Al Fatihah : Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Mangkat
Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, December 05, 2015 | 8:59 PM
Harun Salim Bachik Meninggal Dunia
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, March 08, 2015 | 9:31 PM
Pelakon Kuswadinata Meninggal Dunia
Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, February 16, 2013 | 9:40 PM

Gempar Wanita Mati Jatuh Dari Tingkat 6 Berjaya Time Square
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Pengunjung di Times Square di sini gempar apabila seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat enam kompleks tersebut di sini hari ini.
Dalam kejadian 11 pagi ini, Choo Czek Yeng, 36, maut di tempat kejadian akibat pendarahan teruk di kepala. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis menerima panggilan pada 11.25 pagi dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.
"Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas.
Sementara itu, seorang saksi (lelaki) yang enggan dikenali berkata sebelum kejadian itu, kira-kira 10 pagi, wanita berkenaan dilihat berdiri di bahagian penghadang tingkat enam pusat beli-belah tersebut.

Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, February 07, 2013 | 4:16 AM
Mayat William Yau Zhen Zhong Ditemui
Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, January 26, 2013 | 10:11 AM
Mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui dekat jeti Sungai Sireh pada petang Khamis mengalami proses pereputan sehingga menyukarkan pengecamannya, kata sumber polis pada Jumaat.
“Ia 50/50, mayat itu sudah reput. Tidak boleh beritahu sama ada terdapat parut (di dahi) atau tidak,” katanya.
Difahamkan, pihak berkuasa akan menunggu keputusan ujian DNA sebelum membuat pengecaman muktamad,” katanya.
Post mortem telah diselesaikan dan pasukan forensik dari Bukit Aman dilihat meninggalkan bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah kira-kira pukul 1.30 petang.
Keputusan akhir ujian DNA akan mengambil masa selama beberapa hari.
Ibu bapa kepada Wlliam Yau Zhen Zhong yang hilang pada 16 Januari lalu diiringi keluar oleh polis kira-kira pukul 1.40 petang.
Mereka meninggalkan bilik mayat tanpa bercakap kepada pemberita dan ibunya dilihat menangis.
Mereka tiba di hospital tersebut kira-kira pukul 11 pagi untuk memberi sampel bagi ujian DNA untuk membantu mengenal pasti identiti mayat dan diiring polis ke bilik mayat.
Terdahulu, Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Datuk Michael Chong yang tiba di hospital tersebut pada 10.10 pagi dilihat meninggalkan hospital sekitar pukul 10.55 pagi.
Beliau berkata akan membantu keluarga tersebut dengan apa jua cara yang mampu.
“Ia akan bergantung kepada situasi. Kami sudah bersedia membantu dengan apa-apa cara yang diperlukan,” katanya.
Menurutnya, beliau telah menghubungi keluarga tersebut pada malam Khamis dan ibu William yang tidak sihat, terkejut dengan berita tersebut.
“Dia asyik bertanya jika ada berita mengenai anaknya. Dia tidak menerima apa-apa berita daripada polis mengenai penemuan mayat dekat jeti di Sungai Sireh,” katanya.
Beliau memberitahu ibu William supaya menunggu panggilan telefon daripada polis.
Tambahnya, ketika beliau menghubungi keluarga tersebut pada petang Khamis, bapa William berkata mereka berada di Melaka untuk berehat kerana ibunya tidak sihat.
Sementara itu, rumah keluarga tersebut di Shah Alam kosong kecuali seorang lelaki yang mendakwa saudara mara berada di situ.
mStar
saksikan video dibawah
Gambar Kemalangan Maut Nissan GTR dan Nissan Skyline Di Kuantan
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, October 08, 2012 | 4:15 PM
Satu kemalangan ngeri membabitkan dua kereta mewah jenis Nissan GTR dan Skyline 250GT mengorbankan 4 nyawa dan 2 cedera parah. Kemalangan berlaku di Kuantan jam 3.15 pagi. Kemalangan dikatakan
Dalam kejadian pukul 4 pagi itu, mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Nissan GTR, Tan Kah Yong, 24, dan penumpang hadapan kereta itu, Bao Shanshan, 26, seorang wanita warga China
Dua lagi penumpang wanita kereta itu, Wei Li Dong, 27, yang juga merupakan warga China dan Chang Hong Nei, 36, rakyat tempatan cedera parah
Selain itu, turut maut, pemandu kereta Nissan Skyline, Go Haw Wei, 20, dan penumpang hadapan kereta tersebut, Koay Khor Liang, 21
Berikut adalah gambar di lokasi kejadian.
sumber : enciknakal | nescafeais
Remaja Perempuan Maut Dirempuh Lori Ais Di Balik Pulau
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, September 10, 2012 | 3:50 PM
Kemalangan Ngeri Libatkan Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Seorang Maut
Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, August 12, 2012 | 5:07 PM

Mangsa dalam perjalanan untuk menghantar kereta yang disewa tersebut di Kuala Perlis sebelum terlibat dalam kemalangan.
sumber gambar : 2dayblogger FB
Lelaki Mati Selepas Tonton Perlawanan Final Badminton Lee Chong Wei
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, August 06, 2012 | 11:28 AM
KUCHING: Seorang lelaki meninggal dunia ketika menonton perlawanan badminton yang sengit antara pemain kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan di kedai kopi di Serian, 60km dari sini.
