Surat Mohon Kerja Paling Bangang…

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 30, 2010 | 12:00 PM

kalau la ada orang yang bangang mintak kerja guna surat macam nie….

PER: MEMOHON KERJA SEBAGAI JURU AUDIT.
Suka citanya saya seperti nama di atas ingin memohon kerja sebagai
juru audit di syarikat tuan seperti yang telah diiklankan di surat khabar.
2) Di sini saya ingin bertanya serba sedikit soalan kepada tuan.
    a) Kalau saya di terima berkerja , berapakah gaji yang akan tuan bayar
        memandangkan saya berkelulusan diploma?
    b) Adakah saya akan dipindahkan ke syarikat lain memandangkan syarikat
         tuan banyak cawangan . Kalau ya di manakah saya akan dipindahkan?
    c) Bila tuan nak menemuduga saya ? Kalau boleh biarlah cepat sikit manalah
        tau ada syarikat lain yang akan panggil saya dalam masa terdekat ni..
        melepas pulak tuan nanti .
    d) Dekat syarikat tuan ada kemudahan seperti surau tak? Senanglah bagi
        kami orang islam nak beribadah nanti.
    e) Tempat juru audit tu tempat yang dikhaskan ke atau terbuka bersama-sama stuff lain?
Itulah serba sedikit mengenai butir diri saya buat rujukan tuan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah
di harapkan dan saya hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian .
P/s: Tuan nanti saya akan hadiri temuduga saya dengan kemeja dot-dot hitam putih yang dipadankan dengan seluar slack warna pink untuk memudahkan tuan mengenali saya.
Yang Benar,
____________
( MAN BIN BAI )

..haha sluar slack warna pink?deymmmm…kalau aku la majikan tu…aku cari pastu aku sepak lelaju…ahaha
12:00 PM | 3 comments | Read More

Jambori Komander Kesatria UiTM Kedah 2010 : Prolog


ok bersambung dari entry lepas pasal intro ape tah..baca sendiri…then hari nie aku mulakan dengan preview aktiviti ang pertama iaito PROLOG..tau tak prolog tu apa?mesti mengong2 tengah garu kepala kan?meh nak cita

prolog nie lebih kurang macam ironman la (bukan cita IRONMAN yang robot tu) ..ada 4 peserta dari setiap pasukan bertanding…4 orang  nie akan bergerak secara berkumpulan…first berlari..then berbasikal..pastu berkayak…kalau ikut kepada prolog yang kami di Kedah jalankan…kesemua peserta kena habiskan perjalanan sejauh lebih kurang 23KM …jauhh..memang jauhh…sampai terjelir lidah aku nengok…sumpah kesian…tapi tak pa…fitness semua ok ja…dah training berbulan-bulan..
aku ada sebut kayak kan kat atas?ok actually berkayak untuk prolog terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir atas beberapa sebab yang aku rasa tak payah disebutkan…papepon layan gambar2 di bawah….

sila klik install sky drive lepas klik gambar2 dibawah =)sekian

tak sempat nak buat caption setiap gambar..buat la sendirik ek caption..cipta dialog sendiri ka..haha
sekian..akan bersambung…
7:00 AM | 0 comments | Read More

Aduhh..Mimpi Hanalovenest Dengan Bro Eryqazz La Pulak…

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, December 29, 2010 | 11:01 PM

ini cerita 2 malam lepas…tapi tak sempat post pagi tu pasal tak on9…tapi entry nie dah dibuat pagi tu…cuma lambat post je..hihi…dah…abis introduction=)

ntah macammana la…semalam aku g mimpi someone..ehh bukan2…beberapa orang sebenarnya…mimpi lepak makan2 sekali dengan beberapa orang blogger yang aku kenal…rasa macam ramai tapi yang aku ingat intannurulfateha , hanalovenest aka anna boleyn,bro eryqazz, …pastu ada beberapa orang g yang aku kenal muka tapi lupa nama..ahaha…

citanya lepak makan dengan hana and sorang laki…rasanya tu mybe bf dia mr DOm…(betul tah ejaan?)..intanurulfateha masa tu lepak dengan orang lain..huhu berlagak r intan..haha..habis makan2… dengan intan sekali g lepak rumah hana….isyy pelik tul lah mimpi tu.Ninja.haha..

