Showing posts with label TIPS BERPASANGAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS BERPASANGAN. Show all posts

Mengenal Perwatakan Wanita Dari Cara Berjalan

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, September 26, 2013 | 1:54 AM

muslim-woman-filepix-hijab-irania

Mengenal hati budi dan perwatakan wanita dari cara mereka berjalan. Tidak dibuktikan oleh fakta saintifik tetapi mungkin ada yang benar dan ada yang hanya sekadar rekaan. Apapun jangan kita menilai sesuatu dari luaran sahaja. Lihat pada kecantikan dan budi bahasa dalaman makhluk indah ciptaan Tuhan bernama wanita ini ,

CARA BERJALAN


1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.


7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

1:54 AM | 0 comments | Read More

9 “Ayat Maut” Wanita Yang Lelaki Perlu Ambil Tahu

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, September 22, 2012 | 7:57 AM

Tidak namanya bercita jika tidak ada perselisihan dalam perhubungan . Itu aalah lumrah . Perselisihan dan pergaduhan kecil inilah yang sealunya akan lebih merapatkan pasangan dan membuatkan mereka lebih memahami antara satu sama lain. Ada beberapa “ayat maut” yang sering diungkapkan oleh wanita ketika bergaduh yang perlu diketahui lelaki supaya –pergauhan itu tidak menjadi lebih besar. Sila ambil perhatian wahai lelaki . Anda perlu faham wanita kerana mereka sangat kompleks. Inilah realitinya.

1) Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.

(2) Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.


(3) Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.


(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.


(5) Keluhan kuat Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.


(6) Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda


(7) Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe


(8) Apa-apa aja lah!
(atau dalam bahasa inggeris, whatever!) Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F*** You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.


(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.


Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …

sumber : facebook (unidentified )

 

7:57 AM | 6 comments | Read More

12 Tanda Lelaki Itu Suka Kepada Anda

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, September 21, 2012 | 5:18 PM



Sebelum ini, aku ada kongsikan tips dan panduan cinta kepada pasangan yang sedang bercinta dan mungkin yang sedang mencari cinta sejati dalam hidup. Adakalanya , orang yang kita suka , tak suka kepada kita, bila orang suka pada kita, kita pula tak suka pada orang tu. Tetapi yang paling heaven adalah apabila kita saling suka menyukai antara satu sama lain. Bagai dunia milik kita berdua. Aicehh terasa jiwang sebentar semasa menaip ni. hehe. 



Ok kalau sebelum ni aku dah berkongsikan 10 Tanda Tanda Wanita Menyukai Wanita yang berguna kepada lelaki dan diakui sendiri oleh kaum wanita , kini aku nak berkongsi pula tanda tanda apabila seorang lelaki tersebut menyukai wanita. 


1. Memerhati Dalam Diam.
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, iaitu samaada dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.


2. Mula Menegur.

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.


3. Sentiasa Ingin Dekat.

Biasanya bila anda meminati seseorang, anda akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja dia pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.


4. Mengajak Keluar.

Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.


5. Sering Menelefon.

Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.


6. Dia akan panik jika anda terluka

Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau akan anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda.

7. Dia sentiasa mengutamakan anda
Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan  dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.


8. Dia ambil masa untuk bertentangan mata dengan anda

Lelaki itu ternyata suka akan anda jika dia mengambil masa untuk bertentangan mata dengan anda. ini kerana dia rasa berdebar – debar untuk menatap wajah wanita yang dia suka.


9. Dia dapat tangkap isi hati anda

Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Dia sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.


10. Dia tahu banyak hal mengenai anda

Lelaki akan peka terhadap wanita yang dia suka terutamanya perkara yang di sukai dan perkara yang tidak di sukai oleh wanita tersebut. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda.


11. Dia merenung anda ketika anda tidak melihatnya

Lelaki yang suka akan anda, dia akan renung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda.


12.Memilih Untuk Berkahwin.

Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak.










5:18 PM | 12 comments | Read More

Ini Yang Terjadi Bila Lelaki Dan Wanita Bersentuhan

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, June 21, 2012 | 8:00 PM

Inilah Terjadi Bila Bersentuhan dgn bukan mahram...must read...!!!

Photo: Inilah Terjadi Bila Bersentuhan dgn bukan mahram...must read...!!!

