Perfume ‘Girlfriend’ oleh Justin Bieber Dijual Setiap Minit– Wangian Paling Laris Dalam Sejarah

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, August 11, 2012 | 3:35 PM

image

WANGIAN yang baru dilancarkan oleh penyanyi Justin Bieber ternyata memiliki daya pemikat yang kuat.

Buktinya, haruman diberi nama Girlfriend itu berjaya dijual pada setiap minit.

Portal Daily Mail melaporkan, Girlfriend diumumkan oleh The Perfume Shop sebagai pewangi paling laris yang pernah terjual dalam sejarah.

Pada minggu pembukaan, sekurang-kurangnya sebotol akan dijual setiap minit.

"Girlfriend menjadi satu fenomena dikalangan peminat penyanyi itu dan penjualannya meningkat setiap masa," kata pengurus The Perfume Shop.

Sebelum ini, penyanyi lagu Boyfriend ini pernah memberitahu dia tidak berminat untuk menghasilkan wangian wanita.

**Sudah kaya, bertambah tambah kaya si Justin Bieber ni.

3:35 PM | 1 comments | Read More

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal 1433H / 2012 M

image

KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.


Menurut kenyataan itu Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.


"Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.


Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di Pontian Kecil; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara; Telok Kemang, Port Dickson; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Kuala Langat; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang).

Lokasi lain ialah Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; Menara Alor Star; Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu; Tanjong Lubang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.


Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). – Bernama

Bagaimana dengan perjalanan balik kampung anda? Pastikan anda membuat perancangan sebelum memulakan perjalanan. Boleh semak Senarai Diskaun dan Rebat Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

6:37 AM | 0 comments | Read More

Senarai Diskaun dan Rebat Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2012, 24 lebuhraya seluruh Malaysia telah bersetuju untuk memberikan rebat dan diskaun kepada pengguna antara 10 – 37.5% bermula 15 hingga 23 Ogos. Pemberian rebat pada tahun ini adalah yang tertinggi pernah diberikan kepada pengguna jalan raya.

Berikut merupakan kadar rebat dan diskaun tol bagi lebuh raya yang terlibat

pix_gal0

Untuk mengelak kesesakan dan melicinkan pergerakan balik kampung, semua kerja kerja penyelenggaraan lebuh raya akan dihentikan manakala bagi mengurangkan kemalangan, kadar had laju telah diturunkan sebanyak 10kmj mulai 12 – 26 Ogos.

Selamat pulang ke kampung kepada anda yang akan membuat perjalanan balik kampung . Rancang perjalanan anda dan pastikan aspek keselamatan sentiasa diutamakan untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.

6:15 AM | 0 comments | Read More

Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Bertudung

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 10, 2012 | 3:14 PM

image

Sebelum ini, kami pernah paparkan artikel berkaitan pelakon Sharifah Sofia yang kini berhijrah dan berhijab di artikel Gambar Sharifah Sofia Kini Mula Bertudung .

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sofia melalui pengalaman telah dihalau keluar oleh pekerja sebuah disko di sini kerana kehadirannya ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.

Sofia atau nama sebenarnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, yang bertudung sejak 1 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia mahu menghabiskan masa di pusat hiburan yang menjadi aktivitinya selama ini.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.

“Masa itu saya tertanya-tanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?” katanya kepada mStar Online pada majlis berbuka puasa bersama artis-artis veteran di Saloma Bistro di sini, Rabu.

Jelasnya, selepas kejadian itu, dia merujuk semula dengan membaca buku-buku panduan agama Islam, barulah dia memahami kewajaran untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat tersebut jika mahu berhijrah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun tambah Sofia, penghijrahan yang dilakukannya ini dianggap sebagai melengkapi tuntutan syarak yang wajib dilakukan seseorang wanita Muslimah.

Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.

“Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini ‘kosong’ tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.

“Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.

“Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjayanya, anak kelahiran Liverpool, England ini berkata, dia berhasrat untuk menjadi ibu sepenuh masa tetapi tidak bermakna mahu meninggalkan terus dunia seni.

 

**Mungkin ini satu petunjuk dari Allah untuk menghalang kemungkaran kepada beliau. Alhamdulillah kerana beliau dipelihara.

