Home » , » Uncle Seekers Ramal Nasib Buruk Artis Dan VVIP

Uncle Seekers Ramal Nasib Buruk Artis Dan VVIP

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 14, 2011 | 3:51 PM

Uncle Seekers ni dah gila buang tebiat dah. Dulu dia pernah buat hal lepas mendedahkan gambar gambar bersama bekas Permaisuri Agung . Semuanya dalam entry Mantan Raja Permaisuri Agung Kini Milik Uncle Seekers??? dan Uncle Seekers Yang 'Bodoh' Buat Perangai Lagi. Dan terbaru dia buat hal lagi dengan membuat ramalan buruk ke atas individu individu terkenal termasuklah artis artis, dan golongan kenamaan . katanya berdasarkan mimpi. Dia ni sebenarnya nak tunjuk apa ek? Nak tunjuk dia hebat? nak tunjuk dia ada hantu? Nak kata dia tu boleh tau masa depan la? Ape kejadah la si pakcik ni aku pun tak berapa nak faham . Tak habis habis dengan kepercayaan tahyul dia tu.

PETALING JAYA: Beberapa orang artis melahirkan rasa kurang senang apabila masa depan mereka dikatakan akan terjadi perkara tidak baik termasuklah penceraian, meninggal dunia dan kegagalan dalam kerjaya.

Kebanyakan mereka menganggap ramalan yang dibuat oleh pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai 'Uncle Seekers' menerusi laman blognya adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai.

Marsha berkata, ramalan kononnya dia akan memeluk Islam dan bakal bertunang sebelum tahun 2013 adalah karut dan Uncle Seekers tidak patut menceritakan ramalan yang datang daripada mimpi itu dalam blognya.

"Andai kata benarlah dia (Uncle Seekers) mempunyai kebolehan meramal masa depan orang, rasanya dia tidak patut mendedahkannya dalam blog.

"Tambahan pula ia merupakan isu yang sangat sensitif. Kenapa perlu menceritakan kepada umum tentang ramalan yang karut itu?" soalnya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Selain Marsha, antara selebriti yang juga 'terkena' dengan ramalan Uncle Seekers ialah, Rabecca Nur Al-Islam, Zizan Raja Lawak, Anuar Zain, Juliana Evans, Fauziah Gous dan Fasha Sandha.

Kata Rabecca pula, ramalan bahawa rumah tangganya akan mula goyah akibat kesilapan sendiri juga dianggap palsu kerana Uncle Seekers tidak pernah bertemu dengannya walau sekalipun.

"Dia tiada hak untuk meramal masa depan saya lebih-lebih lagi saya tidak pernah mengenalinya.

"Bagi saya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui tentang masa depan kita dan tidak perlulah dia ingin menceritakan kisah ramalan karut itu dalam blognya.

"Tambah pula, siapa dia yang hendak meramal tentang rumah tangga saya? Setakat ini, Alhamdulillah, kehidupan saya bersama suami bahagia," ujar Rabecca dengan nada kesal.

Bagaimanapun Zizan (Raja Lawak) yang dikatakan kononnya menghadapi masa depan gelap gara-gara dikaitkan dengan isu seks (Uncle Seekers tidak menjelaskan secara terperinci) pula enggan memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

“Saya tak mahu komen tentang perkara ini. Sebelum ini orang dah cakap saya macam-macam tentang isu Hantu Bonceng,” katanya yang tidak mempercayai berhubung ramalan masa depan.

Pakar paranormal itu juga pernah membuat ramalan mengenai kematian Datuk Ahmad Jais dan ramai yang terkejut apabila hal tersebut benar-benar berlaku seperti yang diramalkan.

Sementara itu, Uncle Seekers yang dihubungi menganggap ramalan yang ditulis dalam blog miliknya itu bukan ingin mencari publisiti murahan tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan pengikut blognya itu.

"Saya cuma bermimpi dan apa yang berlaku dalam mimpi itu dikongsi dalam blog. Lagipun itu sekadar ramalan, kenapa perlu gusar?

"Bila orang meramalkan tentang cuaca, boleh saja diterima, tetapi bila saya buat ramalan tentang manusia, orang tak boleh terima pula. Kenapa?

"Saya sedar, diri ini bukanlah seorang bomoh. Rasanya tidak salah untuk kita memberitahu apa yang berlaku dalam mimpi kita," tegasnya.

image

 

sumber :mstar

 

Cuma satu benda yang mungkin kebetulan terjadi bukan disebabkan ramalan atau apa saja tapi disebabkan oleh kuasa Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan hambanya. Uncle Seekers dalam satu entry beliau bertarikh 25 September 2011 meramalkan seorang selebriti terkenal (Ahmad Jais ) akan pergi buat selamanya . Dan pada 11 October yang lalu, Datuk Ahmad Jais telah menghembuskan nafas beliau yang terakhir dengan kehendak Tuhan bukan ramalan manusia. Hanya kebetulan. Jauhi kepercayaan karut dan percaya pada Uncle Seekers ni. Tak ada siapa boleh masuk campur urusan mati hidup Itu semua urusan Tuhan.

 

##paling aku tertarik dengan ramalan dia berkaitan Rosmah Mansor..haha

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

October 14, 2011 at 4:12 PM

erm...
macam2 la uncle ni..
jgn cye sgt la..

Anonymous
October 28, 2011 at 6:05 PM

Published: Sunday September 25, 2011 MYT 7:37:00 PM
Updated: Sunday September 25, 2011 MYT 7:38:35 PM

Veteran singer Ahmad Jais in ICU but in stable condition
...MMG ARWAH DAH SAKIT MASA TARIKH NI..TU YG UNCLE AGAK2 TU

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)