korang rasa apasal aku mimpikan dia..owhh my hana..owh my intanRed heartlalalaRed rose…pangggg….(kena sebijik dengan mem besar)..hihi…dushhh flying kick dari mr Dom and superK..Wilted rose…haha..mimpi je tu…semua permainan je dalam tidor ..tapi rasanya yang boleh mimpi semua blogger tu rasanya sebab malam tu aku on9…lepak2 baca entry hana and intan sebab lama dah tak on9..and malam tu plak ada mesej2 dengan intan…uii intan nak kawen dah…lalala…haha tak la…kakak dia nak kawin…sorry intan..ada rezeki i sampai johor nanti..(jauhhnyaaaa Confused smile)

apa2 la…sebenarnya teringin nak lepak sekali dengan geng2 blogger masa gathering..tapi belum ada rezeki untuk lepak sekali…yela, asal gathering je mesti kat area KL..aku stay Kedah..memang jauh la nak g…time aku turun rumah kakak aku kat Shah Alam..xde plak gath..huhu..tak pe la…mybe next time ada rezeki…zasttt…out dulu….=)

sumpah jeles dengan event nie…huh!!!!Steaming mad
11:01 PM | 7 comments | Read More

3 Sebab Malaysia Akan Menang Piala AFF Suzuki dan 3 Sebab Jika Malaysia Kalah

 

1 . Malaysia dah menang 3-0

for sure la Malaysia memang dah genggam piala tu…cuma tunggu untuk tentukan ja…untuk indon menang memerlukan kemenangan 4-0..tak mustahil tapi memang sangat-sangat susah….jurulatih Indon sendiri yang cakap…aku tak cakap..

2 . Pemain Malaysia Dah Lali Dengan Perangai Penyokong Indon

banyak orang cakap yang pemain Malaysia akan terima tekanan kat stadium tu nanti sebab penyokong indon akan penuhkan stadium…yapi bagi aku..rasanya tak ada masalah dengan tekanan tu sebab kita memang dah sedia maklum perangani orang indon macam mana kan?tak terkejut malam nie kalau ada penyokong indon yang akan masuk padang

3 . Indon Cakap Je Besar

satu yang aku naik geli dengan orang indon nie…bukan semua tapi segelintir…cakapnya bukan main besar….confident tu bagus tapi kalau over confident pon tak bagus jugak….pemain Indon sendiri yang akan tekanan …biar la..untung Malaysia jugak kan?
dan kalau katakan Malaysia kalah…akan ada 3 kemungkinan (tapi tak kalah rasanya)

1 . Laser

kalau perlawanan lepas…kemenangan Malaysia ada dikaitkan dengan laser (padahal laser tu bukan time nak sumbat gol..ngok)..penyokong indon dah cakap akan balas dendam..so stadium di indon malam nie akan jadi macam pesta laser..caya la cakap aku

2 . Maki Hamun

semua orang tak suka maki hamun dan kita sendiri memang dah tahu perangani orang indon yang memang suka maki hamun kan?so malam nie tengok la sepanduk-sepanduk yang geng indon akan bawak..semua akan kutuk dan maki hamun Malaysia…wth

3 . Meluat Teramat Sangat

ini yang aku pon akan rasa bila bebal dengan penyokong Indon..tengok la..dar awal pemain Malaysia sampai indon…dah penuh penyokong2 indon berkumpul depan hotel…maki hamun…kutuk-kutuk…naik meluat aklu dengan perangai macam nie…elok-elok tak bioleh ka?indon akan gunakan isu macam –macam untuk bagi pressure….tapi pemain Malaysia tak akan pressure cuma akan jadi meluat..virus kemeluatan terlampau…


so kita tengok macam mana malam nie…GO GO MALAYSIA….!!!!kita kasi Indon senyap malam nie….bising je lebih!!!!MELUATTTTT
7:40 PM | 0 comments | Read More

Semak Betul La Anak-Anak Cina Nie

ini bukan entry berunsur perkauman...cuma aku tak puas hati betul dengan anak anak cina depan aku nie....tengah lepak kat KFC sambil online....tetiba depan mata aku dipenuhi dengan anak anak cina yang mana datang pon tak tau...bukan dia datang nak makan pon..duduk ramai2 pastu buat bising macam kera kena ligan...aduhhhh sakit kepala aku

nak marah nanti jadi gaduh..sabar je la....rasa macam nak baling ja laptop aku nie kat kepala sorang sorang...nak duduk tu duduk je la...bising cam %^&%£ tu pehal...haisyyy...yang aku geram , dengan suka hati mak bapak dia...dok wat benda lucah depan aku...slumber badak sumbu ja....badak sumbu pon tak slumber cam depa nie...bengong toi...tak payah la aku nak cita benda lucah tu..juz bayangkan je la benda benda lucah...nak sebut tak sampai hati...

ok la aku nak sambung buat scheduled entry.....fuhh anak anak cina tu dah blah dah...aman dunia..sejuk hati....ringan kepala...fuhhh...

