Dan Blogger Bertuah Tersebut Adalah.......
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 15, 2011 | 10:06 PM
Peluang Blogger Untuk Lunch Bersama Alam “So You Think You Can Dance” Sabtu Ini
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, April 14, 2011 | 6:27 PM
ini cuma lebih kurang pengumuman je la . bagi sesiapa yang belum tahu , nuffnang ada membuka satu peluang kepada blogger nuffnanger untuk lunch bersama Juara So You Think You Can Dance iaiti Alam yang juga salah seorang members Wakaka .
3 nuffnanger berrtuah akan dipilih dan boleh dating dating dengan Alam. For sure , tawaran ni mungkin akan lebih dapat sambutan dari wanita kan’?Detail “dating” tersebut adalah
Date: 16 April 2011 (Saturday)
Time: 12 pm – 2 pm
Venue: Italiannies, Sunway Pyramid
Wallpost di facebook nuffnang:
Hey Nuffnangers! Remember Alam, the champion of So You Think You Can Dance & Showdown in Malaysia? We've got 3 passes to give away for a lunch date with Alam this Saturday! :D If you'd like to have lunch with Alam, head on to this page for more info - http://www.nuffnang.com.my/contest-submission-alam/
so kalau nak sila isi form di laman web nuffnang.klik link dibawah. Tak perlu buat submission entry, cuma isi form sahaja ISI FORM SAHAJA. dan tunggu berita dari pihak nuffnang. So anda kena jadi sanagt lucky la untuk dapat ni. ehehe
wondering ! kenapala aku buat entry ni .Padahal bukan aku pernah minat Alam ni pun.haha
Najib Razak Dan Rosmah Mansor Dikaitkan Dengan Pembunuhan Altantuya??
cerita ni dah agak lama senyap, tapi semalam dipanaskan balik bil RPK ataut Raja Petra kamarudin diwawancara oleh Buletin Utama berkaitan isu “Altantuya” .
petikan artikel dari MalaysiaInsider:
KUALA LUMPUR, 14 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.
Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.
“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.
Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.
“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.
Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.
Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.
Menerusi segmen Buletin Utama malam tadi, TV3 menyiarkan temu bual eksklusif bersama Raja Petra yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Najib atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.
Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
Menurut Raja Petra, seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil,” katanya.
Beliau berkata, kesemua individu itu pernah berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.
Raja Petra menamakan Din Merican salah seorang daripada beberapa individu terbabit.
Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang, kedua-duanya dari pejabat Tengku Razaleigh.
Dalam tulisannya hari ini, Raja Petra juga mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menuduh Najib atau Rosmah ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya dan kemudian diletupkan menggunakan C4 pada 2006.
Najib dan Rosmah dikaitkan dengan kes itu di mana rakannya yang juga seorang penganalisis politik, Abdul Razak Baginda turut dikenakan tuduhan tetapi dibebaskan kemudian.
Bagaimanapun dua pengawal peribadi Najib disabitkan kesalahan.
Raja Petra menambah bahawa apa yang beliau katakan dalam temu bual TV3 bukan satu pendedahan baru dan telah banyak kali disebutkan selepas menandatangani akuan bersumpah 2008.
“Saya memberitahu TV3 bahawa apa yang hendak saya katakan bukan sesuatu yang baru. Saya telah menulis dan bercakap mengenainya banyak kali sebelum ini. Malah, saya juga telah memberi kenyataan kepada polis ketika ditahan ISA.
“Dan, kenyataan ini direkodkan oleh polis,” katanya lagi.
Malah Raja Petra menulis, beliau bertemu dengan Nik Azmi dua kali pada 2008 sebelum bersetuju untuk mengeluarkan akuan bersumpah.
Katanya, ketika pertemuan pertama, Nik Azmi “mengaitkan Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam risikan tentera, memiliki laporan rahsia membuktikan bahawa Rosmah, Lt Kol Aziz Buyong, dan isterinya Lt Kol Norhayati Hassan, ada di lokasi Altantuya dibunuh. Bul meminta saya mendedahkan ini.”
Raja Petra menamakan Nik Azmi sebagai “Bul”.
