Showing posts with label EVENT. Show all posts
Showing posts with label EVENT. Show all posts

MAJLIS IFTAR ‘MESRA KASIH MEDIA’ BERSAMA KUMPULAN AL ANSAR DAN USAHAWAN MUDA , DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM)

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 17, 2012 | 10:47 AM

Alhamdulillah pada 18 Ramadhan yang lalu, aku berkesempatan untuk turut serta dalam satu majlis amal dan berbuka puasa bersama Team Denaihati , Anjuran Al-Ansar bersama Usahawan Muda, Dewan Perdagangan Islam Islam Malaysia (DPIM) di Kampung Sungai Kelambu , Banting Selangor. Iftar kali ini berbeza dengan iftar iftar lain. Kalau iftar lain selalunya diadakan di hotel hotel , tetapi kali ini penganjur mengambil pendekatan mendekati suasana dan merasai sendiri pengalaman berbuka di suasana kampung halaman yang indah dan berbuka bersama dalam keadaan tenang dan santai.

DSC_0645

Majlis yang dinamakan MAJLIS IFTAR ‘MESRA KASIH MEDIA’ BERSAMA KUMPULAN AL ANSAR DAN USAHAWAN MUDA , DEWAN PERDAGANGAN ISLAM MALAYSIA (DPIM) ini menjemput pihak media dan rakan blogger nombor satu negara iaitu Denaihati untuk bersama sama mengeratkan silaturahim di bulan penuh keberkatan ini dan mengenali pihak media dan blogger yang banyak membantu membuat liputan dan hebahan mengenai kumpulan al –Ansar dan anak syarikat terutamanya E-Qurban Resources Sdn Bhd.

DSC_0694

Bagi yang belum tahu, E Qurban Resources berperanan sebagai medium atau perantaraan kepada umat Islam untuk melakukan ibadah qurban dan aqiqah terutama dikalangan saudara islam di Kemboja. Dan pada 4-10 Jun lalu, 8 orang rakan media dan seorang blogger telah bersama membuat liputan ibadah aqiqah di Kemboja

DSC_0716

DSC_0643

Majlis iftar tersebut telah menjemput kedatangan anak anak anugerah dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin dan pelajar tahfiz dari Sekolah Tahfiz , Ihya Al-Ahmadi dan golongan warga emas dan penghuni Warisan Kasih dibawah seliaan Hj Masyrukin , salah seorang sahabat perniagaan Kumpulan Al Ansar.

DSC_0663

Hj Masyrukin

DSC_0659

Hj Masyrukin sedang ditemuramah oleh media dan blogger yang hadir.

Sesuatu yang menarik untuk diketahui tentang Rumah Warisan Kasih dibawah seliaan Tuan Haji Masyrukin ini adalah ianya berbeza dengan rumah rumah kenangan dan warga emas yang lain dan ada keistimewaanya tersendiri. Rumah ini ibarat “rumah istirehat” untuk golongan warga emas dan bukan “rumah buangan” kepada golongan ini. Bila disebut rumah orang orang tua pasti dlaam benak fikiran kita terus akan terfikir golongan warga emas yang diabaikan dan dihantar oleh anak anak kerana tak ammpu menjaga ibu bapa lagi. Tetapi tidak dirumah Warisan Kasih .

Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh yang juga dikenali sebagai Warisan Kaseh adalah sebuah rumah istirehat dan pusat tarbiyah warga emas . Istimewanya , warga emas disini datang secara SUKARELA dan menjadi penghuni. Tiada istilah “dibuang” atau “diabaikan” di rumah ini. Sekitar 15 penghuni disini datang secara sukarela untuk bersama sama rakan seusia menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana yang lebih kondusif dan tenang.

DSC_0672

DSC_0677

DSC_0690

Kata Tuan Haji Masyrukin,

Kenyataanya bila usia semakin meningkat , kesibukan anak anak mencari sumber pendapatan dan tuntutan berkeluarga sendiri adakalanya menyebabkan ibu bapa berasa tersingkir walaupun bukan niat anak anak melakukan begitu.Namun ada juga yang terlepas pandang kebajikan ibu bapa yang bukan sekadar mengharap anak anak memberi perlindungan tempat tinggal tetapi kasih sayang dan perhatian juga diperlukan., namun alasan keduniaaan sering menjadikan sesetengah anak lupa kepada jasa dan pengorbanan ibu bapa menyebabkan ada yang berkecil hati dan mahu keluar daripada rumah anak anak untuk mencari sedikit ketenangan dihujung usia

Rumah Warisan Kaseh memberi peluang kepada sesiapa yang berhajat untuk bersama membuat amal dan menyediakan tempat tinggal kepada golongan warga emas ini. Mereka boleh tinggal bersama penghuni lain , berpuasa, berbuka, bersolat jemaah, bertadarus al quran dan aktiviti lain sebagai satu keluarga besar. Untuk maklumat lanjut berkaitan Rumah Warisan Kaseh, maklumat adalah seperti berikut.