Pada lelaki dan perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan pakwe/makwe masing-masing diluar sana...Lihat tanda merah dalam gambar di atas

Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut.Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata...

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

benarlah Hadis Nabi bersabda:

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."






Pada lelaki dan perempuan yang naif diluar sana.Inilah alasan dan sebab mengapa anda tak perlu bersentuhan dengan bukan mahram atau pasangan pakwe/makwe masing-masing diluar sana...Lihat tanda merah dalam gambar di atas




Kajian menunjukkan bahagian berwarna merah adalah peningkatan suhu yang tinggi dikawasan tersebut.Jadi berpegangan tangan membuatkan jantung seorang perempuan berdegup kencang kerana cinta dan kasih sayang.Sedangkan lelaki berdegup di otak dan kemaluan kerana nafsu semata...

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

benarlah Hadis Nabi bersabda:

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya". 
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."
QWA



8:00 PM | 0 comments | Read More

10 Tanda Wanita Itu Suka Kepada Anda

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, May 11, 2012 | 7:50 AM

Wanita kadangkala sukar untuk dimengertikan dan sukar untuk difahami. Wanita lebih bersikap mendiamkan diri dalam perkara perkara melibatkan cinta dan perasaan tetapi dalam hatinya memberontak. Mereka kadangkala ego untuk memberitahu sesuatu kepada sang lelaki bahawa mereka menyukainya dan lebih suka menunggu lelaki yang mula dahulu. Gentleman katanya.

Lelaki pula , kadangkala malu untuk menyatakan rasa cintanya kepada sang wanita kerana takut jika wanita tersebut menolaknya. Akhirnya , kedua duanya tidak ke mana . Hanya memendam rasa dalam hati tanpa diluahkan . Bagi lelaki yang takut untuk meluahkan perasaan kepada wanita ,anda boleh mengenali wanita tersebut jika mereka juga sebenarnya suka kepada anda. Dan jika benar wanita tersebut ada menunjukkan tanda tanda ini, anda boleh teruskan perhubungan anda ini ke tahap yang lebih serius. Baca artikel dibawah untuk mengetahui petanda bahawa wanita tersebut juga menaruh harapan dan hati kepada anda.

  • Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
  • Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
  • Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
  • Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
  • Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
  • Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
  • Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
  • Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
  • Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
  • Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda

diolah semula dari sumber

7:50 AM | 13 comments | Read More

10 Cara Wanita Membuat Lelaki Bernafsu

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, March 13, 2012 | 7:40 AM

Bagaimana seorang lelaki memandang terhadap seorang wanita itu sama ada wanita tersebut seorang yang memiliki daya tarikan menggoda atau tidak? Adakah melalui perwatakan luaran , pandangan mata atau perlakuan semasa bersama ? Wanita yang menggoda lelaki sering dikaitkan dengan “wanita murahan” atau “ pisau cukur” . Namun, tak ada salahnya jika sebagai seorang wanita, ingin menggoda suami yang halal di sisi agama demi menambah kebahagiaan rumah tangga, zahir dan batin.

Artikel asal di ambil dari Blog PutraNazran. Antara 10 Cara Wanita Boleh membuat lelaki tergoda atau “geram” dengan tingkahlaku mereka. PERHATIAN!! Boleh cuba dipraktikkan kepada jalan yang betul sahaja. Jangan nak mencuba dengan anak dara or bini orang nanti buruk padahnya. Artikel ini juga boleh dijadikan panduan kepada golongan wanita kerana kadang kala tingkahlaku mereka dapat menaikkan nafsu seorang lelaki tanpa mereka sedari.Lebih buruk jika wanita tersebut bersifat agak “gedik” dan “manja” apabila berhadapan dengan pasangan lelaki. AWAS!!

1. Memusing kepala & menguak rambut
Ini merupakan suatu ‘pergerakan yang menggoda’ apabila seorang wanita berada berhampiran lelaki yang disukainya. Kepala digerak ke belakang sambil tangan menguak rambut daripada muka atau bahu. Pergerakan ini menunjukkan anda mengambil berat akan diri si jejaka dan ia juga mendedahkan bahagian ketiak anda, merembeskan haruman. Mmm…Baguslah jika anda tidak terlupa memakai deodorant. hehe

2. Muncung, basahkan bibir & buka sedikit mulut
Bibir tebal nampak lebih menarik kerana ia berbeza daripada bentuk bibir lelaki. Memuncungkan bibir menambahkan lagi ‘godaan bibir’. Sebab itulah, lelaki berpendapat gincu bibir merah paling menarik.

