Showing posts with label KONSERT. Show all posts
Showing posts with label KONSERT. Show all posts

Konsert "Tentang Bahtera" NOAH di KL Live 16 September 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, September 09, 2012 | 11:27 PM

7 Sept - Semenjak penubuhan Peter Pan pada tahun 2000 dan bermulanya fenomena lagu-lagu kumpulan ini di Malaysia, kebanyakan remaja di Malaysia boleh dikatakan membesar dengan lagu-lagu mereka juga.

Lagu-lagu seperti 'Mungkin Nanti', 'Bintang Di Surga', 'Menghapus Jejakmu', dan juga 'Ada Apa Dengan Dia' bukanlah lagu yang asing lagi dari mulut kita. Jika ke pusat karaoke pun, pasti lagu-lagu ini akan menjadi lagu-lagu wajib dinyanyikan. Sedar tidak sedar, sudah hampir 12 tahun kumpulan Peter Pan bertapak di dunia seni.

Namun, tahun 2010 menjadi tahun yang sedikit malang bagi vokalis Peter Pan, Ariel apabila dia didapati bersalah menyebarkan 2 video lucah yang menyebabkan penyanyi kegilaan ramai ini dihukum penjara 2 tahun.

Selepas selesai menjalani hukuman dan dibebaskan pada bulan Julai 2012, Ariel telah tampil dengan single terbaru yang ditulis ketika menjalani hukuman. Namun apa yang lebih menarik, Ariel dan kumpulannya telah membubarkan Peter Pan dan kembali dengan nama baru, Noah.

Berita baik buat para peminat, Kumpulan Noah akan turun ke Malaysia pada 16 September ini sempena Hari Malaysia bertempat di KL Live, Kuala Lumpur.

Anda boleh dapatkan tiket konsert "Tentang Bahtera" yang dianjurkan Livescape melalui Ticketpro dengan harga bermula dari RM55 (pra jualan), RM75 dan RM130 (termasuk makanan dan minuman).

Konsert ini bakal menggabungkan artis dari Indonesia dan juga Malaysia sebagai satu lagi kejutan terhadap peminat tempatan. Antara artis yang bakal memeriahkan konsert "Tentang Bahtera" termasuklah , 6ixth Sense, The Malayan dan juga trio, Gamaliel Audrey Cantika (GAC).

yahoo news

11:27 PM | 0 comments | Read More

4 Video Persembahan Justin Bieber di MTV World Stage Live In Malaysia 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Sunday, July 15, 2012 | 11:10 AM

Video persembahan Justin Bieber Di MTV World Stage Live In Malaysia 14 Julai 2012.

mtv-2012-justin-biebier

RELATED TO THIS ENTRY:

11:10 AM | 0 comments | Read More

Konsert Pertama Sammi Yusuf Di Malaysia 14 Julai 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, June 26, 2012 | 3:11 PM




Penyanyi yang popular dengan alunan berunsur islamik dan mempunyai suara yang sungguh merdu, Sammi Yusuf bakal mengadakan konsert pertama beliau di Malaysia. Konsert ini akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam pada 14 Julai 2012 yang akan datang.

"Konsert Salaam Sami Yusuf" ini juga bakal menampilkan artis dari Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza yang baru baru ini telah merakamkan sebuah lagu bersama Sami Yusuf bertajuk "You Came To Me" . 

Salah sebuah lagu Sammi Yusuf iaitu Asma Allah yang sangat menyentuh perasaan sesiapa yang mendengarnya. Cuba dengar dan hayati keindahannya. 



"Saya telah menunggu selaama 8 tahun untuk mengadakan konsert di Malaysia dan ianya pasti akan menajadi sesuatu yang bermakna " kata beliau. 

Sammi Yusuf pernah dinobatkan sebagai "Islam's Biggest Rock Star"oleh majalah TIME apabila rekodnya terjual sebanyak 250000 di Istanbul , Turki. Konsert ini juga bakal menampilkan kolaborasi akustik bersama kumpulan MOHRAM dari Malaysia . Konsert ini adalah sebahagian dari "Karnival Salaam" yang berlangsung dari 13-15 Julai 2012 di Stadium Malawati Shah Alam . 



Tiket tiket konsert boleh mula dibeli secara online di AirAsia Redtix. Maklumat lanjut berkaitan pembelian tiket sila layari laman dibawah : 



Video Kolaborasi Siti Nurhaliza dan Sammi Yusuf dengan lagu bertajuk You Came To Me.