Warisan Kaseh Darul Maghfiroh

Lot 388, Jalan Dahlia 1

Kampung Sungai Kelambu Timur

42700 Banting , Selangor

Tel : 03-31875304

email:

atus@stremix.com

Penaja bersama untuk Majlis tersebut adalah Bio Cypress Extra dari Al- Ansar Food Supplies , tajaan kerepek dari perusahaan kampung Ros Enterprise serta tajaan makanan ringan oleh DPIM.

DSC_0652

Dan berikut foto foto  perjalanan sepanjang Majlis tersebut

DSC_0686

DSC_0704

DSC_0731

DSC_0738

DSC_0764

Meja rakan media

DSC_0766

persembahan nasyid

DSC_0807

DSC_0785

penyampaian sumbangan kepada golongan memerlukan

DSC_0833

rakan media dan blogger yang hadir

DSC_0850

penyampaian cenderahati kepada media dan blogger

 

10:47 AM | 2 comments | Read More

Live Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, April 08, 2012 | 4:58 PM

Live Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, tengok anugerah bintang popular online, live streaming abpbh, abpbh 2011, abpbh 2012, tengok abpbh online, tonton abpbh online, live streaming red carpet abpbh 2011

image

Malam ini 8 April 2012 sebuah lagi anugerah berprestij industri seni Malaysia akan bermula. Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) akan dipancarkan terus dari Arena Of Star genting Highland ke seluruh negara melalui TV3 dan radio rasmi Hot. FM.Butiran majlis adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 April 2012

Hari : Ahad

Jam : 9 malam

Acara Karpet Merah : 7 malam

Tempat : Arena Of Star Genting Highland

Apa yang istimewanya pada edisi ABPBH kali ini adalah pengenalan Anugerah Sri Perak dimana semua pemenang pemenang Bintang Paling Popular sebelum ini tercalon untuk bertanding dalam kategori tersebut. Antara Bintang Paling Popular yang akan merebut gelaran Anugerah Sri Perak adalah Ziana Zain ,Aishah, Eman Manan, Zainal Abidin, Datuk M Nasir, Datin Sofia Jane, Datuk Siti Nurhaliza, Rosyam Nor, Saiful Apek, Nabil, Mawi dan Shaheizy Sam.


KEPUTUSAN PENUH ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) 2011

Berikut adalah Live Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011.

 ##Istimewa juga Live Streaming dalam versi 360 darjah (klik pada banner dibawah)


image      image


INFO TAMBAHAN : twitter hashtag untuk ABPBH  ialah #ABPBH2011

                                   boleh juga dapatkan update terkini dari Twitter Rasmi ABPBH

4:58 PM | 1 comments | Read More

Jom Meriahkan 1 Youth Carnival UiTM Shah Alam 29 - 31 Mac 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, March 28, 2012 | 6:52 PM

PERHATIAN dan pengumuman kepada anda yang berada disekitar UiTM Shah Alam dan sekitar, tak kira la anda students atau bukan students, 1 Youth Carnival akan berlangsung pada 29-31 Mac ini di UiTM Shah Alam dan bakal menjadi karnival terbesar pada tahun ini. Karnival ini adalah anjuran Kelab Technopreneur UiTM Shah Alam dengan kerjasama Pusat Keusahawanan UiTM (MASMED), Kelab Usahawan UiTM, Koperasi Siswa UiTM, Kolej Mawar UiTM dan Pusat Kegiatan Pelajar UiTM serta badan-badan koporat dan NGO lain.

Berikut adalah maklumat berkaitan Karnival tersebut :

Karnival ini juga akan membawakan kepada anda konsert Sixthsense yang akan berlangsung pada 30 Mac 2012 jam 8.30 malam. Tiket tiket PERCUMA boleh didapati di booth DiGi yang telah dibuka di Dataran Cendikia UiTM Shah Alam .Cuma perlu beli minimum topup DIGI RM 10 dan anda layak mendapat pass percuma .