MystarOnline

3:14 PM | 2 comments | Read More

Siapa Johari Pain? Pandelela Punya Pingat , Johari Pain Dapat Nama

Semasa admin menaip entry ni, sebenarnya masih lagi ketawa memikirkan nasib seorang mamat bajet hebat di facebook. Kalau semalam Malaysia dikejutkan dengan kemenangan bergaya Pandelela Rinong dalam acara 10m Platform, tetapi hari ini, seorang lelaki menjadi terkenal kerana kemenangan tersebut, Mungkin boleh diumpamakan , Pandelela Punya Pingat , Johari Pain dapat nama.

Siapa Johari Pain? Selepas melihat foto dibawah mungkin anda akan faham.

2727

Kerana mulut badan binasa, kerana status *&% binasa.

Khabarnya , status ini telah dipadam dari wall facebook beliau tetapi ramai yang sudah printscreen statement “berani mati” beliau ini. Satu pengajaran kepada semua, jangan menilik atau meramal sesuatu yang belum berlaku. Kalau dah jadi macam ini, satu Malaysia dapat tahu . Kan dah malu. Mungkinkah abang ni kena sunat sekali lagi? heheheee

image

Percaya atau tidak, hanya dalam beberapa jam, sudah wujud fanpage seperti berikut :

  • Johari pain Cpat Kerat Kote Pandalela bawa Blik Pingat.
  • Kami nak Johari PAIN tunai janji
  • Kami Tuntut Johari Pain Tunai Janji.
  • Kami semua nak johari pain potong anu
  • Kami Anti Johari Pain Kerana Menghina Atlet Malaysia

**Dan yang pasti, nama Johari Pain ini sedang trending di twitter. Dan muncul hashtag #JanjiDikerati..Malaysian, you must be joking. Janji Dikerati?? hahaha.. Tak pasal pasal jadi terkenal. Boleh admin gelak lagi tak? hahahahahahhahahaaaaaaaaa.

Sudah puas gelak, mari kita kuatkan hati kita dengan menonton video yang menyentuh hati ini pula. Tipu kalau tak menangis tengok video ini.

Video Iklan Raya Dari BERNAS Yang Menyentuh Hati

9:48 AM | 15 comments | Read More

Pandelela Rinong Menang Pingat Gangsa Olimpik Acara Terjun 10m Platform

Penerjun negara di Sukan Olimpik London 2012, Pandelela Rinong atau lebih dikenali oleh rakan atlet sebagai Lulu mencipta rekod selaku wanita pertama negara berjaya merangkul pingat gangsa pada final acara 10 meter platform individu wanita sebentar tadi dengan mencatat  mata keseluruhan 359.20. Pandelela kini menyertai Lee Chong Wei sebagai ke-2 terbaik dunia, Azizulhasni Awang ke-6 terbaik dunia dan Pandelela ke-3 terbaik di dunia dalam sukan Olimpik kali ini.

Atlet berusia 19 tahun dari Sarawak ini memulakan terjunan dan berakhir di tempat ke 7 setelah selesai pusingan ke 4. Namun pada terjunan ke 5, Pandelela melakukan satu terjunan sempurna untuk memastikan pungutan mata 76.80 untuk meraih temoat ke 3 keseluruhan terbaik. Pingat emas dimenangi oleh penerjun dari China yang juga Juara Olimpik Beijing 4 tahun lalu, Chen Ruolin  yang jauh meninggalkan penerjun penerjun lain dengan pungutan mata 422.30. Pingat perak pula dimenangi oleh penerjun dari Australia iaitu Brittany Broben dengan pungutan mata 366.50.

**Sesuatu yang lucu terjadi selepas kemenangan Pandelela ini :  Pandelela Punya Pingat , Johari Pain Dapat Nama

Tahniah kepada anak jati Sarawak ini kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan memastikan Jalur Gemilang berkibar di Pusat Akuatik di London. TAHNIAH!

