Tempah Design Flyers, Bunting, Banner Murah

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, May 24, 2012 | 7:29 PM

servis design banner, servis design bunting, design banner murah, servis design flyers, design flyers murah, flyers murah, contoh design flyers, tempah flyers, banner design online , bunting online, contoh design banner, contoh design

Ingin mempromosikan produk anda melalui flyers, banner atau bunting? Kami di HRDESIGN menyediakan penyelesaian secara online untuk anda mendapatkan perkhidmatan design berkualiti tinggi dan memenuhi kehendak bisnes anda dan kos percetakan yang TERENDAH DI PASARAN. 


Servis yang disediakan :

1. Professional & Conceptual Design

2. Flyers Printing 

    - flyers printing A5, A4 dan A3
    - Material : 80gsm similipaper , 100gsm similipaper , 128gsm art paper , 128gsm Matt Paper ,                 157gsm Art Paper , 157gsm Matt Paper , 210gsm art paper , 230gsm art paper , 260gsm art paper        , 310gsm art paper


3. Banner / Bunting Printing 
     Material available : Tarpaulin  , Synthetic Paper ,   Gloss Stiker , Matte Stiker , Clear Stiker
     Quality : 720dpi ( Normal printing ) and 1440dpi (High definition printing )

4. Business Card Printing
    Feature available :
     1. Art card
     2. Matt lamination
     3. UV Spot
     4. Round corner
     5. Gold / Silver Hot stamping
     6. Custom size
     7. 157gsm / 260gsm / 310gsm


[aroma-spa-Mock-up-Bifold-PIXEDEN%255B6%255D.png]AROMA SPA FLYERS DESIGNHOT BURGER FLYERS DESIGN CONCEPT

chillzone-flyers-mockup
BERAPA KOS DESIGN YANG ANDA PERLU KELUARKAN?
Kami menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan budget anda dengan kualiti yang dijamin mampu membantu anda mempromosikan bisnes / event anda melalui grafik yang menarik . Sila emailkan / whatsapp keperluan dan budget anda kepada kami dan kami akan membantu menyelesaikan masalah anda.



  1. FLYERS
  2. BANNER
  3. BUNTING
  4. PRODUK LABEL
  5. BISNES CARD
  6. BROCHURE
  7. BOOKLET
  8. etc…..












BUNTING DAN BANNER
   

Sila Whatsapp /  SMS kami untuk mendapatkan pertanyaan harga. 
Untuk maklumat lanjut dan perkhidmatan yang disediakan , sila ke laman web berikut.

HAFIZRAHMANDESIGN

Berikut adalah prosedur tempahan dan nombor yang boleh dihubungi : 

1. Whatsapp / SMS pertanyaan anda ke 019 457 415 
( sila SMS kepada kami jika panggilan anda tidak dijawab dan kami akan segera menghubungi anda )

2. Emailkan ke : hafizrahman90@gmail.co

3. PM kami di facebook (KLIK)


Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan prosedur tempahan, boleh semak pada pautan berikut 
7:29 PM | 10 comments | Read More

Video Lee Chong Wei Cedera di Piala Thomas

 

Datuk Lee Chong Wei terduduk menangis sejurus disahkan tidak dapat meneruskan kempen badminton Piala Thomas dan terpaksa menyerah kalah kepada Peter Hoeg Gade dalam aksi Kumpulan C semalam.


Banyak yang bermain di fikirannya apabila melihat buku lalinya semakin membengkak.
Kesakitan dan kesedihan akibat tidak dapat meneruskan permainan mendorong lelaki kelahiran Pulau Pinang berusia 29 tahun itu mengalirkan air mata.


Namun, jurulatihnya, Tey Seu Bock mendedahkan, kesedihan Chong Wei sebenarnya lebih kerana terlalu bimbang akan nasibnya menjelang Sukan Olimpik di London, 27 Julai ini.
Malah, Seu Bock sendiri mengakui, perkara pertama yang bermain di fikirannya ketika melihat anak didiknya itu terduduk di belakang gelanggang, sejauh mana kecederaan yang dialami.
Apatah lagi selepas melihat buku lali Chong Wei kian membengkak akibat terseliuh ketika cuba mengangkat hantaran Gade.


