Showing posts with label ARTIS. Show all posts
Showing posts with label ARTIS. Show all posts

9 Gambar Awal Ashaari Kemalangan di Ayer Keroh , Melaka

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, March 29, 2015 | 4:07 PM

Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari yang juga suami kepada pelakon Scha Alyahya terlibat dalam kemalangan kereta BMW 6 Series beliau. Kereta berkenaan dipandu oleh rakan beliau, Izuan Mokhtar.
 
Kemalangan berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi.   ""Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas," kata Izuan." 
 
Awal dilaporkan sedar dan stabil dan berada di Hospital Besar Melaka. 
 
 
 
awal ashari kemalangan, awal ashaari eksiden, awal ashaari accident, kemalangan awal ashaari,bmw awal ashaari , bmw 6series awal ashaari, bmw awal ashaari kemalangan
4:07 PM | 1 comments | Read More

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, March 08, 2015 | 9:31 PM


Pelakon dan pelawak terkenal , juga bekas Presiden Seniman , Harun Salim Bachik meninggal dunia jam 5 petang , 8 Mac 2015. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hentian Rehat (R&R) Bukit Merah selepas rebah di tandas awam hentian berkenaan.

Mengesahkan berita tersebut, rakannya, Afdlin Shauki berkata, kejadian berlaku sewaktu Allahyarham sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur. “Innalillah.. Tolong doakan dan sedekahkan al-fatihah untuk sahabat saya yang telah pulang ke rahmatullah. Dia bukan saja kawan baik, berbakat tetapi sangat baik orangnya dan meninggalkan keluarganya yang tersayang. 

“Semoga ALLAH SWT meletakkan beliau bersama roh orang-orang yang baik... Assalammualaikum abangku,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya. Menurut Afdlin lagi, ketika kejadian, Allahyarham turut ditemani anaknya. Jenazahnya bakal dikebumikan di kediamannya di Desa Pandan, Kuala Lumpur.


9:31 PM | 0 comments | Read More

Pelakon Kuswadinata Meninggal Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, February 16, 2013 | 9:40 PM


Allahyarham Kuswadinata semasa zaman mudanya. 

Pelakon veteran Kuswadinata, 74, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham meninggal kira-kira pukul 5.07 petang tadi dan akan dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.

Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal.

Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, sebelum ini dipetik sebagai berkata, pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama.

“Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL.

“Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit.

“Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak,” ujarnya.

Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.


** semoga rohnya ditempatkan bersama orang orang beriman. Negara kehilangan seorang lagi insan seni yang tiada galang gantinya. Pasti nama dan jasanya kepada industri seni tanah air tidak akan dilupakan. 


9:40 PM | 2 comments | Read More

Datuk K Kemalangan Patah Bahu | Siti Batal Konsert Di Indonesia

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, December 14, 2012 | 12:39 AM

QUEENSTOWN: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga suami kepada penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cedera apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya di salah sebauh bandar New Zealand itu pada Khamis.

Datin Zaiton Mohamad Jiwa, adik kepada datuk K , berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang rakan Datuk K yang berada bersama usahawan itu di negara tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis (5 petang waktu New Zealand).

Katanya akibat kemalangan itu Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan serta kaki. Bagaimanapun keadaannya stabil dan tidak membimbangkan.

image

“Saya terkejut dengan berita itu dan akan berangkat ke sana pada esok (Jumaat) bersama Siti dan seorang lagi rakan. Siti sekarang ini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk mengadakan konsert.

“Beliau terpaksa membatalkan konsert itu,” katanya kepada wartawan ketika di hubungi di sini pada Khamis.

Zaiton berkata, Datuk K berada di New Zealand atas urusan perniagaan dan beliau menghabiskan masa petangnya di bandar Queenstown dengan menunggang motosikal sebelum terjadinya kemalangan.

Bagaimanapun Zaiton tidak mendapat gambaran jelas bagaimanakah kemalangan itu berlaku.

Sementara itu Siti Nurhaliza yang akan mengadakan konsert terakhirnya iaitu Konsert Ekspresi Karya Gemilang pada malam Khamis terpaksa membatalkan persembahan tersebut.

