"Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik," itu jawab Fazura menafikan sekeras-kerasnya isu silikon pecah seperti yang dibangkitkan di laman-laman Internet.
"Sewaktu saya dihubungi oleh salah seorang rakan, saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.
"Saya memang malas hendak melayan cerita bodoh begitu. Pada saya, itu satu perkara yang sememangnya langsung tidak masuk akal," katanya..
FAZURA menjelaskan asetnya asli.
Mahu menamatkan cerita yang dirasakan datang daripada pihak yang cemburu dengan hidupnya, Fazura tidak berniat mengambil sebarang tindakan.
Dia sendiri tidak pernah mencari musuh dengan sesiapa dan tidak suka untuk mencampuri urusan orang lain.
"Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri," katanya yang bersedia memaafkan siapa pun penyebar berita palsu itu.
Tutup kisah silikon pecah, Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-17 itu turut diterjah soal keterbukaan terhadap kritikan dan persoalan pihak media.
Telah ada bisik-bisik mendakwa Fazura kini cepat melenting seolah-olah kisah peribadinya langsung tidak boleh disentuh oleh media.
Sekali lagi dakwaan itu dinafikan bagaimanapun luahnya, dia tidak gemar apabila ada pihak yang sengaja mengungkit semula kisah silamnya.
"Saya cukup rimas apabila ada yang suka mengungkit-ungkit kisah silam.
"Dalam hidup ini, kita perlu memandang ke hadapan dan tidak perlulah bangkitkan lagi perkara yang telah berlaku," dia bertegas.
Jika itulah permintaan Fazura, keputusannya harus dihormati kerana setiap individu berhak ke atas dirinya, dan hak kemanusiaan Fazura itu tidak boleh dipersoalkan sesiapa.
Sampai ke tahap ini, pelakon berprofil tinggi seperti Fazura mungkin merasakan hidupnya bukan lagi untuk paparan di dada media seperti di awal kemunculannya dahulu..
p/s : erkkk macam memang pakai silikon je gambar ke 2 tu..ermmm~~dah dok tayang lurah nikmat tu kat public memang la orang cop macam macam kan?