Live Streaming Final Piala Malaysia Kelantan vs ATM 20 Oktober

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, October 20, 2012 | 12:14 PM

image

Malam ini bakal menyaksikan satu lagi sejarah dicipta sama ada oleh ATM atau Kelantan apabila mereka bertemu di Final Piala Malaysia. Perlawanan bersejarah ini akan diadakan di Stadium Shah Alam. Pastinya tiket sudah habis dijual kepada peminat peminat setia Red Warrior dan penyokong ATM.

Kepada anda yang tidak dapat menyaksikan perlawanan di stadium atau menyaksikan secara langsung di kaca televisyen, anda msih boleh menyaksikan perlawanan ini melalui Live Straming Perlawanan Final Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM. Sila Klik pada pautan dibawah:

 

Live Streaming Perlawanan Final Piala Malaysia antara Kelantan dan ATM

12:14 PM | 0 comments | Read More

Gambar Bogel Rozita Che Wan : Itu Bukan Saya

image

KUALA LUMPUR : Rozita Che Wan sendiri merasa terkejut apabila ditanya mengenai gambar yang seksi yang telah di kata mirip beliau dan tersebar di lama-laman web.

Malah, Rozita menafikan sekeras-kerasnya bahawa wanita di dalam foto berkenaan adalah dia.

“Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tak tahu apakah itu video chat atau webcam. Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau tidak.

“Jadi, terus-terang, saya tidak pernah berbuat perbuatan terkutuk seperti ini. Apatah lagi untuk mengaku bahawa gambar itu adalah gambar saya.

“Saya sendiri tidak pernah melihat gambar yang dimaksudkan itu. Inilah pertama kali saya mendengar dan melihatnya sendiri.

“Lagipun pula, saya bukan muda lagi nak buat perkara sedemikian. Takkanlah saya sanggup nak buat benda seperti ini,” kata Rozita Che Wan ketika di ajukan soalan.

Rozita turut memberi pandangan beliau mengenai gambar itu dan menyatakan gambar itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia adalah individu yang menyerupai wajahnya.

“Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan pondan menyerupai wajah saya.

“Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan kerjaya saya.

“Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya. Ingat! Itu bukanlah diri saya ya,” jelasnya.

Menurut beberapa info, gambar yang di kata mirip Rozita ini sebelum ini pernah disiarkan disebuah laman blog pada awal tahun 2012.

sumber

1:28 AM | 0 comments | Read More

Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 19, 2012 | 4:31 PM

SHAH ALAM, 18 Okt — Seorang buruh binaan warga Indonesia maut, empat lagi cedera dan tiga lagi masih terperangkap dalam runtuhan sebuah rumah banglo yang sedang diubahsuai di Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Daripada empat yang cedera seorang daripadanya dikatakan terputus kaki dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk  mendapatkan rawatan kecemasan.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang tinggal berhadapan dengan banglo tersebut, beliau terdengar satu dentuman kuat kira-kira pukul 4.20 petang ketika beliau sedang membaca surat khabar.

“Ketika saya sedang membaca itu, tiba-tiba saya terdengar satu bunyi yang begitu kuat.

“Bila buka tingkap untuk melihat saya ternampak scaffolding goyang, tumbang. Bila saya berlari keluar saya ternampak semua bahagian yang diubahsuai itu runtuh, tiada lagi di situ,” kata Abdul Aziz ketika ditemui oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurut seorang pemuda yang melihat usaha-usaha menyelamat di tempat kejadian, seorang lagi mangsa yang terperangkap telah berjaya dikeluarkan lebih kurang pukul 10.30 malam tadi dan telah dikejarkan ke hospital yang sama.

Tinjauan The Malaysian Insider di tempat kejadian mendapati pihak bomba, polis, MBSA dan lain-lain lagi masih menjalankan usaha-usaha untuk menyelamatkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.

4:31 PM | 0 comments | Read More

Scha Al Yahya dan Awal Ashaari Dituduh Mencuri

Pelakon Scha Al Yahya tertekan apabila namanya dan suami, Awal Ashaari menjadi bualan selepas dituduh mencuri pakaian yang bernilai RM2,000 di sebuah gedung pakaian jenama terkenal. Scha berkata, hal tersebut benar-benar menjejaskan reputasinya dan Awal walaupun mereka tidak melakukan perkara terkutuk itu.


“Saya pening sebenarnya. Ada yang mengatakan saya yang mencuri pakaian jenama itu dan ada yang kata Awal yang melakukan perbuatan itu.
“Walaupun saya tahu untuk orang mempercayai penjelasan saya sangat sedikit, tetapi saya mahu katakan bahawa saya tidak melakukan perkara terkutuk itu, tidak mungkin. “Perkara ini benar-benar membuatkan saya tertekan kerana nama saya sudah tercalar,” katanya.


Pada September lalu, timbul gosip mengenai seorang pelakon terkenal yang dijemput menghadiri majlis pembukaan sebuah gedung pakaian telah mencuri beberapa helai pakaian yang bernilai RM2,000.