Siti menerusi akaun Twitter miliknya memohon maaf kepada seluruh peminatnya di Banjarmasin kerana kejadian berkenaan.

“Salam… maaf buat semua peminat di Banjarmasin serta semua “team” konsert, CT (Siti) tidak dapat ke sana kerana ada sesuatu yang tak terduga. Mohon memahaminya,” kata Siti menerusi Twitter miliknya.

 

12:39 AM | 0 comments | Read More

Farid Kamil Berdepan Hukuman Penjara 2 Tahun

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 10, 2012 | 1:30 AM

Selepas kontroversi Diana Danielle yang hamil dua minggu hanya selepas 16 hari berkongsi katil dengan suaminya, kini satu lagi isu keluar mengenai pasangan pengantin baru ini.

FARID KAMIL dan isterinya Diana Danielle diraikan pada majlis resepsi perkahwinan ala istiadat tentera di Putrajaya pada 1 Disember lalu

Dengarnya, orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid ke mahkamah atas kesalahan kerana memakai pakaian tentera. Kali ini bukan sahaja Diana yang pening, Farid pun boleh jadi loya.

Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera.

Katanya, abang askar naik angin sebab Kamil pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil.

Itulah Farid Kamil, awak jangan ingat pakaian seragam itu boleh ikut selera, drama Gerak Khas dapat izin khas tau.

Apapun, kita tunggu dan lihat apa tindakan ATM berhubung perkara ini. Mana tahu kalau kalau Farid Kamil memang mendapat kebenaran dari pihak atasan ATM sendiri untuk majlis  tersebut.

 

sumber olahan dari Kosmo

1:30 AM | 2 comments | Read More

Azhar Sulaiman Perjelas Isu Murtad

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 22, 2012 | 7:36 PM

Kenyataan murtad oleh pelakon Azhar Sulaiman yang mengelirukan banyak pihak mendapat kecaman daripada ramai peminat beliau. Menjelaskan perkara sebenar, Azhar Sulaiman tampil membuat kenyataan bagi memperbetulkan keadaan.

“Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu ‘Nik Aziz dakwa Umno murtad’.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

“Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

“Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu,” katanya.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

“Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan,” katanya.

******************************************************

**fikir sebelum berkata kata. Jangan menunjukkan kebodohan diri dengan kata kata yang menunjukkan diri tu bodoh. Sekian nasihat dari saya yang tak dikenali kepada abang macho Azhar Sulaiman yang popular tu.

7:36 PM | 0 comments | Read More

8 Gambar HD Majlis Pernikahan Farid Kamil Dan Diana Danielle

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, November 03, 2012 | 7:16 PM

gambar kahwin farid kamil dan diana danielle, gambar nikah farid kamil dan diana danielle, majlis akad nikah farid kamil dan diana danielle, gambar pernikahan farid kamil dan diana danielle.

Tahniah diucapkan kepada pasangan romantis Farid Kamil dan Diana Danielle yang kini sudah selamat diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah dan halal disisi agama . Majlis pernikahan diadakan di Hotel Flamingo , PJ.

Pasangan ini tyelah dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Penaftar Daerah Gombak , Daim Jaluli . Diana diwalikan oeh hakim kerana beliau tidak dapat mencari bapa kandungnya untuk mewalikannya secara sah.

Mas kahwin yang di beri oleh Farid Kamil kepada Diana ialah RM10,000 dan hantarannya ialah 20,000 nilai emas.

Turut hadir pada majlis akad nikah tersebut ialah ibu bapa pengantin lelaki iaitu Dato` Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta ibu pengantin perempuan Norsiah Ramli.

Diana Danielle Danny Beeson atau nama komersilnya Diana Danielle, 21 menerima lima dulang hantaran telah membalas tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

hantaran pengantin lelaki kepada Diana pula ialah mini bike Kawasaki KSR 1000, telekung & Al-Quran, cincin Tiffany & Co, sireh junjung, dan wang tunai dan cincin.

