Showing posts with label ISU. Show all posts
Showing posts with label ISU. Show all posts

Apa Itu CCRIS Dan Kesan Apabila PTPTN Laksana CCRIS Kepada Peminjam Ingkar

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 19, 2013 | 11:19 PM

BERITA “BAIK” kepada peminjam PTPTN yang liat membayar hutang anda. Semua data pinjaman anda akan disenaraikan di CCRIS. Berikut adalah keratan berita dari Malaysiakini

ccris-ctos-dan-blacklist

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.


Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.


Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.
Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di Kuala Lumpur hari ini.


"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.


Idris berkata pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

  
Pada masa yang sama, beliau berkata PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.


"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.


Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

masih tak tahu apa itu CCRIS?

CCRIS adalah rekod yang disimpan oleh bank negara mengenai keupayaan kredit anda. Anda boleh mendapatkan rekod kredit ini daripada bank negara atau cawangan bank negara di seluruh negara.

Anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan dan ibu jari anda. Di sana nanti terdapat sebuah mesin untuk anda masukkan kad pengenalan dan letakkan ibu jari anda di tempat yang dikhaskan.

Maka anda akan mendapat laporan CCRIS anda.

Laporan CCRIS ini akan menunjukkan semua hutang anda yang sedia ada dengan bank.

Di sebelah kanan pula terdapat kotak-kotak yang menunjukkan bulan-bulan pembayaran anda.

0 – pembayaran tepat pada waktunya
1 – pembayaran lewat sebulan
2 – pembayaran lewat 2 bulan
3 – pembayaran lewat 3 bulan

Dan ada satu lagi ruangan “remarks”, dalam ruangan ini akan dinyatakan samada anda pernah menerima perintah mahkamah atau tidak.

Sumber

*******************

Jadi apa kesannya kepada anda??? Kesannya sangatlah mendalam. Peminjam ingkar yang tidak membuat bayaran balik akan disenaraihitamkan oleh institusi kewangan dan segala urusan pinjaman anda tak kira la pinjaman rumah, kereta , peribadi dan apa sahaja akan mengalami masalah untuk diluluskan. Rekod CCRIS ini akan diakses oleh institusi kewangan sebelum membuat keputusan untuk meluluskan sebarang pinjaman kepada anda. Jadi kalau anda tak mampu bayar PTPTN mengikut jadual pinjaman yang dibekalkan, jangan harap la nak pakai kereta baru dan ada rumah baru.

Aku kongsikan sedikit komen salah seorang kawan aku bila ada yang marah sebab ramai mempertikaikan pasal CCRIS ni.

Nak bayar tu xde masalh...tp kos pentadbiran yg melampau2 la una...student xde pilihan lain selain pinjam...so kalo xpnjam xdpt smbg belaja...kalo btul la nk tlg rakyat nyer...bayar jer la yg kite pinjam..tu pon kalo btul nk tlg rakyat agar rakyat x terbeban...ak tgk mcm nk kaot untung jer..byar rm50, rm 35 kos pentadbiran, rm 15 tuk pinjaman..tah la..golongn mcm ak nie...xbrape nk ado...nk x nk kne pinjam...lumrah org hutang..hukumnye wajib bayar balik..kite tiade pilihan tuk menuruskan pelajaran

 

Kami bukan pertikai. Cuma nampak kos pentadbiran tu terlampau tinggi. Kalau siapa yang dah dapat statement PTPTN tau la.

Trend belia kini pulak adalah buat pinjaman untuk berkahwin. Mungkin kesan ini paling dirasai sebab yang buat loan tu dah sah2 la “kurang berkemampuan” dari segi kewangan bukan? PTPTN tak bayar, pinjamantak lulus, kahwin tak boleh. Dan setiap bulan pulak mungkin hanya mampu bayar “interest” PTPTN sahaja.  Sekadar pandangan. Ada pro and contranya pelaksanaan ini.

 

11:19 PM | 1 comments | Read More

Remaja Cina Dibogel Dan Dibelasah Hina Agama

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 16, 2013 | 9:24 PM

saya-hina-islam-2saya-hina-islam-1Cina

Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.

Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi.

Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.

Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan.

Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.

Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.

Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”

Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.

Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

9:24 PM | 0 comments | Read More

Azhar Sulaiman Perjelas Isu Murtad

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 22, 2012 | 7:36 PM

Kenyataan murtad oleh pelakon Azhar Sulaiman yang mengelirukan banyak pihak mendapat kecaman daripada ramai peminat beliau. Menjelaskan perkara sebenar, Azhar Sulaiman tampil membuat kenyataan bagi memperbetulkan keadaan.

“Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu ‘Nik Aziz dakwa Umno murtad’.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

“Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

“Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu,” katanya.

Azhar berkata, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Mengenai laporan polis oleh beberapa individu di Perak, Azhar berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

“Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan,” katanya.

******************************************************

**fikir sebelum berkata kata. Jangan menunjukkan kebodohan diri dengan kata kata yang menunjukkan diri tu bodoh. Sekian nasihat dari saya yang tak dikenali kepada abang macho Azhar Sulaiman yang popular tu.