**TAHNIAH juga kepada Johari Pain kerana perlu buat “sesuatu” dengan kemenangan Pandelela ini .

4:45 AM | 0 comments | Read More

Video Iklan Raya Dari BERNAS Yang Menyentuh Hati

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 09, 2012 | 10:12 PM

image

Sebelum ini , kami telah paparkan iklan raya petronas 2012 yang mempunyai makna tersendiri dan erti prngorbanan sempena aidilfitri yang bakal menjelma. Boleh baca di entry berikut. : Iklan Raya Petronas 2012 / Filem Pendek Petronas 2012

Dan kali ini, admin ingin berkongsi sebuah Iklan Raya 2012 dri Syarikat Bernas yang sangat menyentuh hati sesiapa saja yang menontonnya. Jika dihayati iklan ini, mungkin air mata akan menitis dan hati anda akan tersentuh membayangkan nasib dua anak yatim piatu di dalam iklan ini. Iklan ini mengisahkan dua beradik anak yatim piatu yang kurang upaya yang ingin pulang ke kampung pada hari raya untuk melawat pusara ibu mereka. Sama sama kita hayati iklan ini.

10:12 PM | 2 comments | Read More

Pengacara Majalah 3 dan MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Kini Bertudung

Alhamdulillah dibulan Ramadhan yang mulia ini, semakin banyak artis Malaysia yang melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik. Selepas Shila Amzah yang mula bertudung litup yang admin ceritakan  dalam entry Gambar Shila Amzah Kini Bertudung kini giliran pengacara Majalah 3 dan MHI Nurul Syuhada Nurul Ain ,  pula bertudung dan menutup aurat.

image

Ketika muncul bertudung dalam MHI

Perubahan Nurul Syuhada ini mendapat reaksi positif daripada peminat peminat beliau. Sekeping gambar yang dimuat naik ke Facebook Page MHI TV3 mendapat “like” lebih 20 ribu. Hakikatnya, beliau lebih manis dan cantik bertudung. Siapa setuju sila tinggalkan komen . Mungkin Nurul Shuhada akan membaca entry ini.Siapa tahu kan?

Tanda Tanda Dan Cara Mencari Lailatulqadar

Kita doakan yang terbaik buat beliau  dan semoga lebih ramai artis akan mengikut jejak langkah artis artis yang sudah mula bertudung ini. Aminn. Dan ini beberapa keping gambar Nurul Syuhada yang mula bertudung sebelum ini.

image

9:25 PM | 0 comments | Read More

Kelebihan Malam Lailatulqadar



SEPULUH malam terakhir Ramadan akan bermula esok. Malam yang dilimpahi  keberkatan dan keistimewaan harus direbut oleh umat Islam yang berpuasa. Ini kerana salah satu malam itu akan  dinamakan lailatulqadar yang disebut lebih baik daripada 1,000 bulan. Sepuluh  malam terakhir Ramadan juga harus diisi dengan beriktikaf di masjid dan  memperbanyakkan amalan termasuk membaca al-Quran dan menghidupkannya dengan  berbuat ibadat.

Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan  ibadah pada malam 10 yang terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Aisyah ra berkata; “Rasulullah SAW apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan,  baginda menghidupkan malam (dengan ibadah), mengejutkan keluarganya (bangun  beribadah), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (tidak mencampuri)  isteri-isterinya”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Pada malam 10 terakhir ada satu malam  yang dinamakan lailatulqadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang   banyak). Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang  maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.”  (al-Qadr,1)


Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di  langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW,  selama 23 tahun. Lailatulqadar disifatkan lebih baik  berbanding 1,000 bulan. Firman Allah bermaksud, “lailatulqadar lebih baik  daripada 1,000 bulan”. (al-Qadr, 3) Pada malam ini juga disifatkan sebagai  malam yang penuh berkat. Firman Allah SWT dalam surah ad-Dukhan, ayat 4  bermaksud, “Sesungguhnya Kami turunkannya (al- Quran) pada malam yang  diberkati”. 


Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.  Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang  penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4) Apa yang dimaksudkan melalui tafsir  ‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur,  rezeki dan ajal manusia.Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha  Penyayang juga mengampunkan hamba- Nya yang menghidupkan malam-malam berkenaan  dengan ibadah dan zikrullah (penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah)  penuh rasa keimanan dan pengharapan. Nabi SAW bersabda, bermaksud: “Carilah lailatulqadar pada malam 10 terakhir Ramadan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud: 
“Carilah lailatulqadar pada malam ganjil pada 10 malam terakhir”. (Riwayat Bukhari)


Imam Nawawi berpendapat bahawa memandangkan hadis yang menceritakan mengenai lailatulqadar berselisih pada waktunya,ini menunjukkan bahawa malam berkenaan berpindah-pindah pada setiap tahun.


Oleh itu, setiap muslim tidak sepatutnya melepaskan peluang daripada memanfaatkan malam 10 terakhir Ramadan dan  menghidupkannya dengan ibadah dan doa. Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, Ahmad dan Ibn Majah bahawa Aisyah ra bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sekiranya aku berada pada lailatulqadar, apa yang aku perlu buat? Baginda menjawab, katakanlah ‘Allahuma inni affu’un karim tuhibbul afuwa  fa’fuanni’” Satu lagi amalan yang sangat dituntut dilakukan oleh umat Islam pada 10 malam terakhir Ramadan ialah dengan iktikaf di  masjid. Fadilat beriktikaf pada bulan Ramadan lebih banyak berbanding hari yang  biasa. Maksud iktikaf di sini ialah mendampingi masjid untuk mentaati Allah SWT. Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun meninggalkan iktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan sehinggalah baginda wafat.  Isteri-isteri baginda turut beriktikaf bersama- samanya ketika baginda hidup dan meneruskan selepas baginda wafat.

  • Syarat sah iktikaf ialah Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan. Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid
  • Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20  Ramadan. 
  • Waktu berakhir iktikaf:Berakhirnya iktikaf ialah selepas terbenamnya  matahari pada hari terakhir Ramadan.


Perkara sunat yang dilakukan ketika beriktikaf ialah memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, salawat dan doa. Begitu juga menghadiri  majlis ilmu, mengulangkaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.

Perkara yang harus dilakukan ialah keluar daripada masjid kerana sesuatu hajat dan darurat seperti untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziarahi kematian atau orang sakit.Begitu juga hukumnya harus dan digalakkan jika mandi, memotong rambut,kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.Mendirikan solat fardu secara berjemaah di masjid memangdigalakkan. Seseorang yang bersolat jemaah di rumahnya tidak sama berbanding berjemaah di masjid.Keutamaan jemaah di masjid ini sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW. Pada zaman Rasulullah SAW, semua sahabat menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid. 


Pernah juga suatu ketika Rasulullah SAWsangat marah kepada mereka yang tidak mahu datang solat berjemaah dan baginda bersabda, bermaksud: “Kalaulah boleh, aku akan menyuruh semua kanak-kanak  mengumpulkan kayu api agar aku boleh keluarmencari dan membakar rumah-rumah yang penghuninya bersolat di rumah mereka tanpa sebab yang dibenarkan.”


9:57 AM | 1 comments | Read More

Gambar Shila Amzah Kini Bertudung

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 08, 2012 | 1:46 PM

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah yang telah melakukan satu perubahan dan penghijrahan yang terbaik dalam hidup beliau sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

image

Shila mula mengenakan tudung bermula awal ramadhan lalu dan sesekali membuangnya ketika ada sesi penggambaran atau persembahan. Tetapi beliau merasakan ada sesuatu yang kurang semasa membuang tudungnya.

“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.

“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.

“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.

“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai,” katanya sambil menambah, “bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila.”

image

Beliau berkata keinginannya untuk bertudung adalah kehendak dirinya sendiri .

“Saya harap peminat di luar nanti tidak akan salah faham apabila melihat sesetengah program raya jika saya tidak bertudung.

“Ini kerana program tersebut dilakukan sebelum saya bertudung,” katanya.

 

Shila lebih menawan apabila bertudung

Mungkin Sharnaaz Ahmad adalah insan paling gembira dengan perubahan beliau ini.