Hantaran dari pihak perempuan kepada suaminya pula adalah set wangian Hugo Boss, cincin dan wallet, majalah polo, mini bike Kawasaki KSR 1000, sireh junjung, manisan dan foto album.

Liputan eksklusif perjalanan percintaan pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle  akan disiarkan pada malam ini jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (saluran 104) dan di Astro On-The-Go.

Antara gambar sekita majlis pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle

sumber : forblogger dan Norfanil

7:16 PM | 0 comments | Read More

Gambar Kad Kahwin Diana Danielle & Farid Kamil

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, October 29, 2012 | 8:51 AM

Diana Danielle dan Farid Kamil akan malangsngkan majlis perbnikahan pada 3 November ini . Bagi peminat mereka berdua, semestinya anda ingin melihat sendiri rekaan kad kahwin yang akan digunakan oleh kedua mempelai ini di hari bahagia mereka.

Kad kahwin Diana Danielle dan Farid Kamil dreka khas oleh kadlawo.com , berunsur elegan dengan pilihan warna soft pink..

Gambar-Kad-Kahwin-farid-kamil-dan-diana-danielle1

Rekaan menggunakan tema simple dan elegan. Majlis pernikahan akan diadakan di Hotel Flamingo pada 3 November ini.

Gambar-Kad-Kahwin-farid-kamil-dan-diana-danielle3

8:51 AM | 0 comments | Read More

Siti Sarah Dan Ammar Alfian Bercium? Gigit Saja Katanya

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, October 04, 2012 | 8:33 PM

image

Berhubung gosip yang kini berlegar mengenai dua pelakon remaja dan pasangan kekasih , Siti Sarah dan Amar Alfian  yang “kantoi bercim”, ini kata Siti Sarah  :-

Ketika diajukan persoalan tersebut, Puteri Sarah lantas memberitahu;

“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya bukannya mencium pipi Amar tetapi menggigitnya ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya mengigigtnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.

“Masa kejadian itu, di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.

“Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.” – Media Hiburan

p/s : hmm entah la sekarang ni artis artis dah tak malu nak mengaku benda benda macam ni. Sekarang cium cium, gigit gigit, nanti nanti lompat2 atas katil pun dah tak kisah bagitahu orang.

 

8:33 PM | 0 comments | Read More

Gambar Tunang Diana Amir

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, September 22, 2012 | 4:30 PM

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir atas pertunangan beliau bersama seorang pendidik bernama Habib Bullah, seorang pensyarah di UiTM Kedah  di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Dan dia bukan ustaz yang orang ramai dok bising bising. Fakta tak betul.  Habib ni aku kenai.!!! Sungguh tak sangka. 

##Ada ke orang masak Rendang guna Pes Tom Yam???

##Gadget Bernilai RM10,000 PERCUMA untuk anda!!




Gambar pertunangan Diana Amir dan pasangan yang disiarkan dalam rancangan Galaksi






XL6Wa.jpg (769×429)


##Cara paling superb untuk jimat kredit handphone

##Gayut banyak2...bayar sikit je....sapa tak mahu kan?


Dan ini dia tunang Diana Amir. Dengar kata , kawan kepada seorang blogger terkenal ni. Nak tahu kenalah baca. Klik SINI. Kawan hang rupanya SZ weh. Aku pun kenai Habib ni . Budak bola UiTM Kedah dulu. Sekarang dah jadi lecturer kat Kedah gak. Dia bukan ustaz la..haha
4:30 PM | 3 comments | Read More

Shila Amzah Juara Final Asian Wave Di China

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 21, 2012 | 10:35 AM


Keputusannya untuk berhijab pada Ramadhan lalu ternyata bukan satu keputusan yang akan memberikan kesan kepada karier nyanyianya. Tetapi kini rzeki ternyata memihak kepada Shila Amzah yang baru sahaja menjuarai pertandingan Asian Wave , sebuah pertandingan nyanyian yang mengumpulkan penyanyi dari beberapa negara untuk berentap merebut gelaran juara.