Mangsa yang dikatakan sedang makan mee kolok rebah sejurus Lin Dan meraikan kemenangan emas olimpiknya.
Menurut Ketua Polis Daerah Serian, DSP Mohd Jamali Umi, pihak polis masih lagi cuba untuk mengenalpasti identiti mangsa serta menjejak keluarga mangsa. Maklumat awal, mengatakan, mangsa berasal dari Taman Angerik, Serian, Sarawak.
Baca juga :
**Mungkin kerana terlampau terkejut sangat kot . Apapun takziah kepada keluarga beliau.
sumber : Nescafeais
Suami Dan Isteri Hamil 7 Bulan Maut Dirempuh Bas
Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 01, 2012 | 8:35 PM
kemalangan di au3,kemalangan AU3,kemalangan 1 ogos 2012,kemalangan keramat au3,kemalangan di kuala lumpur 1 ogos 2013,kemalangan bas di keramat 1 ogos 2012,kemalangan maut 1ogos 2012,kemalangan 1 ogos,eksiden_keramat_AU,kena rempuh bas
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.
CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT
Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.
Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kita masih menyiasat...bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.
Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.
"Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya.
Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.
"Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelahar sekolah dari bas berkenaan.
"Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut," katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.
Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.
"Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL.
Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun.
Maklumat lanju berkaitan insiden ini juga boleh anda dapatkan di laman web ONDSCENE
sumber- BERNAMA
gambar : ondscene
Keratan Akhbar Berita Kematian Yasmin Hunwick @ Yasmin Johari
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, June 05, 2012 | 9:42 PM
Tiga remaja perempuan maut buat pusingan U
2012/06/05
Kejadian berlaku jam 12 tengah malam menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang cuba melakukan pusingan U.
Menurutnya, perasaan itu ternyata benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16, bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan.
Ridzuan berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi.
“Anak saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur.
Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelibang, Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga remaja itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang parah di badan dan kepala disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu van terbabit terselamat,” katanya.
Yasmin Hunwick Trending Di Twitter. Alfatihah Kepada Allahyarham
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, June 04, 2012 | 11:26 PM
ENTRY BERKAITAN TELAH DIPADAM ATAS PERMINTAAN KELUARGA ALLAYARHAM.HARAP MAKLUM. BERSAMA SAMA KITA SEDEKAHKAN AL FATIHAH UNTUK ALLYARHAMAH
boleh baca maklumat penuh berkaitan berita ini di
##Trak hijau ni macam Santa Clause bagi hadiah percuma. Jom serbu!
##Siapa yang minat Hanis Zalikha mesti akan suka game ni...
Keratan Akhbar Berita Kematian Yasmin Hunwick @ Yasmin Johari

Nama Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang, tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar ,open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian ,pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr :themeanofmien.tumblr.com
Bob Kuman Meninggal Dunia Jam 4.38 Petang 3 Mei 2012
Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 03, 2012 | 6:00 PM
Pelawak dan pelakon dikenali ramai, Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi telah disahkan meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11 , Kota Damansara jam 4.38 petang sebentar tadi . Berita ini telah disahkan sendiri oleh rakan beliau iaitu Mazidul Akmal Sidik melalui facebooknya sebentar tadi .
Beberapa minggu yang lalu, kisah penderitaan Bob Kuman mendapat liputan media meluas apabila Maziduk Akmal Sidik sendiri mendedahkan tentang kesusahan Bob yag menanggung penderitaan selepas sakit . Dan beberapa hari selepas itu, ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita kematian Bob di Twitter tetapi dinafikan sendiri oleh beliau dan beliau berasa sangat terkilan dengan berita tersebut. Namun , hari inii, Allah lebih menyayangi beliau . Bob Kuman telah pergi meninggalkan dunia seni Malaysia dan kehilangan akan dirasai kerana Bob sememangnya seorang pelakon dan pelawak yang sangat disenangi oleh semua lapisan masyarakat dengan lawak lawak yang spontan.
Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama sama orang orang beriman dan beramal soleh. InsyaAllah. AL FATIHAH untuk arwah .
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِّينَ ﴾ آمِّيْنَ..آمِّيْنَ..آمِّيْنَ.. يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Pemandu Langgar Lari Rafizi Hamdan Serah Diri
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, March 19, 2012 | 4:39 PM
Susulan dari kes langgar lari pelumba basikal negara iaitu Rafizi Hamdan seperti yang telah dihebahkan pagi tadi dalam entry VIDEO CCTV RAFIZI HAMDAN DILANGGAR LARI HINGGA MAUT, suspek kemalangan telah menyerah diri. Baca berita penuh dibawah :
Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis pagi ini dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.
Sinar Harian difahamkan suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.
Video CCTV Rafizi Hamdan Dilanggar Lari Hingga Maut
rafizi hamdan meninggal, pelumba basikal dilanggar lari, langgar lari, video pelumba basikal dilanggar, pelumba basikal rafizi hamdan, video rafizi hamdan dilanggar
Pelumba basikal dari Kelab Basikal Le Tua maut dirempuh kereta dalam kejadian langgar lari ketika berbasikal di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran susur Taman Melawati di sini semalam.
Rafizi Hamdan, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh kereta dari arah belakang, dipercayai jenis Proton Saga, yang kemudian bertindak melarikan diri.
Rafizi yang merupakan pekerja CIMB Bank dikatakan mahu menyertai anggota kelab basikal yang lain di kawasan Batu 12 Gombak bagi aktiviti riadah di hujung minggu.
Jurucakap polis ketika dihubungi hari ini berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan yang terlibat dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu
.
Ketua Polis Daerah Ampang ACP Amirudin Jamaludin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan membahaya sehingga menyebabkan kematian.
**Bagus la kalau pemandu tu dah ditahan. Mungkin masa dia langgar tu dia upanik. Terus lari la. Bukan semua kes langgar lari ni disebabkan sikap tak bertanggungjawab. Ada jugak kes dimana si pelanggar terlalu panik. Tapi lepas tu dia sendiri ke balai polis untuk report .Al Fatihah untuk arwah .
Nurul Nadhirah @ Dirang-5 Tahun, Mati Dibakar Hingga Rentung
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, March 12, 2012 | 8:13 PM
nadhirah mati dibakar, kanak kanak hilang mati dibakar, kanak kanak rentung , dirang ,gambar nurul nadhirah, nurul nadhirah abdullah, mayat nurul nadhirah ditemui rentung, dirang meninggal dunia dibunuh dan bakar
sanggup ke tengok anak sekecil Nadhirah yang baru berusia 5 tahun dan masih belum mengerti apa apa dibunuh dan dibakar kejam?
Hati siapa tak terdetik mendengar sekujur tubuh kecil dibunuh dan dibakar sehingga rentung . Hanya manusia bertopengkan syaitan tergamak melakukan perkara sedemikian. Adik Nurul Nadhirah Abdullah yang hilang selepas keluar membeli mee segera dan telur secara bersendirian di kedai berhampiran setelah disuruh ibunya disahkan mati ekoran penemuan mayat rentung di ladang kelapa sawit berhampiran .
.
Dan dalan berita yang dilaporkan akhbar:
Polis mengesahkan penemuan serpihan rangka manusia yang rentung di Ladang Kelapa Sawit Nusa Damai, Masai, 8 Mac lalu, adalah milik Nurul Nadirah atau panggilan manjanya, Dirang, yang hilang sejak 1 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima hasil keputusan ujian DNA ke atas serpihan rangka manusia yang ditemui dan sampel ibu Dirang, Roselyn Alan, 25, hari ini.
"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini hari ini," katanya lagi.
Baca juga :
KRONOLOGI KES BUNUH DAN BAKAR NURUL NADHIRAH @ DIRANG
*sedih sangat bila mengenangkan anak sekecil Dirang teringin nak makan mee segera, tetapi disuruh ke kedai membeli sendiri . Dan dalam perjalanan, dibunuh kejam atas dasar dendam. Kenapa kanak kanak sekecil Dirang yang langsung tak berdosa dijadikan mangsa kekejaman manusia syaitan.
** Mencegah lebih baik dari mengubati. Cegahlah dari awal. Ambil precaution terbaik untuk melindungi anak anak anda tak kira apa sekalipun. Anak anak kecil tak tahu apa apa. Kalau dihulurkan sebiji gula gula pun, boleh diikut orang yang tak dikenali. So sebagai yang dewasa, yang berfikiran , yang cerdik pandai, kitalah berperanan dan bertanggungjawab melindungi. Tak terbayang jika benda macam ini berlaku dalam keluarga sendiri. Takziah untuk keluarga adik Nadhirah. Al Fatihah!