“Saya memberitahu dia biar saya berfikir dulu. Isteri saya, bagaimanapun, tidak bersetuju (untuk mendedahkan perkara ini menerusi portal),” kata Raja Petra.
Raja Petra menambah, isterinya merasakan seolah-olah “cerita itu diada-adakan” dan Bul bukan merupakan sumber yang boleh dipercayai.
“Kita hanya boleh lakukan jika mereka tunjukkan laporan rahsia itu,” tulis beliau lagi.
Raja Petra berkata, Bul memberitahu bahawa laporan itu hanya boleh didedahkan selepas polis memulakan siasatan.
“Jadi, saya mendedahkan yang ini untuk memprovokasi polis agar melancarkan siasatan. Saya memutuskan untuk tidak melakukan apa-apa,” katanya.
Raja Petra juga menulis bahawa ketika pertemuan kedua “Bul ada bertanya sama ada saya akan mendedahkan cerita ini dan saya memberitahunya bahawa tidak akan (berbuat demikian).”
“Saya memberitahu Bul bahawa saya pasti akan ditahan dan dituduh jika saya melakukan apa yang dia syorkan.
“Dia memberi jaminan bahawa jika yang itu berlaku (ditahan) dan dia mahu yang itu terjadi untuk rancangan (mereka) berjaya, maka laporan risikan tentera akan keluar,” kata blogger ini.
Katanya, Nik Azmi juga berjanji akan melindunginya dan memastikan tidak akan dipenjarakan.
Raja Petra berkata, beliau akan menulis satu artikel tetapi Nik Azmi mahukan akuan bersumpah memandangkan polis tidak boleh mengabaikan perisytiharan berkanun.
Beliau kemudian memanggil Pang dan diberitahu bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu mengenali Lt Kol Azmi dengan baik.
“Sebenarnya dia selalu ke pejabat Tengku Razaleigh dan Tengku Razaleigh juga tahu akan laporan risikan tentera berkaitan dengan Rosmah dan dua orang Lt Kol berada di tempat kejadian,” tulis beliau.
Raja Petra menulis beliau kemudian menghubungi blogger Din Merican, yang malam tadi turut menafikan dakwaan editor Malaysia Today itu, untuk memeriksa latar belakang Lt Kol Azmi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Din menghubungi balik dan memberitahu bahawa Anwar tahu beliau dengan baik, dia selalu bertemu dengan Anwar dan dia boleh dipercayai,” katanya.
Raja Petra berkata selepas akuan bersumpahnya muncul beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dikenakan tuduhan hasutan dan fitnah.
“(Kemudian) saya bertanya Nik Azmi satu naskhah laporan (risikan itu).
“Bul berkata dia tidak ada (laporan) itu lagi. Keseluruhan fail sudah dicincang, kata Bul. Sudah pasti mereka ada naskhah sokongan, kata saya,” tulis Raja Petra.
Raja Petra seterusnya menulis Nik Azmi kemudian memberitahu beliau bahawa “maaf, tiada salinan sokongan.”
“Laporan itu sudah tidak wujud lagi. Sebenarnya keseluruhan fail itu sudah tidak wujud lagi,” katanya lagi.
Raja Petra juga berkata, beliau memberitahu polis perkara ini kepada polis ketika masih ditahan di bawah ISA.
laporan risikan tentera???macammana tu?takkan polis tak ambil laporan tentera tu, dan kenapa Polis macam senyap ja berkaitan “perkara” nie?Rosmah dan Najib tak dipanggil ke untuk bagi keterangan?
Koleksi Gambar Ferrari Limousin
Hari ni banyak blogger yang buat entry pasal Ferrari 360 yang ditukar kepada limousin sebab berita ini
LONDON - Seorang pemilik Ferrari 360 di sini membelanjakan wang sebanyak AS$326,687 (RM987,084) untuk mengubahsuai kereta sport miliknya menjadi sebuah limousin, lapor sebuah akhbar semalam.
Proses mengubah suai kereta sport yang dibeli pada harga AS$81,678 (RM246,790) itu mengambil masa enam bulan dengan menggunakan alat ganti tulen Ferrari.