7:36 PM | 0 comments | Read More

Koleksi Logo Alternatif Kemerdekaan 2012 Ciptaan Rakyat Malaysia

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, July 26, 2012 | 10:34 AM

Isu paling panas dan paling mendapat liputan pada minggu ini mungkin berkaitan Isu Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan ke 55 Tahun 2012 yang menjadi perdebatan kerana slogan yang nampaknya menyebelahi sebelah pihak dan logo yang nampaknya seperti hasil kerja “budak 9 tahun”. Ramai yang menganggap logo kemerdekaan pada tahun ini tidak langsung tidak menepati slogan “Janji Ditepati” tetapi lebih menjurus kepada slogan “Janji Siap” kerana reka bentuknya yang sangat sangat ringkas. Malahan lagu Janji Ditepati tu sendiri agak mengarut liriknya . Anda boleh dengar lagu tersebut di Video Lagu Tema Hari Kebangsaan “Janji Ditepati” Bersifat Politik

 CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Berikutan isu tersebut, ramai para designer tampil dengan idea dan design logo masing masing yang nampaknya JAUH lebih baik dari apa yang diilhamkan kerajaan. Jom kita tengok beberapa logo yang dicipta oleh designer designer Malaysia yang boleh menggantikan logo “SANGAT BURUK” tersebut,

 

Semuanya nampak lebih menarik jika nak dibandingkan dengan logo yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ramai sebenarnya designer designer yang boleh memberikan khidmat free membiona logo. Kenapa kerajaan perlu bazirkan dengan mencipta satu logo yang boleh dianggap terburuk dalam sejarah dan menjadi perdebatan??Come on la. Malaysia dah 55 tahun Merdeka. Bukan berniat untuk kutuk negara sendiri, tetapi sepatutnya kerajaan memerintah ambil berat hal hal sebegini. Jika mereka terus lakukan kesilapan kesilapan bodoh seperti ini, jangan terkejut jika pemerintahan Malaysia bakal beralih arah pada PRU 13 nanti. Rakyat Malaysia sudah cerdik pandai dan boleh menilai mana baik dan buruk dan tidak mudah disogok dengan penipuan.

sumber : Blogserius

10:34 AM | 5 comments | Read More

Gambar Kejadian Amuk Di Kompleks JPM , Suspek Meninggal Dunia

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, July 09, 2012 | 10:35 PM

amuk di pejabat perdana menteri, kejadian amuk di putrajaya, amuk di JPM, lelaki mengamuk di JPM, pasangan amuk di pejabat perdana menteri.

Kejadian amuk yang berlaku di Kompleks B,  Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pada jam 2.30 petang tadi bermula apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh ke dalam kawasan kompleks JPM. Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju bersama pasangannya yang berhijab dilihat masuk ke pondok pengawal dan mencetuskan huru hara dengan merosakkan beberapa buah kereta selepas pengawal gagal mententeramkan mereka. Kedua dua suspek juga membawa pedang samurai sebagai senjata.

UPDATED : Video Kejadian Amuk Di JPM Putrajaya

Anggota polis yang tiba dan cuba meleraikan kejadian tersebut gagal berbuat demikian  sehingga memaksa polis melepaskan tembakan yang mengenai kedua dua suspek. Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Difahamkan kedua duanya berhasrat untuk menggulingkan kerajaan dan beberapa kali melaungkan takbir . Lelaki tersebut pula mendakwa diri beliau sebagai Imam Mahadi.

amuk di jpm

Dan perkembangan terbaru yang kami terima, suspek lelaki tersebut meninggal dunia di hospital . Perkembangan lanjut berkaitan akan kami bawakan kepada anda.

kejadian amuk di jpm 9/7/2012

Berikut adalah kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia mengenai insiden berkenaan;

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.

Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.

Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.

Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.

Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.

Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.

Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.

Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.

Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.

Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.

Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.

Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.

Saspek lelaki telah meninggal di hospital.

Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

(Facebook PDRM).

sumber : Mynewshub, Facebook PDRM

10:35 PM | 1 comments | Read More

Cara View Blog uncleseekers.blogspot.com Yang Disekat

uncleseekers, uncleseekers.blogspot.com 2012, uncleseekers hina sultan johor, blog uncleseekers diblock, cara buka blog uncleseekers yang disekat

uncleseekers

Uncle Seekers ni seorang yang agak “kontroversi” dan boleh dikatakan sangat berani, tetapi akhirnya keberanian beliau menjerat diri sendiri apa bila ditahan oleh polis selepas beberapa individu membuat laporan polis susulan entry berkaitan Isu dalaman Kerabat Diraja Johor.

image

Uncle Seekers ditahan bersama teman wanitanya di Plaza Tol Senawang dan direman selama 4 hari, Selepas tamat tempoh tersebut, tahanan beliau dilanjutkan selama seminggu lagi akibat positif dadah jenis metamphatamine. Akibat dari pendedahan mengenai kerabat diraja Johor tersebut. Blog Uncle Seekers kini menjadi antara “Blog Paling Popular” di Malaysia.

 CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Tidak tahu apa sebenarnya yang ingin diperjuangkan oleh uncleseekers ni. Sebelum ini , beliau beberapa kali telah menimbulkan kontroversi apabila mendedahkan  isu isu “berprofil tinggi” melibatkan kenamaan. Antaranya isu Cik Puan Aisyah dan ramalan artis yang akan mati :

Uncle Seekers Ramal Nasib Buruk Artis Dan VVIP - Hafiz Rahman

Uncle Seekers Yang 'Bodoh' Buat Perangai Lagi - Hafiz Rahman

Mantan Raja Permaisuri Agung Kini Milik Uncle Seekers??? -

NAMUN, jika benar apa yang dikatakan dalam semua entry beliau, kerabat diraja Johor pastinya tak senang duduk kerana episod pendedahan tersebut kini telah masuk siri ke-63 . Dan kenyataannya, ramai dari kalangan commenter di entry entry tersebut seakan menyokong apa yang didedahkan oleh Uncleseekers ini. Agak mustahil juga kalau nak kata uncle ni reka reka cerita sampai 64 episod.

Benar atau tidak, tunggu laporan polis sahaja. Tapi kalau, kes kes profil tinggi yang melibatkan istana macam ni, pastinya uncleseekers akan disabitkan salah. Pihak istana tak akan duduk diam.  Pihak kami tak berani nak ulas lebih berkaitan isu ini . Mungkin nanti akan mengganggu siasatan pihak polis pula. Laman web asal Blog Uncleseekers telah disekat tetapi bagi anda yang ingin view blog beliau boleh ikut cara ini:

 

Link asal : http://uncleseekers.blogspot.com/ (laman ini tidak dapat dibuka kerana telah disekat)

Link baru : http://uncleseekers.blogspot.jp (laman alternatif untuk melihat blog beliau)

**HANYA TUKAR (.COM) KEPADA (.JP)

**kepada anda yang ingin baca entry entry dari uncleseekers berkaitan pendedahan beliau, kesemua entry yang diakhiri dengan (.com) hanya perlu ditukar kepada .jp (dot jp) 

8:56 AM | 12 comments | Read More

Pengakuan Gadis Cikaro–“Saya Kenal Seks Bebas Sejak Berumur 12 Tahun”

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, May 06, 2012 | 10:00 AM

Petikan dari Metro

“Pengalaman pertama saya ‘bersama’ lelaki ialah ketika berusia 12 tahun. Memang takut pada mulanya tapi lepas beberapa kali dipujuk, saya akhirnya mengalah,” kata Gee, 17, yang mula terbabit dengan kegiatan cikaro ketika belajar di tahun enam lagi.


Menurut Gee, sejak itu dia mula ketagih melakukannya dan bagi memuaskan diri dan mencari pengalaman baru, dia melakukannya dengan pasangan berlainan.


“Daripada situ, saya mula keluar setiap hujung minggu untuk lepak di lokasi tumpuan sekitar ibu kota sebelum menjadi cikaro dengan bergaul bersama kumpulan mat rempit,” katanya.
Gee, anak bongsu daripada tiga beradik, mengakui kehidupannya berubah apabila ayahnya meninggal ketika dia berusia 10 tahun. Oleh kerana ibunya sibuk menyara keluarga, tiada sesiapa memantau dirinya.


Kerana sunyi, dia mula belajar melepak bersama rakan lain, termasuk dengan kumpulan mat rempit.-METRO


** Ini cuma satu dari beribu ribu kes yang wujud di Malaysia. Dah terlalu kritikal dah masalah ini di Malaysia sekarang. Ada yang sampai kata “ susah nak cari gadis melayu yang betul betul dara sekarang” . Tapi jangan salahkan mereka. Lelaki yang selalunya akan mula dahulu. Kalau dah ramai wanita tak ada dara, semestinya lelaki juga ramai yang sudah tiada teruna semenjak usia muda. Ada kes sebelum ini , kanak kanak seawal usia 10 tahun dah mula pandai berjinak jinak dengan seks bebas. Kalau tak dibendung, tak tahu apa akan jadi . Mungkin masalah utamanya adalah ibu bapa yang semakin tak kisah anak anak buat apa hari hari.

10:00 AM | 0 comments | Read More

Aaron Aziz Dedah Kad Pengenalan Sebenar

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 06, 2012 | 8:13 AM

gambar kad pengenalan aaron aziz, nama sebenar aaron aziz,ic aaron aziz, mat haron aziz

Beberapa hari yang lalu, kecoh sebentar dunia hiburan apabila satu gambar yang dikatakan kad pengenalan Singapura milik Aaron Aziz disebarkan , pertama kalinya oleh laman hiburan ROTIKAYA . Ramai yang mengecam pendedahan rotikaya dan menganggap artikel tersebut berniat untuk memalukan Aaron Aziz.

image

Dan susulan penerbitan artikel tersebut, Aaroz Aziz tampil membuat penafian berhubung isu IC tersebut dan mengatakan bahawa kad pengenalan tersebut bukan miliknya dan direka oleh individu tidak bertanggungjawab bertujuan untuk memalukannya dan menjadikannya bahan lawak. Dan Aaron Aziz turut dikatakan akan mengambil tindakan ke atas laman blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Dan terbaru, Aaron Aziz tampil mendedahkan kepada umum kad pengenalan tulen beliau semasa ditemu ramah oleh Suria.FM

image

Kini terbukti nama sebenar Aaron Aziz adalah Aaron Mustapha Bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha. Tapi, jika benar nama Aaron Mat Haron pun, apa salanya kan? Tak menjadi satu masalah besar sangat pun rasanya. Dah nama pun artis so memang la kena ada nama komersial. Artis artis lain pun nama asalnya bukan sesedap nama komersial mereka.  Mungkin laman blog hiburan tersebut sengaja nak mensensasikan sesuatu untuk menarik pengunjung membaca artikel.

