Showing posts with label TIPS BLOGGING. Show all posts
Showing posts with label TIPS BLOGGING. Show all posts

Trafik 200,000 PV Sehari!! Bukan Mustahil

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 19, 2012 | 7:54 PM

baru lepas makan Ayam Penyet di medan makan seksyen 2 Shah Alam, balik balik ja terus on laptop dan buka blog la of course. Benda pertama yang aku akan buka bila buka ja mata pagi pagi adalah blog, facebook number 2 , then aku akan buka email. Pastu baru cari artikel terbaru untuk entry SEO. Orang lain bangun baca doa, aku bukak internet. Apa nak jadi pun tak tahu. Insaflah weii.

 

Dan petang ni, agak eksaited sebab berjaya capture number yang cantik . 51 Online User dan pada masa yang sama, total pageview adalah 1151151. Cam cantik la kan, and ofkos la perkara perkara pelik sebegini haruslah diupload dan dijadikan kenangan kan? For future generation and reference. hehe. Wahh ayat yang agak kepoyoan terbit disitu.

image

Alhamdulillah minggu ni , trafik bertambah tambah. Aku berjaya maintain trafik dan trafik tertinggi dicatat pada 16 januari lepas iaitu hampir 14000 PV sehari dan 7000++ UV. Alhamdulillah .

image

InsyaAllah menjelang hujung bulan ni, aku akan berusaha keras untuk penuhkan syarat baru untuk apply Innity iaitu 200k PV dan 40k UV. Untuk UV dah lepas. Cuma PV je yang masih belum cukup. Mungkin 3-4 hari lagi, kalau trafik boleh maintain 4-5 k sehari, boleh la lepas. Doa doakan la ek. Innity tak kesian betul dengan aku. Dah 2x aku apply dia reject. Syarat trafik lepas, boleh dia kata content blog tak bagus. huhu. Mana ada gambar model lucah ke, Maria Ozawa ke. Ape tah yang dia cakap tak sesuai tuh. Ce bgtau sikit . . tensyennn aku . Kali ni kalau apply dia tak kasi jugak, nak tutup blog!!!! (merajuk tepi dinding)

Sila abaikan tajuk PENIPU BESAR DI ATAS!! sebenarnya dah mati akal dan kutu atas kepala pun dah mati habis dah memikiorkan tajuk apa nak letak entry ni. Nahh amik kau tajuk “imposible thing to happen” tu. 200k sehari. Mungkin 3-4 tahun lagi?? Siapa tau kan? Lawan Abg Nara  dgn Obefiend

**InsyaAllah lepas ni aku akan mula memperbanyakkan info info berkaitan blogging dan tips tips menarik untuk blogger blogger baru. Nak jugak rasa berjasa kan . Walaupun kurang mahir, tapi alhamdulillah aku dah mula memahami selok belok dunia blogging setelah 3 tahun aku berblogging .  Boleh jugak baca entry entry TIPS BLOGGING yang lepas lepas untuk rujukan .

7:54 PM | 6 comments | Read More

7 Sebab Kenapa Seorang Blogger WAJIB ada WLW + Download WLW Disini

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 13, 2012 | 1:30 PM




apa itu WLW??WLW adalah Windows Live Writer ..satu produk dari windows yang sangat berguna kepada web producer dan jugak blogger..most of blogger2 Malaysia menggunakan draft yang disediakan oleh blogspot,wordpress or others web producer yang mana untuk post atau buat entry ,korang akan gunakan dashboard yang memang dah sedia ada ...kelebihannya..simple..tapi banyak kurangnya...
kita tengok pada blogspot sendiri...hanya ada beberapa jenis word ja yang disediakan dan in case kalau nak buat jadual..tak ada ..


penyelesaianya?


Windows Live Writer…rasanya dah banyak blogger yang buat entry pasal nie..tapi aku nak menambah perisa ja…kot2 masih ada yang still tak tahu application nie wujud kat dunia nie…sekurang-kurangnya bila orang tanya apa tu WLW kita tau la jugak nak menjawab kn..tak la nampak sangat buta IT..haha


kenapa aku cakap WLW nie wajib ada untuk semua blogger?ok jom kita tengok featured dia…menarik
1
1.semasa kita menaip entry…background preview akan menjadi exactly macam blog theme…so sebelum entry dipublish..korang dah sedia tahu macamna entry tu akan jadi selepas dipublish…WLW akan install blog theme secara automatik semasa internet disambung n simpan setting tu…so kalau in case korang balik kampong tak ada line or broadband tak bayar…still boleh create entry bila2 masa dan disimpan dalam bentuk yang betul-betul akan dipublish nanti..korang jugak boleh preview entry dalam bentuk asal blog walaupon internet tak dak time tu…contohnya macam nie…


image
gambar kiri ni  aku printscreen n paste disini masa internet offline….still can got the real blog theme isn’it?senang kn?tak payah nak tunggu internet ada baru nak buat entry….bila2 pon boleh buat!!










seterusnya
2

2. bagi dashboard biasa..cuma ada beberapa jenis font ja untuk create entry…dengan menggunakan WLW..semua jenis font yang ada dalam laptop korang kini boleh digunakan untuk create entry dan membuatkan entry lebih menarik dengan font yang bermacam-macam…saiz font pulak boleh diubah-ubah sesuka hati


3

3. yang menarik tentang memasukkan hyperlink di WLW..cuma perlu copy link..then klik insert hyperlink…automatik window macam gambar diatas akan muncul dan link dah sedia ada..tak payah copy dan paste…masukkan ‘text to be displayed ja’..dan yang lebih menarik…korang boleh settingkan sama ada nak link tu diopen dalam window yang sama atau di new tab..menarik kn??


4

4. featured yang bermacam-macam..seperti yang dah aku highlightkan warna merah di atas,,,dalam entry korang boleh masukkan table,hyperlink, picture , photo album, video, map, post tag, emoticon dan jugak lain-lain plug-in yang sesuai…hidup makin senang kalau ada WLW nie…


5
5.kalau di dashboard biasa…masukkan tag tak menarik..tapi di WLW..cuma perlu mark atau create tag baru untuk entry yang ditulis…senang.mudah dan cepat pluz mesra betulll


cats


6. selepas habis menulis entry…ada 3 pilihan yang boleh dibuat oleh penulis…
  1. Publish terus ke blog…entry terus akan dipublish atau scheduled publish
  2. boleh post draft to blog..featured nie bermaksud entry yang ditulis di WLW akan terus dihantar ke dashboard dalam bentuk draft…tunggu masa ja untuk dipublish
  3. boleh simpan di store simpanan WLW atau anda boleh simpan entry yang ditulis dalam laptop masing-masing..yang nie berguna bagi yang ada masalah dengan internet tak ada or tak bayar…bila dah ada connection ja…boleh terus publish ..