APA LAGI ANDA BOLEH DAPAT DISANA? macam macam ada. Karnival jualan  menyediakan pelbagai barangan dengan harga terendah kepada pengunjung .

Jadi apa tnggu lagi? Jom kita sama sama memeriahkan 1 Youth Carnival  (1YC UiTM)  di Dataran Cendikia (DC)  , UiTM Shah Alam.

6:52 PM | 0 comments | Read More

KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua Dan Anak Yatim Part 2 : Edisi Dialog

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, August 27, 2011 | 12:54 PM

Kalau ada yang dah baca entry sebelum ini yang part 1 punya mesti dah tahu bout event yang Kami Blogger Utagha buat pada 20 Ogos lepas. Entry bahagian kedua ni actually aku nak publish 2hari lepas lagi tapi agak busy dan broadband pun dah habis limit dah . So nak upload kemain lombap jah. Rasa nak hempuk hempuk je laptop ni kat dinding bila nak bukak wall facebook pun macam nak tengok video kat youtube.

Harini ,pepagi ni tetiba ja laju sikit. sikit je tupun nak mampos lambat. So aku nak sambung entry KBU WE CARE : Kembara Ramadhan Kami Blogger Utagha Bersama Warga Tua Dan Anak Yatim Part 1 . Entry bahagian kedua ni more to gambar gambar jugak . Ofkos la bila update pasal event semua gambar nak sumbat. Tapi aku lain okeh. Aku bukan jenis nak sumbat gambar sendiri bebanyak. kalau boleh dalam entry aku , satu gambar sendiri pun aku tamau masuk. Alaa kite manewww hensemmm (emo)

Dah tak ada keja so aku masukkan je la caption and skrip dalam gambar gambar yang aku rasa boleh masuk. hehe

DSCF0217 [1024x768]

Kak Shida yang semangat nak letak ribbon atas kereta masa nak konvoi ke Kg Padang Melangit

DSCF0203 [1024x768]

297715_1803744227804_1665822561_1429559_2266043_n

Cik GKSB admin besar yang asyik gelak .

299285_1803742707766_1665822561_1429554_3172334_n

 

320040_1803745987848_1665822561_1429565_4505422_n

 

306335_1803751867995_1665822561_1429578_1214754_n

kemain Naqiah .Dahsyat sampai macam tu sekali nak berbuka puasa. haha

DSCF0252 [1024x768]

 

DSCF0278 [1024x768]

 

DSCF0263 [1024x768]

…………………………………………………………………………………………………………………….

dan semasa di Dataran apatahnamataktau

20082011389

20082011387

 

DSCF0314 [1024x768]

Dan yang terakhir dan   terspesel

nazri

selamat hari raya buat pasangan secocok yang aku dah buatkan kad raya semalam. hehe.Tapi ada cerita lawak dsebalik pembikinan poster ni. Diam diam sudah tamo cita. ahaha.

sempat mmerinsekerin statement panas dari Syakira Yaakub regarding the issue or gosip ni.ahaha

image

alahhh nak berkias kias pulak dah. Banyak pulak word andai andai ni. haha. Jangan nak kemalumaluan sangat la kan?

jahat gila aku ni. tapi ok what?Gembira tengok kebahagiaan orang lain kan?(larikk)

ini ja yang aku sempat buat caption. Kepada yang tak ada tu sorry morry la ek sebab mungkin gambar anda tak berapa nak boleh buat skrip. Aku cari ikut kesesuaian dan kalau buat jugak nanti takut ada yang terasa pulak. Kita mana tau hati masing masing kan?hehe

So kepada semua ahli member dan rakyat Blogger Utagha dan semua blogger, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya , maaf zahir batin kalau ada apa apa salah atau kesilapan yang mungkin tak disengajakan dan mungkin tak terperasan terbuat dekat anda anda dan anda.