1:46 PM | 1 comments | Read More

Iklan Raya Petronas 2012 / Filem Pendek Petronas 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 07, 2012 | 9:40 PM

image

Mungkin kebiasaan bagi kita , apabila menjelang Aidilfitri setiap tahun, syarikat syarikat ternama di malaysia akan mengeluarkan iklan raya masing masing untuk tatapan umum. Dan iklan paling ditunggu tunggu mungkin iklan dari syarikat Petroleum nasional Malaysia , Petronas yang saban tahun mengeluarkan iklan  hari raya yang ternyata menyentuh hati dan memberi seribu makna menyambut syawal.

CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Tidak seperti tahun tahun sebelum ini, Petronas membawakan kelainan pada tahun 2012 dengan menghasilkan sebuah filem pendek berdurasi 14minit 30 saat.Filem pendek tersebut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.

Erman adalah seorang jurutera yang ditugaskan di Uzbekistan. Selama berada di negara tersebut, beliau mula membantu kanak kanak di kampung berdekatan dan menjadi rapat dengan seorang budak lelaki bernama Jeyhun. Jom saksikan filem pendek yang sangat memberi makna mendalam ini. Berjudul ‘Stranger’, ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.

9:40 PM | 0 comments | Read More

Abby Abadi Kembali Ke Pangkuan Norman Hakim?


image
KUALA LUMPUR: “Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.
“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008.
Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu. (entry lalu : Sudah Berdamai , Abby Abadi Berbuka Bersama Memey ,Norman Hakim dan Anak-Anak)


Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.

“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.

**Pendapat admin, mungkin ada kebaikannya mereka berbaik, mungkin mereka berdua memang ditakdirkan untuk berkongsi kasih sayang dengan seorang lelaki yang sama. Kuasa Tuhan tak siapa dapat melawan. Jika jodoh Abby masih bersama Norman, tiada siapa dapat menghalang dan melawan. Cuma penerimaan kedua dua mereka sahaja dan pengorbanan untuk berkongsi kasih dengan seorang lelaki saja yang penting untuk kebahagiaan masing masing. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. 
10:07 AM | 0 comments | Read More

Aiskrim Baskin Robin Percuma Tetap Diberi Pada 8 Ogos Ini

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 06, 2012 | 11:58 PM

image

Ramai yang kecewa dengan kekalahan tipis Datuk Lee Chong Wei yang gagal membawa pulang pingat emas . Tak kurang juga yang kecewa kerana tak dapat menikmati ais krim percuma dari Baskin Robbins. Tapi, mungkin selepas membaca entry ini anda bakal tersenyum.

Walaupun wira negara, Datuk LCW kalah tipis dan gagal menang dalam perlawanan tersebut, pihak Baskin Robin tetap akan memberikan aiskrim percuma kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menunjukkan tanda sokongan kepada semua atlet Malaysia yang berjuang di Olimpik dan bukan LCW seorang sahaja.

Baskin Robbins dengan kerjasama Media Prima Bhd dalam program “ Dream of Gold” akan memberikan satu scoop aiskrim percuma kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama , politik atau apa saja. Semua rakyat malaysia layak . Aiskrim percuma akan mula diberi jam 8.00pm sehingga 10.00pm pada 8 Ogos 2012 di semua cawangan Baskin Robbins kecuali Kiosk di Hospital Pantai Bangsar dan Genting Theme Park. Jom serang BR ramai ramai pada 8 Ogos nanti.

 

11:58 PM | 0 comments | Read More

Video Dan Gambar Pendaratan Kenderaan Angkasa “Curiosity” Di Marikh

NASA merekodkan satu lagi peristiwa bersejarah apabila kenderaan angkasa lepas Curiosity selamat mendarat di permukaan planet Marikh pada jam 10.30pm (Pacific time)  (1:30 a.m. EDT Monday/0530 GMT)  untuk memulakan misi menjelajah marikh selama 2 tahun dan mencari bukti jika ada kehidupan yang pernah wujud di permukaan planet merah tersebut.


Curiosity melepasi waktu kritikal pendaratan selama 7 minit yang akan menentukan sama ada misi ini berjaya atau tidak yang dipanggil "7 Minutes of Terror" . Sejurus selepas mendarat, Curiosity menghantar isyarat gambar kepada bumi menunjukkan bayangan roda kenderaan bersaiz kereta normal tersebut dan diraikan oleh semua tenaga kerja yang bertungkus lumus selama ini untuk saat manis  tersebut.


