Showing posts with label hanis zalikha. Show all posts
Showing posts with label hanis zalikha. Show all posts

Keyword Carian Paling Dicari 2011 Di Malaysia : Google Zeitgeist 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 08, 2011 | 5:05 PM

Keyword atau carian panas dan hot sepanjang 2011 dah dikeluarkan oleh Google Zeitgeist semalam. Cuma mungkin aku ja yang terlambat update padahal orang semua dah tahu dah kan yang Fatin Liyana tersenarai menajdi salah seorang “celebrity” terbaru. Kalau tahun lepas, Hanis Zalikha menjadi antara keyword individu paling dicari, tahun ni bertukar tangan pulak. Tapi Hanis Zalikha masih lagi onlist.

 

Siapa kata nak jadi famous hanya dengan menjadi artis? Sekarang ni jadi blogger pun dah macam artis orang cari.  Fatin Liyana seorang blogger cantik dan kreatif . Agaknya sebab tu lah kot orang mencari cari pasal beliau. Mungkin si Fatin ni ada kuasa menyerap segala kebaikan dan ke”lucky” an didunia ni kot? Who knows kan? Jom kita sergah dan ushar apa keyword paling dicari di Malaysia untuk tahun 2011.

Google Malaysian Zeitgeist: Most popular and fastest-rising searches for 2011

Fastest rising searches
1. Facebook
2. Angry Birds
3. Maharaja Lawak
4. iPhone 5
5. Samsung Galaxy
6. iPad2
7. Jawatan kosong
8. Android
9. Tonton
10. Aishiteru


Fastest rising people
1. Bruno Mars
2. Hana Tajima
3. Cikgu Shida
4. Avril Lavigne
5. Anwar Ibrahim
6. Fatin Liyana
7. Justin Bieber
8. Rihanna
9. Ustaz Kazim
10. Hanis Zalikha


Top news stories
1. ipad 2
2. Malaysian grand prix
3. Kennedy space center
4. Kentucky derby
5. Japan nuclear crisis
6. MTV movie awards
7. Michael Jackson funeral
8. Malaysian open
9. Thailand flood
10. Malaysia budget 2012


Top image searches
1. Justin Bieber
2. Background designs
3. Fixie bike
4. Domo Kun
5. Monster energy
6. Supra shoes
7. Jules Verne
8. Smiley face
9. Kartun muslimah
10. Chelsea Olivia


Top ‘what is...’ searches
1. what is bersih
2. what is g6
3. what is ppvrip
4. what is ipad
5. what are words
6. what is jailbreak
7. what is android
8. what is lmao
9. what is hacking
10. what is information


Top TV shows
1. ANTM
2. x factor usa
3. american idol 2011
4. amazing race 18
5. tvb drama 2011
6. nagamma serial
7. supernatural
8. bones season 7
9. Al Jazeera
10. My Princess


Top international travel destinations
1. Kowloon/Hong Kong
2. Su Mei Island, Thailand
3. Phuket Island
4. Bangkok
5. Maldives
6. Disneyland Hong Kong
7. Taipei
8. Paris Disneyland
9. New York
10. Caribbean


Top blogs
1. Blog Serius
2. Beautifunara
3. Papagomo
4. Jejariruncing
5. Honeykoyuki
6. Oh Bulan
7. Kari ngeri
8. Malaymoviesfull
9. My Resipi
10. IniBelogSaya


Tahniah blogserius yang disenarakan sebagai TOP Blogs dalam Malaysia. Dan siapa sangaka elia jejari runcing boleh menjadi teramat popular sebab apek kan? Rezeki masing masing siapa tau. Kita ni, bila pulak nak tersenarai? Gigit jari sampai habis kuku la jawabnya,
5:05 PM | 3 comments | Read More

Tips Blogging : Apa Itu SEO?Bagaimana Mendapatkan Entry SEO

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, May 09, 2011 | 5:00 PM

 

Dah lama rasanya aku tak buat entry tips tips nih . Dari membiarkan blog kita ni  cuma berceritaaaaa tentang diri kita ja, better berkongsi sesuatu ilmu yag bermanfaat untuk semua kan?at least berblogging sambil membantu. Dan sebab ada beberapa orang blogger yang bertanya kat aku apa itu SEO. So dari aku bagitahu sorang je, baik kita berkongsi ramai2, Kan lebih afdal!