7


7. dan yang terakhir sebelum aku tertinggal…copy gambar ke dalam WLW bukan setakat semudah ABC tapi ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ…sangat-sangat la senang hidup nie…untuk yang nak masukkan printscreen ke dalam entry…cuma ctrl+alt+printscreen then terus paste di WLW..tak payah disimpan di dalam komputer dulu ..setting ni jugak berfungsi untuk copy paste gambar dari blog lain ke dalam entry..cuma right click..copy image dan paste di WLW…senang dan mudah….dan gambar yang dimasukkan boleh diubah saiznya sesuka suki hati..cuma tarik di penjuru gambar (anak panah)…




okay dah cukup 7 sebab kenapa seorang blogger wajib ada Window Live Writer…so cepat2 dapatkan Window live Writer dan Windows Live Essential..boleh klik download dibawah..





Windows Live Essential 2011
Lepas dah download link di atas, sila pilih produk yang ingin anda install. Ada pilihan . Dan paling penting jangan lupa tick pada kotak Writer. Kalau tak , tak jadi la Window Live Writer ni.


 

Nota : gambar dan featured adalah berdasarkan

Windows Live Essentials 2011 dan Windows Live Writer 2011

1:30 PM | 32 comments | Read More

2 Alternatif Terbaik Gantikan Shoutmix

Surely before this ramai yang menggunakan perkhidmatan Shoutmix untuk kotak pesanan di blog atau website masing masing. Dan bermula 1 Januari 2012 yang lalu, kita dah sedia maklum tentang tamatnya khidmat shoutmix free dan mereka hanya menawarkan pakej premium atau berbayar . Pastinya ini satu “bebanan” terutama kepada mereka yang hanya berblogging untuk tujuan peribadi dan bukan mencari keuntungan. Pastinya nak yang free saja.

Hari ini aku nak bagi 2 alternatif terbaik untuk menggantikan khidmat free shoutbox dari Shoutmix. Mungkin ramai yang prefer Cbox tapi aku tak masukkan Cbox sebab macam tak berapa nak berkenan la. Agak menyusahkan sikit. Setiap kali nak tinggalkan pesan kena isi semua maklumat diri. Tak ke itu menyusahkan readers kita yang datang ?

Kini anda boleh menggunakan khidmat shoutbox FREE dari :

image

busuk.org , satu laman ping terkenal di Malaysia menawarkan widget shoutbox secara percuma dan mudah untuk digunakan. Apa ciri ciri menarik shoutbox dari busuk.org ini?

  • Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
  • Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
  • Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
  • Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
  • Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
  • Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
  • FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma! (SUMBER)
  • FUNGSI TAMBAHAN

  • Ban URL - Menghalang sebarang laman web atau email yang tidak diingini dihantar ke shoutbox anda.
  • Scrollbar Color - Menukar warna pada scrollbar shoutbox anda.
  • Website Locking - Membenarkan shoutbox anda hanya boleh di access melalui laman web anda sahaja.
  • KLIK UNTUK DAFTAR SHOUT BUSUK.ORG


    ALTERNATIF 2

    image

    Anda juga boleh menggunakan shoutbox FREE yang disediakan oleh  (sama macam yang aku sedang gunakan sekarang ) iaitu FIBOX. Fibox memudahkan anda untuk meninggalkan komen kerana ia disertakan dengan button login via facebook. Jadi anda hanya perlu tekan pada simbol fb dan anda akan terus login menggunakan facebook profile anda. Sangat mudah dan cepat tanpa perlu menaip nama dan link blog anda lagi .

    image

    Fibox juga dilengkapi dengan SMILEY yang mudah digunakan . Cuma tekan sahaja.

    image

    KLIK UNTUK DAFTAR FIBOX

    **LIKE FACEBOOK PAGE FIBOX


    Kalau dari pandangan aku, aku lebih prefer Fibox sebab ia sangat mudah digunakan. Terpulang kepada individu mana yang mereka suka kan? Harap membantu kepada anda yang memerlukan. Sekian

    10:00 AM | 1 comments | Read More

    Tips Blogging Lengkap Untuk Blogger Baru: Edisi Widget Penting

    Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, July 15, 2011 | 12:43 PM

     

    tips

    Dah beberapa kian lama abadnya aku tak buat entry yang agak memberi pekdah dan manfaat kepada sekelian rakyat jelata Blogger sekelian alam. Asyik merapu merapan dan makan trafik dari entry SEO yang kebanyakannya dikopipes dari blog dan website lain. Ofkos la kopipes sebab entry SEO memang kebanyakan orang kopipes ja dari sumber utama. Cuma mungkin reedit sikit sikit tapi ada jugak sesetengah yang tak malu mengaku dia punya. watdehellizit?

     

    Hari ni, aku dengan rasa baik (baik ke?) nak berkongsi beberapa tips or perkara yang seorang orang or manusia yang baru nak berjinak jinak dan bermanja manja dengan kehidupan blogging  ni perlu buat masa nak start berblogging or buat blog.

     

    TIPS 1 : WIDGET PENTING SAHAJA

    Normally seorang blogger baru yang sedang mendesign untuk mencantikkan dan kadang kadang memburukkan dan melingkup  blog masing masing akan letak widget widget sebanyak mungkin dalam blog masing masing. Kadang kadang tu widget yang tak pernah aku tengok pun ada disumbat masuk. Siap ada bela macam macam jenis binatang lagi dalam tu. Ikan, tikus, kucing, rimau, landak laut, lintah, dan kalau boleh lipas kudung pun nak bela dalam belog. Lipas kudung kategori natang gak ann???wateva la. Semua tu hanya memberatkan bog anda dan buatkan orang rasa menyampah nak menunggu loading lama lama tambah pulak kalau pakai berukben memang rasa nak baling laptop keluar tingkap je.

