Showing posts with label Ohbulan. Show all posts
Showing posts with label Ohbulan. Show all posts

Bekas Isteri Hattan Saman Blog OHBULAN RM 1Juta

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, July 27, 2012 | 8:35 PM


Bekas isteri penyanyi popular Hattan menfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan Oh Bulan! kerana menyiarkan artikel fitnah mengenainya.

Noorfarashikin Othman, 32, seorang peniaga, menfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, pada 3 Julai lepas melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh dengan menamakan Driven Communications Sdn Bhd sebagai defendan.

Noorfarashikin bercerai dengan Hattan atau nama sebenarnya Datuk Mohd Shukri Sahabuddin selepas dua bulan berkahwin.

Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nor Bee Ariffin.

 Peguam Nizam Bashir yang mewakili Noorfarashikin memberitahu media bahawa mahkamah menetapkan 10 Ogos ini bagi defendan menfailkan pembelaan dan juga pengurusan kes.

Dalam pernyataan tuntutannya, wanita itu antara lain memohon ganti rugi am berjumlah RM1 juta, ganti rugi khas, teruk, teladan dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Noorfarashikin mendakwa pada Januari lepas defendan melalaui laman web hhtp:/www.ohbulan.com/ telah menerbitkan satu artikel.

Beliau berkata artikel itu antara lain bermaksud beliau merupakan seorang yang curang, tidak boleh dipercayai dan isteri yang tidak setia.

Wanita itu berkata reputasi peribadi dan profesionalnya telah rosak dan beliau mengalami kesedihan, rasa malu dan tersinggung perasaan akibat penyiaran artikel itu

**kes ini mungkin boleh dijadikan teladan kepada blogger blogger diluar sana terutama yang selalu mengeluarkan artikel artikel "panas" agar lebih berhati hati. Pastikan segala berita yang disiarkan disahkan kesahihannya terlebih dahulu . 

sumber : MediaKarangkraf
8:35 PM | 0 comments | Read More

Panas!!Fasha Sandha Bertengkar Dengan Oh!Bulan

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, January 28, 2011 | 11:16 PM

tengah asyik aku melayan twitter tadi. Naiik pasal ohbulan kat timeline. Mula-mula ingat tak ada apa. Tapi bila aku siasat balik nampak macam Fasha tengah bertengkar dengan Oh!Bulan dalam timeline . Isu???

isu yang buat fasha naik angin adalah dari entry Oh!Bulan iaitu Laporan Polis Fasha Sandha Diugut Tidak Ada?. Fasya menafikan semua yang dalam post tu dan katanya memang dia ada buat laporan polis

dibawah aku sempat snap beberapa timeline about that!

dari ohbulan sendiri

image

image

haa ohbulan dah angkat geng dah.

image

dan dipihak fasha pulak

image

image

credit to : OhBulan

apa kesudahannya?adakah laporan tersebut memang betul betul wujud ?apa kata Mazidul Akmal & Hazrey iaitu wartawan 999??kita tunggu nanti tengok sapa yang betul. Kalau nak update terbaru boleh la jenguk2 timeline individu-individu di atas!

laporan lanjut boleh rujuk di entry Laporan Polis Fasha Sandha Diugut Tidak Ada?

 

11:16 PM | 2 comments | Read More

2 Alam Popular??Penonton Menggigil Kerana Seat Penuh

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, November 27, 2010 | 9:27 AM

satu fenomena…satu mimpi menjadi kenyataan….yang terbaik..penonton tengok sampai demam….fuhh….seat pulak penuh sampai penonton mengigil sebab tak pernah hadapi fenomena macam nie…semua bersesak-sesak seperti mengerjakan haji di mekah…
janji dari DDR (nama manja dR Rozmey) …manja la sangat…janjinya..pasti kutip 40 Juta..tak percaya ?aku sertakan bukti selanjutnya   ..hihi..

Screen shot 2010 10 21 at 3.14.16 AM Preview Filem 2 Alam Dr Rozmey Yang Hancur!

tak tipu kan???betul kan??hihi

pic credit to Ohbulan..

serius kalau blogger nak blog dikunjungi tak henti-henti..buat la entry pasal dR Rozmey..tapi jangan sebab nak mengejar visitro mengutuk dia..nak buat entry…tulis benda betul2…=)jangan naik dengan menjatuhkan orang lain =)

kalau semalam aku dah  buat entry 6 Sebab dR Rozmey Kutip 230 Ribu Sahaja Dalam Seminggu ..hari nie tak da sebab-sebab…saja nak tunjuk gambar tadi pasal aku tak da idea sbb busy..esok nak bertolak ke Perlis dah..kena iring budak2 baru untuk Latihan Intensif Bakal Komander…2 minggu jugak la kat sana…fuhhh

pasal dR Rozmey nie…aku malas dah nak taip panjang2…korang pon dah banyak baca dari entry entry blogger-blogger lain yang lagi banyak memberi fakta tentang 2 Alam…so check di Google anda =)

p/s : Takziah untuk kawan baik  aku  Akma yang baru kehilangan ayah tersayang tengahari tadi..semoga allhyarham pak cik Ahmad dicucuri rahmat….Al-Fatihah!!
9:27 AM | 6 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)