 

Mungkin ada sesetengah dari blogger yang kurang minat dengan SEO atau Search Engine Optimization tapi tahu tak SEO sangat penting bagi mereka yang mementingkan jumlah trafik tak kira la pageview ataupun unique visitor setiap hari. Sebabnya, jumlah trafik lah yang menentukan kejayaan sesuatu laman web dan menentukan jugak jumlah fulus yang akan anda dapat, bagi yang berkasih sayang dengan syarikat pengiklanan la kan?But rasanya semua yang ada blog dah pasang iklan kan??

 

Ada aku pernah dengar sorang blogger dikenali ni “memerli” blogger blogger yang bermain dengan SEO. Ye la, tau la cerita sehari hari ko tu orang nak baca. Ko kan popular. Tapi tak yah la nak memerli kami yang “tak pandai” bercerita tentang kehidupan seharian. Aisehh emo plak. Bektudetopik. Untuk aku, aku tak pandai sangat nak bercerita dan tak pandai nak mengarang cerita jadi menarik macam Cik Epal, Fatin Liyana, Hanis Zalikha, dan sebagainya (cam barang plak.)haha. So untuk aku tarik trafik, aku gunakan teknik SEO . bagi yang bermain dengan SEO, majoriti trafik doran  akan datang dari search engine. Betul tak?hehe

 

Ok meh nak tunjuk something regarding the SEO nih. Sekarang ni cerita tentang kes video lucah DSAI tengah hangat dan keyword tersebut memang panas dan dicari cari oleh pelayar internet. So minggu lepas aku gunakan peluang untuk tarik  trafik dari mereka mereka yang “search” keyword panas tersebut. tengok bawah ni

image

perkataan “video seks datok anuar” adalah antara keyword paling banyak yang masuk ke dalam blog aku melalui search engine. SEBAB??sebabnya, entry yang aku buat berada di first page google search untuk carian keyword tersebut. First page dan di column kedua selepas Malaysiakini. So orang yang search mesti akan tertarik dengan tajuk entry kan?

 

APA KAITAN SEO DENGAN TRAFIK?meh sini nak tunjuk .Ce jenguk puas2 gambar dibawah.

image

ini adalah entry yang aku buat sehari selepas Royal Wedding Putera William dan Kate Middleton. Satu keyword panas seluruh dunia yang confirm akan dicari di internet. Dan hasilnya. Korang boleh tengok sendiri jumlah Online Readers di sebelah kanan. Maintain 30-40online readers pada satu satu masa. Tapi sekarang bila dah jarang update. Tinggal la 4-5 orang.  Sebab apa ramai online bila buat entry entry SEO macam ni?tengok bawah ni

image

 

keyword “perkahwinan diraja” bila ditaip di google search. Entry yang aku buat berada di first page. Di nombor 3 dan 4. So rezeki anda akan melimpah ruah dan trafik akan melimpah ruah jugak la kan kalau entry berada di first page google search engine.

 

MACAMMANA NAK BUAT ENTRY SEO?

  1. Cari keyword panas setiap hari yang akan orang cari . –contohnya, setiap jumaat orang akan cari berkaitan MAHARAJA LAWAK. so kena cepat cepat update berkaitan ML tu.
  2. Tajuk yang “catchy” dan tak merapu merapan. Jangan gunakan singkatan atau ayat SMS. Contohnya, ada ka orang akan cari perkataan MHRJA LWK???tak kan?mesti orang akan type penuh di google search engine. So be aware of that.
  3. Pastikan info yang diberi betul or that will be the first and the last time orang datang blog kau.
  4. Bertanya kepada blogger yang pandai bermain SEO yang hebat macam Faizal Fredley, Cikgu Dahlia, Anastasyea dan banyak lagi la.