Ferrari 360 asal memiliki 400 kuasa kuda (bhp) dan mampu memecut 0-100 kilometer sejam dalam masa cuma empat saat. Namun, limousin tersebut tidak dapat mencapai kelajuan asalnya kerana beratnya sudah bertambah. - Agensi
Sebenarnya sebelum ni , dah banyak dah Ferrari ditukar menjadi Limousin . ANTARANYA :
dan limousin paling mahal di dunia
ini kira limousin jugak ke?haha.
Minta Jasa Baik Tolong Vote Untuk Harga Tempahan Header Yang Sesuai!!
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, April 12, 2011 | 6:36 PM
ADA SATU KEJUTAN DAN BERITA BAIK. KALAU NAK TAHU KENA LA BACA SAMPAI HABIS.HEHE
seperti yang sesetengah dari anda dah sedia maklum, beberapa hari yang lepas aku ada buka tempahan header free untuk blogger blogger dan sudah pun berjaya siapkan beberapa header yang telah ditempah. Semua design header boleh dirujuk di Blog HR DESIGN .
nak tahu apa itu HR DESIGN?sila klik HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD
HR DESIGN pulak adalah satu blog yang diwujudkan untuk mengumpulkan kesemua hasil karya aku yang telah siap untuk simpanan peribadi dan jugak tempahan . Selepas dah test market dengan header free. Alhamdulillah dapat feedback yang positive daripada pelanggan tersebut dan semuanya suka.. Kiranya tak ada yang kutuk kutuk la. hehe.Ni adalah salah satu header yang aku design .
header untuk TIKIN IS TEKO LUVER(sebab tu ada gambor Teko) dan Yuyu Zulaikha
design yang lain boleh rujuk di HR DESIGN
So aku maju setapak lagi untuk mula berbisnes secara serius untuk ambil tempahan kepada blogger blogger atau siapa sahaja yang nak mendesign header atau apa ja dan sedikit bayaran akan dikenakan. Haa tentang bayaran ni la sebenarnya MOTIF UTAMA aku buat entry ni.
Haa nampak tak gambar di atas ni?kotak vote yang dah tersedia untuk anda vote. Aku nak minta jasa baik untuk sesiapa yang masuk ke blog aku ni untuk tolong vote harga yang sesuai dengan kualiti header yang aku buat. Untuk tengok koleksi header yang aku cipta, boleh rujuk di HR DESIGN. Atau klik ja logo HR DESIGN di atas kotak vote tersebut. Anda akan terus didirect ke blog tersebut . TOLONG VOTE EK. alamak terkepslox plak dah. hehe
Lepas dah dapat maklumat berkaitan bayaran ni, baru la aku akan mula buka tempahan. Takut kalau tak dapatkan pandangan ramai, nanti terletak harga tak kena dengan kerja pulak. Kalau boleh tak mau la nanti ada yang merungut. Customers is always cute right!! Kang ada yang pelangkung kepala aku naya ja sebab mahal.
Membebel je terlupa pulak pasal KEJUTAN yang aku bagitahu kat atas tadi. Ok disebabkan aku nak buat tempahan berbayar selepas ni, so aku akan buat satu header free terakhir special untuk blogger bertuah. Siapa blogger bertuah tu, belum tahu lagi. Sesiapa yang aku rasa nak buat la kan?And bermotif untuk aku buat. hehe.Dan beliau tak akan tahu sehinggalah header tersebut siap dibuat. Then aku akan bagi on the spot ja kat dia.hehe. So misi mencari blogger bertuah akan dijalankan pada malam ini atau esok hari.. Mencari jugak walaupun aku esok ada 2 test Dasar pemalas betol!!PERHATIAN !!komen anda yang berbunyi “Saya nak header terakhir tu sebab saya…….” tak akan beri kesan kepada pencarian aku. hahahaha. Aku yang akan decide 100% siapa yang bertuah tu.hak. dah r , rasa macam dah panjang bebenor entry kali ni. Ni yang aku malas nak membebel ni. Tak mau berenti!!
nak tahu apa itu HR DESIGN?sila baca HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD
TQ SUDI BACA !!datang la lagi nanti!!