Kata Seu Bock, beliau serta merta teringat nasib yang menimpa bekas jaguh perseorangan negara, Wong Choong Hann, enam tahun lalu.


Choong Hann mengalami kecederaan ketika sedang menentang Korea Selatan pada suku akhir Piala Thomas di Jepun, 2006.


Natijahnya, dia yang merupakan ketua pasukan dan perseorangan pertama Malaysia ketika itu terpaksa diterbangkan pulang serta merta ke tanah air selepas putus tendon Achilles.
Dia juga terpaksa melupakan badminton selama enam bulan.

“Bila melihat keadaan Chong Wei, saya terus teringatkan Choong Hann. Hati saya cukup bimbang dan apabila saya pergi melihat Chong Wei, perkara pertama yang saya suruh dia lakukan adalah menggerakkan jari-jari kakinya.


“Lega hati saya apabila melihat ia masih boleh bergerak, tidak seperti Chong Hann dulu, yang langsung tidak dapat menggerakkan jari dan kemudian terpaksa melupakan badminton untuk enam bulan. Kalau ini berlaku kepada Chong Wei, ia memang menakutkan," akui Seu Bock, yang turut berada di tempat kejadian ketika Malaysia dilanda musibah enam tahun lalu.


Selepas menjalani ujian MRI (magnetic resonance imaging) di sebuah hospital tempatan semalam, tendon buku lali kanan Chong Wei disahkan koyak dan kecederaan itu memerlukan tiga hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.


Chong Wei akan diterbangkan pulang ke Kuala Lumpur awal pagi ini, di mana dia akan melakukan satu lagi ujian MRI di bawah pengawasan Institut Sukan Negara (ISN).
Begitupun, Seu Bock menegaskan, dengan Sukan Olimpik masih ada tiga bulan untuk berlangsung, ia adalah tempoh yang cukup untuk pemain itu sembuh. - Utusan

1:29 PM | 0 comments | Read More

Video Debat PTPTN Khairy Jamaludin Dan Rafizi

image

Debat Sinar KJ-Rafizi yang bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlansung di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Saksikan.

Rafizi nampaknya lebih banyak bercakap soal teori dan anggaran kasar yang belum dilaksanakan. Khairy pulak lebih banyak menggunakan statistik semasa termasuk soal operation , maintenance dan sebagainya,. Apapun, anda nilaikan sendiri siapa sebenarnya yang benar dan siapa yang salah.

Debat seperti ini sangat bagus sebab rakyat boleh menilai siapa yang mereka harus pilih dalam pilihanraya. mungkin ramai yang masih menunggu debat antara Najib dan Anwar. Bilakah masanya?

Khary harus dipuji kerana beliau berani berdepan dengan pakatan rakyat dalam mendebatkan sesuatu isu. Tak seperti pemimpin UMNO yang lain yang hanya sekadar bercakap kepada media di Buletin Utama atau Utusan sahaja.

1:20 PM | 0 comments | Read More

Keputusan Dan Analisis Penuh Final UEFA Champions League 2012 Chelsea vs Bayern Munich

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, May 20, 2012 | 6:15 AM

Perlawanan Akhir UEFA Champions League 2012 antara Chelsea menentang Bayern Munich yang baru saja berakhir sebentar tadi nyata mampu meluruhkan jantung semua peminat peminat bola sepak . Perlawanan ternyata mendebarkan dengan perlawanan akhir tersebut diheret ke sepakan penalti yang pastinya mendebarkan sesiapa sahaja yang menonton.

Analisis Perlawanan Akhir Chelsea vs Bayern Munich

Babak pertama menyaksikan perlawanan kurang menarik kerana tiada sebarang gol dijaringkan oleh kedua dua pasukan. Perlawanan menjadi menarik setelah bermulanya babak kedua. Corak permainan ternyata berubah dengan Bayern Munich melancarkan serangan dan Chelsea tampak seperti cuba memperlahankan dengan mengawal bola.