 

Yang paling penting kena pandai cari peluang. Selidik apa yang akan orang ramai cari hari tersebut atau esoknya. Kena rajin la yang penting. So selamat mencuba. Kalau ada salah silap kat atas, sila tegur untuk diperbetulkan. Sekian

5:00 PM | 3 comments | Read More

Blogger Cantik Je Boleh Popular!!Tak Cantik Tak Boleh!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 01, 2011 | 10:12 PM

ENTRY REPOST sebab ada orang tanya lagi macam ni dekat aku.malas nak baut post baru.LOL

ada seorang kawan,blogger jugak cakap dengan aku.
‘’Alaa..hanis zalikha tu popular sebab dia cantik, dia model. Fatin Liyana tu ramai orang masuk blog dia sebab dia cute. Tak buat entry sebulan pun hari hari visitor beribu riban. Apa nak kisah kalau orang cantik. ‘’
Yeke ,?asal cantik je popular. nak popular je kena cantik? aku rasa tak. Sebabnya? Tuhan dah jadikan manusia semuanya sempurna. Rezeki masing masing pulak Tuhan dah tentukan , ada yang akan dapat sikit and ada yang akan dapat banyak. Kalau sekarang bukan rezeki dia, mungkin masa masa depan tuhan akan bagi . Semua orang cantik, semua orang ada kelebihan masing masing. Kalau kita kurang pada rupa, mungkin Tuhan bagi kelebihan untuk kita dalam cara yang lain.

Dalam konteks dunia blogging pulak. Oww memang kalau tak cantik takkan popular ek?Kalau tak cantik memang orang tak nak baca entry ko ek?kalau tak cantik blog ko memang orang nyampah nak datang ek?. TAK!! Kalau nak berjaya , kena la usaha lebih. Ini tidak, baru sehari dua buat blog, pastu seminggu sekali pun susah nak update, and then bila update just say ‘’hye’’ . Sape la nak masuk baca. kalau masuk pun memang first and the last la . Memang hagham takkan datang dah pastu.

Mesti akan ada yang cakap balik “tu hanis zalikha update seminggu sekali je tapi ramai gak orang “..itu special case. Dia memang dah dikenali. kalau dah dikenali , tak update pun orang akan datang and baca balik entry lama2 ko. Orang akan tertunggu update terbaru dari blogger tu. Tapi nak jadi macam tu, bukannya senang. Manusia pun dari kecil belajar merangkak dulu, baru boleh berjalan. Bukan keluar dari perut, terus berlari. Mulakan dari bawah and jangan banyak sangat mengomel . Kalau hari ni tak berjaya, esok cuba lagi. Cuba tanya blogger blogger hebat, macammana nak sampai ke tahap tu?perit jugak tu.

Pasal blogger cantik pulak. Tak semestinya kena cantik, kena handsome baru ramai peminat and ramai follower plus ramai visitor . Cuba tengok DENAIHATI. Sampai sekarang orang masih tak tau sape sebenarnya penulis blog denaihati tu. Tapi dia antara website paling popular masa kini. See , orang tak menilai kita dari paras rupa. Tapi menilai kita dari hasil kerja kita. Blogging ni bukan macam  dunia modelling nak kena cantik, ada shape baru boleh berjaya. Nak jadi blogger berjaya tak semestinya kena cantik macam ini. 

dan seksi macam nie..

or muka patung macam nie



atau secomel ini

image


macam nie pun boleh popular kalau hasil kerja terbaik….heheee
tapi orang cakap macam nie…

betul ke???haha no komen…..
sekian entry caca merba dari saya…..
10:12 PM | 20 comments | Read More

"Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 27, 2011 | 6:41 PM

sebelum mula berbicara, aku nak bagitahu yang entry ni dipenuhi dengan gambar gambar. So warning kepada sesiapa yang menggunakan berukband, sila open entry nie, lepas tu kalau nak pegi berak , makan dulu pun boleh pastu datang balik sebab nak load lambat. Pakai streamyx no halll!!!