12:54 PM | 8 comments | Read More

TENTATIF PROGRAM KEMBARA RAMADHAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG BLOGGER UTAGHA

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, August 16, 2011 | 5:45 AM

Before this aku ada buat entry berkaitan program amal yang akan dijalankan oleh geng geng blogger utara . Sila rujuk entry KEMBARA RAMADHAN (Majlis Berbuka puasa Bersama Anak Yatim & Warga Emas “Kami Blogger Utagha”)

Tentatif Program Majlis Kembara Ramadhan dan Kempen Jalur Gemilang


Anjuran Bersama KBU dan MAYC Kg Padang Melangit, Perlis


Tarikh : 20 Ogos 2011 (SABTU)Lokasi : Masjid Kg Padang Melangit, Perlis 

1.30 ptg : Ahli dari Penang akan bertolak
3.30 ptg : Berkumpul di Stesen Minyak Mobil / Esso Jalan Putra, Mergong (sebelah kiri ke kangar)
4.15 ptg : Berkumpul di Perlis - Petronas Taman Guru Jaya, Kangar (Menghala ke Beseri)
               : Konvoi ke Balai Baru
5.00 ptg : Konvoi Kempen Jalur Gemilang dengan MAYC ke Kg Padang Melangit
6.00 ptg : Penyampaian Sumbangan
7.00 mlm : Ketibaan VVIP (MB Perlis, YB Santan, MAYC Negeri, Majlis Belia Negeri)
7.35 mlm : Berbuka Puasa - makanan ringan (Kurma dan minum air sahaja)
7.45 mlm : Solat Maghrib berjemaah
8.00 mlm : Makan Malam (berbuka dengan makanan berat)
8.40 mlm : Solat Isyak dan Terawih
10.00 mlm : Bersurai


** SETIAP AHLI YANG HADIR AKAN PEGANG 2 @ 3  ORANG PENERIMA SUMBANGAN UNTUK MENGIRINGI WARGA EMAS SEMASA PENYAMPAIAN SUMBANGAN


UNTUK PENGANGKUTAN...sila rujuk / ctc wakil negeri masing-masing


Diharap ahli yang terlibat untuk program ini...dapat memberi kerjasama dengan sewajarnya supaya majlis yang dirancang akan berjalan lancar..sekiranya mempunyai masalah sila maklum dengan segera.


Sekian, terima kasih


Harap Maklum

 

sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan admin Kami Blogger Utagha :

GKSB- 019-4446535

Pakcu sofi- 0194406353

Adish Shida- 014-7577561

 

MAKLUMAT LANJUT RUJUK SINI

5:45 AM | 0 comments | Read More

Majlis Amal dan Berbuka Puasa 2011 Bersama Rumah Orang Tua Anjuran Kelab Blogger Utagha

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, July 20, 2011 | 11:19 PM


masih belum tahu apa itu KELAB BLOGGER UTAGHA? Anda memang rugi kalau tak tahu. Kelab Blogger Utagha (KBU) adalah satu komuniti yang menghimpunkan semua blogger bloggger dari kawasan utara iaitu Perlis, Kedah , Pulau Pinang dan Perak. Ahli yang join tak kisah sama ada lahir di Utara, tinggal atau belajar di utara.Yang penting ada kena mengena dengan utara.

Before this, dah ada beberapa event yang dah dihandle oleh semua geng2 KBU. Dan terbaru, KBU akan mengadakan sedikit aktiviti amal iaitU Majlis Amal dan Berbuka Puasa 2011 yang akan diadakan di Rumah Sri Kenangan . Sebelum ni , KBU jugak pernah buat aktiviti amal iaitu Gathering Blogger Utagha Bersama Sama Anak Yatim. Untuk baca entry berkaitan KBU , boleh klik di SINI

MAKLUMAT BERKAITAN Majlis Amal dan Berbuka Puasa 2011
Tarikh :: 13hb ogos (sabtu)
Masa :: 4pm - 11pm..
tempat :: Rumah Orang Tua Seri Kenangan Bedong, Kedah
Bayaran :: RM20/persekepala (tertakluk pada harga makanan, kalau harga lebih murah, bayaran akan dikurangkan) bayaran untuk pembelian yassin, hamper atau sesiapa blh memberi cadangan...
Aturcara majlis ::
- sesi ramah mesra bersama warga penghuni rumah seri kenangan
- berbuka puasa bersama penghuni
- sesi penyerahan sumbangan kepada rumah sri kenangan
- terawih bersama penghuni
*pukul 4pm dh kene ade kt sana...
*pakaian baju KBU dan pakaian sembahyang
*boleh bawak kawan, family, pakwe, makwe..dgn syarat buat bayaran..
last date bayar 8 ogos..bayaran kepada bendahari Syakira Yaakub (bank-in)..sila PM beliau utk urusan pembayaran
*yg xdapat datang tapi nak menderma dipersilakan berbuat demikian
*yg memerlukan transport sila rujuk kpd wakil negeri;
Pulau Pinang - Mikro KoKus
Perlis-
Kedah-
Perak-
kpd driver yg kereta/motor masih kosong sila beritahu~
sebarang pertanyaan sila bertanya di bawah terima kasih~

