Showing posts with label ARTIS BERTUDUNG. Show all posts
Showing posts with label ARTIS BERTUDUNG. Show all posts

Gambar Tunang Diana Amir

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, September 22, 2012 | 4:30 PM

Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pelakon Diana Amir atas pertunangan beliau bersama seorang pendidik bernama Habib Bullah, seorang pensyarah di UiTM Kedah  di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Dan dia bukan ustaz yang orang ramai dok bising bising. Fakta tak betul.  Habib ni aku kenai.!!! Sungguh tak sangka. 

##Ada ke orang masak Rendang guna Pes Tom Yam???

##Gadget Bernilai RM10,000 PERCUMA untuk anda!!




Gambar pertunangan Diana Amir dan pasangan yang disiarkan dalam rancangan Galaksi






XL6Wa.jpg (769×429)


##Cara paling superb untuk jimat kredit handphone

##Gayut banyak2...bayar sikit je....sapa tak mahu kan?


Dan ini dia tunang Diana Amir. Dengar kata , kawan kepada seorang blogger terkenal ni. Nak tahu kenalah baca. Klik SINI. Kawan hang rupanya SZ weh. Aku pun kenai Habib ni . Budak bola UiTM Kedah dulu. Sekarang dah jadi lecturer kat Kedah gak. Dia bukan ustaz la..haha
4:30 PM | 3 comments | Read More

Shila Amzah Juara Final Asian Wave Di China

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 21, 2012 | 10:35 AM


Keputusannya untuk berhijab pada Ramadhan lalu ternyata bukan satu keputusan yang akan memberikan kesan kepada karier nyanyianya. Tetapi kini rzeki ternyata memihak kepada Shila Amzah yang baru sahaja menjuarai pertandingan Asian Wave , sebuah pertandingan nyanyian yang mengumpulkan penyanyi dari beberapa negara untuk berentap merebut gelaran juara.


Shila Amzah yang mewakili malaysia ternyata berjaya memukau juri pertandingan sepanjang pertandingan tersebut dari awal sehingga peringkat akhir. Final Asian Wave yang diadakan di China menyaksikan Shila membawakan 3 buah lagu, Gemilang oleh Jaclyn Victor, Grenade oleh Bruno Mars dan sebuah lagu berbahasa Mandarin yang berjaya memikat hati juri dan penonton yang majoritinya berbangsa Cina.


Tahniah kami ucapkan kepada Shila Amzah di atas kejayaanya memenangi pertandingan tersebut. Jom saksikan persembahang Shila Amzah apda final tersebut.




10:35 AM | 0 comments | Read More

Sharifah Sofia Dihalau Dari Disko Kerana Bertudung

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 10, 2012 | 3:14 PM

image

Sebelum ini, kami pernah paparkan artikel berkaitan pelakon Sharifah Sofia yang kini berhijrah dan berhijab di artikel Gambar Sharifah Sofia Kini Mula Bertudung .

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sofia melalui pengalaman telah dihalau keluar oleh pekerja sebuah disko di sini kerana kehadirannya ke pusat hiburan berkenaan dalam keadaan berhijab.

Sofia atau nama sebenarnya Sharifah Sofia Syed Hussein, 27, yang bertudung sejak 1 Julai lalu berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia mahu menghabiskan masa di pusat hiburan yang menjadi aktivitinya selama ini.

“Saya fikir apa salahnya wanita bertudung seperti saya untuk masuk pusat hiburan? Semasa di dalam pusat itu, kebanyakan wanita menunjukkan reaksi pelik terhadap saya sehinggalah pekerja di situ meminta saya keluar sedangkan mereka kenal dengan saya.

“Masa itu saya tertanya-tanya kenapa kehadiran saya dipersoalkan kerana saya bukannya mengambil minuman keras ataupun buat perkara yang tidak senonoh pun?” katanya kepada mStar Online pada majlis berbuka puasa bersama artis-artis veteran di Saloma Bistro di sini, Rabu.

Jelasnya, selepas kejadian itu, dia merujuk semula dengan membaca buku-buku panduan agama Islam, barulah dia memahami kewajaran untuk menjauhkan diri daripada tempat-tempat tersebut jika mahu berhijrah menjadi lebih baik.

Bagaimanapun tambah Sofia, penghijrahan yang dilakukannya ini dianggap sebagai melengkapi tuntutan syarak yang wajib dilakukan seseorang wanita Muslimah.

Kata Sofia, dia mula mendalami Islam sejak mengandung anak sulungnya iaitu Sharifah Ariana Syed Ismail yang kini berusia setahun setengah melalui pembacaan buku dan juga mendapatkan panduan di Internet.

