Showing posts with label uefa. Show all posts
Showing posts with label uefa. Show all posts

Keputusan Penuh Malaysia vs Manchester City 30 Julai 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, July 31, 2012 | 1:05 AM

Malaysia sekali lagi menerima kunjungan Kelab Liga Perdana Inggeris yang kedua dalam temoh seminggu. Minggu lalu Malaysia bertemu Arsenal untuk perlawanan persahabatan sempena Jelajah Asia Arsenal. Dan malam ini malaysia sekali lagi diuji apabila bertemu Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Untuk perlawanan pada malam ini, pada mulanya Malaysia memang tidak meletakkan harapan untuk menang tetapi mengharapkan keputusan seri atau "tida dibelasah" dengan teruk.

Namun, anak anak buah K Rajagopal kelas menunjukkan kematangan masing masing dan dapat menguasai perlawanan dengan baik walaupun ditentang hebat oleh Manchester City. Malaysia ternyata mempamerkan corak permainan konsisten seperti perlawanan dengan Arsenal pada minggu lalu yang berkesudahan 2-1 melalui jaringan minit minit akhir perlawanan.


Kematangan jentera serangan dan kehebatan penjaga gol Farizal Marlias yang menggantikan Apek memang tidak boleh disangkal. Walaupun ketinggalan 3 - 0 , anak anak buah K Rajagopal ternyata bangkit untuk menjarakkan jurang gol dengan menyumbat satu gol hasil jaringan cantik Azamudin Akil pada minit ke 87

Berikut merupakan keputusan penuh Manchester City menentang Harimau Malaya 30 Julai 2012.


MALAYSIA 1 – 3 MANCHESTER CITY


Gol Man City : Sergio Aguero 17′,Carlos Tevez 47′,Adam Johnson 52′
Gol Malaysia : Azammuddin Akil 87′

1:05 AM | 1 comments | Read More

Keputusan Dan Analisis Penuh Final UEFA Champions League 2012 Chelsea vs Bayern Munich

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, May 20, 2012 | 6:15 AM

Perlawanan Akhir UEFA Champions League 2012 antara Chelsea menentang Bayern Munich yang baru saja berakhir sebentar tadi nyata mampu meluruhkan jantung semua peminat peminat bola sepak . Perlawanan ternyata mendebarkan dengan perlawanan akhir tersebut diheret ke sepakan penalti yang pastinya mendebarkan sesiapa sahaja yang menonton.

Analisis Perlawanan Akhir Chelsea vs Bayern Munich

Babak pertama menyaksikan perlawanan kurang menarik kerana tiada sebarang gol dijaringkan oleh kedua dua pasukan. Perlawanan menjadi menarik setelah bermulanya babak kedua. Corak permainan ternyata berubah dengan Bayern Munich melancarkan serangan dan Chelsea tampak seperti cuba memperlahankan dengan mengawal bola.

#Minit ke 78, gol Ribery dibatalkan kerana offside.

#Minit 88 : Thomas Muller menyumbat gol pertama buat Bayern Munich dengan menanduk bola masuk ke gawang Chelsea. Kedudukan 1-0

#Minit ke 88 , Drogba menghukum pertahanan Bayern Munich dengan menanduk bola masuk ke gawang melalui hantaran Mata.

#Kedudukan tampak seperti akan seri sehingga minit ke 93 apabila Bayern Munich dihadiahkan sepakan penalti saat akhir . Namun, agak tragis kerana sepakan Arjen Roben diselamatkan oleh Peter Cech dan perlawanan diheret ke masa tambahan. Seharusnya Chelsea berterima kasih kepada Peter Cech kerana menyelamatkan mereka dari dimalukan pada perlawanan akhir.

#Tamat Extra Time, tiada sebarang gol berjaya dicipta memaksa kedua dua pasukan berentap menerusi sepakan penalti. yang pastinya tidak disukai peminat bola bola sepak.

#Keputusan Akhir memihak kepada Chelsea yang berjaya menewaskan Bayern Munich 5-4.

ANALISA PERLAWANAN

**jika dilihat pada analisa, Bayern Munich nampak lebih mengawal perlawanan , tetapi nasib lebih menyebelahi Chelsea. Peluang terbaik ialah pada minit ke 93 apabila Bayern hampir menjulang trofi kejuaraan apabila dihadiahkan sepakan penalti. Namun , ternyata bola itu bulat dan segalanya mungkin dalam bola sepal. Sukar meramal apa akan terjadi walaupun perlawanan hanya tinggal beberapa saat sahaja.

KEPUTUSAN AKHIR FINAL UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012

CHELSEA    1 (5) – (4) 1   BAYERN MUNICH

 


QUICK UPDATE : 

6:15 AM | 3 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)