Semenjak dua menjak ni nampaknya laman tersebut memang banyak main isu sensitif dengan artis . Berani sangat dah nampak. Jangan sampai kena banned. Menulis artikel ni kena jaga juga sensitiviti orang lain dan masyarakat. Banyak perkara perlu diambil perhatian supaya tak menjadi fitnah. Bila dah jadi satu fitnah susah . Sebab ramai yang akan percaya dan penulis yang terpaksa menanggung dosa fitnah tersebut.

8:13 AM | 2 comments | Read More

Lagu Bawaku Pergi – Zizan Dan Kaka Diharamkan Kerajaan

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, March 30, 2012 | 6:39 PM

zizan dan kaka, bawaku pergi. bawaku pergi diharamkan, lagu zizan diharamkan, lagu zizan dan kaka, lagu diharamkan keraajaan, lirik lagu bawaku pergi zizan dan kaka


Kecoh dengan kisah Lagu Zizan dan Kaka bertajuk Bawaku Pergi dikatakan mendorong remaja lari dari rumah macam yang berlaku semenjak dua menjak ni. Penulis lagu tersebut, Malique terkilan kerana Kerajaan mengharamkan lagu berkenaan tanpa memberi peluang kepada pihak Malique untuk memberi keterangan dan keputusan dibuat tanpa ada langsung penilaian lengkap oleh panel penilai . Berikut adalah komen Malique berkaitan isu ini :

Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dari kerajaan, lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel (jika wujud) yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik.

Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’.


Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.


Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja.

Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang ‘niat’ lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari KERAJAAN MALAYSIA yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.


Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don’t let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.


Saya ada soalan terakhir untuk semua. Siapa yang sebenarnya negatif?

Kalau isu sebesar ini nak dibesarkan, kenapa tidak dari dulu perkara macam ni dibuat? Aku baru je dengar lagu ni di radio tadi dan aku tak rasa pun lirik liriknya boleh buatkan remaja lari dari rumah. Kalau dah dengar lagu boleh terpengaruh nak lari rumah bagai , apa yang ibu bapa buat? Nak salahkan lagu bila anak lari? macam Malique kata “Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari.” Aku tak rasa ada unsur negatif dalam lagu ni. Lagu Miss Nina dengan Colby O Donnis rasanya lebih bersifat negatif dan lebih “barat” . Kenapa masa tu diam ja? Tak haramkan pun . Mungkin sebab lagu tu menunjukkan Malaysia boleh berkolaborasi dengan artis Hollywood kot? Boleh naikkan nama Malaysia dimata dunia.

Kalau la sebuah lagu boleh memberi kesan yang sangat dalam, kenapa jugak lagu Jalil Hamid dulu tak diharamkan . Mungkin boleh menjejaskan industri ayam di Malaysia sebab setiap bahagian yang dimakan bawak efek negatif pada diri (cuba dengar balik lagu Ayam ) . Lawak pun ada bila difikirkan balik sebuah lagu boleh bawak impak yang sangat besar . Rasanya , banyak lagi benda lain yang Kerajaan perlu haramkan sebelum benda benda macam ni dia nak haramkan. Tu pendatang asing tu , haram jugak, tapi diberikan IC pulak? Apa citaa?? Monyet dalam hutan disusukan, dimanjakan, ditatang , anak kat rumah mati kebulur, kelaparan. 


Bawaku Pergi- Zizan & Kaka

sumber rujukan:

6:39 PM | 5 comments | Read More

Demonstrasi AUKU Di UiTM Shah Alam 4 Jan 2012 ?

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, January 04, 2012 | 10:58 PM

Kecoh malam ni di UiTM Shah Alam. Pintu belakang berdekatan dengan pusat Komersial Seksyen 7 ditutup. Dah sah sah la menyusahkan semua sebab itu pintu utama untuk keluar masuk. Dan di Pintu 1 di Seksyen 2 pulak penuh dengan Polis Bantuan UiTM dan kereta PDRM. Aku lalu tadi mati mati aku ingat ada roadblock . Cuak gak la sebab roadtax dah mati. Then bila sampai rumah , online baru tahu keadaan sebenar. Naib Canselor Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar ada mengeluarkan statement berkaitan satu maklumat yang diperoleh mengatakan akan ada demonstrasi ala ala di UPSI berkaitan isu AUKU.


image
dan update di Twitter Dato’ Sahol .
image

rata rata students memang tak setuju dengan demonstrasi ni. Sebab minggu ni orang kan kalut kalut nak exam. Bila dah ditutup pintu belakang tu kan ke dah menyusahkan orang nak masuk study di dalam. Nak mengharung jammed lagi. Pagi dah jammed, malam jammed lagi . Semak kepala je duduk sini.