     

    Pasangkan widget widget yang penting penting pun dah cukup . Orang masuk blog kita bukan nak tengok widget widget tu or nak main main  dengan natang peliharaan dalam tu. Lagi bess main tamaguchi tak pun main bunuh bunuh burung kat Angry Bird lagi besss. Antaraa widget widget yang penting Yang perlu ada adalah :

    1. Follower : penting sebab kalau tak ada camana orang nak follow.
    2. Archive : kalau dibahasamelayukan jadi la arkib or gallery means semua segala mak nenek entry yang dibuat . Maybe orang akan tertarik dengan entry entry sebelum sebelum ni yang mungkin lagi bess dari entry hari ni.,
    3. Advertorial : mostly blogger baru akan guna nuffnang. Nuffnang ni kira macam pencetus la untuk berjinak jinak untuk dapatkan pulus melalui blogging. After dah popular, nuffnang akan dilupakan seperti yang dibuat oleh segelintir blogger “hebat” yang mula mengutuk nuffnang  lepas trafik dah mula tinggi
    4. Shoutbox. Cara nak pasang shoutbox ni melambak lambak blogger lain dah buat. Pergi google je jangan nak jadi pemalas sangat . Shoutbox ni penting jugak sebab kita tau orang ada datang blog kita. Tak tahu la pulak kalau ada yang dah pasang sebulan tapi langsung tak ada orang post kat situ. Sumpah kesian. Tapi mustahil lah..

     

    itu 4 yang aku rasa paling penting. Yang lain lain pun penting tapi tengok pada keadaan la. Kalau berat sangat tak payah la letak. Simple is better. Mudahkan pembaca anda.

     

    Tips Blogging Lengkap Untuk Blogger Baru akan bersambung dalam edisi berikutnya iaitu Edisi Menulis Entry..so stay tuned here…jangan lupa bookmark page ini. Cuma tekan Ctrl + D dan tekan DONE..siap!!tq sebab sudi baca. Kalau suka boleh la like entry ini..

    12:43 PM | 0 comments | Read More

    Tips Blogging : Apa Itu SEO?Bagaimana Mendapatkan Entry SEO

    Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, May 09, 2011 | 5:00 PM

     

    Dah lama rasanya aku tak buat entry tips tips nih . Dari membiarkan blog kita ni  cuma berceritaaaaa tentang diri kita ja, better berkongsi sesuatu ilmu yag bermanfaat untuk semua kan?at least berblogging sambil membantu. Dan sebab ada beberapa orang blogger yang bertanya kat aku apa itu SEO. So dari aku bagitahu sorang je, baik kita berkongsi ramai2, Kan lebih afdal!

     

    Mungkin ada sesetengah dari blogger yang kurang minat dengan SEO atau Search Engine Optimization tapi tahu tak SEO sangat penting bagi mereka yang mementingkan jumlah trafik tak kira la pageview ataupun unique visitor setiap hari. Sebabnya, jumlah trafik lah yang menentukan kejayaan sesuatu laman web dan menentukan jugak jumlah fulus yang akan anda dapat, bagi yang berkasih sayang dengan syarikat pengiklanan la kan?But rasanya semua yang ada blog dah pasang iklan kan??

     

    Ada aku pernah dengar sorang blogger dikenali ni “memerli” blogger blogger yang bermain dengan SEO. Ye la, tau la cerita sehari hari ko tu orang nak baca. Ko kan popular. Tapi tak yah la nak memerli kami yang “tak pandai” bercerita tentang kehidupan seharian. Aisehh emo plak. Bektudetopik. Untuk aku, aku tak pandai sangat nak bercerita dan tak pandai nak mengarang cerita jadi menarik macam Cik Epal, Fatin Liyana, Hanis Zalikha, dan sebagainya (cam barang plak.)haha. So untuk aku tarik trafik, aku gunakan teknik SEO . bagi yang bermain dengan SEO, majoriti trafik doran  akan datang dari search engine. Betul tak?hehe

     

    Ok meh nak tunjuk something regarding the SEO nih. Sekarang ni cerita tentang kes video lucah DSAI tengah hangat dan keyword tersebut memang panas dan dicari cari oleh pelayar internet. So minggu lepas aku gunakan peluang untuk tarik  trafik dari mereka mereka yang “search” keyword panas tersebut. tengok bawah ni

    image

    perkataan “video seks datok anuar” adalah antara keyword paling banyak yang masuk ke dalam blog aku melalui search engine. SEBAB??sebabnya, entry yang aku buat berada di first page google search untuk carian keyword tersebut. First page dan di column kedua selepas Malaysiakini. So orang yang search mesti akan tertarik dengan tajuk entry kan?

     

    APA KAITAN SEO DENGAN TRAFIK?meh sini nak tunjuk .Ce jenguk puas2 gambar dibawah.

    image

    ini adalah entry yang aku buat sehari selepas Royal Wedding Putera William dan Kate Middleton. Satu keyword panas seluruh dunia yang confirm akan dicari di internet. Dan hasilnya. Korang boleh tengok sendiri jumlah Online Readers di sebelah kanan. Maintain 30-40online readers pada satu satu masa. Tapi sekarang bila dah jarang update. Tinggal la 4-5 orang.  Sebab apa ramai online bila buat entry entry SEO macam ni?tengok bawah ni

    image

     

    keyword “perkahwinan diraja” bila ditaip di google search. Entry yang aku buat berada di first page. Di nombor 3 dan 4. So rezeki anda akan melimpah ruah dan trafik akan melimpah ruah jugak la kan kalau entry berada di first page google search engine.

     

    MACAMMANA NAK BUAT ENTRY SEO?

    1. Cari keyword panas setiap hari yang akan orang cari . –contohnya, setiap jumaat orang akan cari berkaitan MAHARAJA LAWAK. so kena cepat cepat update berkaitan ML tu.
    2. Tajuk yang “catchy” dan tak merapu merapan. Jangan gunakan singkatan atau ayat SMS. Contohnya, ada ka orang akan cari perkataan MHRJA LWK???tak kan?mesti orang akan type penuh di google search engine. So be aware of that.
    3. Pastikan info yang diberi betul or that will be the first and the last time orang datang blog kau.
    4. Bertanya kepada blogger yang pandai bermain SEO yang hebat macam Faizal Fredley, Cikgu Dahlia, Anastasyea dan banyak lagi la.

     

    Yang paling penting kena pandai cari peluang. Selidik apa yang akan orang ramai cari hari tersebut atau esoknya. Kena rajin la yang penting. So selamat mencuba. Kalau ada salah silap kat atas, sila tegur untuk diperbetulkan. Sekian

    5:00 PM | 3 comments | Read More

    Blogger Cantik Je Boleh Popular!!Tak Cantik Tak Boleh!!

    Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, April 01, 2011 | 10:12 PM

    ENTRY REPOST sebab ada orang tanya lagi macam ni dekat aku.malas nak baut post baru.LOL

    ada seorang kawan,blogger jugak cakap dengan aku.
    ‘’Alaa..hanis zalikha tu popular sebab dia cantik, dia model. Fatin Liyana tu ramai orang masuk blog dia sebab dia cute. Tak buat entry sebulan pun hari hari visitor beribu riban. Apa nak kisah kalau orang cantik. ‘’
    Yeke ,?asal cantik je popular. nak popular je kena cantik? aku rasa tak. Sebabnya? Tuhan dah jadikan manusia semuanya sempurna. Rezeki masing masing pulak Tuhan dah tentukan , ada yang akan dapat sikit and ada yang akan dapat banyak. Kalau sekarang bukan rezeki dia, mungkin masa masa depan tuhan akan bagi . Semua orang cantik, semua orang ada kelebihan masing masing. Kalau kita kurang pada rupa, mungkin Tuhan bagi kelebihan untuk kita dalam cara yang lain.

    Dalam konteks dunia blogging pulak. Oww memang kalau tak cantik takkan popular ek?Kalau tak cantik memang orang tak nak baca entry ko ek?kalau tak cantik blog ko memang orang nyampah nak datang ek?. TAK!! Kalau nak berjaya , kena la usaha lebih. Ini tidak, baru sehari dua buat blog, pastu seminggu sekali pun susah nak update, and then bila update just say ‘’hye’’ . Sape la nak masuk baca. kalau masuk pun memang first and the last la . Memang hagham takkan datang dah pastu.

    Mesti akan ada yang cakap balik “tu hanis zalikha update seminggu sekali je tapi ramai gak orang “..itu special case. Dia memang dah dikenali. kalau dah dikenali , tak update pun orang akan datang and baca balik entry lama2 ko. Orang akan tertunggu update terbaru dari blogger tu. Tapi nak jadi macam tu, bukannya senang. Manusia pun dari kecil belajar merangkak dulu, baru boleh berjalan. Bukan keluar dari perut, terus berlari. Mulakan dari bawah and jangan banyak sangat mengomel . Kalau hari ni tak berjaya, esok cuba lagi. Cuba tanya blogger blogger hebat, macammana nak sampai ke tahap tu?perit jugak tu.

    Pasal blogger cantik pulak. Tak semestinya kena cantik, kena handsome baru ramai peminat and ramai follower plus ramai visitor . Cuba tengok DENAIHATI. Sampai sekarang orang masih tak tau sape sebenarnya penulis blog denaihati tu. Tapi dia antara website paling popular masa kini. See , orang tak menilai kita dari paras rupa. Tapi menilai kita dari hasil kerja kita. Blogging ni bukan macam  dunia modelling nak kena cantik, ada shape baru boleh berjaya. Nak jadi blogger berjaya tak semestinya kena cantik macam ini. 

    dan seksi macam nie..

    or muka patung macam nie



    atau secomel ini

    image


    macam nie pun boleh popular kalau hasil kerja terbaik….heheee
    tapi orang cakap macam nie…

    betul ke???haha no komen…..
    sekian entry caca merba dari saya…..
    10:12 PM | 20 comments | Read More

    Blog Hilang Tiba Tiba ?Jangan Gelabah, Ini Penyelesaiannya

    Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, March 28, 2011 | 10:53 AM

    5minit yang lalu adalah waktu paling getir sepanjang aku berblogging selama lebih kurang 2taun nie. Mau tak gelabah biawak. tetiba bila aku nak post entry dari Window Live dia bagitau blog aku tak wujud cam ni

    cats

    ok aku  hadapi dengan penuh rilek dan cool ja. InsyaAllah hilang kejap ja. Ingat dah kena hack macam Izamir Ridhwan kena minggu lepas. Tapi blog cikai nie mana ada orang nak hack. Buang masa ja.

    So bila anda hadapi masalah yang sama, jangan gelabah. Blog anda masih ada dalam sistem. cuma mungkin ada error sikit. Macam apa yang jadi tadi, aku terus verify balik account aku dengan Google, dia hantar verification password through phone sebab Gmail pun tak boleh masuk tadi. Then , everythings came back to normal again. fuhh~~..

    Gila lah memang takut aku tadi, maunya hilang semua entry entry yang aku buat dari awal blogging dulu. Tak ke naya. Tu semua dah macam diary aku . So kalau hilabg diary memang merana wohh………hari ni baru 27 Mac tapi aku dah awal awal lagi kena April Fool dari Google and Blogger.. shessshhh~~
    10:53 AM | 1 comments | Read More

    Tips Blogging :Bukti Kenapa Gambar Penting Dalam Setiap Entry!!

    Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, February 25, 2011 | 5:57 PM

    dah lama rasanya aku asyik merapu dengan blog ni and langsung tak memberi faedah pada readers readers untuk baca apa yang patut dalam ni. So hari nie, walaupun penat plus hangat nie, aku nak buat satu entry tips berkenaan SEO dan jugak tips untuk membuatkan entry anda semua mesra di search engine.

    kebanyakan dari kita suka letak gambar dalam setiap entry. Tapi ada jugak blogger blogger yang langsung tak letak satu pun gambar dalam entry and bila baca, seriusly aku rasa cam bosan ja. Bek aku g baca novel, novel pun ada gambar gak kengkadang. Tak perlu karang panjang panjang tapi orang malas nak baca. Letak gambar menarik dan just buat caption ja. Seriusly orang akan lebih suka. Gambar menceritakan segalanya. Baru tadi aku baca entry by Miss Lolly letup letup fofular tu. Simple ja tapi menarik.

    Untuk tips hari nie , kita nak tengok cara pemilihan gambar yang sesuai dan entry yang sesuai untuk dibuat untuk membolehkan entry anda semua mesra SEO. Sebelum tu sila lihat gambar dibawah dulu.

    image

    jangan tengok yang pertama. Yang tu dah sememangnya. haha. Tengok yang kedua tu. readers yang masuk blog aku menggunakan keywords myvi untuk hari ni. Sebenarnya keyword MYVI akan terus membawa ke entry DEDAH!!Myvi dan Alza Adalah Hasil Ciplak dan Copy Paste??? . Tapi melalui image search di search engine.