Shila Amzah yang mewakili malaysia ternyata berjaya memukau juri pertandingan sepanjang pertandingan tersebut dari awal sehingga peringkat akhir. Final Asian Wave yang diadakan di China menyaksikan Shila membawakan 3 buah lagu, Gemilang oleh Jaclyn Victor, Grenade oleh Bruno Mars dan sebuah lagu berbahasa Mandarin yang berjaya memikat hati juri dan penonton yang majoritinya berbangsa Cina.


Tahniah kami ucapkan kepada Shila Amzah di atas kejayaanya memenangi pertandingan tersebut. Jom saksikan persembahang Shila Amzah apda final tersebut.




10:35 AM | 0 comments | Read More

Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan Di TV3 ?

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 06, 2012 | 5:36 PM



Ekoran kecaman yang diterima apabila "tersilap cakap" semasa mengendalikan progra televisyen, pengacara terkenal Nurul Syuhada Nurul Ain kini dikatakan meletak jawatan dari Media Prima. Desas desus perletakan jawatan beliau mula tersebar sejak pagi tadi setelah ada beberapa individu dan sumber yang menyampaikan. 

Namun begitu masih tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini berkaitan dengan isu ‘daif’ yang pernah timbul sebelum ini atau sebaliknya.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” kata sumber berkenaan.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat. Namun begitu pengacara tersebut bersikap profesional dan matang dengan mengakui kesilapan tersebut dan memohon maaf dengan segera. Pihak pengurusan TV3 juga turut mengambil langkah yang sama dan pernah menyiarkan permohonan maaf itu melalui saluran berita kendalian TV3, Buletin Utama.

Permohonan maaf Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.


Sumber: MyNewsHub
5:36 PM | 1 comments | Read More

Abby Abadi Kembali Ke Pangkuan Norman Hakim?

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 07, 2012 | 10:07 AM


image
KUALA LUMPUR: “Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan,” kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.
“Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka,” katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008.
Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu. (entry lalu : Sudah Berdamai , Abby Abadi Berbuka Bersama Memey ,Norman Hakim dan Anak-Anak)


Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.

“Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.

**Pendapat admin, mungkin ada kebaikannya mereka berbaik, mungkin mereka berdua memang ditakdirkan untuk berkongsi kasih sayang dengan seorang lelaki yang sama. Kuasa Tuhan tak siapa dapat melawan. Jika jodoh Abby masih bersama Norman, tiada siapa dapat menghalang dan melawan. Cuma penerimaan kedua dua mereka sahaja dan pengorbanan untuk berkongsi kasih dengan seorang lelaki saja yang penting untuk kebahagiaan masing masing. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. 
10:07 AM | 0 comments | Read More

Sudah Berdamai , Abby Abadi Berbuka Bersama Memey ,Norman Hakim dan Anak-Anak

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 02, 2012 | 5:03 PM

Sebelum ini, mungkin semua sudah sedia maklum denngan kontroversi rumah tangga Abby Abadi dan Norman Hakim yang mempunyai perkaitan dengan pelakon Memey sehingga membawa kepada perceraian Abby dan Norman. Dan selepas itu, Norman hakim dan Memey pula telah melangsungkan perkahwinan yang lebih mengeruhkan keadaan. Situasi tampaknya seperti tiada jalan penyelesaian dan mungkin mereka tidak akan berbaik.

Namun , siapa sangka dengan izin tuhan, Abby Abadi kini berubah ke arah yang lebih baik dan berhijrah ke satu tahap yang lebih baik dalam hidupnya. Dan beliau kini nampaknya lebih banyak tertumpu dengan aktiviti aktiviti keagamaan dan politik. bagus untuk beliau. Abby abadi , Norman dan Memey nampaknya kini sudah berdamai dan tiada permusuhan yang wujud lagi antara mereka berdua. baik untuk mereka dan baik untuk anak anak Abby dan Norman.


Melalui laman twitter miliknya semalam, Abby Abadi berkongsi detik kegembiraan beliau berbuka puasa dan bersolat bersama Memey dan Norman Hakim. Mereka nampak sangat gembira dan ini pastinya sesuatumemang diharapkan oleh semua peminat ketiga tiga selebriti ini.

image

Menurut Memey yang dihubungi oleh Fara Fauzana, memang benar mereka telah berbaik dan berdamai dan berbuka puasa bersama sama di rumah Abby Abadi. 