3:11 PM | 1 comments | Read More

Keputusan Konsert Akhir Mania Astro | Hafiz Juara Mania !!

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, May 19, 2012 | 11:26 PM

juara konsert mania, konsert akhir mania, konsert mania astro minggu 1o, keputusan konsert mania astro, hafiz juara mania astro, siapa juara mania astro, mania astro result

Selesai sudah Final Piala FA dengan Kelantan bergelar Juara. Bagaimana pula dengan konsert Mania Final yang turut berlangsung pada masa yang sama malam ini? Siapa pemenangnya?

KEPUTUSAN PENUH FINAL PIALA FA 2012 KELANTAN VS SIME DARBY, VIDEO GOL KELANTAN

*******************

Pada minggu sebelum ini untuk pemilihan artis yang berentap di Final Mania di minggu ke -9 , 3 perserta telah disingkirkan iaitu Shila Amzah, Adira dan Ebi. Dan peringkat Final menyaksikan perebutan takhta sebagai Juara Mania yang pertama oleh Hafiz, Stacy, Aril, Jaclyn Victor dan Hazama untuk merebut hadiah RM 500,000 jika bergelar juara mania.

Untuk konsert akhir , artis yang berentap adalah :

  • Hafiz dan Aril dari Empayar Hijau naungan produser Ahmad Dhani.
  • Stacy dan Hazama dari Empayar Merah Naungan produser M. Nasir
  • Jaclyn Victor dari Empayar Biru Naungan produser Aubrey Suwito

Artis yang hadir membuat persembahan pada Konsert Akhir Mania pada malam ini adalah Dato’ Siti Nurhaliza dan Wings.

Dan Keputusan Penuh Konsert Final Mania adalah seperti berikut:

  1. Tempat pertama : Hafiz (RM500,000)
  2. Tempat kedua : Stacy (RM200,000)
  3. Tempat ketiga : Jaclyn Victor  (RM100,000)

Ramai yang agak terkejut dengan keputusan Jaclyn Victor yang berada di tempat ketiga kerana ramai yang menjangkakan Jac bakal bergelar juara dengan vokal suara yang sememangnya mantap. Namun , sistem undian lebih memihak kepada Hafiz. Tahniah kepada semua pemenang.

11:26 PM | 4 comments | Read More

Gambar Dan Video Girls Generation (SNSD) Live Konsert KLCC 23 March 2012

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, March 24, 2012 | 3:13 AM

gambar konsert girls generation, konsert girls generation di klcc, video persembahan girls generation KLCC, snsd live at klcc, video snsd live at KL, girls generation live in KLCC, girls generatin KLCC live, konsert girls generation malaysia 2012, konsert snsd malaysia 2012, girls generation in malaysia, konsert twin tower girls generation, girls generation live in malaysia 2012, girls generation 2012, gambar girls generations.


image

Konsert Twin Tower @ KLCC ternyata meriah dengan kehadiran kumpulan hot dari Korea iaitu Girls Generation (SNSD) . Lebih 50000 peminat membanjiri persekitaran KLCC seawal jam 6petang  untuk menyaksikan persembahan mereka untuk kali pertama di Malaysia. Ternyata 9 jelitawan Korea ini memberi impak yang sangat besar kepada semua peminat fanatik mereka di Malaysia .

>>INFO PENTING : KONSERT TWIN TOWERS @ LIVE 2012 | INFO YANG PERLU ANDA TAHU!<<

Secara keseluruhannya, 6 buah lagu disampaikan oleh kumpulan yang dianggotai oleh Kim Taeyeon, Jessica Jung, Sunny, Tiffany, Kim Hyoyeon, Kwon Yuri, Choi Sooyoung, Im Yoona dan Seohyun ini termasuk lagu hits yang mencapai jumlah view sebanyak 69 juta tontonan di Youtube iaitu single “Gee” .

*** SNSD Pun akan minat Celcom Xperia S jika diberi pegang !!!

Antara shot menarik konsert Girls Generation Live @ KLCC ( ehsan OHBULAN )


5xJjs7hXGd1T99NhycG6

Video persembahan Girls Generation Live @ KLCC

##gambar asal dari laman hiburan Ohbulan dan dihostingkan sendiri di BlogHafizRahman . Klik  68 Foto Super Hot Girls’ Generation (SNSD) Di Konsert Twin Tower @Live 2012 untuk lebih banyak gambar menarik Girls Generation di KLCC 23 March 2012

3:13 AM | 4 comments | Read More

Konsert Twin Towers @ Live 2012 | Info Yang Perlu Anda Tahu!!

