10 Most Popular People Search In Google Malaysia..Hanis Zalikha is No. 6!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, December 11, 2010 | 8:32 AM

mengikut statistic yang dikeluarkan oleh Google Zeitgest..10 carian paling popular dalam kategori fast rising people di Malaysia seperti di bawah nie ….apa google zeitgest ?
ia sebenarnya analisis yang Google buat setiap akhir tahun, untuk keluarkan statistik carian terbanyak di sesebuah negara. Semua carian dia akan kategorikan kepada orang, sukan, berita dan sebagainya. Saya tergolong dalam carian 'orang' terbanyak! Google Malaysia's Fastest Rising People
credit to Hanis Zalikha untuk definition tu..haha

google fastest rising people
statistic setakat 11 December 2010

1. MAHER ZAIN
maher zain
.semestinya penyanyi yang popular dengan genre lagu islamik…siapa cakap penyanyi irama nasyid tak boleh cari makan? buktinya Maher Zain adalah carian paling popular di Malaysia…artis-artis Hollywood pon kalah…syabas Maher!!

2. JUSTIN BIEBER
justin bieber
si budak yang sangat popular di seluruh dunia..baru berumur belasan tahun tapi dah berjaya mengutip kekayaan berjuta-juta dollar dan menjadi antara ikon kegilaan remaja di seluruh dunia…Justin Bieber baru- baru nie mengejutkan ramai peminat di seluruh dunia apabila memenangi 4 award di  American Music Awards pada usia hanya 16 tahun

3. LUNA MAYA
luna maya
Luna Maya…sapa tak kenal kn?rasanya carian google untuk Luna nie sebab kes video lucah dengan Ariel Peterporn tu..tak pasal-pasal dia popular di Malaysia..tapi kenapa di Malaysia?adakah orang malaysia suka cerita-cerita macam tu?tutttt!!!haha

4. DIN BERAMBOI
din beramboi
Malaysia dikejutkan dengan kematian mengejut pelawak polular Din Beramboi pada awal April lalu ..walaupon allahyarham dah pergi meninggalkan kita…tapi nama beliau tetap menjadi antara carian paling popular di Malaysia..Al Fatihah

5. LADY GAGA
lady gaga
sape tak kenal dengan minah pelik nie kan?kalau bab baju pelik2 memang dia la orangnya ..Lady Gaga…penyanyi yang penuh dengan kontroversi tapi jugak antara artis hollywood paling popular dekad nie….

6. HANIS ZALIKHA
hanis zalikha
sweetness…sapa tak kenal dengan blogger popular dan cantik Hanis Zalikha…fuhh..hebat betul hanis….memang terbaik la..masih lagi bercita-cita nak jumpa dia di event nuffnang kalau berkesempatan untuk turut serta =) comel kan dia pakai tudung..secomel budak Irine Nadia Marcello nie  ..ehh budak ke?haha

7. LEE MIN HO
lee min ho
maaf sebenarnya aku tak kenal mamat nie…girl2 maybe semuanya tahu…haha…siapa dia ..
South Korean actor who is best known for his leading role as the leader of F4, Gu Jun Pyo, in theSouth Korean adaptation of the popular manga series, Hana Yori Dango, titled Boys Over Flowers, in 2009. He started his career in 2006 and since then has been cast in various TV shows, short dramas and minor movie roles.
credit to Wikipedia

8. ADAM LAMBERT
adam lambert
sebenarnya malas nak cita pasal mamat gay nie…sebab aku tak suka dia..haisyhh..kenapa la dia tersenarai jugak…thanx to Hanis Zalikha sebab berjaya mengalahkan Adam Lambert ni….hihi

9. SITI NURHALIZA
siti nurhaliza
sape tak kenal kan bini tersayang Datuk K nie….Datuk Siti Nurhaliza masih popular walaupon dah berkahwin…masih mantap ..masih cantik…mungkin sebab masih belum ada anak…bila nak ada anak ..Datuk sila jawab..hehee

10. PAULTAN
paultan
dan yang terakhir…laman web automotive popular Paultan yang banyak memberi info tentang automotive

p/s : mesti tertanya-tanya sebab apa ada nama hanis zalikha dalam tajuk?sebab dia sorang je blogger yang tersenarai…bila lagi blogger-blogger lain nak tersenarai?kita tunggu statistic untuk tahun depan =)