Dalam satu wawancara lain bersama Norman Hakim, beliau mengatakan : "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."


"Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!” kata Norman lagi.


Gambar dibawah pula dirakamkan selepas selesai menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh Norman Hakim.

image

**nampak seperti drama atau cerekarama tetapi sebenarnya ia sesuatu yang berlaku di alam nyata. Tahniah kepada Abby Abadi yang bersedia meleraikan segala kekusutan yang melanda selama ini. Anda berada dilandasan yang terbaik sekarang.
5:03 PM | 3 comments | Read More

Penjelasan Al Humaira Berhubung Isu Kontrak Abby Abadi Ditamatkan

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 31, 2012 | 9:02 PM



Mungkin ramai sudah sedia maklum mengenai isu terbaru melibatkan pelakon Abby Abadi yang kini namanya sering disebut berikutan beberapa isu yang timbul setelah beliau melibatkan diri dengan politik. Dan terbaru, kontrak beliau bersama syarikat Al- Humaira dikatakan telah ditamatkan atas sebab sebab tertentu dan pastinya sebab utamanya adalah penglibatan beliau bersama politik yang dilihat mampu memberi kesan negatif kepada perniagaan mereka. Ikuti penjelasan wakil Al Humaira berhubung isu ini supaya perkara ianya tidak dibesar-besarkan dan dipolitikkan sehingga boleh menyebabkan perniagaan mereka semakin terjejas. 


Assalam. Selamat pagi semua! Diharapkan anda semua mendapat keberkatan di pagi Ramadhan yg mulia ini. Rasanya ini entry terakhir drp pihak AHC berkaitan isu yg melibatkan AHC.

First of all, penamatan kontrak artis tersebut adalah disebabkan beberapa perkara / sebab yg telah pihak kami bincangkan dan persetujui. Sebab / perkara2 yg berkaitan tersebut termasuklah pembabitan beliau di dalam politik, matlamat atau objektif kontrak tak tercapai spt yg kami harapkan, dan pelbagai lagi. Tapi 2 isu ini yg paling hebat dipersoalkan dan kami akan berikan penjelasan.
AHC memerlukan seorang duta yg berimej neutral di mata semua pelanggan. Apabila duta kami membabitkan diri dalam POLITIK parti tertentu secara terang-terangan, ini boleh memberikan kesan kpd mana2 bisnes kerana apabila artis tersebut sibuk dgn undangan ceramah, artis tersebut tidak lagi dapat memberikan full komitmen kpd task / tugasan yg sepatutnya beliau jalankan. Ingin kami tekankan, sama ada beliau join PAS, UMNO atau mana2 parti sekalipun, itu ialah hak peribadi mereka dan kami hormati. Cuma kami berpendapatan, utk bisnes kami, kami mahukan imej yg neutral. Harap anda boleh faham dan please respect pendapat kami ini. Bukan bermaksud join dan aktif berpolitik itu imej yg buruk, tapi tolong faham apa yg kami cuba nak sampaikan…

Berkenaan isu matlamat kontrak tidak tercapai… Tujuan utama kontrak ini dibuat ialah dengan harapan artis tersebut akan bergiat aktif semula di dalam bidang seni dan mempromosikan jenama AHC di bidang seni sama ada dlm bidang lakonan, pengacaraan dll. Terma ini kami ada nyatakan di dalam kontrak yg telah dipersetujui. Namun, matlamat kontrak tidak tercapai apabila artis tersebut memilih utk bergiat aktif di bidang lain tidak lama selepas kontrak ditandatangani. Harap jangan politikkan isu “matlamat” ini…