    Ok faham tak?cam nie. Meh nak ceciter. Orang ramai yang search gambar MYVI, akan ke page aku dalam entry tersebut dan kesannya ,visitor tu untuk blog aku la. Macam hari nie.walaupun aku tak buat entry pun. Tapi free free ja dapat 45 unique visitor melalui entry yang aku dah buat Bulan 10 tahun lepas. Dah 4bulan dah entry tu tapi still dibaca. Contohnya cam nie

    image

    di Google image , bila search MYVI, and then gambar ke –3 tu akan terus direct ke blog aku. Ini first page tau. Ok la kan first page dan gambar ke 3 dalam page tu. But apa tah malangnya, petang nie bila aku check balik , gambar ke 3 tu bukan direct ke blog aku dah tapi ke SINI . InsyaAllah dia link balik kot. Kadang kadang tak faham jugak menda alah nie.

    So pemilihan gambar yang mesra search engine sangat penting. Dari Google Image pun kita boleh tarik pembaca. Tapi jangan la pulak letak gambar lucah untuk tarik pembaca. Rezeki tak halal tuhh….fikir fikirkan..sekian..selamat mencuba

    5:57 PM | 1 comments | Read More

    Blogger Hebat Tu Hebat Ke? Sebuah Coretan Hati Blogger Tak Hebat....

    Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, February 17, 2011 | 6:36 PM

    sebelum aku nak mengomel bebanyak sila tengok gambar dibawah dan renungkan seketika. 

    image

    besar pengaruh Ben Ashaari di dunia blogging. Itu rezeki hasil titik peluh dan usaha dia untuk naikkan diri sendiri dan capai kejayaan.


    berbalik pada topik asal, its about apreciation to others. Bila seorang blogger dikenali tinggalkan jejak dan jugak bagi kata kata semangat kepada blogger baru ,memang dah jadi adat untuk blogger tersebut untuk senyum sampai telinga kan3x? sesetengah blogger boleh menjadi sumber inspirasi untuk blogger lain . Menarik kan?bukan artis, bukan pelakon, bukannya penceramah hebat macam Dr fadzilah Kamsah dan bukan ahli politik yang hebat . tapi cuma seorang blogger boleh bagi pengaruh kepada orang lain . Bukan senang kita nak mempengaruhi manusia ni.


    Tiba tiba aku teringat ayat yang pernah intanurulfateha pernah cakap masa ku sembang sembang dengan dia dulu

    Blogger je pun..bukan Menteri!!

    simple tapi mendalam maknanya. Sila tafsir sendiri makna tersebut atau tanya intan sendirik okehh.

    Sebenarnya aku pun dah lupa apa aku nak taip sebab aku stuck lama sebab aku study masa buat entry nie. deymmm idea lari . Nantila kalau aku ingat balik aku ceciter okeh.hahahaha
    apa apa pun , cuma nak memberitahu kepada blogger yang berada di atas , sila jangan lupakan blogger dibawah . Contohi Ben yang banyak membantu yang lain. Tidak ditujukan kepada sesiapa. Cuma sekadar ingatan untuk diri sendiri. Kita semua tak selalu berada diatas . Kadang kadang kita akan jatuh dek kerana kecuaian dan kekurangan diri kita sendiri. Macam yang selalu kita dengar dan dah muak dah dengar

    Hidup Ibarat Roda

    walaupun dah muak aku tetap nak guna gak statement tu sebab itu je terfikir dalam kepala aku sekarang ni. Kita semua sama. Kita semua hebat . Cuma cara kita menonjolkan diri tu berbeza beza.Renung-renungkan!!Pointing up

    p/s : aku paling suka dengan blogger Eyriqazz sebab dia memang sangat baik dan nasihat dia memang sangat sangat boleh pakai.

    blogger hebat seperti dalam tajuk diatas tidak ditujukan kepada sesiapa . hanya sekadar tajuk sahaja. So tak ada sesiapa yang boleh claim dia hebat. ahaha.


    nota tapak kaki : damn again sebab sampai sekarang aku masih tak dapat mencari kaitan antara tajuk kat atas dengan entry ni...

    6:36 PM | 8 comments | Read More

    Bloglist By Profession : Blogwalking Dan Cari Rakan Blogger Sama Bidang Dengan Anda Cara Mudah

    Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, February 16, 2011 | 10:47 PM

     

    ehh

    nampak tak banner seperti diatas yang aku letak sebelum ruangan post dalam blog aku???tau tak tu ape?tak tau sila klik pada gambar diatas.

    faham tak dengan tajuk kat atas?sebab aku rasa tajuk tu macam canggih sangat je.haha. Tapi korang mesti faham kan?korang kan semua pandai pandai dan orang yang terpelajar semuanya=)

    ok hari nie aku nak memperkenalkan sesuatu yang memudahkan korang untuk mencari geng or kawan dari kalangan blogger yang sama profession .Ini bukan widget blogwalking or watsoeva tetapi cuma sati list blog yang disusun untuk kemudahan blogger blogger berblogwalking secara aman. Sama profession disini bermaksud berada dalam bidang yang sama. Contohnya bagi pelajar atau blogger yang belajar di universiti swasta, Politeknik, Blogger Perantauan , Blogger yang sudah berumahtangga dan more are coming just in time.

    ok setakat nie faham tak? bloglist yang disediakan ni menyenangkan korang untuk mencari kawan or geng masing masing (kenapa rasa macam dah ada ayat nie?) . Contohnya macam aku, aku belajar di UiTM and nak mencari kawan kawan blogger yang turut belajar di UiTM ,so aku boleh ja masuk dalam senarai bloglist ni dan terus berblogwalking dengan aman tanpa masalah.

    tapi setakat nie, admin blog tersebut iaitu ‘siapa tah aku pun tak kenal’ sedang dalam proses untuk menyusun semula bloglist-bloglist yang ada dan bloglist yang dibuat adalah hasil kerjasama dengan BlogPilihanMalaysia yang sudah menyusun blogger based on profession dan negeri masing masing. Macam company woo siap ada joint venture bagai.haha

