Senarai Harga Barang Kawalan Aidilfitri 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, August 03, 2012 | 10:01 AM



Seperti tahun tahun sebelumnya, menjelang perayaan besar seperti Aidilfitri, kerajaan akan mengeluarkan senarai harga barang kawalan supaya peniaga tidak sewenang wenangnya menaikkan harga untuk mengaut keuntungan berlebihan dan membebankan pengguna. 

Bagi tahun 2012, skim kawalan harga akan berjalan selama 15 hari bermula 12 hingga 26 Ogos 2012. Peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk barang kawalan bagi membezakannya dengan barang barang lain dan memudahkan pengguna. 


Berikut adalah harga kawalan bagi 20 barang kawalan sempena aidilfitri ini untuk rujukan pengguna . 


  1. Ayam hidup (RM5.70)
  2. Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati dan hempedal (RM6.80)
  3. Ayam super yang disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal (RM7.60).
  4. Daging lembu tempatan (RM22.00)
  5. Daging lembu import-harga maksimum di Sarawak sahaja (RM24.00)
  6. Daging kerbau tempatan (RM21.00)
  7. Daging kerbau import India (RM13.50)
  8. Telur ayam gred A (RM0.35 sen)
  9. Telur ayam gred B (RM0.34 sen)
  10. Telur ayam gred C (RM0.33 sen)
  11. Kubis bulat import-Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing (RM3.20)
  12. Cili merah (RM10.00)
  13. Tomato (RM4.50)
  14. Kelapa parut-harga maksimum di peringkat runcit saja (RM6.00)
  15. Kacang tanah import (RM6.50)
  16. Bawang merah kecil India (RM5.00)
  17. Bawang besar import (RM2.50)
  18. Bawang putih China (RM7.50)
  19. Ubi kentang import China (RM3.00)
  20. Ikan kembung (RM12.00)



**senarai harga kawalan adalah berdasarkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kawasan Sabah dan Sarawak mungkin mengalami perbezaan harga. Sebarang pertanyaan boleh terus diajukan kepada pejabat kpdnkk 

email : aduan@kpdnkk.gov.my
Talian bebas tol : 1-800-886-800
SMS : Taip " KPDNKK ADUAN dan hantar ke 15888


sumber : nescafeais
10:01 AM | 1 comments | Read More

Keputusan Suku Akhir Badminton Perseorangan Lelaki Olimpik- Lee Chong Wei vs Kasyap Paruppali


Perlawanan Badminton Perseorangan Lelaki Suku Akhir Olimpik 2012 diantara Lee Chong Wei dari Malaysia dan Parupalli Kashyap dari India berkesudahan dengan LCW menang straight set ke atas pemain no 1 India itu. 

Oada set pertama, Lee Chong Wei terpaksa bekerja keras setelah ketinggalan namun berjaya menamatkan set dengan kemenangan 21-19. 


Pada set kedua , Lee CHong Wei nampak lebih cergas dan semakin mendapat rentak ditambah dengan beberapa kesilapan pemain India tersebut yang beberapa kali memukul bulu tangkis keluar dari gelanggang. Peluang tersebut nyata digunakan sebaiknya oleh LCW untuk meraih pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik. Pada set kedua LCW berjaya menumpaskan Kashyap dengan kemenangan selesa 21-11.


Paling mendapat tumpuan dalam perlawanan sebentar tadi adalah pukulan "back hand smash" yang dibuat Lee Chong Wei yang jarang jarang dilakukan. Selepas ini, Lee CHong Wei akan bertemu pemain dari China iaitu Chen Long yang mengalahkan Peter Gade dari Denmark 21-16 , 21-13 pada perlawanan yang sama . 

Jadual pertemuan lee Chong Wei dan chen Long dijadualkan esok jam 9.30 malam waktu Malaysia. Pastikan anda tidak terlepas menyaksikan jaguh negara kita beraksi esok. 
2:23 AM | 1 comments | Read More

Sudah Berdamai , Abby Abadi Berbuka Bersama Memey ,Norman Hakim dan Anak-Anak

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, August 02, 2012 | 5:03 PM

Sebelum ini, mungkin semua sudah sedia maklum denngan kontroversi rumah tangga Abby Abadi dan Norman Hakim yang mempunyai perkaitan dengan pelakon Memey sehingga membawa kepada perceraian Abby dan Norman. Dan selepas itu, Norman hakim dan Memey pula telah melangsungkan perkahwinan yang lebih mengeruhkan keadaan. Situasi tampaknya seperti tiada jalan penyelesaian dan mungkin mereka tidak akan berbaik.