Selepas pelbagai spekulasi timbul, pasangan suami isteri itu dituduh mempunyai kaitan dengan gosip tersebut. Mereka dikatakan telah menjual semula pakaian tersebut di kedai milik mereka. Tambah Scha dia telah berjumpa dengan pengurusan gedung pakaian itu dan meminta pihak terbabit untuk membuat satu kenyataan khas bagi menjelaskan situasi sebenar.


“Saya siap tanya kepada mereka adakah benar kes kecurian itu berlaku? Tetapi mereka kata, tidak ada.


“Kemudian saya meminta pihak gedung berkenaan untuk melakukan sesuatu kerana nama kami sudah tercalar, namun mereka enggan membuat sebarang penjelasan secara formal kerana menganggap tiada sebab untuk mereka berbuat demikian. “Nak buat macam mana, saya hormat keputusan mereka,” tuturnya.

sumber' 

4:11 PM | 0 comments | Read More

Kesan Pengambilan Cili Berlebihan

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, October 16, 2012 | 8:48 PM

Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.


Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.


Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.


Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :


Meningkatkan asid perut Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.


Gangguan perut akut
Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.


Peradangan
Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.


Sukar tidur atau insomnia
Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.


Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaan.

8:48 PM | 0 comments | Read More

Full Video Terjunan Felix Baumgartner Dari Stratosfera

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, October 15, 2012 | 3:38 PM

Saksikan full video terjunan bersejarah dari Stratosfera yang dilakukan oleh Felix Baumgartner . Felix memecahkan rekod dengan terjunan paling tinggi pernah dibuat oleh mana mana manusia . Ketinggian terjunan beliau adalah 24 batu (36.8km) atau 128,097 ft dari Bumi .

Maklumat lanjut dan gambar terjunan boleh anda dapatkan di entry  8 Gambar Felix Baumgartner Pecah Rekod Terjunan Dari Stratosphere

Fakta terjunan :

Altitude: 128,097 ft
Duration of freefall: 4:19

Total jump time: 9:03
Speed: 1137 kmh

3:38 PM | 0 comments | Read More

8 Gambar Felix Baumgartner Pecah Rekod Terjunan Dari Stratosphere

Felix Baumgartner melalui projek RedBull Stratos telah memecah rekod dalam sejarah manusia apabila membuat terjunan paling tinggi di dunia. Felix membuat terjunan dari lapisan Stratosfera , dengan jarak kira kira 24 batu (36.8km) atau 128,097 ft dari Bumi, ketinggian yang sudah boleh dipanggil ‘ ruang angkasa’ . Ini adalah percubaan kedua setelah percubaan pertama terpaksa ditunda akibat cuaca dan angin yang tidak sesuai.

Terjunan yang dianggap mustahil ini berjaya dilakukan dengan jayanya oleh beliau.

Mission Timeline

Fakta terjunan :

Altitude: 128,097 ft
Duration of freefall: 4:19

Total jump time: 9:03
Speed: 1137 kmh

*** maklumat lanjut di http://www.redbullstratos.com/live/

Foto sebelum dan selepas terjunan

ALL PICTURE AVAILABLE HERE

felix baumgartner

Felix terjun

Embedded image permalink

 

3:20 AM | 1 comments | Read More

8 Gambar HD Wondergirl Pakai Baju Kurung

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, October 14, 2012 | 11:42 PM

image

Kumpulan wanita K-POP terkenal dari Korea, Wondergirl , ternyata membuat kejutan besar kepada peminat mereka di Malaysia apabila tampil membuat persembahan dengan memakai pakaian tradisi masyarakat melayu iaitu baju kurung pada konsert mereka di Kuala Lumpur.

Konsert Jelajah Dunia Wondergirl yang diadakan di Stadium Negara berjaya memukau hampir 4000 peminat mereka semasa mempersembahkan lagu Be My Baby dengan memakai baju kurung. Jom saksikan kecantikan 5 gadis comel ini di Kuala Lumpur.

Saksikan juga video persembahan mereka

11:42 PM | 4 comments | Read More

Design Bunting Perkahwinan

design bunting kahwin. design bunting kahwin cantik, design bunting kahwin murah. printing bunting kahwin, design bunting shah alam, design bunting kahwin KL, design bunting perkahwinan

Kepada para pelanggan yang ingin melangsungkan perkahwinan tetapi tidak tahu dimana untuk mendapatkan design dan printing bunting perkahwinan, kami ada penyelesaiannya.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK BESARKAN

Salah satu dari hasil kerja untuk bakal pengantin yang telah disiapkan.

Design adalah original dan mengikut kehendak pelanggan dan bukan menggunakan template sedia ada. Design yang dibuat adalah hakmilik HafizRahmanDesign dan anda dan tidak akan digunakan semula oleh pihak lain untuk tujuan tertentu.

Mahukan design bunting perkahwinan anda sendiri? Sila rujuk pada laman web dibawah:

 

contact_us

**Untuk rujukan, sila ke pautan dibawah :

* RULES AND REGULATION

* PAYMENT METHOD

* CONTACT US

 

 

 

10:35 AM | 2 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)