Ady Budika

since perfume playboy aku dah nak abis.(punya la nak bagitahu jugak aku pakai Playboy.Playboy betull) and even esok aku ada test dan belum lagi study, but untuk Ady punya contest aku sanggup luangkan masa petang petang nie untuk sama sama meriahkan suasana and join dan insyaAllah kalau ada rezeki akan dapat ini . I’ll do everything for you ady..wahaha

RM270!!!damn aku nak tuh. nak jugak ?sila join jugak contest ady ini. Nak link contest sila baca bagi abeh dulu entry ni

okeh masuk cerita contest Ady Budika

Kalaulah kan aku diberi peluang untuk wujudkan satu program sendiri, aku tak mau buat program macam orang lain dah buat, masak masak okeh tapi aku tak minat masak, nak buat realiti show aku tak reti nak nyanyi plus suara buruk, nak buat talkshow dalam kelas masa present pun terketar ketar nak cakap. Disebabkan aku minat benda benda extreme , so aku akan wujudkan satu program yang sedia ada . Memang dah sedia ada tapi di Malaysia belum lagi diperkenalkan .Pernah tengok program WIPEOUT???

sapa yang tak pernah tengok WIPEOUT nie memang rugi.memang bes dengan aksi aksi and game yang menarik dan kadang kadang tak masuk akal untuk semua peserta lepasi.

Itu yang dah diwujudkan . Aku nak wujudkan siri WIPEOUT MALAYSIA. Belum ada lagi kan??so boleh la kan?hehe .Setiap episod akan ada golongan tertentu dari group2 tertentu untuk join. Contohnya Minggu pertama WIPEOUT MALAYSIAN BLOGGER. (surely blogger akan jadi tetamu undangan pertama sebab aku kan sayang semua blogger. acece).will be something like this for sure

ABP-5529 WOUT_SinglepageKeyArt.indd

haccececehhh aku lawan BEN tuh..kita tengok blogger mana yang akan menang nanti.hoho. Untuk episod WIPEOUT MALAYSIAN BLOGGER, semua blogger yang terpilih dari seluruh Malaysia akan berentap untuk menjadi  The First Malaysian Wipeout Winner.

untuk pastikan semua rakyat Malaysia tak kira kaya atau miskin dapat tengok cerita nie, kita akan siarkan di TV3 for sure sebab dia kan free..semua boleh tengok dari rumah dan TV 3 kan memang popular.

pertanyaan bagaimana kita nak menarik penonton??jangan risau sebab rancangan ni pastinya akan menarik minat semua peminat peminat WIPEOUT di Malaysia untuk tengok. Untuk pengiklanan pulak kita mesti la akan buat join venture dengan Nuffnang untuk hebahkan kepada semua blogger dan kepada semua pembaca blog di Malaysia so that nanti semua akan tahu. Nuffnang kan memang dah dikenali seantero dunia. Moh ler kita bekerjasama wahai Timothy Tiah .hehe..

antara aksi aksi yang akan kita lihat dalam rancangan ini :

aduhh sakit jugak nie kena tumbuk. kan bess kalau gambar di atas nanti ditukar ,Hanis Zalikha akan ditumbuk macam tu.heheeeDevilperhhh

main lumpur. Mungkin blogger blogger dari Kuala Lumpur paling banyak nanti akan jatuh dalam nie…upss..hahaha…maybe gambar di atas akan ditukar..maybe yang akan jadi macam nie Bro Eyriqazz atau Mat Gebu.or mungkin co-founder nuffnang sendiri, Timothy Tiah .. haha. kesiannnn!!org Kedah panggil main selut

keshiannye. Kalau lah kita dapat tengok IrineNadia yang comel  tuhh jatuh gedebuk macam nie..wahahaha…for sure aku orang paling kuat akan gelak..gedebuk macam nangka busuk derr

cuba bayangkan cik GKSB ditumbuk sedemikian rupa. Agak agak dia tumbuk dinding tu balik tak?haha