3. Sedikit sentuhan tubuh
Wanita mempunyai lebih banyak sensor saraf berbanding lelaki, membuatkan mereka begitu sensitif kepada sentuhan. Lelaki mendapati gerakan tubuh wanita seperti meraba-raba dirinya sendiri iaitu pada bahagian paha, tengkuk atau leher adalah sesuatu yang seksi. Lebih-lebih lagi, sekiranya seorang wanita itu menghampirinya sambil menyentuh tangan, bahu atau bahagian badan si jejaka.

4. Jelingan atas bahu yang terangkat
Bahu yang terangkat menonjolkan bentuk bulat dan lenggok tubuh wanita. Maka biasakan menjeling ke belakan. Renung mata si jejaka seketika sebelum memandang ke arah lain atau ke bawah. Renungan itu cukup untuk memberitahu bahawa anda berminat untuk mengenalinya. Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki tidak sedar akan renungan pertama si gadis, maka anda perlu mengulanginya beberapa kali. Si dia tertarik? Ambil peluang tersebut untuk mengangkat kening sambil membesarkan mata untuk mengesahkan renungan anda hanya untuk si dia.

5. Usap objek bulat
Mengusap sebarang objek berbentuk bulat adalah suatu pergerakan luar sedar yang mencerminkan pemikiran anda. Contohnya, apabila anda mengusap keliling gelas minuman anda, si jejaka secara simboliknya akan cuba memiliki anda sehinggakan dia sendiri dilihat mengusap-usap kunci kereta atau apa sahaja barang miliknya yang berada berdekatannya.

6. Jengketkan pinggul anda
Bukti perubatan menunjukkan wanita yang subur mempunyai julat (ukuran panjang) pinggang ke pinggul 70% (ukuran pinggang adalah 70% lilitan pinggul), ia adalah bentuk gitar dan dalam sejarah, julat ini terbukti sebagai faktor tarikan seks paling dramatik! Jangan berputus asa jika anda tidak memiliki julat ideal ini. Jengket atau naikkan sebelah pinggul untuk mendapatkan kesan yang serupa.

7. Lenggokkan pinggul anda
Wanita mempunyai pinggul dan ruang di antara kaki yang lebih lebar berbanding lelaki. Ini bermakna, apabila seorang wanita itu berjalan, dia menampilkan lenggok yang menonjolkan bahagian punggung. Lelaki tidak boleh berjalan begini sebab itulah lenggok wanita merupakan ciri perbezaan seks paling menonjol. Lelaki pula mudah terangsang akan lenggok jalan wanita paling menggoda.

8. Dedahkan pergelangan tangan
Wanita yang berminat dengan seorang lelaki akan secara tidak sengaja mendedahkan bahagian kulit paling lembut lagi licin iaitu pergelangan tangannya kepada jejaka tersebut. Dan wanita ini akan sengaja mengulanginya berkali-kali dan menunjukkan rangsangan tarikan yang meningkat. Mungkin sebab itu, wanita digalakkan menyembur pewangi pada bahagian ini.

9. Kekalkan minat si dia
Kajian menunjukkan kebanyakan lelaki bimbang untuk menyentuh beg tangan wanita, apatah lagi membukanya. Ia dianggap barangan peribadi, ibarat cerminan tubuh anda. Maka, ia menjadi suatu petanda kuat apabila anda meletak beg tangan di sebelah si jejaka yang anda minati. Dengan cara ini, dia boleh melihat atau menyentuhnya sebagai satu cara untuk menunjukkan minat anda.

10. Halakan lutut ke arah si dia
Silangkan kaki sambil lutut di atas dihalakan ke arah lelaki yang anda minati. Ini merupakan kedudukan paling santai. Anda bebas berbual sambil memberi peluang untuk mendedahkan sedikit paha secara tidak sengaja.

7:40 AM | 1 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)