So kita harapkan tak ada apa apa demonstrasi. Bagi la habis exam dulu woi ko nak demo demo pun. Jangan la demo sekarang. Doraemon betul laa.


Dan dibawah ni beberapa screenshot ketidakpuasan hati student berhubung isu demo di UiTM malam ni.

image
image
image


**Menangi RM50000 hanya dengan berkongsi cerita anak anda!!! 
10:58 PM | 1 comments | Read More

Bertenang ! Dunia Tidak Akan Kiamat Pada 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, December 09, 2011 | 2:49 PM

Sebelum ni pernah kecoh tentang isu dunia akan kiamat pada 2012. Dan isu ni bertambah menarik dan menakutkan bila filem 2012 dikeluarkan yang memaparkan situasi dan keadaan yang mungkin berlaku jika kiamat 2012 benar benar terjadi seperti yang diramal oleh suku kaum Maya. Tapi, kita sebagai seorang Islam yang berpegang kepada agama dan rukun Islam dan Iman tak sepatutnya terduga dan rasa tertekan dengan berita ni sebab kiamat boleh berlaku pada bila bila masa dan ketika. Hanya Allah saja yang tahu bila kiamat akan berlaku. Malaikat sendiri pun tidah diberitahu oleh Allah inikan pulak kita manusia nak menentukan bila kiamat akan berlaku . Persoalan yang perlu sentiasa ada dalam diri adalaj “ Adakah aku sudah bersedia” .

PALENQUE, Mexico, 9 Dis — Jika anda bimbang bahawa dunia ini akan berakhir penghujung tahun depan berdasarkan kalendar kaum Maya — bertenang kerana tarikhnya masih jauh daripada ramalan.

Itu penegasan pakar-pakar Maya yang mengetepikan sebarang kepercayaan bahawa kaum Maya purbakala telah meramalkan dunia akan kiamat dengan malapetaka buruk pada Disember 2012.

Perkara itu juga telah digambarkan menerusi filem “2012” mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dua tahun lalu.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Ia mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tanggal 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Kalendar itu menyebut bahawa detik itu akan membawa kembali Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan.

Penulis Jose Arguelles merumuskan tarikh penghujung masa “yang kita ketahui” dalam buku 1987, yang spekulasinya menjurus kepada akhiran pergolakan dahsyat.

Bagaimanapun pakar-pakar yang mengadakan mesyuarat mereka di bandar raya Maya di selatan Mexico menjelaskan, ia hanya menggambarkan pengakhiran satu tempoh penciptaan dan permulaan kepada yang baru.

“Kita kena jelas mengenai ini. Tidak ada ramalan bagi 2012,” kata Erik Velasquez, pakar dari National Autonomous University of Mexico.

“Ia hanya falasi pemasaran,” kata beliau.

National Institute of Anthropological History yang berpejabat di Mexico sedang cuba untuk menghilangkan rasa ragu-ragu siri ramalan mengenai pergolakan dahsyat yang akan membawa kiamat.

“Pemikiran muluk-muluk Barat telah memutarbelitkan pandangan dunia tentangan dunia ketamadunan purbakala seperti (kaum) Maya,” kata institut itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Reuters.


Kiamat boleh berlaku pada bila bila masa dan bukan hanya pada 2012. Mungkin sebelum 2012 atau mungkin 100 tahun selepas 2012?Atau 1000 tahun lagi?  Tiada siapa yang tahu bila dan ketikanya.

insider

2:49 PM | 10 comments | Read More

Buku Panduan Seks Kelab Taat Suami Diharam

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 03, 2011 | 11:00 AM

 

KUALA LUMPUR, 2 Nov ― Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami, yang menjadi kontroversi baru-baru ini, berkuat kuasa serta-merta.

Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.

Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Setiausaha Bahagian Kawalan Teks Al-Quran dan Penerbitan kementerian Abdul Aziz Md. Nor berkata buku itu diharamkan disebabkan dua sebab.

Katanya, buku itu dikeluarkan oleh sebuah pertubuhan yang ada hubungan yang jelas dengan al-Arqam yang telah diharamkan.

“Oleh kerana pergerakan itu sudah diharamkan, apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti kelab dan bukunya juga diharamkan,” katanya lagi.

Malah menurut beliau kandungan buku itu yang ditulis oleh Hatijah Aam, juga bercanggah dengan garis panduan penerbitan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Hatijan merupakan pengasas kelab itu.

Pertengahan bulan lalu, Jakim berkata akan menyekat pengedaran buku itu kerana didakwa mengarut dan memalukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Muka belakang buku kontroversi “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” terbitan Kelab Taat Suami. — Foto ihsan

 

SUMBER

11:00 AM | 0 comments | Read More

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Kini Buruan SKMM dan Interpol

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 29, 2011 | 7:24 PM

Menurut berita Bernama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendakwa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara' yang menghina Allah SWT, Islam, Nabi Muhamad SAW, dan agong menetap di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini, Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperoleh dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, menteri berkenaan berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberikan isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.