    Setakat hari nie iaitu 16Feb2011 jam 9.30 malam admin dah menyusun bloglist bagi Blogger IPTS dan Blogger Politeknik . Dan admin sedang dalam proses untuk menyusun blogger by Negeri masing masing so that nanti senang nak cari geng negeri masing masing. Senang kan3x??? tunggu bila dah siap nanti hidup korang akan lebih senang dan mudah je untuk blogwalking.Acece ayat over gila. Contohnya hari nie nak blogwalking blogger Kedah jeee..esok blogger Selangor jeee…haa kan ke senang. Tak gitu?tak yah ceciter dah. Memang dah senang nak paham kan? dan jangan risau sebab setiap link yang diletak bila korang klik akan automatik dibuka dalam new tab dan bukan dalam tab yang sama.

    apa lagi?jom kita terjah Ehh!!Blogger..Blogger One Stop Centre Anda

    and bagi yang ada entry menarik untuk dikongsi di Ehh!!Blogger korang boleh klik SUBMIT ENTRY*

    sebarang pertanyaan boleh rujuk di FAQ Ehh!!Blogger

    10:47 PM | 0 comments | Read More

    Tips ‘Followeraddicted vs Visitoraddicted’ Follower Banyak Atau Visitor Banyak?

    Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, January 20, 2011 | 11:45 AM

    tips ini mungkin berguna kepada blogger yang baru dan mungkin tak berguna kepada blogger yang dah lama dan pandai.Tapi mungkin berguna jugak kadang-kadang walaupon pada mulanya tak berguna.Argghh apa ni?*gila!

    dua perkataan di tajuk adalah perkataan yang aku hentam keromo sendiri.Tak pasti pulak yang word tu wujud or tak..haha

    disini aku nak bagi dua situasi

    1. seorang blogger ada 4000 ++ follower tapi setiap kali masuk blog beliau cuma ada tak lebih dari 10 orang ja yang online satu satu masa
    2. seorang blogger cuma ada 400 follower tapi setiap kali masuk blog dia, akan ada tak kurang 10 orang yang online setiap masa

    dua situasi di atas ada aku detect di beberapa blog yang aku lawat dan yang aku perasan. Ada tiga benda yang boleh memuaskan hati manusia yang digelar blogger nie tapi aku nak kupas (aiseh ayat) dua ja :

    1. Follower ramai
    2. Visitor ramai
    3. Blog cantik

    Situasi 1 : FOLLOWERADDICTED  

    ada sesetengah yang tak kisah jumlah visitor dan golongan blogger nie puas hati kalau tengok follower bertambah setiap hari. Dia memang tak kisah dengan jumlah visitor yang datang melawat. Golongan followeraddicted selalunya akan follow banyak-banyak blog dan berharap yang blog yang difollow tu akan follow dia balik. Inilah case yang selalu kita dengar rungutan blogger blogger yang semak kepala  dengan ayat i follow u,u follow me . Mengikut pengalaman aku yang dah berblogging selama lebih kurang setahun setengah nie,(acece macam la lama sangat .lempang mau?) followeraddicted selalunya akan merebak dikalangan blogger-blogger yang baru buat blog.Means newbie atau blogger yang baru masuk dunia blogging. Tak aku nafikan sebab aku pun dulu macam tu jugak. Memang buat kerja-kerja i follow u,u follow me  tu . So aku ni antara golongan yang semakkan kepala blogger jugak la kiranya kan?haha.Itu dulu.Sekarang aku tak buat dah kerja kerja ni. Dh insaf dah.Dah pandai dah .hehe

     

    Situasi 2 : VISITORADDICTED

    kebanyakan dari blogger yang dah mula faham erti sebenar berblogging akan mula mementingkan jumlah visitor yang datang melawat. Masa ni lah dia akan mula rajin blogwalking, tinggalkan komen so that orang akan datang melawat. Masa ni la semua butang-butang like dan jugak retweet akan dipasang. Dan masa ni jugaklah kerajinan untuk check stats dia Dashboard blogger atau analytic nuffnang akan bertambah-tambah. kalau boleh setiap kali online memang akan buka analytic untuk check jumlah visitor yang datang. Dan masa ni jugak , bila masuk ja blog sendiri, first, mata akan pandang pada widget online visitor . 5,6x dia akan refresh balik page after post entry sebab nak check ada ka pertambahan lepas publish entry.Blogger visitoraddicted ni sekarang dah tak kisah sangat dah jumlah follower sebab bagi dia , visitor lebih penting. Dia akan buat apa cara sekalipun untuk tarik orang. Antara aksi-aksi atau usaha untuk tarik orang ke blog adalah :

    1. buat facebook group sendiri
    2. ping entry di mana yang boleh pin
    3. retweet dan like facebook pada entry sendiri (ini aku buat haha)
    4. post link entry merata-rata tempat termasuk group facebook , komen entry blogger lain etc.Kadang-kadang tulis nama blog kat pintu tandas (sumpah aku tak penah buat)

    yang mana lagi baik?bagi aku of course la visitor banyak la lagi baik kan untuk seorang blogger yang nak berjaya dalam bidang blogging nie sebab dari visitor la beranak pinaknya duit nuffnang korang.Nuffang sikit tak kisah kalau follower ko satujuta pon tapi visitor satuorang. Tapi kalau follower satuorang tapi visitor satujuta ,haa tu memang nuffnang kesah.Kesah pa aku!!*tetiba

    aku pernah jadi dua2 yang di atas.Hampa semua penah jadi hat mana?haha..mai dah utagha diaa nuhh!!

    11:45 AM | 2 comments | Read More

    Aik 31 Unmoderated Comment Dah??

    Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, November 21, 2010 | 12:52 PM

    walaupon tak sehebat si Hana yang ada 149 unmoderated comment tu..tapi ni kira ok la kn 31 comment yang aku belum publish lagi yang dapat dari entry2 sehari dua nie....


    cats

    sikit ja..syok lebih ..(biar la)..haha


    jenis aku ,aku suka reply setiap comment yang member2 n kawan2 blogger semua tinggalkan…even banyak dan aku tau korang tak akan datang dah baca comment yang aku reply tu..but for me..it is about being apreciate of what others give to you….(bi rojak )..sorry BI dapat G spm dulu..haha…semua pengomen2 tu datang dan tggalkan komen..so dorang support kita…semua orang mesti nak entry2 dapat feedback yang baik dari pembaca kn?kalau bukak dashboard n terpampang unmoderated comment tu..hati mesti berdebar-debar nak baca komen-komen tu kn??kn3x?tak??grrr..cepat cakap YA…



    mungkin ada sesetengah blogger yang tak suka reply comment pembaca2 kn?tak kisah la..setiap orang ada cara sendiri untuk hargai setiap pembaca…tapi ingat ..jangan langsung tak hargai orang lain..kalau dah kena cop blogger berlagak sekali..memang first n da last la dia datang blog kita…berbuat baik dengan orang kalau kita nak orang lain baik dengan kita =)

    so insyaAllah aku akan berusaha keras jugak untuk reply setiap comment yang aku rasa perlu direply (maaf anonymous terkecuali)…tak minat sangat oramng2 suka berahsia nie..hehe..so insyaAllah lepas entry nie dipublish ..butang publish comment akan ditekan n aku akan reply satu-satu komen tu..(harap2 internet tak lombap cam siput pork)



    hari nie dah start training fitness..so bz sikit…ada masa sembang2 lagi..tq allz yang sudi singgah sini…=)…