 

6:39 PM | 1 comments | Read More

Jambori Komander Kesatria UiTM Kedah 2010 : INTRO



Print

Untuk pengetahuan korang semua…UiTM Kedah pada tahun ini adalah tuan rumah untuk Jambori Komander Kesatria UiTM Kedah 2010 …event nie dijalankan pada 15-21 Disember 2010 yang lalu…

tahu tak Komander Kesatria tu siapa?bagi yang bukan pelajar UiTM ,mesti ramai yang tak tahu…tapi kalau student UiTM ,tipu kalau tak tahu sebab dorang mesti akan jumpa komander jugak sepanjang study di UiTM…memang ramai tak suka kan komander nie sebab kat padang kawad..kalau korang buat salah..memang kena marah and jerkah r..haha…ok habis …Komander Kesatria adalah satu organisasi penting dalam UiTM sama jugak macam Majlis Perwakilan Pelajar..cuma skop lebih kepada pengurusan kokurikulum untuk student2 UiTM…kawad kaki,daki gunung,aktiviti lasak,outdoor extreme,kayak n macam-macam lagi la aktiviti lasak memang dah jadi sebati dengan diri seorang Komander Kesatria…kiranya geng nie semua memang tahan lasak…kalau buang dalam hutan sebulan pon boleh hidup rasanya nie….semua dah belajar survival hidup…boleh kot..ntah la..haha

so tak nak panjang cerita ..teruskan dengan Jambori Komander Kesatria UiTM Kedah 2010 …Jambori Komander Kesatria UiTM adalah satu event yang dijalankan setahun sekali..mengumpulkan semua komander dari seluruh sistem UiTM seluruh Malaysia untuk berkumpul, melaksanakan program2 tertentu dan bertanding dalam pertandingan seperti
  1. Extreme Outdoor Quest (EOQ)
  2. Prolog
  3. Kawad Kaki
  4. Kebudayaan
  5. Merempuh Halangan
dan beberapa program lain yang dijalankan termasuklah :
  1. Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM)
  2. Ceramah Kenegaraan
  3. Ceramah Keusahawanan
  4. Forum Komander


minggu event nie berlangsung, aku tak sempat dan langsung tak ada masa nak update apa-apa pasal event nie ..so dah cuti nie aku akan buat entry pasal event by activity …rasanya belum ada blogger dari kalangan Komander sendiri yang buat so aku akan buat dulu untuk rujukan masa depan..cewahh.akan bersambung
7:00 AM | 3 comments | Read More

Kerenah Menggelikan Seorang Playboy

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, December 28, 2010 | 8:00 PM


lamanya tak online…dah lebih seminggu aku tak buat entry….huhu…so arinie ada masa sikit untuk on9..aku nak buat sebanyak mungkin scheduled post untuk bebrapa hari…balas dendam!!

cerita nie jadi kat someone la…mna leh gtw sapa…nanti dia popular…tapi kenalan terdekat dengan aku..citanya macam nie…kami ada join satu event besar sama2….lama jugak la event tu and kami bersama agak lama jugak la….lebih kurang seribuduaratustahun …

masa event tu semua jadik rapat cam adik beradik ..padahal before this kenal pon tak penah..then it comes to the last day and semua nak berpisah..ok habis semua balik….(nape cam borink r aku cita?)..

haaa citanya jadi bila dah berpisah nie la..ada la satu mamat nie..laki ..opkos la kan dah mamat..masa event tu sumpah aku ingat dia ok…baik je..tengok cam baik..macam je ok…tapi masa dah abis..nahhh amik hang…maka menjelmalah syaitonirrojim dia..haha…peleboi rupanya..cam tak caya..nenek aku pon tak caya bila aku cita (ini tipu)..

kalau dah nama playboy nie memang jenis yang nak cikaro je…dia tak puas..kalau boleh dalam satu masa nak seribuduaratustigapulutiga aweks keliling pinggang and punggung..dia approach sorang kawan aku…miss A..miss A pon tak layan sangat…rimas…ada patut dia boleh g cita and heboh2kan kat public yang Miss A nie skandal dia…WTH…siok sendiri beb mamat nie...pastu ..dia approach plak Miss B..member aku gak la…macam2 jenis mesej dia hantar…nak mintak jadi awek la…and the most annoying thing ..lagi annoying dari annoying orange is…Miss A dan Miss B kawan baik…isy3x..teruk tol..yang boleh aku tau pasal nie Miss B la cita kat aku…geli aku baca semua mesej2 dia..haha…tak perlu didedahkan nanti ramai yang akan muntah warna ijo..haha

ada satu situasi nie….masa tu Miss B tengah beli ikan kat market…then mamat peleboi nie mesej…macam nie lebih kurang

Mamat Peleboi : ko bertuah tau (tetibaNinja)
Miss B : nape?
Mamat Peleboi : sebab ko kan nak jadi awek aku
Miss B :*&*^&%&%^&$^$% wat de hel?Annoyed (dalam hati )
Miss B : tak kot..sebab parent aku tak nak menantu dari _______…(sila isi tempat kosong sendiri…terpaksa dirahsiakan identiti..haha)
Mamat Peleboi : ……………….Broken heart


haha lebih kurang cam tu r..angin tak de tetiba syok sendiri g cakap cam tu…hahaha…bengong tol..tapi kn suka r Miss B terus terang cam tu…hihi..