wipeout-abc-tv-show

besssnye kan dapat nengok cik epal kena macam je…hamik ko cik epal..wahahaa..aku akan snap banyak2 masa ko jatuh gedebuk buat entry nanti,..wahahaha

wipeout-season-2

dan ini adalah peserta selepas cik epal iaitu Miss Lolly ..wahahaha…untuk episod nie Fahrin Ahmad akan dijemput yea cik lolly untuk menyaksikan ‘’kejatuhan’’ ekau..bahahaha,

b_wipeout_03

perhh ini blogger lelaki mesti nak join nie , pasal hos dia cekci gilewwwwrrrr..haha..tak menang pun tak pe, jatuh lumpur pun tak pe janji dapat diinterview awekksss cekci..damn jahat korang..haha (tutup mata weh .batal air semayang nanti)

dan selepas mengharungi semua cabaran yang disediakan dalam , seorang pemenang akan ditakhtakan sebagai The First Malaysian Wipeout Winner which is the First Ever Malaysian to Win this show. hebat tu…macam ini

119661_1903

fuh siap melompat terbang di Udara lagi tu. hebat!!

so sape nak jadi The First Malaysian Wipeout Winner.  pernah ada impian untuk menjadi yang pertama. Impian anda akan tercapai kalau aku dapat buat rancangan ini , sebelum buat tu, kena la menang contest dari Adybudikan ini dulu. heheeee. So korang kena join jugak sebab contest nie hadiah dia sangat menarik , walaupun tak semenarik jadi The First Malaysian Wipeout Winner, tapi anda akan sentiasa berbau wangi seperti Ady Budika.keh3x..

KLIK UNTUK JOIN CONTEST "Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"

 

p/s : semoga cepat sembuh ye Ady..

6:41 PM | 9 comments | Read More

Entry Pilihan Petang HR : Raja Jesrina @ Kembar Hanis Zalikha

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, January 18, 2011 | 4:30 PM

pagi tadi ,kalau ada yang masuk  sini mesti dah baca entry aku tentang segmen baru iaitu Entry Pilihan Pagi Petang Dan Malam yang akan aku buat di blog ni .

untuk entry pilihan pertama pada hari pertama segmen aku buat nie, ada satu entry yang aku rasa menarik yang dibuat oleh seorang blogger yang menarik (aci tak guna blogger menarik?)..erm popular la lagi sesuwei kan?

kenal tak dengan wanita di atas?macam hanis zalikha tak?memang la sebab nie kembar Hanis Zalikha.Tak caya?cuba check entry bro eyriqazz nie..

Raja Jesrina @ Kembar Hanis Zalikha

 

**HR dalam tajuk bermaksud HafizRahman

4:30 PM | 0 comments | Read More

Tips Lengkap Bagi Anda Yang Ingin Pakai Braces

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, January 16, 2011 | 12:15 PM

apa itu braces?mengikut definisi Siti Nurwikipedia, Dental braces (also known as orthodontic braces, or simply braces) are devices used in the orthodontic industry that help align and straighten teeth and help to position them with regard to a person’s bite, while also working to improve dental health..lebih kurang macam tu la (sila translate sendiri..

kadang-kadang aku pun terfikir jugak untuk pakai braces satu hari nanti sebab aku ada jugak gigi taring yang allignment dia tak betul. So kalau pakai braces boleh la buat allignment sikit .Dah macam tayar kereta pulak gigi aku nak kena alignment bagai. Kadang-kadang orang yang pakai braces ni comel pun ada jugak.Itupun kalau memang muka dia dah comel la kan.?kalau tak comel cam aku nie,pakai braces kat dahi pun memang dah tak comel dah.huh!!

nak juga try pakai tapi yang tak bestnya bab nak keluar duit la, kalau boleh, nak sehabis ekonomi,kan best kalau ada braces harga seringgit sebatang gigi, kena ikat dengan besi basikal terpakai pon aku tak kisah. Janji boleh allign balik gigi.