489 word 3332 characters
8:32 AM | 3 comments | Read More

Benci Kat Miss Lolly!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 09, 2010 | 8:16 AM

dalam entry lepas bertajuk Aku Menang Contest Miss Lolly Ke Tak???? ada berbicara tentang contest miss lolly yang aku join aritu....nak tau lebih lanjut boleh klik di link tuhh..


pas tu miss lolly dah reply dah....and the result is...jengg33x



huhhh benci3x....u buat i suspen ja miss lolly ngek2,..haha

ada jugak ek tersilap..haha..5minit pon dah ramai yang klik...mesti r,..nengok r bisitor kat blog miss loly tu camna...mencanak2 visitor dia...

owww aku tak menang ek???(ada hati padahal entry contest tu tah pape..)..alaaa tak kisah pon menang or tak...dah tak de rezeki...so lain kali boleh cuba lagi =)...kalau semua nak menang ..sape yang nak kalah kn?hihi...


kepada broframestone tahniah sebab menang...dapat pree jah duit ..hihi....


aku masih lagi tersangat busy sebab jadi urusetia kursus 2 minggu kat Perlis....so tak sempat nak ngadap laptop sangat....nie pon curi2 time tido...nanti bila dah free aku reply balik semua komenb2 n blogwalking balik ke blog korang semua..=)..thanx semua yang sudi join lepak2 sini ....




p/s : woiiittt jangan salah faham dengan tajuk ok...mna da aku menci2 dia....shayang dia ada laaa....wupssss....larikkk!!!hahahhaa.....zasttt sepantas kura-kura:
8:16 AM | 14 comments | Read More

Pakai Tudung Tapi Bogel

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 06, 2010 | 11:01 PM

masa blogwalking tadi tersinggah la blog IDASAZARINA melalui blog bro DARKBATMAN' yang letop2 jadi Top 10 Malaysian Blogger tuhh

ok tak mau cakap banyak ..tengok nie….

bogel
sebelum tu..maaf kalau ayat nie agak kasar sikit…korang rasa kalau korang jumpa minah nie nak buat apa kat dia…kalau aku la kan..aku rasa nak bagi penerajang je….plus flying kick laju2 ka tengah belakang dia…hampehhh..memalukan siotttt

kalau la dia nie melayu dah sah2 la islam kn…so apa pendapat korang tentang orang islam yang pakai macam nie…itu kalau dia melayu islam la kan?
tapi kan …boleh jadi tak ini bukan islam yang saja2 pakai tudung?tapi kn aku rasa tak..watpe dia nak pakai tudung saja2 tunjuk cam tu kn??and yang pentingnya dia pakai tudung..kalau pakai scarf boleh terima lagi dia tu orang bukan islam…tak da maknanya….so dalam firasat aku dia nie memang sorang perempuan melayu yang sangat bodoh ilmu yang langsung tak ada agama…

kalau dah tak nak tutup aurat..tak payah tutup langsung…b_ _ _ _l terus…senang…banyak sikit orang yang nak pandang..dah nak tunjuk ..haaa ambik…tunjuk pi semua…nak tunjuk sangat..tak payah dok cover-cover dah…tapi kalau macam nie punya cara…memang rasa ringan ja kan kakiku…rasa macam kakiku dimulutmu ja…

ini la budaya sekarang…terasa diri sendiri pakai baju tapi sebenarnya telanjang bulat tak pakai apa..

cuba la pakai elok2 macam nie…comel jaa…

Ryn Doo
klik pada gambar untuk ke profile =))))
alamak sapa tu…??larikkk…haha
11:01 PM | 15 comments | Read More

Aku Menang Contest Miss Lolly Ke Tak????

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, December 05, 2010 | 9:37 AM

dah 10hari aku tak online blog nie...visitor pon kurang bnyak bebenor....then semalam aku massuk la...komen melambak-lambak...then aku terpandang la satu komen..


 cik sha dengan prof hariz cakap aku menang..hahah...tetiba excited masa baca tu..pastu check la balik status ..bnyk yg datang dari entry http://lollylurveff.blogspot.com/2010/11/pemenang-contest-miss-lollys-birthday.html 


tapi bila klik page not found..pelik2=)...haha

mybe miss lolly kita tu tersilap anounce pemenang kot?hahah...xpe la..tak kisah menang or tak...rezeki masing-masing....

sekian   ...entry tah pape..haha


 kalau nak baca entry hari jadi contest cik lolly tu sila klik di bawah










9:37 AM | 6 comments | Read More

Check Your Lappy Sex Here!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, December 04, 2010 | 9:53 PM

korang boleh check jantina laptop masing-masing …serius tak tipu punyer..haha..

