terkini di sabah, lahad datu, semporna, pencerobohan sabah, tentera sulu serang sabah, pencerobohan lahad datu, serangan balas atm di sabah, perkembangan terkini di sabah 2013
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Pihak keselamatan dipercayai dapat menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu selepas melancarkan serangan ofensif di kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini. Walaupun operasi masih berjalan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis dan tentera mencapai objektif yang ditetapkan, mengikut sasaran yang ditentukan.
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Lahad Datu, Sabah, Ismail berkata pasukan keselamatan melancarkan tindakan ofensif terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo. Beliau berkata tiada orang awam di kawasan sekitar ketika operasi dilancar dengan menggunakan jet pejuang sejak pukul 7 pagi.
Ismail berkata tiada kehilangan nyawa di pihak pasukan keselamatan manakala setakat ini jumlah kematian dan kecederaan di pihak musuh belum dapat disahkan.
The Star Online melaporkan bahawa peperangan bermula antara militan bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan awal pagi ini. Tembakan telah didengar dan jet pejuang telah dilihat mengelilingi sekitar ladang Felda Sahabat. Letupan didengar selama 40 minit di Kampung Tanduo, lapor akhbar tersebut.
Sekumpulan 200 lelaki bersenjata, yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu, telah menceroboh pada 9 Februari lalu bagi metuntutan Sabah.
Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata semalam tujuh lagi batalion telah dihantar ke Sabah sejak Sabtu, dengan lima di Lahad Datu dan masing-masing satu di Sandakan dan Tawau.
dan video laporan dari laman Al jazeera