Home » , » Keratan Akhbar Berita Kematian Yasmin Hunwick @ Yasmin Johari

Keratan Akhbar Berita Kematian Yasmin Hunwick @ Yasmin Johari

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, June 05, 2012 | 9:42 PM

gambar kemalangan yasmin j hunwick,yasmin j hunwick meninggal, yasmin hunwick semasa dikebumikan,yasmin johan kemalangan,yasmin johan meninggal dunia,@yasminhunwick,adik yasmin j hunwick meninggal,blogger yasminjhunwick meninggal dunia, gambaran mayat yasmine hunwick, kemalangan yasmin, kematian yasmin hunwirk

Semalam , aku ada update berkaitan seorang remaja wanita yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya di Langkawi dan berita kematian beliau menjadi sebutan dalam kalangan pengguna internet di Malaysia terutamanya oengguna twitter. Boleh baca di entry 

Yasmin Hunwick Trending Di Twitter. Alfatihah Kepada Allahyarham

**untuk makluman, pihak kami terpaksa memadam kandungan dalam entry tersebut atas permintaan dari keluarga dan kenalan Allahyarham. Mohon maaf. 

Berita rasmi dari akhbar Berita Harian bertarikh 5 jun 2012 berkaitan kemalangan melibatkan Yasmin Hunwick atau nama penuhnya  Yasmin Johari, 17 adalah seperti berikut. 


## Keratan dari Berita Harian 


Tiga remaja perempuan maut buat pusingan U


2012/06/05



LANGKAWI: Tiga remaja perempuan yang menaiki sebuah motosikal tanpa topi keledar, maut dilanggar sebuah van ketika membuat pusingan U di Padang Gaung, di sini tengah malam kelmarin. 


Yasmin Johari, 17, dan Nor Hazwani Mansor serta Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing 16 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.


Yasmin adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Mahsuri, manakala dua lagi dipercayai pelancong. Kejadian jam 12 tengah malam itu berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika mereka menaiki motosikal dari arah Kuah menghala Ulu Melaka.


Mayat dihantar ke Hospital Langkawi (HL) untuk bedah siasat, sebelum dituntut keluarga, tengah hari semalam. 


Ketua Polis Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah, berkata berdasarkan maklumat, motosikal dilanggar van pelancong dari arah Ulu Melaka yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun. 

“Siasatan awal mendapati van terbabit gagal mengelak motosikal yang cuba melakukan pusingan U, sebelum merempuhnya. Pemandu van berkenaan selamat,” katanya. 

Harith berkata polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu terbabit dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi polis untuk membantu siasatan.


********************************************


##Keratan Akhbar dari Harian Metro

LANGKAWI: “Anak saya sempat menelefon ibunya sebelum kemalangan ngeri itu, namun panggilannya terputus selepas dirempuh van berkenaan.”
Begitu kata Ridzuan Abdul Rahman, 41, bapa Nur Afipah Ainaa, 16, seorang daripada tiga pelajar yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah van pelancong dalam kemalangan di simpang lampu isyarat di Kampung Padang Gaung, Langkawi, semalam.

Kejadian berlaku jam 12 tengah malam menyebabkan ketiga-tiga mangsa maut akibat parah di badan dan kepala selepas van terbabit gagal mengelak motosikal dinaiki mereka yang cuba melakukan pusingan U.
Ridzuan berkata, Nur Afipah bersama rakannya, Nor Hazwani Mansor, 16, membonceng motosikal ditunggangi Yasmin Johari, 17, menghubungi isterinya, Rohana Abdul Hamid, 38, beberapa saat sebelum kejadian. “Selepas panggilan terputus, isteri saya cuba menghubunginya, namun gagal menyebabkan dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik berlaku,” katanya.

Menurutnya, perasaan itu ternyata benar selepas dimaklumkan abang kembar Nur Afipah, Mohd Afiq Akmal, 16, bahawa adiknya itu meninggal dunia selepas terbabit kemalangan.
Ridzuan berkata, lebih memilukan apabila dia mengetahui kejadian menimpa Nur Afipah daripada Mohd Afiq Akmal sedangkan lokasi kemalangan berkenaan hanya 100 meter daripada rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi.

Katanya, apabila mendapat tahu anaknya maut dalam kemalangan itu, dia mengalirkan air mata sejurus mengenangkan hasrat arwah mahu menghadiahkan rumah kepada mereka beberapa jam sebelum kejadian.

“Anak saya seorang periang dan terlalu rapat dengan kami termasuk kembar lelakinya yang belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kuala Lumpur.

“Saya mempunyai dua anak dan selepas ketiadaannya, hanya tinggal anak lelaki yang sentiasa mengingatkan saya kepada arwah,” katanya.

Jenazah Nur Afipah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Kuah, manakala dua rakannya masing-masing dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penghulu dan Tanah Perkuburan Islam Masjid Kelibang, Langkawi.
Polis ambil keterangan dari pemandu van
Polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu van pelancong berusia 38 tahun selepas kenderaan dipandunya terbabit kemalangan mengakibatkan kematian tiga remaja perempuan di persimpangan lampu isyarat Kampung Padang Gaung, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 12 tengah malam apabila motosikal dinaiki tiga remaja yang tidak memakai topi keledar terbabit cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh van berkenaan yang gagal mengelak. Ketiga-tiga mangsa, Yasmin Johari, 17, serta Nor Hazwani Mansor dan Nur Afipah Ainaa Ridzuan, masing-masing berusia 16 tahun, disahkan mati di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku apabila motosikal dinaiki tiga remaja itu cuba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

“Siasatan awal mendapati van pelancong terbabit dari Ulu Melaka menghala Kuah gagal mengelak motosikal dinaiki tiga remaja itu yang cuba melakukan pusingan U di persimpangan lampu isyarat sebelum merempuhnya.

“Berikutan itu, ketiga-tiga mangsa yang parah di badan dan kepala disahkan maut di tempat kejadian, manakala pemandu van terbabit terselamat,” katanya.

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

3 comments

Anonymous
June 7, 2012 at 2:44 PM

Salam,yg gmbr excident tu arwah ke? Al-Fatihah

Anonymous
June 20, 2012 at 3:35 PM

tolonglah! saya nak tgk gambar tu :( tolong !

March 25, 2013 at 2:00 PM

wslm , kalau boleyy tuan admin nie ,, IM lah saye ,, psl gmbaran ketika kejadian kemalangan ituu ,


:Special Brand (SB) Cawangan Bukit Aman,KL:

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)