Kos projek yang diberi nama Mars Science Laboratory ini menelan belanja hampir 2.5 billion dan perancangan dibuat selama 14tahun untuk menjayakannya.

gambar pertama yang dihantar oleh Curiosity

Perjalanan probe ini dari bumi mengambil masa selama 8 bulan dan menempuh perjalanan sejauh 350juta kilometer merentasi ruang angkasa diantara bumi dan marikh sebelum masuk ke atmosfera marikh untuk membuat pendaratan yang dikatakan antara terhebat pernah dilakukan oleh NASA.


Saksikan visual pendaratan Curiosity dan apa sebenarnya yang akan dilakukan oleh kenderaan ini di sana.

Mars Rover's "Seven Minutes of Terror"

4:32 PM | 0 comments | Read More

Lelaki Mati Selepas Tonton Perlawanan Final Badminton Lee Chong Wei

KUCHING: Seorang lelaki meninggal dunia ketika menonton perlawanan badminton yang sengit antara pemain kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan di kedai kopi di Serian, 60km dari sini.

Mangsa yang dikatakan sedang makan mee kolok rebah sejurus Lin Dan meraikan kemenangan emas olimpiknya.

Menurut Ketua Polis Daerah Serian, DSP Mohd Jamali Umi, pihak polis masih lagi cuba untuk mengenalpasti identiti mangsa serta menjejak keluarga mangsa. Maklumat awal, mengatakan, mangsa berasal dari Taman Angerik, Serian, Sarawak.

Baca juga :

**Mungkin kerana terlampau terkejut sangat kot . Apapun takziah kepada keluarga beliau.

sumber : Nescafeais

11:28 AM | 1 comments | Read More

Muka Hadapan Akhbar Kosmo Perli Datuk Lee Chong Wei ?

lee chong wei

Disebalik kekalahan tipis wira negara iaitu Datuk Lee Chong Wei kepada seteru utamanya , Lin Dan , ramai yang tetap memberikan semangat dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana tetap membanggakan Malaysia walaupun tidak dapat membawa pulang pingat emas. Selepas tewas tipis, LCW dilihat terduduk dan menangis kerana tidak dapat memenuhi hajat 28juta rakyat malaysia yang mengidamkan emas pertama Malaysia di Olimpik. Betapa berat beban yang ditanggung beliau .

Keputusan Dan Review Perlawanan Final Badminton Olimpik 2012- Lee Chong Wei vs Lin Dan

Itu kata kebanyakan dari rakyat Malaysia, tetapi hari ini, akhbar “lalang” iaitu KOSMO mengeluarkan tajuk muka depan yang dilihat bakal menghiris hati LCW sendiri dan rakyat malaysia kerana berpendapat perjuangan sebenar LCW hanyalah untuk mengaut keuntungan 4juta yang dijanjikan kerajaan jika berjaya membawa pulang emas. Perjuangan LCW bertungkus lumus sepenuh hati semalam dilihat oleh akhbar tersebut sebagai “mengejar wang” dan bukan semangat kesukanan untuk membawa negara ke mata dunia. Sungguh pendek pemikiran editor KOSMO ini. Mungkin tajuk yang lebih “positif” dan membina patut digunakan oleh editor.

tangisan Lee Chong Wei semasa upacara penyampaian hadiah.

Ramai dari kalangan pembaca dan pengguna laman sosial mengutuk keras tindakan editor akhbar berkenaan berkaitan artikel muka hadapan akhbar tersebut hari ini yang dilihat seakan akan memerli Datuk LCW yang tidak mendapat habuan besar apabila kembali ke tanah air. Mungkin selepas ini, ramai yang akan memboikot akhbar ini. Kita tunggu dan lihat. 

*sedikit fakta menarik :

  • Ramai pengguna twitter hari ini menukar profile picture kepada gambar Lee Chong Wei sebagai tanda terima kasih kepada beliau
  • Hastag #TerimakasihLeeChongWei trending worldwide selepas kekalahan beliau semalam untuk memberi semangat .