even aku ni sorang lelaki yang ada nafsu kat  pompuan…tapi tetap geli part ayat dia masa kat market tu..ahaha…syok sendiri..aku pon banyak je kawan girl..tapi takde la setiap sorang aku nak approach jadi awek…jenuh cop duit ..
8:00 PM | 4 comments | Read More

Hanis Zalikha Lebih Popular Dari Siti Nurhaliza

Written By HAZRIL HAFIZ on Monday, December 20, 2010 | 8:33 AM

HANIS... lebih popular kerana blog.




SHAH ALAM: Siapa Hanis Zalikha Zainal? Tentunya ada yang menimbulkan pertanyaan apabila nama itu tersenarai pada kedudukan keenam carian Google di Malaysia hingga mengatasi penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Secara tiba-tiba nama itu melonjak sedangkan sebelum ini ramai yang tidak mengenalinya berbanding seorang lagi artis tempatan dan seorang penulis blog yang turut tersenarai dalam 10 individu paling dicari menerusi enjin carian berkenaan, baru-baru ini.
Selain Siti yang menduduki tempat kesembilan, artis tempatan itu adalah Allahyarham Meor Ahmad Fuad Meor Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi (keempat) dan blogger bidang automotif, Paul Tan (10).

Dalam enjin carian itu, penyanyi berketurunan Arab, Maher Zain di tempat pertama, diikuti penyanyi remaja antarabangsa, Justin Bieber dan Luna Maya (artis kontroversi Indonesia).

Penyanyi antarabangsa terkenal, Lady Gaga di tempat kelima; aktor popular Korea, Lee Min Ho, ketujuh manakala naib juara American Idol, Adam Lambert, kelapan.

Metro Ahad berkesempatan bertemu dengan Hanis bagi merungkai ‘misteri’ hingga namanya tersenarai sebagai individu tempatan kedua paling dicari selepas Din Beramboi, malah dilihat mengatasi populariti aktor kacak, Min Ho dan Lambert.

“Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain.

“Memang saya terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara ini dan saya yakin ia adalah disebabkan blog yang saya wujudkan lebih dua tahun lalu,” kata gadis tinggi lampai berusia 20 tahun itu.

Mengenai pencarian namanya yang mengatasi Siti Nurhaliza, Hanis Zalikha berpendapat maklumat mengenai penyanyi popular itu mungkin mudah dicari peminat dan tidak bergantung kepada enjin carian Google semata-mata kerana media cetak atau penyiaran sentiasa memaparkan beritanya.

Katanya, mungkin enjin carian Internet itu adalah salah satu medium daripada pelbagai saluran yang digunakan peminat penyanyi berkenaan untuk mengetahui perkembangannya.

“Berbanding diri saya, memanglah tidak popular seperti penyanyi pujaan ramai itu tetapi terkejut dengan apa yang berlaku kerana sejak nama saya disenaraikan antara yang dicari dalam Google didapati blog saya kini dilayari lebih 16,000 pengunjung sehari berbanding sebelum ini hanyalah antara 7,000 hingga 8,000 orang sehari,” katanya yang mempunyai 14,929 pengikut di blognya.

Bercerita mengenai dirinya, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor itu berkata selain mengikuti pengajian, dia turut terbabit dalam bidang peragaan dan pernah juga memegang watak sampingan dalam filem, Momok The Movie.

Namun, katanya, bidang peragaan dan berlakon terpaksa dihadkan kerana selain tidak mahu mengganggu pengajiannya, jarak universiti dengan Kuala Lumpur juga membataskan dirinya bergiat aktif dalam kedua-dua bidang berkenaan.

“Kedua-dua bidang yang penuh glamor itu juga bukan impian sebenar saya kerana cita-cita mahu bergelar seorang ahli perniagaan berjaya pada suatu hari nanti,” katanya yang pernah mendapat tempat kedua pertandingan Malaysian Dreamgirl dua tahun lalu.

Mengenai laman blognya, Hanis Zalikha berkata, dia sengaja mewujud blog kerana meminati bidang penulisan dan menjadikannya medan untuk bercerita mengenai kehidupan seharian dan pengalamannya serta berkongsi tips kecantikan dengan sesiapa yang berminat.

Dia yang mendapat tajaan pengajian daripada Jabatan Perkhidmatan Awam turut berkongsi kecemerlangannya dalam pelajaran dengan memberi tips berguna.


>10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

sila rujuk entry 



1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)


sumber : METRO AHAD
8:33 AM | 13 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)