Alhamdulillah sangat sebab kes ni dah diambil tindakan oleh pihak SKMM yang nak bekerjasama dengan Interpol untuk heret mak cik kurang hajar ni. Jatuhkan hukuman paling berat untuk lahanat ni. Perosak Islam. Aku baru lepas baca beberapa post dalam blog lahanat ni. (Harap blog ni cepat cepat dipadamkan.  Memang rasa sedih dan rasa nak penerajang muka dia kalau jumpa depan depan. Rupa rupanya si makcik ni pengecut . Duduk di Sweden patut la dia berani sangat nak cabar SKMM . haa amik kau Interpol pun dah masuk campur. Habis la kau mak cik.Hopefully cepat cepat la kes ni selesai. Kita heret perempuan murtad ni ke muka pengadilan.

7:24 PM | 2 comments | Read More

JAKIM Sahkan Dialog Hantu Bonceng Tidak Persenda Nabi Muhammad

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, September 26, 2011 | 5:18 PM

Dipetik dari Mstar Online

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.

Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.

Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.

"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

"LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan.

"Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya.

Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. – BERNAMA

Ahmad Idham gelak besar la lepas keluar statement ni kan. Makin bangga la dengan statement beliau sebelum ni sebab sekarang dah terbela statement dia tu. But seriusly, bukan nak cari pasal or nak membesarkan isu ni, even benda ni dah disahkan tak mempersendakan Nabi Muhammad or Islam, maybe lepas ni akan ada syarat syarat yang lebih ketat dalam pembikinan sesebuah filem. Jangan nak main hentam ja sebab nak bagi filem laku. Dan kalau perasan sekarang, satu lagi cara nak buat filem laku ada dengan adegan “lucah” .Tengok la filem yang bakal keluar lepas ni iaitu Klip 3gp .Tajuk pun dah tah hape hape. Hopefully Malaysia tak jadi macam Hollywood yang masukkan aksi aksi ranjang “keterlaluan” dalam filem.

Tertarik dengan komen yang ada dalam entry BlogAmmar

image 

ada yang sentap ke?

image

rasanya dah tak lama lagi dah adegan cium mulut akan ada dalam filem Malaysia.

Bagi aku, aku tak salahkan Zizan sebab Zizan berani tampil mintak maaf dengan public. Satu contoh baik untuk diteladani. Tapi aku geram dengan pengarah dia tu yang sombing ya amat. Tapi tak pa, isu dah selesai. Tarik tangan yang menuding orang lain. Be better than before . Entry berkaitan :  ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM

5:18 PM | 1 comments | Read More

Umur persaraan pekerja swasta naik, antara 60-64 tahun

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Kerajaan sedang menggubal satu undang-undang baru bagi menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun.

Di bawah akta baru yang bakal dinamakan undang-undang umur persaraan sektor swasta, seseorang pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja terbabit boleh dilanjutkan khidmat mereka selama empat tahun lagi.

“Bermakna usia persaraan akan dilanjutkan daripada 55 tahun pada masa sekarang kepada 60 tahun dan seseorang pekerja masih berupaya dan diperlukan, dia boleh terus bekerja selama empat tahun lagi,” kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Abdul Halim Mansor kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan perubahan itu akan membawa pindaan ke atas Akta Kerja dan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jika perubahan itu menjadi kenyataan ia akan memanfaatkan hampir enam juta pekerja, yang merupakan pencarum KWSP.

The Malaysian Insider juga difahamkan kesemua pihak berkepentingan telah melahirkan persetujuan ke atas undang-undang baru ini kecuali satu wakil majikan.

Halim berkata perkara itu telah dihalusi oleh jawatankuasa teknikal yang mengkaji rang undang-undang tersebut tetapi MTUC mahu aspek kebajikan dan ganjaran pekerja turut diambil kira.

“Jawatankuasa teknikal ini telah bermesyuarat dua, tiga kali dengan yang terakhir sebelum sambutan Aidilfitri,” kata beliau sambil menambah, mesyuarat majlis am MTUC semalam turut telah menyentuh perkara tersebut.

“Kami mahu beberapa perkara dihalusi, isu ganjaran, caruman KWSP dan faedah Perkeso,” katanya.

Sebelum ini, MTUC telah menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk menggunakan dengan optimum tenaga kerja negara ini.

Sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan.

Justeru, MTUC telah mencadangkan supaya kerajaan meminda Akta Kerja 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun.

Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun.

Badan induk kesatuan sekerja itu merasakan bahawa majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan bolehmenyumbang melalui kemahiran dan pengalaman luas yang dimiliki.

Halim berkata MTUC mahu kerajaan memasukan soal ganjaran dan kebajikan pekerja apabila undang-undang umur persaraan sektor swasta ini diperkenalkan nanti.

“Kami akan meminta kerajaan mengambil kekurangan yang ada dalam Akta Kerja apabila undang-undang umur persaraan sektor swasta diperkenalkan,” katanya lagi.