1) Buka notepad anda dan paste perkataan ini dalam notepad: CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


2)Lepas  tu tekan save. Ubah save as type kepada All Files (save ditempat yang senang cari..eg : desktop). save as = love u.vbs


3) Close notepad apabila habis save. Then double click file td untuk buka file - (love u.vbs) dan anda akan dengar suara "i love u.


4) Cuba dengar betul2 suara "i love u" tu....suara lelaki ke perempuan? (Buka volume sekuat2nye ye)


5) laki ka pompuan?aku punya pompuan…haha…seksi tak suara dia>?haha
9:53 PM | 9 comments | Read More

2 Alam Popular??Penonton Menggigil Kerana Seat Penuh

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, November 27, 2010 | 9:27 AM

satu fenomena…satu mimpi menjadi kenyataan….yang terbaik..penonton tengok sampai demam….fuhh….seat pulak penuh sampai penonton mengigil sebab tak pernah hadapi fenomena macam nie…semua bersesak-sesak seperti mengerjakan haji di mekah…
janji dari DDR (nama manja dR Rozmey) …manja la sangat…janjinya..pasti kutip 40 Juta..tak percaya ?aku sertakan bukti selanjutnya   ..hihi..

Screen shot 2010 10 21 at 3.14.16 AM Preview Filem 2 Alam Dr Rozmey Yang Hancur!

tak tipu kan???betul kan??hihi

pic credit to Ohbulan..

serius kalau blogger nak blog dikunjungi tak henti-henti..buat la entry pasal dR Rozmey..tapi jangan sebab nak mengejar visitro mengutuk dia..nak buat entry…tulis benda betul2…=)jangan naik dengan menjatuhkan orang lain =)

kalau semalam aku dah  buat entry 6 Sebab dR Rozmey Kutip 230 Ribu Sahaja Dalam Seminggu ..hari nie tak da sebab-sebab…saja nak tunjuk gambar tadi pasal aku tak da idea sbb busy..esok nak bertolak ke Perlis dah..kena iring budak2 baru untuk Latihan Intensif Bakal Komander…2 minggu jugak la kat sana…fuhhh

pasal dR Rozmey nie…aku malas dah nak taip panjang2…korang pon dah banyak baca dari entry entry blogger-blogger lain yang lagi banyak memberi fakta tentang 2 Alam…so check di Google anda =)

p/s : Takziah untuk kawan baik  aku  Akma yang baru kehilangan ayah tersayang tengahari tadi..semoga allhyarham pak cik Ahmad dicucuri rahmat….Al-Fatihah!!
9:27 AM | 6 comments | Read More

6 Sebab dR Rozmey Kutip 230 Ribu Sahaja Dalam Seminggu

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, November 25, 2010 | 12:02 AM

Rm230000 sahaja dalam masa seminggu?kata nak kutip 40juta??apa cita nie dR??dR ka Dr??mana2 la..aku pon tak paham

ok ni copy paste dari entry blogger LugieAmir

83 pawagam menayang’kan filem 2 Alam, namun FINASmelaporkan jumlah kutipan sehingga hari ini (24 November) hanya mencapai sekadar RM230 000, jauh terlajak daripada cita-cita asal DDR yang menyasarkan RM40 juta.

Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila di’hentaman pelbagai pihak, terutama’nya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam.

Tergelak kami apabila ada rakan yang berkata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip & Amy Search yang berdurasi 86 minit.

Macam mana pula DDR boleh berani bercerita soal kutipan RM2 juta pada hari pertama tayangan? Sedangkan filem Upin Ipin: Pengembaraan Bermula yang hebat pun perlukan 5 hari untuk mencapai RM2 juta. Sudah-sudah’lah DDR, jangan nak bodoh’kan penonton Malaysia, dan kaki google tempatan.

itu screenshot dari FINAS dan jugak entry dari LugieAmir..okey walaupon kita tengok dah beratus-ratus blogger dah buat macam-macam kritikan and kutukan..so aku pon nak join la jugak sekaki mengutuk.haha tak da la…cuma memberi pendapat

okeh 5 sebab dR Rozmey gagal kutip 40Juta dan hanya kutip 230ribu saja…

1 . Publisiti Hyperbola…

semua orang dah sedia maklum…and bagi pembaca KOSMO mesti akan menghadap muka dR nie tiap2 hari..ulang sekali lagi TIAP-TIAP HARI

mungkin dR nie yakin sangat dia akan berjaya menarik hati dan buat penonton berdebar-debar nak menonton..