    12:52 PM | 2 comments | Read More

    Entry Khas Untuk Blogger Baru Dalam Dunia Blogging

    Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, November 20, 2010 | 1:15 PM


    SCHEDULED POST SEBAB CUTI RAYA

    semenjak dua menjak tiga empat lima nam menjak nie…aku nengok..dah banyak blogger2 baru yang lahir dalam dunia blogging nie….includiing some of my frenz yang buat blog bila tengok aku ada blog…dah ramai yang mula bertanya macamna nak buat blog ,susah ka nak buat blog…tolong watkan….
    bukan bermaksud nak syok sendiri or what..tapi bila orang lain terinspirasi dengan apa yang kita buat ..rasa berbaloi bila kita buat something..tak la sia-sia penat tenangan (tenaga dan tangan) aku menaip hari2…ada jugak orang yang membaca dan dapat ilham dan mula berminat..bukan senang nak menjadi sorang blogger….semua blogger2 Malaysia sebenarnya insan-insan kreatif yang tak semua orang ada kemahiran  tu…ingat senang nak ngadap blog hari2..nak taip entry2 yang dapat bagi kesan bila ada orang baca…merapu memang senang…tapi nak merapu yang berkesan memang susah….

    aku tak rasakan yang aku hebat ..aku pon baru dan masih belajar…ada ramai lagi blogger –blogger hebat disini..didunia blogging nie….ada Ben Ashaari yag trafik mencanak-canak tu..Joegrimjow yang kreatif dengan entry berunsur komik dia tu…Arief Shah…n ramai lagi la…blogger perempuan pulk ada Cikgu Dahlia…...ada Yanmionline…atau tanya geng2 ❤ The Gorgeous and Friends ❤  semua otai2 dan pandai2 belaka niehhh....sebenarnya banyak sumber rujukan kalau kita nak berjaya…mungkin sesetengah dari korang akan cakap…’kami blogger kecil-kecilan je..mau ke blogger2 popular tu nak tolong n nak layan kami’'…buang pemikiran buruk tu…blogger2 tu semua baik2 belaka..semuanya nak tolong orang yang nak menolong diri sendiri…kalau nak berjaya kena ada guru …belajar tak ada guru alamatnya sesat la ..orang yang berjaya tak malu bertanya dan orang yang banyak bertanya tu la selalunya akn jadi nombor 1..

    ada beberapa orang blogger baru bagitau minat tapi tak ada idea….idea tu boleh dicari…bila dibagitau satu hari sorang blogger popular yang jugak sibuk boleh buat 4,5,6 sampi berbelas2 entry sehari…mesti akan ada cakap…uissyyyy tak boleh la macam tu….why tak boleh…blogger tu pon manusia macam kita….(aku pon terasa nie.)haha

    kepada rakan2 blogger baru dan yang masih fresh2 lagi.. teruskan semangat berblogging anda…korng semua hebat2..boleh jadi terkenal dan popular.dan buat duit beribu riban dengan blog…caya la…gua sokong u allz semua….=)


    sedang menunggu sorang kawan aku buat blog pas lepak2 sembangh dgn dia pasal blog nih.....mesti dia lagi popular dari aku nnt...lawan tokehhh...grrrr...nak tengok muka dia...??niehaaaaa..
    **jgn klik bagi besar..hahaha
    haha,,,jangan phewwwwit2..awek orang sudah...nnt dah siap blog dia aku perkenalkan kat korang semua =))))  (nak kenal la tuuu...gataiiii)))...hahahahhaa

    ok allzz....jumpa lagikk nanti
    1:15 PM | 14 comments | Read More

    Sikap Buruk Blogger Itu Sendiri Yang Menjatuhkan Mereka

    Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, November 10, 2010 | 4:27 PM

    salam semua blogger2  Malaysia dan luar negara yang baik hati........


    sebenarnya aku mendapat idea untuk bercerita tentang isu nie selepas melawat sebuah blog yang dirahsiakan yang dengan terang terangan mengutuk seorang MANUSIA dengan mengeluarkan fakta2 yang agak tak berapa sahih tentang penipuan  manusia tu....


    aku tak heran...ko nak kutuk ke..ko nak caci ke..ko nak hentak2 dia punya company ke..tu ko punya pasal....urusan ko dgn dia dan urusan ko dgn tuhan...tapi ingat sikit...dalam nak memberi maklumat..nak bagi orang baca...ko guna ayat baik berhemah dan cantik siket boleh tak..hanginnnn aku....


    kenapa aku cakap sifat buruk????ini buruknya..sesetengah blogger....kalau buat entry...nak buat yang panas2...nak buat yang orng ramai akan komen dan orang ramai akn klik like dan orang akan banyak share ...itu matlamat asalnya..nak jadi popular dikalangan yang popular..tapi popular dengan menjatuhkan orang lain....tak da maknanya baiii.....aku meluat gilak dengan ayat nie 


    ''aku dedahkan nie untuk kebaikan dan bagi semua orang tahu pasal aku tak mahu orang lain semua kena tipu''...