“Sebelum bertudung, bukan bermakna saya ini ‘kosong’ tentang pengetahuan Islam. Cuma kali ini saya lebih mendalaminya dan mahu diri ini sempurna dengan tidak meninggalkan amalan wajib.

“Tindakan ini ditambahkan lagi ketika suami menunaikan ibadah Haji pada tahun lalu dan tibalah masanya untuk saya melakukan tanggungjawab sebagai isteri bagi menjaga nama baiknya.

“Alhamdulillah, kini saya sudah berhijrah. Mungkin inilah masanya untuk saya memelihara keseluruhan pakej diri,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan kerjayanya, anak kelahiran Liverpool, England ini berkata, dia berhasrat untuk menjadi ibu sepenuh masa tetapi tidak bermakna mahu meninggalkan terus dunia seni.

 

**Mungkin ini satu petunjuk dari Allah untuk menghalang kemungkaran kepada beliau. Alhamdulillah kerana beliau dipelihara.

MystarOnline

3:14 PM | 2 comments | Read More

Pengacara Majalah 3 dan MHI, Nurul Syuhada Nurul Ain Kini Bertudung

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 09, 2012 | 9:25 PM

Alhamdulillah dibulan Ramadhan yang mulia ini, semakin banyak artis Malaysia yang melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik. Selepas Shila Amzah yang mula bertudung litup yang admin ceritakan  dalam entry Gambar Shila Amzah Kini Bertudung kini giliran pengacara Majalah 3 dan MHI Nurul Syuhada Nurul Ain ,  pula bertudung dan menutup aurat.

image

Ketika muncul bertudung dalam MHI

Perubahan Nurul Syuhada ini mendapat reaksi positif daripada peminat peminat beliau. Sekeping gambar yang dimuat naik ke Facebook Page MHI TV3 mendapat “like” lebih 20 ribu. Hakikatnya, beliau lebih manis dan cantik bertudung. Siapa setuju sila tinggalkan komen . Mungkin Nurul Shuhada akan membaca entry ini.Siapa tahu kan?

Tanda Tanda Dan Cara Mencari Lailatulqadar

Kita doakan yang terbaik buat beliau  dan semoga lebih ramai artis akan mengikut jejak langkah artis artis yang sudah mula bertudung ini. Aminn. Dan ini beberapa keping gambar Nurul Syuhada yang mula bertudung sebelum ini.

image

9:25 PM | 0 comments | Read More

Gambar Shila Amzah Kini Bertudung

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 08, 2012 | 1:46 PM

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah yang telah melakukan satu perubahan dan penghijrahan yang terbaik dalam hidup beliau sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

image

Shila mula mengenakan tudung bermula awal ramadhan lalu dan sesekali membuangnya ketika ada sesi penggambaran atau persembahan. Tetapi beliau merasakan ada sesuatu yang kurang semasa membuang tudungnya.

“Pada hari Sabtu lepas, saya ada terlibat dengan penggambaran program Nona bersama Neelofa dan Farah Fauzana tetapi ketika sampai di tempat penggambaran, saya membuka tudung.

“Pada saat itu, saya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dan saya merasa tidak selesa apabila mengenakan tudung hanya sekadar suka-suka sahaja.

“Pada sebelah petang pula, Sharnaaz mengajak saya untuk berbuka puasa bersama peminat-peminatnya.

“Selepas bersiap, saya terus mencapai tudung dan pakai,” katanya sambil menambah, “bermula pada saat itu, saya telah berazam untuk kekal bertudung sampai bila-bila.”

image

Beliau berkata keinginannya untuk bertudung adalah kehendak dirinya sendiri .

“Saya harap peminat di luar nanti tidak akan salah faham apabila melihat sesetengah program raya jika saya tidak bertudung.

“Ini kerana program tersebut dilakukan sebelum saya bertudung,” katanya.

 

Shila lebih menawan apabila bertudung

Mungkin Sharnaaz Ahmad adalah insan paling gembira dengan perubahan beliau ini.

1:46 PM | 1 comments | Read More

Abby Abadi Sahut Cabaran Debat Dengan AC Mizal

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, July 14, 2012 | 1:38 PM

Berdebat dikhalayak umum nampaknya semakin popular di Malaysia. Bermula dengan debat politik dan kini menular dalam dunia artis Malaysia. Kelantangan pelakon yang sudah berhijrah dan menyertai PAS, Abby Abadi dalam memperjuangkan isu ISA membuatkan rakan lakonan beliau dalam Gerak Khas satu ketika dulu tak senang duduk .