2  . Ayat yang terlampau melampau dalam iklan

ini satu lagi masalahnya….tak over sangat kalau aku nak cakap iklan 2 Alam antara iklan paling memualkan ..bagi aku…bagi orang lain aku tak tahu la kn..ada satu hari tu aku pernah baca .lebih kurang macam nie ayatnya

penonton akan berdebar-debar menanti dan keistiwewaan 2 Alam adalah tiada tandingan sehingga ada penonton yang perlu dipapah keluar dari punggung panggung akibat terlalu dirasuk oleh keasyikan 2Alam

something like that la aku pon dah lupa dah….so kalau korang sendiri baca pon ..bukannya nak berdebar-debar..lagi nak tergelak ..huhu

3 .  Over Confident

Confident tu memang tak salah..dan aku sendiri tau dR memang orang yang confident sebab tu dia berjaya jadi antara usahawan yang paling berjaya kat malaysia nie …but over confident pon boleh memakan sendiri…ibaratnya kalau korang over confident korang takkan mati kalau terjun bangunan 5tingkat jatuh kepala dulu..cuba terjun…sampai je bawah…memang ko ke bawah terus la (masuk kubur)

4 . Hari-Hari sebut 40 Juta

ini pon satu jugak penyakit…hari-hari ada perkataan 40Juta tu dalam paper …memang la kalau sebut tu doa..tapi kena la berpada-pada…ini cuma filem pertama…jangan la nak over sangat target tu…upin ipin pon tak berani nak target sampai macam tu..semua rakyat Malaysia dah dapat agak apa akan jadi…muak dengan hari-hari dengar 40 Juta tu…so dorang pon jadi malas…40 Juta bebb…bukan 40 Hengget….

5 .  Blogger Dan Wartawan

ini yang paling besar puncanya..haha…blogger dan wartawan atau media memang satu medium yang sangat efektif untuk menjatuhkan seseorang..tapi dalam kes nie…semua orang bercakap benda yang masuk akal tentang perkara tak masuk akal yang dR canang-canag setiap hari tu….wartawan masa majlis pratonton pon ..keluar ja dah tepuk dahi dah….so wartawan pon apa lagi..hentam la..pastu blogger pulak hentam..satu Malaysia dah taghu jalan cerita before keluar pawagam lagi#..so memang carik nahas la…haha….

6. Berlagak nak lawan Harry Porter

aku rasa macam pernah terbaca pasal doktot cakap filem 2 Alam setanding Harry Potter,,..dengar lawak je…Harry Potter hari pertama ja dah kutip AS$125.1 juta (RM388.8 juta)..itu baru hari pertama doktot oit..hahaha….pastu haritu kan ada keluar khabar angin kutipan hari pertama cecah 2juta..huisyyy…tak caya aku….

6 je kot..tak banyak masa nak taip nie=)..apa pon..walaupon ada kutuk jugak sikit..aku doakan impian doktot tu berjaya….

p/s : support pi la orang melayu kita..haha

12:02 AM | 8 comments | Read More

Gathering and Meetup Blogger Sabah ,Kelantan Dan Kedah

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, November 24, 2010 | 4:08 AM

salam semua…blogger2 dari sabah dah confirm nak buat gathering..boleh rujuk sini…
GaTHeRiNG SaBaHaN BLoGGeRS | NuFFNaNG GLiTTeRaTi PLuS

blogger2 kelantan pulak akan buat gathering yang di’plan oleh Joe..boleh klik di bawah
Kelantan Blogger Meetup

itu yang dah diconfirm… since aku adalah Blogger Kedah ..semalam ada dengar2 blogger kedah pon nak buat meetup..tapi tak tahu kat mana dan bila…aku dapat maklumat dari entry Hans…

so kepada Blogger Kedah yang ada maklumat berkaitan gathering tu..pliz2 bagitau or inform di Join us on Facebook! blogger Kedah (klik pada gambar)

nak jugak jumpa and kenal2 dengan semua blogger2 dari kedah..kalau nak aku yang plan..memang tak sempat la sebab aku memang busy ..cuti sem pon macam tak cuti..kepada blogger kedah yang free…yang cuti semester tu..nboleh la plan awal2 k…kalau lagi ramai lagi bess….=)

boleh contact Group Kedah Blogger seperti Dibawah
kllik pada gambar untuk ke site
Join us on Facebook!    Follow us on Twitter!    Contact Us



4:08 AM | 3 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)