11:17 AM | 1 comments | Read More

Keputusan Dan Review Perlawanan Final Badminton Olimpik 2012- Lee Chong Wei vs Lin Dan

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, August 05, 2012 | 5:29 PM

Berikut merupakan keputusan Terkini Final Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik London 2012 antara Lee CHong Wei dan Lin Dan .

Anda boleh mendapatkan Live Streaming Perlawanan di pautan berikut

Live Streaming Final Badminton Olimpik 2012- Lee Chong Wei vs Lin Dan

GAME

LEE CHONG WEI

LIN DAN

KEPUTUSAN

1

21

15

LCW MENANG

2

10

21

LIN DAN MENANG

3

19

21

LIN DAN MENANG

PINGAT EMAS BADMINTON PERSEORANGAN LELAKI OLIMPIK LONDON 2012 DIMENANGI OLEH PEMAIN CHINA , LIN DAN.

***************************************

REVIEW PERLAWANAN

Pada set pertama, LCW nampak lebih yakin dan tenang mengawal keadaan dan Lin Dan banyak membuat kesalahan dengan membuat pukulan ke arah jaring dan banyak membuat pukulan “out” . LCW banyak memungut mata dengan kesalahan Lin Dan .

Pada set kedua, Lin Dan tampak lebih agresif dengan strategi terhebatnya iaitu jumping smash yang sememangnya tidak dapat dihadang oleh Lee Chong Wei. LCW pula banyak membuat kesalahan dan keyakinan beliau nampak agak tergugat .

Pada set ketiga , kedua dua pemain menunjukkan permainan seimbang dengan masing masing berusaha untuk menguasai gelanggang. Permainan seimbang dari awal sehingga tamat perlawanan tetapi Lee Chong Wei dilihat beberapa kali melakukan kesilapan kecil yang membawa bencana kepada beliau. Nasib menyebelahi Lin Dan apabila menamatkan perlawanan dengan kemenangan tipis 21-19 ke atas Lee Chong Wei.

Walaupun kalah tipis, pujian dan semangat harus terus diberikan kepada wira negara kita kerana telah berhempas pulas untuk menggenggam pingat emas pertama negara, namun nasib lebih memihak kepada Lin Dan dengan permainan yang sangat hebat . Apapun , Datuk Lee Chong Wei tetap wira negara yang akan sentiasa diingati kerana telah banyak mengharumkan nama negara. TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI !!!

image

tweet rasmi dari Datuk Lee Chong Wei sejurus selepas tamat perlawanan. Klik pada gambar di atas  untuk follow Twitter beliau. Jom kita sama sama berikan kata semangat kepada beliau.

Menarik : Muka Hadapan Akhbar Kosmo Perli Datuk Lee Chong Wei ?

**sedikit fakta menarik mengenai kedua dua pemain ini.

  • Datuk Lee Chong Wei mempunyai beberapa kereta mewah antaranya Nissan GTR , Ferrari dan Range Rover
  • Lin Dan pula memiliki sebuah Porsche dan beberapa buah kereta mewah yang lain dan menerima gaji sebanyak 15juta setahun.

5:29 PM | 2 comments | Read More

Live Streaming Final Badminton Olimpik 2012- Lee Chong Wei vs Lin Dan

Malam ini merupakan malam penentuan terbesar untuk kontinjen Olimpik Malaysia dan semestinya malam penentuan dan perlawanan terbesar dalam karier Lee Chong Wei apabila beliau sekali lagin akan bertemu seteru utama dalam arena badminton iaitu pemain dari China , Lin Dan dalam perebutan takhta pingat emas Perseorangan Lelaki Badminton Olimpik London 2012.

Lee Chong Wei yang sebelum ini mengalahkan pemain dari China iaitu Chen Long akan bertemu Lin Dan buat kali kedua di Final Badminton Olimpik setelah kali pertama gagal di Olimpik Beijing 4 tahun lalu. Perlawanan ini juga merupakan sesi balas dendam apabila LCW tewas kepada Lin Dan di Final Badminton World Championship di Arena Wimbledon, venue untuk perlawanan pada malam ini.