Sebenarnya, kontrak kami belum pun ditamatkan secara rasmi. Masih tiada hitam putih / notis utk pembatalan kontrak drp pihak kami secara sah mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak, kerana perbincangan utk penamatan kontrak perlu dibuat antara kedua belah pihak bagi menyatakan sebab2 penamatan kontrak… Artis tersebut yg membuat asssumption awal sendiri bahawa kontrak ini akan ditamatkan kerana mungkin beliau juga telah merasakan dirinya tidak lagi mampu utk commit dgn tugasan bersama AHC. Kali terakhir pihak kami berjumpa dgn beliau ialah pada bulan Jun semasa shooting terakhir kami. Pihak kami sudah menyatakan hasrat utk berjumpa dan berbincang utk menamatkan perkara ini dgn baik, tapi perjumpaan gagal dilaksanakan atas ketidaksempatan beliau respons kpd kami, mungkin kerana kesibukan beliau memenuhi undangan ceramah. Kalau betullah kontrak itu mmg pihak kami tamatkan pada 4 Julai, kenapa pada 30 Julai baru beliau nak menyuarakan ketidakpuasan hati beliau? Apa pun, pihak kami akan tetap berjumpa juga dgn beliau untuk berbincang mengenai penamatan kontrak yg sah secara baik mengikut terma yg termaktub di dalam kontrak yg telah kami tandatangani.

Kami rasa cukup setakat ini sahaja penerangan drp pihak kami. Jika situasi ini berlanjutan hingga mencemarkan reputasi kami dgn lebih teruk dan pihak terbabit gagal untuk bersemuka dan berbincang utk menamatkan kontrak secara baik, kami akan membawa isu ini utk diselesaikan secara professional mengikut undang-undang. Segala bukti dan penerangan lanjut hanya akan disuarakan di depan pengadilan yg lebih layak. Harap maklum dan terima kasih atas sokongan AHC fans & customers sehingga kini. Terima kasih.


**Al Humaira memang mempunyai hak menamatkan kontrak setelah Abby melanggar syarat. Mungkin itu jalan terbaik bagi mereka dan strategi pemasaran terbaik. Harap harapnya tak adalah kes boikot seperti yang terjadi kepada Restoran Ikan Bakar Sekinchan satu masa dulu. 

9:02 PM | 0 comments | Read More

Abby Abadi Sahut Cabaran Debat Dengan AC Mizal

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, July 14, 2012 | 1:38 PM

Berdebat dikhalayak umum nampaknya semakin popular di Malaysia. Bermula dengan debat politik dan kini menular dalam dunia artis Malaysia. Kelantangan pelakon yang sudah berhijrah dan menyertai PAS, Abby Abadi dalam memperjuangkan isu ISA membuatkan rakan lakonan beliau dalam Gerak Khas satu ketika dulu tak senang duduk .

AC Mizal yang pernah berlakon sebagai Inspektor Mazlan bersama Inspektor Haliza lakonan Abby meluahkan ketidakpuasanhati beliau atas kelantangan Abby memburukkan nama PDRM dalam satu demo anti ISA yang disertai Abby sebelum ini . Datuk AC Mizal yang mewakili anak anak bekas pegawai polis mencabar Abby Abadi untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu tersebut seperti yang dinyatakan dalam laman twitternya.

image

Kini Abby Abadi memberikan reaksi untuk berdebat isu berkenaan dan mengatakan bahawa beliau mempunyai saksi dan bukti kukuh berkaitan isu tersebut untuk didebatkan.

image

Mungkin sekarang akhbar Sinar harian boleh mula mengambil peluang ini untuk menganjurkan debat seperti sebelum ini. Atau kes artis seperti ini Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman sendiri akan terlibat? Kita tunggu dan lihat. Teringin juga nak lihat artis yang pernah berkawan baik ini berdebat soal politik. Artis sekarang juga dah semakin banyak terlibat dengan politik. Mungkin ini satu perkembangan baik untuk tarik golongan muda , tapi mungkin juga ke arah negatif apabila isu sekecil kecilnya pun nak dipolitikkan. Kita kena ingat yang artis juga rakyat Malaysia yang dikatakan demokrasi ini dan mereka juga berhak memilih parti pilihan mereka sendiri. Jika artis sertai mana mana parti politik kemudian dikutuk, mana perginya “demokrasi” yang dilaung laungkan?

