Home » , , » Iklan Hari Raya Erra Fazira Dedah Kisah Silam Bapanya

Iklan Hari Raya Erra Fazira Dedah Kisah Silam Bapanya

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 31, 2012 | 9:19 PM

ddd

Selama ini , Erra Fazira berteka teki mengenai identiti sebenar bapanya yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa dan disimpan sebagai kenangan di dalam hatinya. Namun, bekas Ratu Cantik Malaysia ini mengambil pendekatan berbeza pada tahun ini apabila secara sukarela ingin berkongsi kisah suka duka yang mengisahkan bapanya . Penggambaran iklan sempena hari Raya Aidilfitri yang berdurasi 60 minit tersebut akan menjawab teka teki tentang siapakah bapa Erra Fazira.


Iklan komersial raya berjudul "jalinan Kasih di Aidilfitri" tersebut akan disiarkan pada hujung ramadhan menjelang Syawal. Penggambaran iklan komersial ini dijalankan di Tanjung Karang, Selangor.

“Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi. Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat.


“Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina.

“Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu.’


“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,” katanya sambil menghela nafas panjang.

Dan berikut adalah sinopsis Iklan komersial yang akan disiarkan secara eksklusif pada penghujung ramadhan ini.

“Ia mengi­sahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.

Dia keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.

Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.
Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.

Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir.

Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.

Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!

Kongsi Cerita Ini Bersama Rakan

2 comments

August 1, 2012 at 8:56 AM

Salam. Benar sekali, Erra tidak pernah bercerita tentang bapanya. AlFatihah

December 5, 2012 at 1:55 PM

sedih kisahny..dharap mjdi teladan

Post a Comment

Kindly Leave Your Comment Here..=)

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)