dua gambar yang diciplak dari Encik Google :




indahnya ciptaan Tuhan kan?aicehh..haha..mereka memang comel bila pakai braces kan?

so kepada yang berminat nak pakai dan kepada yang sudah pakai dan nak tips penjagaan yang lengkap, boleh terus ke entrypanjanggiler Fatin Liyana..sila klik link dibawah




p/s : fatin jangan marah r..pinjam entry jap ..hehee


12:15 PM | 2 comments | Read More

Earning Nuffnang Cecah Rm 21557.96..woww!!

ada beberapa member ..yang baru nak berjinak-jinak..bermanja-manja dengan dunia blogging…(tapi lagi popular dari aku daa..huhu)..ada tanya aku..berapa dah dapat dengan nuffnang?berapa ribu dah makan duit nuffnang?(uisyyy tak sampai la ribu-ribu….perli aku ka hapa?)…aku diamkan ja …jawab balik..ada la…mana boleh bagitahu..sikit ja..tak macam blogger hebat yang lain…beribu-riban juta billion sebulan….macam nie..


pic credit to : 5xmom

sorry la yang bertanya tu…aku tak bagitau…haha…sebab?sebab rahsia la..malas r aku nak cita bab-bab duit  nie…ada la siki-sikit..buat apa nak heboh..lain la kalau aku nie dapat 6,7 ribu sebulan..haa itu memang aku akan heboh ..haha….mata duitan betuiii

asalnya aku berblogging nie…saja seronok-seronok…bess tengok orang lain ada blog…jeles tapi tak dengki..nak jugak ada blog…so aku create la satu…masa tu…dengar orang cakap pasal nuffnang..menatang apa la nuffnang tu…ingat sejenis kueh yang boleh buat aku santap pagi-pagi….bila dah tau..owww macam tu nuffnang..so aku pon try la..ok la…mula letak tu..dapat..alahai ciput…orang Kedah sebut..’sejemput’ atau bahasa lagi dalam makna…’secoet’..(sila sebut banyak kali baru rasa tak pelik)…lama-lama makin naik..alhamdulillah…ada rezeki lebih Tuhan nak bagi..mungkin akan bertambah lagi masa-masa depan…

tapi kan…walaupon aku tak minat nak sembang bab duit nuffnang nie..bila blogger-blogger hebat buat entry pasal earning….memang aku seronok tegedik-gedik baca…macam bro eryqazz…cik epal….dahliajournal..yang sekali cash out beribu-ribu….itu hanis zalikha tak buat lagi…agak-agak dia punya income berapa r?ntah2 sekali cash out dah boleh bayar downpayment Lamborghini sebijik…mesti gedabak punya banyak kan?

apa-apa pon…nuffnang.thanx alot ..u are the best….(jack sikit kasi tambah BE)..

sory pasal tajuk tak da kena mengena....lukenabeb..haha
9:46 AM | 7 comments | Read More

Imbasan Blogger Terhangat dan Terhebat 2010 : Siapa Mereka?

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 05, 2011 | 12:42 PM

2011 dah mai dah..2010 da pi dah… apa kata kita imbas balik beberapa blogger yang bagi impak besar dalam dunia blogging…dibawah nie beberapa orang blogger yang paling  aku nampak menyerlah sepanjang tahun 2010..


on_scene_sambun (49)
terpilih sebagai 10 Most Popular People Search In Google Malaysia..Hanis Zalikha is No. 6!! untuk tahun nie ..hanis memang hot blogger masa kini..semua perkembangan hidup dia orang nak tahu….kalau pada awal tahun…hanis tak sepopular sekarang..tapi analysis pada hujung tahun..memang mengejutkan…berjaya mengalahkan Siti Nurhaliza dan ramai lagi orang-orang lain yang popular!!aku rasa la kan…taun depan mesti hanis menang award best celenrity award tu dari nuffnang..caya la hanis!!..untuk rekod aku pernah 2x buat entry pasal hanis 