    .ayat tu nampak macam ok je...macam inesen ja tarak pa2 kn????tau tak apa yang aku meluatnya???bila si pembuat entry haprak tu gunakan ayat2 dan maki2 dan lucah2 dan carut2.....shessshhhh la..mencik gila aku dgn orang macam nie....nak buat baik tapi ayat tak baik...cuba la ubah diri sendiri dulu sebelum ko nak ubah pemikiran orang lain..kalau diri sendiri kotor...orang lain pon akan terpalit dengan kekotoran tu..pakai Kuat Harimau pon kotor lagi....


    kalau sumayyah..dalam lagu hijjaz tu cakap....''tangan yang disangka lembut menghayun buaian ,menggoncang dunia mencipta sejarah''..itu lain beb....ko tau sumayyah tu sape????carik sendiri...tapi baii...ko tu cuma blogger industri kecil dan sederhana ....standard2 warung tepi jalan je.,..bukannya blogger yang hebat sangat sampai nak mengoncang dunia nie...dunia pon belum tentu nak digoncang oleh ko yang bergelar ''bloger hingusan '' lagi


    pehal aku hangin r???bukan la..mna hangin..aku tegur dan menegur kepada yang berkenaan...kawan2 blogger yang baik2 smua aku sayang....cuma sebahagian kecil dan cinonet blogger2 yang suka suki merosakkan nama blogger lain dgn keluarkan cita suka suki memfitnah sana sini...seriusly aku mencik gila dengan entry2 yang fitnah2 yang tak tahu asal usul mna hulu datang maklumat yang dia dapat tu..bila tulis entry ..bukti tak mau pulak dedahkan..cakap...taip ikut suka tangan dan kaki je......


    nie lagi satu sifat buruk yang dulu aku pon buat sikit2 tapi dah buang terus sekarang...bila baca entry2 macam yang aku cita kat atas tadi...terus ja caya...tak ada nak check2 dah...menda betul ka...tak betul ka...tipu ka....kelentong ka....semuanya nak percaya....pastu bila entry2 tu dipenuhi dengan perkataan2 maki2 dan lucah2...bila nak komen pon reader mula la nak maki2 jugak..nak lucah2 jugak...nk sokong2 jugak maki2 dalam entry tu...pastu bila ada blogger yang komen baik2 ...kena maki jugak...buat baik kena maki....buat jahat sokong pulak dah....cam 'harem'


    so..aku cuma nak bagitahu dan pesan....kepada semua blogger yang anda semua akan naik dan menjadi popular satu hari nanti...korang jangan nak suka suki memperdayakan readers tambah2 readers2 baru nnt..apa yang kita sebut dan apa yang kita tulis dibaca...dan sesetengah pembaca akn percaya bulat2 dan bila dia pcaya bulat2 dia akan terikut dengan apa yang kita cakap...dan bila dia terikut plak...mula la dia akan share..dia akan linkback....so pembohongan dan tipu daya berserta fitnah tu akan tersebar...ko jugak tanggung dosa bertan-tan....tak campur dgn dosa ko ponteng skolh dulu2 ke...ngutuk member2 lagi....banyak dosa tu....


    isyyy sebenarnya aku pon tak tahu kenapa aku nak membebel dan mengarut malam nie.....tapi yang pasti aku tak suka dengan blog yang aku baru baca tadi..penuh dengan pendedahan dengan ayat2 ''cam haram''...cuba la tegur or cita elok2....komen pon elok2 ja orang tulis nnt..kalau tak puas hati cuba jangan nak carut2...nak carut dgn kawan2 ko sudh la....blog nie satu dunia boleh baca...pesal ko nk carut2 jugak....




    p/s : jangan ingt blogger2 biasa2 dan baru cam aku nie...tak pandai nak mengkritik dan menegur cam otaiiiiiii..haha....kengkadang yang baru lebih baik dari yang lama..kih3..ada yg terasa ka???maaf ..cuma ditujukan kepada blogger2 haprak seperti diceritakan diatas......=)))))baiiiiiiii

    4:27 PM | 7 comments | Read More

    TiPS BLOGGING!!Waktu Paling Sesuai Publish Entry by HanaLoveNest

    Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, November 05, 2010 | 4:30 PM

    sebelum memulakan entry nie...nak bagitahu yang entry nie sebenarnya link ke entry one of my frenz...


    salah satu cara untuk untuk anda menarik visitor ke blog anda dan membaca entry2 yang dipublish adalah timing masa publish yang tepat dan betul...nak publis entry kena ada strategi ..bukan boleh main2 suka hati hentam...blogger yang efektif kena ada strategi untuk jadikan page masing2 medium tarik visitor


    so kepada anda yang nak tahu waktu paling sesuai untuk tarik pembaca ..anda boleh terus ke link di bawah..ada macam2 entrylain yang  menarik dan tips menjadi blogger yang berjaya...klik di bawah


    What is the time people will usually get online? | Tips waktu sesuai untuk publish entry



    hanya yang terbaik dari Hana Love Nest




    SUMBER :  http://www.hanalovenest.com/
    4:30 PM | 3 comments | Read More

    Header Atau Tak Payah Header???Mana Lagi Bagus??

    Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, October 28, 2010 | 5:13 PM

    kalau anda perasan..aku tak pernah menggunakan header dlam blog aku..kalau orang lain..header cantik2...antara yang aku rasa cantik adalah header cik shara bunga .bilasiBUNGAbicara. dan jugak header cik intan suka nangis ❤ intanurulfateha.com ❤...simple but cool...ada lagi tapi rasanya kalau aku letak banyk kesian la pada visitor yng gunakan berukband...lambat nak load


    kebanyakan n boleh dikatakan most of the blogger menggunakan header dalam blog masing2...tapi kenapa aku tak ada r??(gila pa tanya soalan kat diri sendiri.)


    banyak untungnya ada header sendiri walaupon kadang2 website yang hebat2 tak ade pon header...header tu adalah first inpression ke atas blog anda...masuk ja..kalau dia tgk header menarik mesti rasa nak explore lebih..tapi kalau masuk ja..header mengarut tah pa2...rasa nak tekan hujung atas kanan warna merah ja..haha


    persoalan masih bermain di kepala otaks aku..kenapa aku tak minat header r?dulu pernah guna sekali...tapi crius buruk..biasa la masa tu baru belajar guna photoshop..masih jahil photoshop...tu yang buruk...so malu nak guna (malu pe tah ) aku pon decide tak mau guna header...sampai sekarng la aku tak pernah guna...


    so apa pendapat korag??perlu ka aku guna header yang comel2..yang cantik2..yang ehnsem??or stay dengn apa yang ada....tak de la berat sgt klau tak de header...load pon cepat....(sambil tgn tunjuk kat geng yang guna berukband lembap) haha....


    p/s :pehal aku semakin suka kutuk berukband r???sian ko kan...sape suruh lombap sangat...kan dah jadi bahan ...haha...out~~
    5:13 PM | 10 comments | Read More

    Labels

    TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)