5 Tiket LMFAO untuk dimenangi dengan MUDAH
Bagaimana memastikan badan anda sihat sepanjang masa hanya dengan Mobile Application?
Al Fatihah, Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia
Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 20, 2012 | 8:23 PM
Perkhabaran ini juga telah disahkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.
Dikatakan ini adalah gambar terakhir arwah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya:
Biodatanya;
NAMA: Khairil Izwan Pilus
PANGGILAN: Izwan atau Kutek
TARIKH LAHIR: 24 November 1979
TEMPAT LAHIR: Hospital Universiti, Kuala Lumpur
BINTANG: Sagitarius
TINGGI: 174 sm
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
HOBI: Membaca dan aktiviti lasak
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
MUZIK: Pop, R&B, Irama Malaysia, balada dan alternatif rock
PENCAPAIAN: Finalis Bintang RTM (2004), Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 dan Finalis Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14.
Alfatihah untuk arwah dan takziah kepada keluarga arwah . Smoga roh beliau ditempatkan bersama sama orang beriman. InsyaAllah.
sumber : mynewshub
Artis Indonesia, Valia Rahman Meninggal Dunia Di Usia 27
Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, January 17, 2012 | 5:59 PM
Pengacara dan artis kelahiran Jakarta, Indonesia, Valia Rahma telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru-baru ini.
Menurut sumber Lagi, artis filem "Hantu Jeruk Purut" menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Denpasar, Bali pada 13 Januari 2012 sekitar jam 5 petang waktu tempatan selepas mengalami kecederaan dan pendarahan teruk di otaknya
Sahabat Valia, Faradila mengesahkan berita tersebut ketika dihubungi. Jenazah Valia telah dikebumikan di tanah perkuburan Tanah Kusir, Jakarta Selatan pada 14 Januari 2012.Valia yang sepatutnya memasuki usia 27 tahun pada 31 Januari ini memulakan kariernya sebagai seorang model diikuti dengan tawaran mengacara dan berlakon. Menurut suaminya, Arya Suwastika, Valia pernah memberitahu keinginannya untuk mempunyai anak pada tahun ini.
Gambar sekitar pemakaman Valia Rahma
Ajal, maut, jodoh , ketentuan ditangan Tuhan. Tiada siapa yang mengetahui. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Tuhan.
Tujuh Remaja Penumpang MPV Maut Malam Tahun Baru
Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, January 02, 2012 | 1:57 PM

SALAH seorang mayat remaja yang terpelanting selepas MPV jenis Honda Stream yang dinaiki bersama sembilan lagi rakan mereka dirempuh treler.
SITIAWAN – Tujuh remaja maut termasuk dua beradik menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas mayat mereka ditemui dalam keadaan beberapa anggota badan hancur apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di Batu 6, Jalan Lekir-Sitiawan dekat sini kelmarin.
Kejadian pukul 10.30 malam itu menyebabkan Badrul Isa Sulaiman, 19; adiknya, Mohamad Hadi, 17, serta sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15, maut. Turut maut ialah tiga rakan sekampung mereka, Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dan Muhamad Shafik Redzuan Yusuf, 16.
Kesemua mereka mati dengan beberapa anggota badan mereka hancur di tempat kejadian.
Pemandu MPV terbabit, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seri Manjung dekat sini.
Tiga lagi penumpang Honda Stream itu, Khairul Faiz Mohd. Noor, 17, dan dua rakan perempuan mereka pula cedera ringan.
Pemandu treler membawa muatan tong gas, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, cedera parah di kepala dan sedang dirawat di hospital sama.
Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Komisioner Ismail Munajat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah Mohd. Hisam cuba memotong sebuah kereta Honda Civic yang berada di hadapannya dari arah kiri.
Berhati hatilah masa memandu tu. Yang penting sekali, kalau keluar dengan kawan kawan , jangan nak seronok seronok main main masa memandu . Most of us memang macam tu. Kalau keluar ramai ramai dengan kawan, dalam kereta nak lawak lawak , main sampai kadang kadang driver tu tak boleh nak tumpu kepada pemanduan. Dah jadi macam ni, kan dah susah. Mati tak sempat nak hidup lama kat dunia. Memang la ajal ditangan tuhan tapi kan ada bagusnya kita mencari jalan kearah mencegah dari berlaku sesuatu. Mati itu ada sebabnya. Takkan duduk saja saja boleh mati kan? Mintak dijauhkan dari benda benda macam ni. InsyaAllah .
kosmo.com.my
Entry sebelum ini :




