Home » Isu Hantu Bonceng : Ahmad Idham Akui Tiada Niat Persenda Syahadah

Isu Hantu Bonceng : Ahmad Idham Akui Tiada Niat Persenda Syahadah

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, September 21, 2011 | 1:43 PM

Entry Terdahulu  ISU ZIZAN HINA ISLAM : VIDEO HANTU BONCENG HINA ISLAM

pic credit to :  rilekslah.com

Pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri tidak pernah berniat untuk mempersendakan kalimah syahadah dalam sebuah adegan filem tersebut yang telah menjadi kontroversi.

Ahmad Idham berkata dialog yang dituturkan oleh Zizan Raja Lawak dalam adegan berkenaan yang dikatakan mempermainkan kalimah syahadah itu tidak langsung bertujuan untuk menghina seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Saya pelik mengapa perkara ini dibesar-besarkan kerana jika diperhatikan adegan tersebut tidak langsung mempersendakan kalimah syahadah. Cuma hanya cara lontaran dialog tersebut sahaja yang telah disalah tafsirkan.

“Saya terkilan perkara itu diperbesarkan sehingga ada yang menganggap saya sebagai manusia yang terlalu jahil tentang agama. Pihak-pihak berkenaan sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya,” katanya selepas sidang media sempena penyampaian watikah kemasukannya ke program Ijazah Doktor Falsafah (PhD), Universiti Utara Malaysia, yang diadakan di sini, Selasa.

Ahmad Idham diminta menjelaskan mengenai tuduhan pelbagai pihak yang mengutuk filem Hantu Bonceng kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.

Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu mengucap dua kalimah syahadah dan menyebut perkataan “syaitan”.

Jelas Ahmad Idham, sekiranya adegan itu benar-benar terlalu sensitif, ia sudah awal-awal disunting oleh pihak Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPFM).

“Jika ia benar-benar mempersendakan kalimah syahadah sudah tentu ia dipotong oleh LPFM dan mengapa baru sekarang isu ini timbul seletlah filem itu habis ditayangkan di pawagam?

“Ini bermakna ada segelintir pihak sengaja menimbulkan isu tersebut dengan mempunyai agenda tertentu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Ahmad Idham masih menunggu memorandum yang ingin dikeluarkan terhadapnya oleh individu yang mengakui mewakili Dewan Pemuda Pas.

Filem Hantu Bonceng yang ditayangkannya bermula 31 Ogos lalu mendapat kutipan RM8.4 juta dan ia merupakan pencapaian tertinggi untuk filem arahan Ahmad Idham.

Entry Berkaitan : Ahmad Idham: Ia Satu Propaganda Politik

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)