IMEJ MAKHLUK YANG KITA TELAN TANPA KITA SEDAR HARI HARI, SANGGUPKAH ANDA?
Makhluk-Makhluk Yang Kita Telan Secara Tak Sedar
artikel ni aku ambil dari facebook note Imam Masjid UiTM Kedah iaitu Ustaz Hadi
Kalau saja kita dapat melihat wajah, rupa dan bentuk makhluk-makhluk ini, pastinya kita tak sanggup untuk menelan mereka. Saya beritahu anda, wajah mereka sangat menggerunkan!
Ini merupakan gambar dari bakteria/kutu debu yang biasa hidup di sofa dan tilam tempat tidur kita. Selalunya kita bernafas dan menyedutnya masuk kedalam hidung atau mulut tanpa kita sedari.
Ini merupakan imej bakteria yang biasa hidup di bulu kucing dan anjing peliharaan. Ini adalah hasil karya pemenang pertandingan fotografi sains, iaitu Steve Gschmeissner, 61 tahun, yang mengabadikan mahluk-mahluk mengerikan ini dengan kamera yang dilengkapi dengan Microscope zoom yang mampu memperbesar ukuran sehingga beratus-ratus kali.
Ini pula adalah imej bakteria yang biasa hidup di roti yang tidak dibungkus dengan kemas. Bayangkan saja, dalam sekeping roti Gardenia atau roti Hi-5 yang anda makan, terdapat beratus malah beribu-ribu bakteria ini. Justeru, pastikan anda membungkus roti anda dengan kemas.
Imej di atas adalah imej larva lalat hijau yang diperbesar sehingga 100 kali ( 100x zoom). Nampak macam makhluk asing yang sangat tak kiut kan?
jadi, nak makan ke apa ker, mulakanlah dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, Mudahan makhluk2 semua ini tidak akan hinggap di dalam tubuh badan kita semua>>
oleh Iman Masjid UiTM Kedah , Ust Hadi.
erkkk takkan la aku telan benda benda nie??yarksss~~
HR DESIGN : FAQ Berkaitan HRD
Senarai Pemenang Giveaway Yuyu Zulaikha Sudah Diumumkan. Semak Nama Anda
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, April 11, 2011 | 7:12 PM
lebih kurang setengah jam yang lalu, Yuyu Zulaikha dah umukan senarai pemenang giveaway beliau . Penyertaan adalah sebanyak 567 orang dengan 10 sponsorship untuk hadiah. Dan aku adalah salah seorang sponsor that’s why aku sebok2 buat entry ni.hehe
bagi yang join boleh semak nama anda di entry Senarai Pemenang
Dan untuk bahagian hadiah yang aku sponsor iaitu Design Header Free untuk 2 pemenang bertuah, 2 orang blogger yang terpilih adalah blogger dengan nombor giliran bertuah
437 dan 369 iaitu blogger :
DAN
jadi kepada dua orang pemenang tersebut, sila contact aku untuk penebusan hadiah dan bagi detail berkaitan header yang diinginkan.
Dan aku sebagai sponsor, join jugak sebagai peserta dan TAK MENANG APA APA macam YUYU jugak. haha . Mungkin Tuhan nak bagi kat orang lain kan?tak baik tamak tamak. Untuk Yuyu jangan sedih2 sebab tak terpilih dalam GA sendiri sebab header untuk anda dah siap dan boleh diambil di entry ini
HEADER DESIGN BLOG YUYU ZULAIKHA
Kalau nak tengok Koleksi Design yang aku dah buat, boleh ke :
klik pada gambar untuk ke Blog HR DESIGN
TAHNIAH UNTUK SEMUA PEMENANG !!
Miera Liyana Dedah Lagi. Nampak Habis
aku rasa budak ni ada masalah la. lepas haritu dah timbulkan kontroversi dan dah dikritik dan dibenci , sekarang budak ni buat perangai lagi. Dia memang suka sangat ke tunjuk tunjuk nie?Mungkinkah Miera Liyana ni nak bikin panas dan suka di “canang” oleh wartawan supaya cepat popular. tapi sayang, popular dengan cara yang “kotor’ .
ini baju yang menimbulkan kontroversi pada permulaan
maklumat lanjut di ENTRY INI
dan ini fesyen terbaru yang surely akan menimbulkan ketidakselesaan orang ramai. Layan gambar ni.