Namun , siapa sangka dengan izin tuhan, Abby Abadi kini berubah ke arah yang lebih baik dan berhijrah ke satu tahap yang lebih baik dalam hidupnya. Dan beliau kini nampaknya lebih banyak tertumpu dengan aktiviti aktiviti keagamaan dan politik. bagus untuk beliau. Abby abadi , Norman dan Memey nampaknya kini sudah berdamai dan tiada permusuhan yang wujud lagi antara mereka berdua. baik untuk mereka dan baik untuk anak anak Abby dan Norman.


Melalui laman twitter miliknya semalam, Abby Abadi berkongsi detik kegembiraan beliau berbuka puasa dan bersolat bersama Memey dan Norman Hakim. Mereka nampak sangat gembira dan ini pastinya sesuatumemang diharapkan oleh semua peminat ketiga tiga selebriti ini.

image

Menurut Memey yang dihubungi oleh Fara Fauzana, memang benar mereka telah berbaik dan berdamai dan berbuka puasa bersama sama di rumah Abby Abadi. 

Dalam satu wawancara lain bersama Norman Hakim, beliau mengatakan : "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."


"Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!” kata Norman lagi.


Gambar dibawah pula dirakamkan selepas selesai menunaikan solat maghrib yang diimamkan oleh Norman Hakim.

image

**nampak seperti drama atau cerekarama tetapi sebenarnya ia sesuatu yang berlaku di alam nyata. Tahniah kepada Abby Abadi yang bersedia meleraikan segala kekusutan yang melanda selama ini. Anda berada dilandasan yang terbaik sekarang.
5:03 PM | 3 comments | Read More

Laman Web NFC Digodam Bantah Penahanan Rafizi

Photo

POSTER CREDIT TO : MALAYSIAN GAGS

*****************

Berikutan penangkapan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli pada pagi semalam, ramai nampaknya yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut . Rata rata rakyat dan penyokong PR mempertikaikan pihak polis yang menangkap dan menggari Rafizi yang dilihat sebagai pendedah kesalahan sedangakn si pesalah yang didedahkan sebelum ini semasa ditahan, dibawa ke balai polis tanpa bergari.

Dan terbaru, laman web NFC telah digodam oleh hacker yang menggelarkan diri mereka SGP Cyber Army. Penggodaman didakwan dilakukan sebagai tanda bantahan terhadap penahanan rafizi. Laman web rasmi NFC diletakkan dengan lambang NFC, BN dan UMNO dipijak oleh karikatur orang lidi.

Penggodam juga meminta NFC memulangkan semula wang RM 350 juta yang diselewengkan dalam projek lembu dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

6:14 AM | 0 comments | Read More

Suami Dan Isteri Hamil 7 Bulan Maut Dirempuh Bas

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, August 01, 2012 | 8:35 PM

kemalangan di au3,kemalangan AU3,kemalangan 1 ogos 2012,kemalangan keramat au3,kemalangan di kuala lumpur 1 ogos 2013,kemalangan bas di keramat 1 ogos 2012,kemalangan maut 1ogos 2012,kemalangan 1 ogos,eksiden_keramat_AU,kena rempuh bas

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.

image
Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.


"Kita masih menyiasat...bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

image

Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.
Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.

image
"Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya.


Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.


"Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelahar sekolah dari bas berkenaan.

image
"Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut," katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.


Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.
"Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL.

Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Maklumat lanju berkaitan insiden ini juga boleh anda dapatkan di laman web ONDSCENE

sumber- BERNAMA

gambar : ondscene


8:35 PM | 1 comments | Read More

Gangguan Bekalan Air Sekitar Lembah Klang , Petaling Dan Cheras 8 Ogos 2012

Lebih 40000 penduduk akan terjejas akibat gangguan bekalan air sekita Lembah klang, Petaling dan Cheras yang akan berlaku pada 8 Ogos 2012 ini. Gangguan ini adalah berikutan kerja kerja pembaikan oleh pekerja SYABAS.

Gangguan selama 5 jam akan berlaku dikawasan Petaling  bermula jam 10 malam 8 Ogos atas sebab penukaran paip di Kolam Takungan Sime UEP .

Gangguan di sekitar Cheras pula akan berlaku bermula jam 10 malam 8 ogos sehingga 6 pagi 9 ogos.

Kawasan yang terjejas gangguan bekalan air sekitar Petaling :

  • USJ1 to USJ15;
  • USJ16 to USJ27,
  • Putra Avenue
  • Putra Harmoni.