Perlawanan diantara Lee Chong Wei dan Lin Dan akan disiarkan secara langsung di RTM 1 pada jam 8.00 malam waktu Malaysia.

Anda juga boleh mendapatkan LIVE STREAMING PERLAWANAN FINAL BADMINTON OLIMPIK di saluran rasmi Youtube Olimpik.


LIVE STREAMING PERLAWANAN FINAL BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012


5:22 PM | 0 comments | Read More

Infinity Downline Skim Penipuan

Infinity Downline Skim Penipuan

INFINITY DOWNLINE ialah Skim Penipuan baru yang kian meluas di alam maya pada ketika ini. Kaedah penipuan dalam Infinity Downline ini amatlah jelas dan tidak dapat diterima sama sekali. Tetapi malangnya, MASIH ramai pengguna internet yang terpedaya dengan Infinity Downline Skim Penipuan ini.


Infinity Downline Skim Penipuan | Secara ringkasnya, skim yang dinamakan Infinity Downline ini adalah program buat duit dengan segera melalui internet. Ini adalah mengikut apa yang dinyatakan oleh ahli kumpulan ID (infinity downline) sendiri. Mereka mengajak orang untuk mendapatkan RM100 hanya dengan "login facebook" sahaja. Kedengaran amat mudah kan?

SKIM PENIPUAN INFINITY DOWNLINE

Pernahkah kita semua terfikir, bagaimana seseorang itu dapat duit yang sangat banyak (RM100) hanya dengan korek hidung sahaja? Daripada akal pemikiran manusia yang normal dan mampu berfikir, sudah pasti kita semua sedar bahawa sistem yang diperkenalkan oleh mereka ini sangat mengarut sahaja.


Dan kalau benarlah apa yang diperkatakan oleh geng-geng ID ni, boleh dapat RM100 hanya dengan Login Facebook... kenapa mereka masih lagi berusaha separuh mati untuk mengajak orang lain menyertainya? Berkongsi rezeki? Puihh, nampak mereka selalu jugak makan megi time berbuka..


Kalau betul lah ID ni, sudah pasti ada lebih daripada 10 ahli geng ID yang menjadi jutawan kat Malaysia ni. Tapi ada ke? Sepatutnya mereka dah lama jadi jutawan, bukannya susah pun kan.. kalau sekali login dapat RM100, sehari buatlah 100 kali... login facebook, logout semula dan kemudian login balik. Ulang-ulang sahaja sampai dapat lebih RM5,000 sehari. Senang je kan?


Alasan mahu berkongsi rezeki sangat bodoh, sebabnya kalau mereka mahu berkongsi kenapa perlu mereka meminta yuran RM100 kepada sesiapa yang mahu menjadi ahli baru? Kenapa? Bukankah lebih mudah kalau mereka login saja Facebook dua kali, dah dapat RM200.. lebih menguntungkan dan mudah, daripada nak pujuk orang keluarkan RM100 dan bagi kat diorang. Pftt, sangat tak masuk akal.


Malas nak cerita panjang lebar lagi, cuma aku kat sini mahu tekankan kepada semua pembaca yang masih mampu berfikir dengan waras, cubalah fikirkan sedalam-dalamnya mengenai ID ni. Jangan biarkan diri korang, atau saudara mara, mahupun kenalan korang yang menjadi mangsa Infinity Downline Skim Penipuan ni. Selamatkan lah mereka...


Kepada ahli geng ID yang ada, sudah-sudah lah... hentikan menipu bangsa sendiri untuk memenuhkan perut korang tu. Masih belum terlambat untuk korang memohon ampun dan taubat, lebih-lebih lagi dalam bulan ramadan yang penuh keberkatan ini. Berhentilah memperbodohkan pengguna internet sebabnya rakyat Malaysia sekarang ni bijak-bijak belaka. Mereka bukanlah bodoh macam yang korang semua fikirkan.. Sekian, terima kasih. Salam 1 Infinity Downline, LOL :p

Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal :)

"Entri asal daripada blog Azri Johan"

8:39 AM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)