Home » , , , , , » Semakin Ramai Blogger Mula Curang Dan Bercerai Dengan Syarikat Iklan…….. Tu Sebab…….

Semakin Ramai Blogger Mula Curang Dan Bercerai Dengan Syarikat Iklan…….. Tu Sebab…….

Written By Hafiz Rahman on Wednesday, April 06, 2011 | 1:53 PM

SIAPA ANAK EMAS DAN SIAPA ANAK TIRI SYARIKAT PENGIKLANAN BLOG?Sila baca sampai habis kalau nak dapatkan jawapan.

Aku tahu lepas je aku buat entry ni, aku akan menjadi anak tiri sebuah syarikat pengiklanan blog dan website “terkenal” tuh. Dan aku tahu. Lepas ja entry aku ni di detect oleh syarikat tuh, aku akan di ban . But its ok. Suara blogger perlu didengari.acece. Dah berani ye kau

Minggu ni heboh dengan isu Blogger Berpaling Tadah dengan syarikat pengiklanan popular yang kalau aku tak sebut pun korang tau sapa. Aku tak mahu sebut sebab “perkataan” tu nanti boleh diguna sebagai bahan bukti kalau dia nak saman aku. So kalau aku tak sebut, tak ada hak untuk dia saman aku sebab aku tak ada sebut okeh..

Entry berpaling tadah ni aku mula sedar berlegar legar dalam blog Blogger Popular Dekad ini Si Ben Ashaari. Kemudian , sorang sorang muncul menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Antara yang dah ikut jejak bro Ben adalah :

IzamirRidzwan  .. dan lain lain

Memang aura Ben boleh naikkan keyakinan blogger blogger lain untuk bersuara bersama termasuk aku. But benda ni aku dah perasan lama before Ben buat entry tuh. Syarikat tersebut macam dah mula sisihkan blogger blogger lama dan yang baru ditatang bak bayi. Maaf kepada blogger baru jika anda terasa dengan ayat aku ni. But blogger blogger yang agak lama seperti aku ni, (2tahun lebih kira lama la kan?) perlu jugak ditatang dan dibelai indah bak permaisuri. Customer Is Always Right.LOL!

SEBAB?

Ok mungkin komen ini beri sikit idea untuk cantas pendapat aku

image

make sense, tapi. kalau pun nuffnang(OMG ter"sebut"..sorry3x) nak membantu blogger blogger baru, takkan blogger lama dilupakan. ??Blogger lama berhempas pulas mengerah keringat , kepala otak dipulas pulas bak kain yang nak dijemur, bersengkang mata abaikan esaimen semata mata nak buat entry, nak cari trafik (tetiba terasa diri sendiri..sadis), but usaha tu seperti tak dihargai .

Dulu mungkin blog aku , trafik sikit sikit ja.Tak kisah kalau seminggu aku dapat 1 sen pun sebab aku memang tak layak dapat. But sekarang alhamdulillah dah ramai yang nak datang sini, baca apa yang patut dan mungkin sebab sekarang aku banyak main SEO, kadang kadang trafik tinggi la jugak walaupun tak Gila Gilaa punya trafikimage
ini trafik aku 2,3 hari lepas yang sempat aku snap .Sekarang bila aku tak update ada la 7,8,9 kadang kadang belas belas orang on9 dalam satu satu masa macam masa aku buat entry ni
image
Kadang kadang 1 orang je. Walaupun mungkin 44 dan 16Online tu sikit bagi korang, tapi bagi aku satu pencapaian.  Dan kebanyakannya datang dari Google Search Page sebab main SEO. Tapi earning???Aku malas nak printscreen sebab nanti kata aku kutuk plak. Cuma nak bagitahu yang earning aku seminggu kadang kadang 2 ringgit tak sampai.Kalau seminggu 2 ringgit, sebulan aku baru dapat 8 ringgit. Setahun baru 96 ringgit. Nak byar road tax motor pun tak lepas.  Yang banyak masuk pun sebab BE yang aku dapat sebulan lepas. Dan dah jadi Metered Earning. Ada la dalam 20 hengget cam tu ME aku. tapi tengok iklan tiap tiap hari keluar , tiap tiap masa ada. Hurmm. Takkan la langsung tak ada orang klik kot?Mustahil.

Dan hakikat yang perlu syarikat “tu “ terima adalah. Semakin ramai blogger yang dah lama gunakan perkhidmatan anda mula curang dan dah bercerai talak 3 dengan anda. Mungkin lepas ni akan ada penjelasan dari mereka berhubung ketidakpuasanhatidanperasaan blogger blogger . INGAT. Tangan yang disangka lembut mengetuk keyboard, menggoncang dunia mencipta fenomena (kenapa ehh rasa macam lagu Sumayyah tuh?)

Dan aku setuju dengan Izamir Ridzwan berhubung entry Bukti Nuffnang Dah Takot Dengan Bloggers Femes sebab trafik terlalu tinggi dan blogger yang semakin banyak menjadi blogger femes membataskan mereka untuk buat pembayaran yang banyak , setimpal dengan trafik.


Persoalannya : adakah kami, blogger blogger yang dah bertahun tahun gunakan khidmat anda. Didiskriminasi dan cuma anak emas anda sahaja ditatang dan anak tiri dibuang?kami juga punya hak untuk buat pilihan. Dan sekarang, aku pun dah mula berfikir untuk “curang” bila dah cukup syarat. Fikir fikirkan dan selamat berblogging .Cau!!

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

6 comments

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (175) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (71) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)