**habis la graduan graduan baru konvo. Nak keja pun susah nanti kalau nak naikkan sampai umur 64. Dah la sekarang ni dah terlalu banyak dah kes menganggur dalam malaysia ni..

1:14 PM | 0 comments | Read More

Mohon maaf: Pemuda PAS puji keberanian Zizan

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, September 21, 2011 | 3:37 PM

ENTRY BERKAITAN :

ISU HANTU BONCENG : AHMAD IDHAM AKUI TIADA NIAT PERSENDA SYAHADAH

ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM

KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pelawak Mohd Razizan bin Abd Razak kerana berani mengakui kesilapan dan telah memohon maaf.

Ianya berhubung satu babak beliau dalam filem Hantu Boceng yang jelas menghina Rasulullah.

Mohd Razizan atau lebih dikenali sebagai Zizan dalam babak tersebut menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan), sekaligus mengundang kontroversi.

Bagaimanapun Zizan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Dewan Pemuda PAS pusat dan beberapa pihak lain mengecam tindakannya itu yang dilihat keterlaluan.

"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.

Menyatakan pendirian terhadap kegiatan seni, Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS sentiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya.

Namun Islam ujarnya mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.

"Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.

"Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini," katanya.

#zizan dah..Ahmad Idham bila lagi?tetap nak menegakkan benang yang basah ke?

3:37 PM | 0 comments | Read More

Isu Zizan Hina Islam : Video Hantu Bonceng Hina Islam

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, September 20, 2011 | 1:35 AM

Isu filem hantu bonceng yang dikatakan menghina Islam adalah isu terpanas harini. Semua menuding jari pada Zizan sebab dalam filem tersebut, Zizan yang keluarkan perkataan tu. Salah satu babak lakonan dalam hantu Bonceng dengan jelas menghina kalimah syahadah. Zizan menyebut “ "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud “ "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"NAUZUBILLAH!!   Tapi tak boleh 100% kita nak salahkan Zizan . Dia dah pun memohon maaf atas kesilapan tersebut  . Aku tau dia pun mesti tak tergamak saja saja nak buat macam tu.Mungkin tak disengajakan. Tapi macammana pulak dengan pihak yang menapis? Tapis pakai penapis kopi ke?

image

Boleh tengok dalam video ini

bagi aku, aku tak rasa benda benda macam ni boleh dibuat lawak, dimain mainkan . Banyak benda lagi yang boleh diketengahkan untuk buat orang lain ketawa instead of ambil benda benda berkaitan agam dan pegangan dan buat lawak. Produser sepatutnya lebih peka dan bukannya menjadi pekak dengan buat sukahati mak bapak dalam mengahasilkan sesuatu untuk masyarakat . Apa akan jadi kalau budak budak kecil mengikut dialog dialog dalam filem? Kecik kecik lagi minda dah dirosakkan oleh pengaruh orang dewasa yang “pekak” . Dan bercakap soal produser, Pengarah hantu Bonceng boleh pulak bersikap “agak biadap dan berlagak sombong” . Ada seorang pemerhati bertanya dengan elok, dan cuba tengok apa yang dibalasnya!

image

milik sepenuhnya Oh!Artis. Untuk bacaam lanjut boleh terus ke entry ini.

Nampak “kebodohan” Ahmad Idham bila dia reply macam tu. Bukan bermaksud nak mengutuk beliau tapi kalau dah terang terang bersuluh, lagi nak kata gelap. Apahal kan?

 

Apa pendapat korang?sila komen dan bagi pendapat anda masing masing .

1:35 AM | 15 comments | Read More

Cukai Topup 6% Ditangguhkan : Alhamdulillah

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, September 12, 2011 | 7:14 PM

Entry berkaitan kenaikan harga Topup : Topup Naik Harga 6% : Harga Baru Topup

KUALA LUMPUR: Syarikat-syarikat telekomunikasi hari ini bersetuju menangguhkan caj cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar yang dijadual dikuatkuasakan Khamis ini.


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, persetujuan itu diputuskan secara bersama oleh empat pengendali utama telekomunikasi di negara ini selepas mengadakan perbincangan bersama kementerian itu di pejabatnya di Angkasapuri di sini.
"Setelah mengadakan perundingan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi utama yang terlibat dengan isu cukai perkhidmatan, kesemuanya telah bersetuju supaya cukai perkhidmatan enam peratus yang akan dikenakan kepada pengguna ditangguhkan dan tidak lagi dikuatkuasakan seperti yang diumumkan sebelum ini.


"Perbincangan melibatkan pengurusan utama Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile berlangsung dalam suasana cukup baik, mereka menerima baik nasihat kementerian, pandangan kerajaan serta sentimen yang dilahirkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," katanya kepada pemberita selepas perbincangan kira-kira sejam bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat telekomunikasi itu.


Mereka ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Celcom, Datuk Shazalli Ramly, CEO Kumpulan Digi, Henrik Clausen, CEO Kumpulan Maxis, Sandip Das dan CEO U Mobile, Dr Kaizad Heerjee. – myMetro

 

Alhamdulillah la ditangguhkan. Tapi kenapa tangguh?kan bess kalau terus dicancelkan je benda alah ni. Kami student student terbeban gilak tauu!!