DISEDIAKAN OLEH ADMIN KBU iaitu Pakcu Sofi

##kalau document ni diupdate, aku akan update di entry nie jugak. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. Kalau ada yang nak join , boleh berhubung seperti tertera dalam maklumat diatas okeh? Boleh la di share kalau nak yang lain lain tau jugak. Berkongsi tu kan kasih sayang?Sharing is Caring!!hehee
11:19 PM | 2 comments | Read More

Ekspedisi Tawan Gunung Jerai 1 Jejaka Dan 3 Gadis

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, February 06, 2011 | 8:45 PM

apesal aku rasa tajuk macam over ja?lagi sesuai kalau ganti dengan gunung Tahan ke, Kinabalu ke?ini Gunung Jerai. cehhh .
ingat ape?penat jugak weh. Cuba naik tengok. Ingat Gunung Jerai tak tinggi ka?
sebenarnya dah lama aku nak buat entry nie sebab ika sebok sebok tanya nak masuk dalam entry blog aku yang popular nie. yarksss. So ika aku tunaikan permintaan ko. ahahaha
pagi berapa hari bulan ntah aku tak masuk dalam diary pun . Kami bertolak empat  orang je  . Aku . ika , fiza and Saidah . Gila laa aku sorang ja laki bawak 3 anak dara. Jeng3x Ika la punya permintaan nak naik sangat gunung jerai . haa amik hang kita naik. Mulanya ingat nak naik sampai half tangga kenari ja. tau tak apa tu Tangga Kenari?tak tahu Google sendiri. Jangan malas sangat .grrr..haha
then sampai la half. Lepak pom pam pom pam then Geng Kedah Extreme Club sampai . Diorang ajak naik sekali sampai puncak. Apa lagi , Saidah pun sampai dah melutut merayu rayu mintak   nak naik jugak (hyperbola ja) .Pastu naik je la ……………….sampai la puncak dalam pukul 1.50 macam tu. Lepak sampai pukul 3setengah then turun balik. Aku orang first sampai . pukul 5.15 petang. Yang paling lewat sampai pukul 6 setengah. Itu je la aku nak cita.. Jom tengok gambar pulak
165535_184325834925351_100000438068400_569707_327548_n (1)
ini masa otw naik. Aku dah macam model spender la plak(tetiba rasa nak muntah )
168460_184329364924998_100000438068400_569786_5625302_n (1)
dengan rasa bangganya kembang hidung nak bagitau yang aku orang first sampai puncak dan aku first sampai bawah
ini penghujung tangga kenari. tapi yang ini dipuncak. Sepanjang jalan bukan tangga . Ini cuma sambungan dari yang bawah ja. (cana tah nak explain..arghhh)
164549_184331264924808_100000438068400_569819_3987598_n
ni la eyka senget tu..macam nenek kebayan
164703_184330841591517_100000438068400_569811_6557357_n
eyka dan fiza. Sumpah pemandangan sawah padi bawah tu cantik wehhh
166356_184330924924842_100000438068400_569813_4976707_n
buruk bebenor muka aku macam nie.
167581_184330971591504_100000438068400_569814_4619236_n
aku yang berlagak cool. Fiza yang berlagak kiut dan eyka dalam posisi sedia nak kawad perbarisan hari sukan sekolah rendah
178945_184330878258180_100000438068400_569812_4530952_n
mereka rasa mereka bagus. Motifff????hahahahhaa..nganyin ka hapa dua manusia nie?
persoalannya ..
  1. KENAPA GAMBAR AKU BANYAK?( sebab blog aku ..haha..tak la .. sebab ni ja gambar yang aku ada dalam simpanan.jangan marah r 3 gadis)
  2. KENAPA GAMBAR SAIDAH TAK DA? ( takut orang ngorat!!haha.no la.again sebab gambar dia memang tak da dalam simpanan aku. pesal aku tak tau.)
anda ada pengalaman panjat gunung Jerai atau gunung lain?sila buat entry suka hati anda.haha. tak mo buat sudah(tetiba)

untuk tengok gambar lagi sila klik SINI
8:45 PM | 2 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)