#Minit ke 78, gol Ribery dibatalkan kerana offside.

#Minit 88 : Thomas Muller menyumbat gol pertama buat Bayern Munich dengan menanduk bola masuk ke gawang Chelsea. Kedudukan 1-0

#Minit ke 88 , Drogba menghukum pertahanan Bayern Munich dengan menanduk bola masuk ke gawang melalui hantaran Mata.

#Kedudukan tampak seperti akan seri sehingga minit ke 93 apabila Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti saat akhir . Namun, agak tragis kerana sepakan Arjen Roben diselamatkan oleh Peter Cech dan perlawanan diheret ke masa tambahan. Seharusnya Chelsea berterima kasih kepada Peter Cech kerana menyelamatkan mereka dari dimalukan pada perlawanan akhir.

#Tamat Extra Time, tiada sebarang gol berjaya dicipta memaksa kedua dua pasukan berentap menerusi sepakan penalti. yang pastinya tidak disukai peminat bola bola sepak.

#Keputusan Akhir memihak kepada Chelsea yang berjaya menewaskan Bayern Munich 5-4.

ANALISA PERLAWANAN

**jika dilihat pada analisa, Bayern Munich nampak lebih mengawal perlawanan , tetapi nasib lebih menyebelahi Chelsea. Peluang terbaik ialah pada minit ke 93 apabila Bayern hampir menjulang trofi kejuaraan apabila dihadiahkan sepakan penalti. Namun , ternyata bola itu bulat dan segalanya mungkin dalam bola sepal. Sukar meramal apa akan terjadi walaupun perlawanan hanya tinggal beberapa saat sahaja.

KEPUTUSAN AKHIR FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012

CHELSEA    1 (5) – (4) 1   BAYERN MUNICH

 


QUICK UPDATE : 

6:15 AM | 3 comments | Read More

Keputusan Konsert Akhir Mania Astro | Hafiz Juara Mania !!

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, May 19, 2012 | 11:26 PM

juara konsert mania, konsert akhir mania, konsert mania astro minggu 1o, keputusan konsert mania astro, hafiz juara mania astro, siapa juara mania astro, mania astro result

Selesai sudah Final Piala FA dengan Kelantan bergelar Juara. Bagaimana pula dengan konsert Mania Final yang turut berlangsung pada masa yang sama malam ini? Siapa pemenangnya?

KEPUTUSAN PENUH FINAL PIALA FA 2012 KELANTAN VS SIME DARBY, VIDEO GOL KELANTAN

*******************

Pada minggu sebelum ini untuk pemilihan artis yang berentap di Final Mania di minggu ke -9 , 3 perserta telah disingkirkan iaitu Shila Amzah, Adira dan Ebi. Dan peringkat Final menyaksikan perebutan takhta sebagai Juara Mania yang pertama oleh Hafiz, Stacy, Aril, Jaclyn Victor dan Hazama untuk merebut hadiah RM 500,000 jika bergelar juara mania.

Untuk konsert akhir , artis yang berentap adalah :

  • Hafiz dan Aril dari Empayar Hijau naungan produser Ahmad Dhani.
  • Stacy dan Hazama dari Empayar Merah Naungan produser M. Nasir
  • Jaclyn Victor dari Empayar Biru Naungan produser Aubrey Suwito

Artis yang hadir membuat persembahan pada Konsert Akhir Mania pada malam ini adalah Dato’ Siti Nurhaliza dan Wings.

Dan Keputusan Penuh Konsert Final Mania adalah seperti berikut:

  1. Tempat pertama : Hafiz (RM500,000)
  2. Tempat kedua : Stacy (RM200,000)
  3. Tempat ketiga : Jaclyn Victor  (RM100,000)

Ramai yang agak terkejut dengan keputusan Jaclyn Victor yang berada di tempat ketiga kerana ramai yang menjangkakan Jac bakal bergelar juara dengan vokal suara yang sememangnya mantap. Namun , sistem undian lebih memihak kepada Hafiz. Tahniah kepada semua pemenang.