Macammana orang tak marah. Yela. budak ni baru je habis SPM. Umur tu masih tak ada angka 2. Dah macam ini ruper. Macammana 3,4 tahun akan datang?lama lama sikit sikit terdedah. Last sekali habis semua terdedah tak ada apa dah. Tunjuk habis semua yang boleh ditunjuk.
Dan jawapan kepada baju yang dipakai pada kali ni adalah:
" Pada awalnya saya agak risau memakaikan baju ini tapi orang lain cakap okay, maka, okay lah kot"
boleh pulak main ikut ikut cakap orang ek. kalau dah macam tu,cuba bogel, pastu orang cakap.”ok je” . so nak berbogel jugak la ek?
mungkin bila dah tersebar gambar yang bukan bukan nanti baru nak menyesal kot. Sekarang seronok lompat2 lagi . Bila dah terkena, baru nak nangis pastu puas nak nafikan. Padahal diri sendiri yang carik pasal.
Nuffnang Bertindak Segera Ke Atas Blogger Yang Mengutuk Syarikat Terbabit
PERHATIAN: ini bukan entry show off trafik or pendapatan bersama nuffnang okeh.. Cuma sekadar sebuah entry sahaja.Tiada maksud menunjuk nunjuk.
Setelah aku buat entry mengutuk dan mencurangi nuffnang beberapa hari lalu, terasa seperti rintihan aku didengar je. (ke memang perasaan aku ja>?). but seriusly, selepas aku buat entry tuh, terasa macam ada “mata” dari nuffnang yang membaca dan terasa kesannya ke atas akaun nuffnang aku. Ingatkan dah nak kena baned dah buat entry macam tu. Ingat dah kena tarik status gliterati. ingat duit nak kena potong. But terbalik pulak dah.
ENTRY MENGUTUK NUFFNANG (hehe)---> Semakin Ramai Blogger Mula Curang Dan Bercerai Den...
Sila lihat dibawah:
statistic BE yang sedang berjalan . Ada 3 BE sedang berjalan di blog HR dan satu sudah menjadi ME dengan jumlah yang aku boleh berpuas hati. Iklan E7 and Digi tu aku macam tak kisah sangat sebab dah seminggu lebih dapat. But yang Biar Betul tuh baru 2 hari cam tuh dapat. Dah mencapai RM 18++. ok la bagi aku yang trafik ciput nie kan?tak macam blogger hebat lain yang trafik berjuta sehari.
Persoalannya, adakah nuffnang mendengar rintihan aku hari tuh dalam entry mengutuk tersebut? Kalau betul bagus la.hehe. Kalau berterusan macam ni, tak jadi la aku nak bertukar tukaran. nak rujuk kembali la denagn sayangku nuffnang . Dasar mata duitan punya blogger kan?cait!!
terasa seperti talam dua muka ja. Kejap kutuk, kejap sayang, kejap suka, kejap tak. Hoii playboy ka!!!
Majlis Makan Malam Komander Kesatria UiTM Kedah Bersama Pengarah Kampus
Alhamdulillah. Dah semester akhir dah aku sekarang ni. Dan dah 5 sem rasanya aku jadi komander kesatria di UiTM nie, Mungkin bagi budak budak UiTM, mereka kurang berminat dengan benda benda lasak macam nie, but bagi aku , sejak menjadi komander la hidup aku banyak berubah. Dan alhamdulillah, selepas setahun aku pegang jawatan sebagai Pengerusi , banyak benda aku belajar. Macammana nak memimpin sesuatu organisasi besar, macammana nak bekerja dalam tekananan, macammana nak membuat keputusan on the spot. TQ semua komander UiTM Kedah yang dah banyak bagi aku kerjasama sepanjang menjadi Komander disini.Banyak kelemahan yang perlu aku baiki.