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, March 22, 2012 | 10:08 PM

22 Mac – Selepas konsert F1 Rocks yang sepatutnya berlangsung sempena F1 Malaysia Grand Prix pada 23 Mac dan 24 Mac menampilkan penyanyi terkenal kelahiran Australia, Kylie Minogue dan penyanyi R&B Kelis dibatalkan, kini penganjur JoJo Events mengambil alih untuk mempersembahkan Twin Towers @ Live 2012.

Konsert percuma selama dua hari untuk orang awam ini yang akan diacara oleh personaliti televisyen, Jojo Struys bakal menyaksikan penyanyi kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger dan kumpulan wanita K-Pop terkenal, Girls' Generation serta artis tempatan seperti James Baum, Reshmonu dan DJ Nadine membuat persembahan pada 23 Mac.

>>Baca juga : PERSEMBAHAN GIRLS GENERATION (SNSD) DI KONSERT TWIN TOWER @KLCC SECARA PERCUMA<<

Manakala gitaris rock kelahiran Australia, Orianthi dan juga Kelis yang masih dikekalkan akan mengambil alih pentas persembahan bersama Faizal Tahir dan DJ Nikki pada konsert 24 Mac pula yang akan diacarakan oleh Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry.

Walaupun konsert ini percuma untuk orang awam, bagi mereka yang ingin mendapatkan dua tiket Zon Peminat (Fan Zone) bolehlah membeli barangan berjumlah RM150 di 2012 Formula 1TM PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase yang diadakan di tingkat bawah Suria KLCC. Manakala empat tiket akan diberikan sekiranya berbelanja sebanyak RM300. Tiket adalah untuk kegunaan kedua-dua hari konsert.

Untuk maklumat, jalan di sekitar lokasi konsert akan ditutup bermula jam 5 petang sehingga 3 pagi pada kedua-dua hari.

Konsert Twin Towers @ Live 2012 dijangka bermula sekitar jam 6.30 petang.

(YAHOO NEWS)

10:08 PM | 0 comments | Read More

Persembahan Girls Generation (SNSD) Di Konsert Twin Tower @KLCC Secara Percuma

snsd live at klcc, snsd live at KL, girls generation live in KLCC, girls generatin KLCC live, konsert girls generation malaysia 2012, konsert snsd malaysia 2012, girls generation in malaysia, konsert twin tower girls generation, girls generation live in malaysia 2012, girls generation 2012, gambar girls generations.

image

Berita baik untuk peminat peminat kumpulan popular dari Korea iaitu SNSD , Konsert Twin Tower @ KLCC akan menampilkan kumpulan tersebut dalam  persembahan pada 23Mac ini. Girls’ Generation akan tampil membuat persembahan bersama-sama bekas ahli kumpulan The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger iaitu bekas ahli kumpulan Pussycat Dolls. Konsert tersebut juga bakal menampilkan penyanyi Amerika, Kelis dan pemuzik dari Greek iaitu Orianthi Panagaris. Kylie Minogue pada mulanya dikatakan akan turut membuat persembahan tetapi terpaksa membatalkannya kerana masalah kontrak .

>>BACA JUGA : KONSERT TWIN TOWERS @ LIVE 2012 | INFO YANG PERLU ANDA TAHU!<<

Konsert Twin Towers @Live 2012 yang akan berlangsung di KLCC diadakan bagi menggantikan Konsert F1 Rocks yang telah dibatalkan. Dan berita yang sangat menarik. Tiket persembahan dan tiket masuk ke Konsert Twin Towers @Live 2012  adalah PERCUMA.!!! Anda tak perlu bayar apa apa untuk saksikan Girls Generation dan Nicole beraksi .

Kenyataan media berkaitan konsert tersebut.

image

7:21 AM | 0 comments | Read More

Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, September 21, 2010 | 12:32 PM


Banner

PERHATIAN KEPADA PEMINAT2 ADAM LAMBERT

Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010
on Oct 14, 2010 


brought to you by DiGi 

maklumat lanjut berkaitan tiket dan konsert boleh check di 

TICKETPRO   

(SILA KLIK UNTUK TEMPAHAN TIKET)


12:32 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)