AC Mizal yang pernah berlakon sebagai Inspektor Mazlan bersama Inspektor Haliza lakonan Abby meluahkan ketidakpuasanhati beliau atas kelantangan Abby memburukkan nama PDRM dalam satu demo anti ISA yang disertai Abby sebelum ini . Datuk AC Mizal yang mewakili anak anak bekas pegawai polis mencabar Abby Abadi untuk berdebat secara terbuka berkaitan isu tersebut seperti yang dinyatakan dalam laman twitternya.

image

Kini Abby Abadi memberikan reaksi untuk berdebat isu berkenaan dan mengatakan bahawa beliau mempunyai saksi dan bukti kukuh berkaitan isu tersebut untuk didebatkan.

image

Mungkin sekarang akhbar Sinar harian boleh mula mengambil peluang ini untuk menganjurkan debat seperti sebelum ini. Atau kes artis seperti ini Zed Zaidi sebagai Presiden Seniman sendiri akan terlibat? Kita tunggu dan lihat. Teringin juga nak lihat artis yang pernah berkawan baik ini berdebat soal politik. Artis sekarang juga dah semakin banyak terlibat dengan politik. Mungkin ini satu perkembangan baik untuk tarik golongan muda , tapi mungkin juga ke arah negatif apabila isu sekecil kecilnya pun nak dipolitikkan. Kita kena ingat yang artis juga rakyat Malaysia yang dikatakan demokrasi ini dan mereka juga berhak memilih parti pilihan mereka sendiri. Jika artis sertai mana mana parti politik kemudian dikutuk, mana perginya “demokrasi” yang dilaung laungkan?

**Admin tak sokong siapa siapa dalam kes AB dan AC ni. Admin sokong AD.  hehe

1:38 PM | 2 comments | Read More

Gambar Sharifah Sofia Kini Mula Bertudung

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 03, 2012 | 9:40 AM




Alhamdulillah. seorang demi seorang artis Malaysia yang dulunya berpenampilan agak seksi kini mula berhijrah ke arah kebaikan. Ramai artis wanita Malaysia kini mula menutup aurat dan memakai tudung sedikit demi sedikit. Satu perkembangan yang baik. Dan terbaru, pelakon Sharifah Sofia dikatakan mula mengikut jejak beberapa artis wanita lain seperti Irma Hasmie, Diana Amir dan lain lain  dengan berhijrah ke arah yang lebih baik . 

Sharifah Sofia dalam di laman twitternya menyebut : 

"From 502 pictures on my Instagram. I now have 406 after deleting all pictures of me uncovered. Here's to a new chapter in life! InsyaAllah!"

"My dear friends... I am about to delete this account for I need to refresh this page and also my life. Maybe a new page Akan muncul but for now, just follow my fan page Kay. Thanks!! Assalamualaikum,"

Berikut beberapa gambar Sharifah Sofia yang mula bertudung. 




Semoga Sharifah Sofia istiqamah dalam apa yang dilakukan. Ini satu perubahan yang sangat baik dan yang penting, mereka tampak lebih cantik dan menawan dengan bertudung dan menutup aurat dari bergaya seksi . 


**Suka tengok Sharifah Sofia berpurdah dalam Nur Kasih
9:40 AM | 1 comments | Read More

4 Gambar Diana Danielle Bertudung Dalam Majalah EH! Jun 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, May 27, 2012 | 10:25 AM

Orang kalau sudah cantik, selepas memakai tudung pastinya lebih cantik rupanya. Ini satu realiti. Disebalik isu Nora Danish yang beraksi ghairah dalam majalah Glam sehingga menampakkan apa yang tidak patut ditonjolkan, seorang artis comel iaitu Diana Danielle bertindak sebaliknya dengan beraksi tudung untuk muka hadapan majalah EH! edisi Jun 2012.

Apa yang menarik, twitter Diana Danielle juga sudah ditukar dengan profile picture bertudung .

image

 PROMOSI!!! Tempah Design Banner, Flyers, Bunting serendah RM 20 SAHAJA!!

Diana ternyata tampak sangat menawan dengan persalinan bertudung berwarna putih dan yang pastinya, peminat beliau pasti suka dengan penampilan tersebut. Mungkinkah Diana Danielle juga akan bertudung suatu hari nanti mengikut jejak artis seperti Diana Amir , Siti Nordiana dan ramai lagi. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. 

ddeh

Dan beberapa gambar beliau bertudung yang diambil dari twitter rasmi Diana Danielle

image

10:25 AM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)