7:14 PM | 1 comments | Read More

Situasi Sebenar Yang Berlaku Semasa Allahyarham Noramfaizul Ditembak Mati Di Somalia

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, September 04, 2011 | 2:23 AM

Malang tidak berbau. Walaupun jarak perjalanan yang perlu ditempuhi oleh sebahagian petugas media dalam misi bantuan di Somalia sebelum diserang hendap semalam hanya tiga minit, namun tempoh itu tetap merupakan antara yang paling panjang yang pernah dilalui oleh jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.


Ini kerana dalam perjalanan tiga minit itulah mereka ditembak sekurang-kurangnya dua kali dan salah satu daripadanya mengorbankan rakannya, jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor, yang juga ketua pasukan media yang bertugas dalam Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.


Menurut Aji Saregar, ketika kejadian, beliau dan Noramfaizul berada dalam kenderaan terakhir daripada tiga kenderaan yang bergerak dari hotel penginapan petugas media elektronik menuju ke hotel yang menempatkan petugas media cetak dan penulis blog.


“Sebelum memasuki pekarangan hotel itu dari hotel kami, saya terdengar bunyi tembakan dan sedar saya sendiri terkena tembakan di bahagian lengan kanan.

“Dalam kesakitan, saya memberitahu Noramfaizul bahawa kami diserang tetapi arwah tiba-tiba terkulai di bahu kanan saya. Saya dapat melihat bahu kanan arwah berlubang dan dia berada dalam kesakitan yang amat sangat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Aji Saregar menceritakan detik-detik cemas itu sebelum menaiki pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Mogadishu untuk pulang ke tanah air bersama jenazah Allahyarham Noramfaizul serta kesemua petugas media dan sukarelawan misi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang waktu tempatan itu (10.30 malam tadi waktu Malaysia), konvoi tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan tentera kerajaan Somalia ditembak oleh penyerang tidak dikenali kira-kira 200 meter sebelum memasuki hotel berkenaan.


Tembakan yang terkena bahu kanan Noramfaizul itu dilaporkan menembusi paru-parunya dan menyebabkan Allahyarham meninggal dunia ketika dirawat di hospital berdekatan kira-kira pukul 6.07 petang waktu tempatan sementara Aji Saregar hanya cedera di lengan.


……………………………………………………………………………………………………………………

Bagi aku, orang Somalia ni , bukan semua tapi kebanyakannya memang tak kenang budi. Dah berapa puluh tahun dah Malaysia hantar misi pengaman untuk pastikan negara Somalia tu sedikit aman dan kebuluran dikurangkan. Negara negara lain banyak yang ambil sikap berdiam diri dengan masalah kebuluran antara yang terburuk di Somalia sekarang ni. But then , bila nak ditolong, jadi macam ni pulak. Persoalannya, MASIH RASIONALKAH Misi Pengaman ni kalau objektif utamanya adalah untuk menyelamatkan nyawa tapi dalam masa yang sama nyawa sendiri dipertaruhkan.

Seorang anonymous ada comment dalam entry aku :

untuk rekod pada tahun 1993 ketika Malaysia menghantar pasukan tentera (RAMD Mekanis dan Rejimen Gerak Khas) untuk misi pengaman di sana, 3 orang anggota tentera kita terbunuh di mana salah seorangnya terbunuh ketika operasi menyelamat US rangers yang dikepung oleh militia Fara Aidid. Kemudian jika tak silap 2 tahun lepas, beberapa orang kelasi rakyat Malaysia telah diculik di perairan Somalia. Sekarang wartawan kita pula terbunuh da seorang cedera. Somalia negara paling tak selamat.

2:23 AM | 2 comments | Read More

Bukti Media Di Malaysia Penipu Besorrrr!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 25, 2011 | 6:41 AM

Media kerjanya mencari berita berita yang menarik dan terhangat dari pasaran untuk tarik pembaca. Sebab tu kadang kadang, mostly selalunya berita berita yang disampaikan 50% boleh caya 50% lagi bek jangan percaya. Mereka akan berkokok merokok dan menokok tambah berita so that ia akan jadi lebih gempak dan cool.

“terlalu menjaga tepi kain orang  sampaikan bawah kain pun nak jaga”


dermmm jahat!!!

Jom kita tengok situasi sebenar yang dipusing pusing oleh mereka yang bergelar “media” malaysia.Tak pasti dari mana sumber asal (sila claim jika ia anda punya untuk aku backlink)


Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
 
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Suara keadilan - "Tidak perlu bersumpah, kami bukan pemandu beca"
Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."
Siapa punya kerja aku pun tak tau menda ni. Tapi, walaupun mungkin ini cerita lawak dan ringan untuk suka suka, dalam dunia nyata, ini yang berlaku. Berita yang pada mulanya macam lain dipusing, dipulas, dikalih menjadi cerita lain supaya nampak lebih menarik dan “hot”. Ia akan jadi lebih teruk kalau melibatkan politik. UMNO kata PKR jahat. PKR kata UMNO jahat. PERKASA kata dua dua jahat. Amekkauuu!!
6:41 AM | 2 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)