**Admin tak sokong siapa siapa dalam kes AB dan AC ni. Admin sokong AD.  hehe

1:38 PM | 2 comments | Read More

Gambar Adam AF Kini Berjubah Dan Sertai Perubatan Islam?

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, July 13, 2012 | 11:44 PM

AxCNvbkCMAAI8KO

Khabarnya, Adam AF kini mula mendekatkan diri dengan seni perubatan secara Islam secara aktif. Itu apa yang kami dengar dri mulut ke mulut dan tak dapat dipastikan kesahihannya. Tetapi , beberapa keping gambar ini menunjukkan Adam AF bersama dalam majlis ilmu .


Sangat berbeza dengan penampilannya dahulu. Alhamdulillah dan tahniah kami ucapkan kepada Adam atas perubahan ke arah yang lebih baik ini. Namun, pihak kami tak dapat pastikan adakah ini benar benar penampilan Adam sekarang atau mungkin ianya cuma sekadar scene dalam lakonan. Tapi rasanya ini memang beliau yang sebenar.

adamaf-565x517AxNyHe4CMAA0IOg

11:44 PM | 2 comments | Read More

Gambar Neelofa Tunai Umrah Di Mekah

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 09, 2012 | 6:34 PM

Pelakon dan pengacara terkenal , Neelofa yang baru baru ini terpalit dengan kontroversi bersama pelakon Anzalna dan Tasha Shila khabarnya sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Neelofa yang sedang dalam penggambaran drama bertajuk Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima mengambil peluang menunaikan umrah kerana penggambarannya diadakan di Mekah.

Ulas Neelofa :

“Walaupun agak gementar untuk kesana, sampai tak tahu apa yang harus dibawa nasib baik ibunya banyak tolong buat persediaan. Ini kali pertama saya akan ke sana, selain penggambaran kami juga akan mengerjakan umrah. Syukur sebab saya dibuka peluang untuk bertamu ke rumah Allah. Doa saya semoga akan beroleh kehidupan yang lebih baik selepas ini, ketenangan serta fasa baharu yang membahagiakan.”

Berikut adalah beberapa keping foto yang dikongsikan oleh Neelofa di laman sosial beliau .

Gambar Neelofa Di Mekah

hakikatnya beliau lebih manis bertudung dan menutup aurat.

sumber : Faizal Fredley

6:34 PM | 0 comments | Read More

Koleksi Gambar Kahwin Ella Dan Azhar Ghazali

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, July 08, 2012 | 6:07 PM

gambar kahwin ella, gambar perkahwinan ella , ella kahwin,ella dan azhar ghazali, gambar nikah ella gambar resepsi ella

12-Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-GhazaliAkhirnya, Ratu Rock negara , Ella kini sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali. Mereka berdua dinikahkan di Teluk Gadong, Klang , Selangor. Setelah sekian lama peminat peminat beliau menanti, akhirnya Ella membuat satu keputusan yang terbaik untuk dirinya untyk disunting menjaddi permaisuri hidup oleh suaminya.Azhar Ghazali adalah seorang juruterbang syarikat penerbangan Firefly.


Pernikahan Ella menjadi antara pernikahan artis paling mendapat perhaian untuk tahun ini. Dengan sekali lafaz, Ellah sah menjadi isteri kepada Azhar Ghazali dengan mas kahwin sebanyak RM 50,300. Rahniah kepada kedua dua pasangan ini.


Berikut adalah beberapa keping foto perkahwinan yang diambil dari laman blog hiburan Rotikaya. (diupload semula di blog ini)

06-Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-Ghazali07-Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-Ghazali

PROMOSI!!! Tempah Design Banner, Flyers, Bunting Serendah RM 20 SAHAJA!!

09-Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-Ghazali11-Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-Ghazali

03-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-Ghazali-447x600

15-Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-Ghazali18-Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-Ghazali20-Gambar-Sekitar-Majlis-Pernikahan-Ella-Azhar-Ghazali

sumber : Rotikaya

6:07 PM | 8 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)