Home » , , , » Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia : Jenazah Selamat Dikebumi

Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia : Jenazah Selamat Dikebumi

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, October 11, 2011 | 5:13 PM

SHAH ALAM: Jenazah Allahyarham Penyanyi Datuk Ahmad Jais,75, atau nama sebenarnya Mohd. Jais Ahmad selamat dikebumikan kira-kira pukul 2 petang, di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini, Selasa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.30 pagi Selasa di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC ) di sini.

Allahyarham meninggalkan lima cahaya mata dan 13 orang cucu.

Menurut anak keempat beliau, Maimun, 31, doktor mengesahkan kematian Allahyarham adalah disebabkan komplikasi penyakit paru-paru.

Kata Maimun, Allahyarham meninggal dunia di sisi beliau dan adik bongsunya iaitu Mashitah Mohd Jais, 25.

"Sejak semalam keadaan ayah bertambah kritikal dan doktor menasihati supaya kami bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Saya dan adik bersama Allahyarham sejak semalam dan sempat membacakan surah Yassin sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pagi ini (Selasa)," ujarnya.

Selain Maimun dan Mashitah, tiga lagi anak Allahyarham ialah Mohamad Iskandar Mohd Jais, 45, Mohd Iesham, 43 dan Salawati, 30-an.

Jenazah sebelum itu dibawa ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini untuk dikapan dan disembahyangkan.

Peminat dan rakan artis penyanyi veteran itu kelihatan berkumpul di perkarangan masjid untuk memberikan penghormatan terakhir terhadap beliau.

Antara artis yang kelihatan adalah Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir, Aziz Satar dan Ibnor Riza.

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan separa rapi di pusat perubatan itu pada 25 September lalu selepas mengalami masalah sesak nafas.

Beliau dikhabarkan mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC kerana beliau mempunyai rekod perubatan di situ.

Antara lagu popular beliau ialah Bunga Ku Puja Dipetik Orang, Dikau Pujaan, Gelisah danBahtera Merdeka.

sumber : mstaronline


hilang sebutir lagi permata negara. Semoga roh allahyarham ditempatkan bersama golongan beriman dan beramal soleh. AL Fatihah untuk Allahyarham Datuk Ahmad Jais

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

October 12, 2011 at 1:32 AM

saya dari indonesia
mengucapkan turut berduka cita
selamat jalan datuk, alunan suaramu tak tertandingi
Saya beberapa hari yg lalu ingin sekali mendapatkan album beliau bertajuk "The Essential" semua upaya saya coba, namun tak tercapaikan.
kan ku ingat selalu namamu

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)