Showing posts with label TRAGEDI. Show all posts
Showing posts with label TRAGEDI. Show all posts

Gambar Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, June 07, 2013 | 2:03 PM

xfrontpage.jpg,qhm12.pagespeed.ic.wfPGFEBQDW1776_340938009367966_1220016_nkeretaimageimage (1)Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.


Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.


Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.


“Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan keluarkan kenyataan berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini.


Sementara itu, seorang saksi kejadian Zalali Mohamad, 30, berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau melihat beberapa kenderaan yang melalui jalan itu dihempap runtuhan berkenaan.


“Saya berada tidak jauh dari tempat kejadian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat..apabila saya berpaling melihat jambatan itu saya nampak beberapa buah kenderaan dihempap runtuhan berkenaan.


“Saya tidak pasti berapa jumlah kenderaan yang terlibat tetapi saya nampak sebuah kereta dan motosikal dihempap,” katanya.


Sehingga kini kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dijalankan oleh anggota penyelamat.


Jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan.
Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.


Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.


Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.

sumber : sinarharian

2:03 PM | 0 comments | Read More

Gambar Dan Video Banglo Runtuh Di Shah Alam

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, October 19, 2012 | 4:31 PM

SHAH ALAM, 18 Okt — Seorang buruh binaan warga Indonesia maut, empat lagi cedera dan tiga lagi masih terperangkap dalam runtuhan sebuah rumah banglo yang sedang diubahsuai di Seksyen 7 di sini, petang tadi.

Daripada empat yang cedera seorang daripadanya dikatakan terputus kaki dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk  mendapatkan rawatan kecemasan.

Kejadian berlaku di Jalan JED, 7/5, Seksyen 7, berhadapan dengan Kolej Kediaman Jati, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang tinggal berhadapan dengan banglo tersebut, beliau terdengar satu dentuman kuat kira-kira pukul 4.20 petang ketika beliau sedang membaca surat khabar.

“Ketika saya sedang membaca itu, tiba-tiba saya terdengar satu bunyi yang begitu kuat.

“Bila buka tingkap untuk melihat saya ternampak scaffolding goyang, tumbang. Bila saya berlari keluar saya ternampak semua bahagian yang diubahsuai itu runtuh, tiada lagi di situ,” kata Abdul Aziz ketika ditemui oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.

Menurut seorang pemuda yang melihat usaha-usaha menyelamat di tempat kejadian, seorang lagi mangsa yang terperangkap telah berjaya dikeluarkan lebih kurang pukul 10.30 malam tadi dan telah dikejarkan ke hospital yang sama.

Tinjauan The Malaysian Insider di tempat kejadian mendapati pihak bomba, polis, MBSA dan lain-lain lagi masih menjalankan usaha-usaha untuk menyelamatkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.

4:31 PM | 0 comments | Read More

Video Real Bas Jatuh Gaung 50 Meter

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 06, 2012 | 12:04 AM

Sebuah video mengejutkan ketika sebuah bas jatuh ke jurang sedalam 50 meter saat cuba melintas di ‘jalan paling berbahaya di dunia’.

Menangi RM50000 hanya dengan berkongsi cerita anak anda!!!


Rakaman ini menunjukkan pemandu bas cuba melalui tepi tebing berbahaya di Bolivia, sementara beberapa orang membantu arah jalan baginya. Namun nahas, akibat beban yang terlalu berat Bas tersebut terjerumus kedalam jurang sedalam 50 meter.


Meskipun ke-50 orang penumpang selamat kerana telah turun dari bas lebih dahulu, namun tidak demikian dengan nasib sang pemandu yang tewas dalam kecelakaan mengerikan tersebut.
Kecelakaan ini terjadi di Camino de la Muerte atau ‘Jalan Kematian’ di Bolivia, dimana jalan sepanjang 38 mil (sekita 60 km) yang menghubungkan La Paz dengan Coroico, wilayah Amazon Bolivia.

Samsung, HTC atau Blackberry®  bersama ,pakej internet dengan HARGA MURAH GILAAAA!!!


Menurut laporan The Sun, jalan ini mengorbankan setidaknya 200-300 nyawa dalam setahun. Bahkan pada tahun 1995, Bank Pembangunan Antar-Amerika ‘membaptis’ rute ini sebagai  ‘jalan paling berbahaya di dunia.’

Tak pasti pulak apa nasib pemandu bas tersebut. Tapi nampaknya macam tak ada peluang ja untuk hidup sebab memang tragis sangat bas tu jatuh kebawah. Teringat masa kecik kecik dulu selalu balik Kedah dari Cameron Highland naik bas lalu jalan Tapah –Cameron. Situ pun bahaya jugak jurangnya. Cuma bezanya jalan besar sikit tak macam ini.

 


Sumber : BORAK KOSONG

12:04 AM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)