Kawasan yang terjejas gangguan bekalan air sekitar Cheras :

  • Taman Shamelin Perkasa
  • Taman Tenaga
  • Kondominium Sri Emas
  • Taman Miharja, Taman Kobena
  • Bandar Tasik Permaisuri
  • Jalan Pudu Ulu, Jalan Jejaka
  • Casa Ria Apartments
  • Kompleks Maluri
  • Jusco Maluri
  • Hotel Maluri.


Penduduk disarankan menyimpan bekalan air untuk kegunaan harian dan sebagai persediaan jika apa apa kemungkinan berlaku.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian bebas tol SYABAS  1-800-88-5252  atau layari laman web SYABAS  www.syabas.com.my

2:09 PM | 0 comments | Read More

Hafiz AF7 Disaman RM200,000 Oleh Bekas Pengurus Pentas


Hafiz

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz (AF) yang popular dengan lagu Awan Nano hari ini di saman bekas pengurus pentas sebuah rancangan hiburan di Astro atas dakwaan menyebabkan kecederaan kepadanya.

Nur Haniza Mohd Azhar, 25, selaku plaintif menamakan Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 22, yang juga juara Akademi Fantasia ke-7, sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi lebih RM200,000.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini,menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co.

CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Dalam pernyataan tuntutannya, Nur Haniza mendakwa beliau didatangi Mohd Hafiz yang menepuk bahunya dari belakang dan menyatakan hasrat untuk berjumpa dengannya secara paksa ketika beliau menjalankan tugas sebagai pengurus pentas untuk rancangan “Salih Yaacob Show” di Studio Filem Negara pada 3.15 petang, 17 Mei tahun lepas.

Nur Haniza mendakwa beliau menolak pelawaan itu dengan baik kerana sedang sibuk melakukan tugasannya tetapi beliau tetap didesak Mohd Hafiz untuk berbincang mengenai suatu perkara.

Nur Haniza . Foto-Bernama

Nur Haniza, yang kini bekerja sebagai penasihat jualan di syarikat permotoran, mendakwa ketika beliau menuruni tangga studio untuk meneruskan tugasnya, Mohd Hafiz bertindak agresif dengan menolaknya sehingga terjatuh ke bawah dan tersungkur di hadapan rakan sekerjanya.

Beliau mendakwa tindakan Mohd Hafiz itu menyebabkannya mengalami kecederaanpada bahagian kaki dan beliau juga mendakwa penyanyi itu tidak membantunya.

Nur Haniza mendakwa beliau telah menyerahkan notis tuntutan bertarikh 25 Jun lepas supaya Mohd Hafiz memohon maaf dan membayar ganti rugi tetapi Mohd Hafiz menafikan ada mencederakannya.

Nur Haniza mendakwa akibat kejadian itu, beliau kini masih merasa sakit pada bahagian kaki kanannya akibat kecederaan yang dialami dan hilang mata pencarian kerana disenaraihitamkan daripada bekerja untuk rancangan terbitan Astro serta terpaksa menanggung malu selepas kejadian itu yang turut disiarkan media.

Oleh itu, Nur Haniza menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi kehilangan aminiti, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

8:55 AM | 0 comments | Read More

Iklan Hari Raya Erra Fazira Dedah Kisah Silam Bapanya

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 31, 2012 | 9:19 PM

ddd

Selama ini , Erra Fazira berteka teki mengenai identiti sebenar bapanya yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa dan disimpan sebagai kenangan di dalam hatinya. Namun, bekas Ratu Cantik Malaysia ini mengambil pendekatan berbeza pada tahun ini apabila secara sukarela ingin berkongsi kisah suka duka yang mengisahkan bapanya . Penggambaran iklan sempena hari Raya Aidilfitri yang berdurasi 60 minit tersebut akan menjawab teka teki tentang siapakah bapa Erra Fazira.


Iklan komersial raya berjudul "jalinan Kasih di Aidilfitri" tersebut akan disiarkan pada hujung ramadhan menjelang Syawal. Penggambaran iklan komersial ini dijalankan di Tanjung Karang, Selangor.

“Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi. Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat.


“Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina.

“Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu.’


“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” katanya sambil menghela nafas panjang.

Dan berikut adalah sinopsis Iklan komersial yang akan disiarkan secara eksklusif pada penghujung ramadhan ini.

“Ia mengi­sahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.

Dia keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.

Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.
Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.

Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir.

Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.

Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!

9:19 PM | 2 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)