11:26 PM | 4 comments | Read More

Keputusan Penuh Final Piala FA 2012 Kelantan vs Sime Darby, Video Gol Kelantan

Final Piala FA baru sahaja melabuhkan tirai 90 minitnya sebentar tadi menyaksikan dua pasukan berentap untuk merebut gelaran juara Piala FA. Ternyata Stadium Bukit Jalil  dipenuhi dengan lautan penyokong Red Warrior yang datang dari segenap pelosok negara untuk bersama sama memberi semangat kepada pasukan kesayangan mereka.

Seperti diduga , Kelantan lebih mendominasi perlawanan dengan cubaan menarik sepanjang perlawanan. Namun, Sime Darby yang melakar sejarah sebagai pasukan berstatus kelab yang melangkah ke final perlu diberi pujian terbaik. Ternyata permainan pasukan Sime Darby jugak tidak kurang hebatnya dan mampu bertahan tanpa dibolosi kecuali gol dari sepakan penalti. 

KEPUTUSAN FINAL PIALA FA 2012 , KELANTAN vs SIME DARBY

KELANTAN 1-0  SIME DARBY

Gol dijaringkan oleh Ghaddar pada minit ke 58 melalui sepakan penalti

Video Gol Jaringan Kelantan

Tahniah pasukan Kelantan . Esok Kelantan cuti la.

11:08 PM | 0 comments | Read More

Video Promo Dan Sinopsis Drama Ameera-Slot Samarinda TV3

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, May 18, 2012 | 8:44 PM

Selepas berakhirnya Drama Mahabbah untuk Slot Samarinda TV3 , kini para penonton akan disajikan dengan drama terbaru bertajuk Ameera yang akan menemui penonton. Info drama Ameera adalah seperti berikut:

  • BERMULA PADA 23 MEI 2012
  • 10.30 MALAM (SELASA - RABU )
  • 9.30 MALAM (KHAMIS)
  • TV3


Drama ini membariskan pelakon pelakon hebat seperti Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina AF, Jasmin Hamid, Faizal Hussein, Hariri (Anak Wayang ) dan Sabrina Ali.

Kisah Ameera mengisahkan sebuah perjanjian antara Rita Rudaini yang melakonkan watak sebagai seorang isteri yang tiada anak , tetapi mengupah seorang wanita (lakonan Zarina AF) untuk menjadi ibu yang mengandungkan anak dari zuriat suaminya (Syamsul Yusof) . Selepas dilahirkan , wanita yang diupah tersebut akan diceraikan dengan upah yang sangat tinggi. Ingin tahu apa terjadi seterusnya? Saksikan Drama Ameera di TV3 bermula 23 Mei ini.

dan berikut adalah Promo Filem Ameera .

 

8:44 PM | 2 comments | Read More

Angelina Jolie Hadiahkan Helikopter Untuk Brad Pitt

Angelina buys a new toy for fiancé Brad17 Mei – Aktres seksi, Angelina Jolie telah membuat kejutan kepada tunangnya yang merupakan aktor popular, Brad Pitt dengan membeli sebuah helikopter sebagai hadiah.

"Mereka memiliki landasan untuk helikopter di rumah mereka di Chateau Miraval, Perancis. Jadi Angelina fikir ia merupakan idea yang bagus untuk membelikan Brad sebuah helikopter sebagai hadiah kejutan," ujar satu sumber kepada akhbar The Sun.

Bintang "Tomb Raider" ini bukan sahaja membeli helikopter, malah turut menyediakan kursus untuk mengemudikannya.

brangelina-helicopter.jpg

"Walaupun Brad sudah ada lesen juruterbang peribadi, Angelina tetap mahu tunangnya belajar bagaimana mengemudi helikopter dalam masa terdekat. Ini kerana mereka akan menggunakannya untuk terbang pergi dan balik ke Cannes," jelas sumber itu lagi .

**bila dah terlampau kaya, beli helikopter macam beli permainan je. Untungnya . Harga Helikopter berkenaan dianggarkan 1.6 million dollar .

sumber : Yahoo

6:00 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)