mendapat tahu tentang hal tersebut, dan pengarah filem Zhang Tongzhu yang pernah bekerja dengan Bai menafikan khabar angin itu. "Dalam fikiran saya, Bai seorang perempuan lurus dan rajin bekerja,"katanya.

6:45 AM | 0 comments | Read More

Surat Dr Mahathir Kepada Benjamin Netanyahu

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 01, 2012 | 6:19 PM

 surat mahathir kepada israel, surat mahathir, surat mahathir kepada benjamin, surat israel mahathir, surat mahathir pada israel

Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar kepada Bernama di sini, Rabu.



PERDANA MENTERI MALAYSIA

14 Mac 1997


Tuan Yang Terutama


Tuan Benjamin Netanyahu


Perdana Menteri Israel


Jerusalem


Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.


Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.


Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.


Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.


Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.


Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.


Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.


Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.


Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.


Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.


Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.


Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.


Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.


Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.


Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.


Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.


Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.


Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.


Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.


Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.


Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.


Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.


Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.


Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.


Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.


Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.


Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.


Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.



DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

sumber : Lulu Pages
6:19 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)