Hanis Zalikha Lebih Popular Dari Siti Nurhaliza


10 People Most Popular Search In Google Malaysia...Hanis Zalikha is No 6!!



rina salleh


rasanya semua dah tahu siapa gerangan wanita cantik  nie…ayu..sopan santun…lemah lembut..sukses...wanita berjaya…apa lagi nak sebut?wanita idaman setiap lelaki kat Malaysia….memang tak salah rinasalleh dipilih sebagai gadis Melayu 3…aku mula kenal dengan blog Rinasalleh dari Melz….dan kemenangan Rinasalleh memang membanggakan seluruh rakyat blogger di malaysia…Princess(boleh ke pakai rakyat tu?)  ..and the most important thing is aku masih menghentak kepala di dinding sebab tak dapat join big gathering ..RINASALLEH pon ada…tikam 



lcik epakgambar rembat  dari : http://giegurl.blogspot.com/

kalau dah aura seorang blogger popular..hilang macam mana pun orang akan cari….bermodalkan tempe cicah sambal kicap ciptaan sendiri…cikepal memang sangat terkenal masa kini….kalau masa awal tahun kalau tak silap…cik epal ada menghilangkan diri beberapa bulan dari dunia blogging…ramai blogger meratapi permergian cik epal..dari dunia blogging je laaaa….and once cik epal muncul…woww…dah makin slim dan bergaya bak sang model..phewwittt ..ngorat boleh??hak3x…apa rahsia anda wahai epal?adakah anda makan tempe dengan epal hari hari?dan kemunculan cik epal memang buatkan dia semakin popular!!(cik epal dah jadi model tu..tak caya tengok kat SINI)..Laughing out loud aku pernah dua kali buat entry pasal cik epal

BLOGGER Cik Epal HILANG???


Cik Epal Dah Kembali?Sejak Bila Nie??





ben ashaari


boleh aku kategorikan sebagai blogger yang paling cepat meningkat naik..dan jugak boleh bagi anugerah blogger paling rajin update blog…entry dia sehari boleh aku guna untuk seminggu..memang tak dinafikan Ben memang ada banyak  idea yang bagus untuk terus buat diri beliau dikenali dan dikenali dan dikenali tanpa henti…dan dia ada peminat dan pengunjung sendiri yang semakin bertambah setiap hari…terbaik bro!!  and untuk blog ben aku pernah beberapa kali masukkan nama dia


BEN NYAH GANTIKAN BEN ASHAARI!!!haha gelak guling2 aku


DEDAH!!BEN ASHAARI pernah dijemput jadi Pengacara AF?





Irine Nadia


seorang blogger yang boleh dikatakan antara tercomel Red heartselepas penulis entry nie..panggg!!1_Slap…memang comel dan cantik…dari pandangan mata seorang lelaki nie..haha…(jadi boya dah ..buaya..)satu yang aku tertarik dengan blog irienadia..aduhh…follower dia cepat bebenor naik..berkembang pesat dan maju betul…untuk rekod ,aku pernah dua kali buat entry pasal nadia… tapi kepada lelaki-lelaki di luar sana yang masih solo..AWASPointing up…beliau bukan solo.Broken heart.ahahaha
irine11


















DSC06523_thumb[3] (1)

entry melz memang simple2..tapi stylo dan menarik minat orang untuk baca.. kepopularitian melz memang sangat terserlah..wahhh ayat…itu la orang cakap..kalau dah dikenali…tak buat entry sebulan pon blog tetap akan dipenuhi dengan lambakan visitor…melz antara master dalam web design..so kepada yang nak dapatkan khidmat melz…g masuk blog dia…godek2 kat sana..haha..dan terbaru…paling menarik…event gathering yang dianjurkan oleh Melz…..memang menjadi…tahniah bro…tapi rugi aku tak boleh pergi…grrrLightning aku pernah buat entry pasal mel tapi cari tak jumpa..sorry bro..hahaha


