Edward Martin Jesus. Satu nama yang tiba tiba popular di laman maya hari ini mengalahkan Aaron Aziz yang baru saja memenangi ABPBH . Siapa sebenarnya pemilik nama tersebut? Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin jugak ada yang sedang menggaru-garu kepala memikirkan siapa sebenarnya dia.
Edward Martin Jesus ni adalah salah seorang manusia yang mempunyai otak seperti manusia lain tapi sayangnya otaknya tidak digunakan sebaiknya. Dari semalam, di profile facebooknya , beliau asyik mengugut untuk membunuh diri atas sebab kecewa dengan cinta seorang gadis bernama Nur Atiqah Nor Aziz. Edward Martin Jesus ni dikatakan seorang muslim yang telah mengaku murtad dan membenci Islam dan telah masuk agama Kristian. Dikatakan nama sebenarnya adalah Syahir dan sekarang menetap di Seksyen 19 Shah Alam.
sungguh biadap dan kurang ajar.
Dan dari semalam dia sudah menjadi antara manusia popular di kalangan facebookers Malaysia atas sebab kebodohannya mengumumkan akan membunuh diri.
Berani ke dia bunuh diri? Dan beraninya dia posting macam ni. Ala ala drama gitu. Aku tak rasa dia betul betul akan bunuh diri . Cuba tengok status ini
masih mengharapkan sang gadis untuk menyelamatkannya . Macam drama dan cerekarama yang dibuat buat untuk menagih simpati. Good try bro. Rakan sekolahnya ada komen di status (cari tak jumpa sebab banyak sangat komen) dan mengatakan si Syahir ni memang suka show up lebih lebih untuk tarik perhatian . Dan tahniah la sebab memang berjaya menarik perhatian. Sampaikan satu status ada beribu ribu komen dan berjaya mengumpul sebanyak 2765 subscriber setakat 12 Mei 2012. Good try again.
Dan ini adalah status terakhir mamat ni ,lebih kurang 15 jam sebelum entry ini ditulis. Berjaya mengutip sebanyak 497 like, 3476 comment dan 115 share setakat jam 11.55 malam , 12 Mei 2012. Adakah dia sudah membunuh diri. Dan yang pastinya, status tersebut menjadi bahan ketawa ramai facebookers (cuba baca balik komen komen) . Dan selepas 15 jam , kenapa sudah tiada update status dari dia? Kemungkinannya :
- sudah membunuh diri
- tak mahu update sebab takut malu dikatakan pengecut
- sedang merengkok dalam lokap sebab ada akta yang melarang membunuh diri
- sedang membaca komen komen dan posting blog mengenainya dan tersenyum sebab dia sekarang sudah popular dengan kebangangannya.
Anda rasa yang mana satu kemungkinannya? Admin rasa no . 4. Anda??
adakah ini gambar Syahir dan kekasih hatinya? Sumber gambar dari Blog Milik Syahir iaitu Syahir005. Dan kalau dilihat pada posting dalam blognya sebelum ini, kebanyakannya berunsur Islam. Kenapa tiba tiba boleh murtad dan membenci Islam . Atau ada kemungkinannya fb beliau di hack oleh seseorang atau ini kes fitnah?
Jika benar, tolong lah pergi nasihat si Syahir Mamat melayu bajet omputih ni . Semoga Allah bagi petunjuk dan hidayah kepadanya . Amin