Dan 2hari yang lepas iaitu pada 8hb April 2011, MPKK UiTM Kedah telah menjayakan Majlis Makan Malam Komander Kesatria UiTM Kedah Bersama Pengarah Kampus yang diadakan di SP Inn Hotel, Sungai Petani . Tema makan malam ni “Red Carpet” . So bermacam macam la fashion menarik, pelik, dan macam macam lagi la yang muncul. Aku?Aku pilih untuk pakai Blazer la ofkos. hehe
Dan tetamu yang hadir adalah Pemangku Pengarah Kampus yang akan menggantikan Pengarah sedia ada iaitu Dr Haida . Beliau sangat cool dan rileks. Memang calon pengarah yang ditunggu tunggu semua . Dah la,aku malas nak cakap banyak. Layan gambar sudah la.
ni poster awal, but event ni dah ditunda ke tarikh 8 April 2011 sebab on the 26, semua komander kena ke Pangkor Island.
penari Asmaradana yang buat persembahan pembukaan. Gambar gambar ni semua dari kamera Hidayah (bertudung merah tengah) , so memang gambar dia je la banyak dalam entry ni. Padan muka spa suruh aku tak bawak kamera (damn)
aku dengan salah seorang penari Asmaradana (farlily)
Kamil , Hidayah dan Aku (ada gaya Men in Black tak kami?hahaha)
kamil yang malu tah pa2..kesian dia sebab petang tu dia baru lepas eksiden teruk . But still datang jugak untuk join. Ni muka tahan sakit ni
ini si Farlily yang penari tadi after dah tukar baju tarian kepada penunggang kuda .ahahaha(terasa diriku semakin slim ..muntah!!!)
motif???
AFIQ GANU, NADIA, ATIKAH S, KENG
MARDIANA DAN YDP BARU (AHMAD BUJANG )
MARDIANA, ZULHILMAN DAN AZIAH
MEN IN BLACK.HAHA.
mereka menggedik sebelum balik. Masa ni aku dah blah balik dah pasal kena sambung esaimen.
Dan yang manisnya bagi aku, malam ni adalah pertama kali aku menyanyi di atas pentas. Perhh gua segan beb. kalau dalam karaoke box tu boleh la aku melalak suka hati . Tapi kali ni kena buat persembahan atas pentas depan VIP plak tu. nasib la duet dengan Naib Yang Di Pertua aku dulu, Atikah Jamil. tak la rasa nak terjun bangunan sangat.hahaha
CHECKOUT HR LATEST DESIGN @ HR DESIGN
Pembukaan Rasmi HR DESIGN |Koleksi Design HafizRahman
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, April 10, 2011 | 5:39 PM
semenjak dua menjak tiga pat limanampuluh menjak ni, aku rajin design header dan wallpaper untuk kengkawan diluar dan kawan kawan blogger. But most of it header la dan semuanya aku buat free of charge sebab dalam proses try and error la lebih kurang. Masih try2 nak masuk pasaran dengan ambil hati pelanggan dulu. kalau dah ada yang puas hati baru la sedikit bayaran akan dikenakan nanti nanti . hehe
Dan bila dah makin banyak koleksi design tu, aku pun dah tak terdaya nak susun bagai. So diwujudkan satu lagi blog yang aku buat untuk simpan kesemua koleksi koleksi design aku.At least kalau tetiba laptop aku or external hard disk buat naya kat aku, still ada simpan di alam maya . Acece macam gallery plak padahal design semua hudus nak mamfus. Masuk ni dah berapa puluh blog tah aku buat. Plus 5 blog yang aku sedang manage secara serius sekarang. Blog or website apa mana leh bgtw. rahsia la weh. Aku ja tau.
Dan aku dah wujudkan blog HR DESIGN untuk pamerkan semua koleksi design dalam bentuk gallery.
klik pada gambar untuk ke HR DESIGN
dan diatas adalah header rasmi blog HR DESIGN yang baru dicipta secara malas dan segan tadi.
JOM TENGOK SEMUA KOLEKSI AKU DI
follow ramai2 ek kat sana. Sini pun follow la sekali.hehe