Eyriqazz dan Hanis Zalikha 2

selepas melz..sang sifu…kita ada bro GTO…anak murid sifu Melz…(kata eryqazz sendiri)..aku suspek, respect, and pect pect pect betul dengan bro eryqazz…walaupun tak pernah berjumpa secara berdepan..tapi dia sangat la baik melayan semua rakan blogger yang tinggalkan komen…and in fact,semakin hari…dia semakin popular dalam dunia blogging….cepat naik..kenapa?sebab bro eryqazz memang kreatif dan  rajin join event-event nuffnang dan sewaktu dengannya…paling aku ingat masa dia menang TV plasma…fuhh..jeles !!!!


entry dari aku untuk bro eyriqazz masa anniversary dia : Happy Anniversary Eryqazz aka GTO |



aidid

dah macam wikileaks la pulak …kenal tak?kalau ada yang masih tak kenal…cuba aku sebut pasal Gelang Magnet AC??kenal tak?haha….aidid adalah antara blogger paling berani untuk tahun nie…pendedahan demi pendedahan sampaikan AC pon terduduk…aku respek bro aidid sebab dia sangat rajin mencari ,menyelidik dan jugak menghuraikan fakta untuk semua orang baca….walaupon ayat dia mungkin tak boleh diterima sesetengah orang..mybe itu cara dia menyampaikan apa yang nak disampaikan…and dia ada peminat dan jugak penyokong sendiri…dan paling panas…bro aidid tersenarai sebagai blogger yang namanya ada dengan pihak polis sebab AC buat laporan polis…and then..cerita nie senyap..sekarang nie aku pon dah tak amik tahu….terbaik bro..teruskan dengan pendedahan..cam Edisi Siasat laaaaa…..


miss lolly

tertarik dengan gaya penulisan Miss Lolly nie from the first time aku masuk blog dia ..rileks ..santai…dan jugak ramai peminat setia yang nak baca…and blog misslolly memang cantik secantik tuannya…(aicehh misslolly kembang idung dah GAMBAR (52))..and geram betul pasal aku tak menang contest dia..haha..Benci Kat Miss Lolly!! hahahhaaa



darkbatman

semakin hari semakin hebat ..dan semakin dikenali..dan semakin tough…ahaha…sapa tak kenal kan..antara blogger lelaki terhangat masa kini…paling menarik perhatian…darkbatman disenaraikan dalam TOP 10 Hottest Malaysian Blogger




ed

sure ramai yang kenal dengan ed kan?kalau ada yang masih tak kenal…jom kita pergi blog ed shahir ™…banyak gambar-gambar cantik hasil buah dada tangan ed sendiri untuk tatapan semua….cantik cantik semuanya…awek dia pon cantik wehh..ahaha..tapi apa yang lebih gempak untuk tahun nie?ed masuk sinar harian…memang biasa bagi seorang photographer untuk masuk majalah kalau dia memang dah terkenal macam kukubesi…tapi ed..bagi aku..antara photographer baru yang sangat  cepat popular..kreatif….kipidap bro…Thumbs up
dan antara blog-blog lain yang aku rasa hot dan menarik sepanjang tahun nie tapi tak sempat nak buat review adalah

    semua hebat..nak jadi macam depa semua tapi berangan ja la..



    tudia kita dah tengok antara blogger terhangat dan mungkin terhebat untuk tahun 2010 ..pada mata dan kepala hotak aku je la nie…tak ada buat research pon.....mungkin ada yang di atas nie disukai dan ada yang tak berapa nak disukai oleh sesetengah orang.kn3x>?bukan semua orang suka kita..aku nie pon ramai tak suka...ada aku kesah?ahahaha...bagi korang yang lain..mungkin ada idea dan pendapat lain?komen kat bawah……Thumbs up
    nak masuk dalam senarai blogger terhangat aku untuk 2011?jadi la macam mereka di atas..haha..kwin


    maaf kepada gambar yang dah dirosakkan di atas…aku rembat merata dunia pastu edit suka hati...jangan saman rrrbhaha

    entry nie pecah rekod entry paling banyak tag..haha
    12:42 PM | 31 comments | Read More

    Labels

    TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)