Showing posts with label JABATAN AWAM. Show all posts
Showing posts with label JABATAN AWAM. Show all posts

Bonus Raya 2 Bulan Gaji Kepada Warga PKNS – Menteri Besar Selangor

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, July 28, 2012 | 2:13 AM

Jika baru baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di seluruh negara sempena Aidilfitri ini , kerajaan Selangor dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat pula mengambil inisiatif lebih besar dengan memberikan bonus yang semestinya membuatkan warga PKNS tersenyum lebar. 2 BULAN GAJI. Itulah yang diumukan Menteri Besar Selangor .

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat mengumumkan bonus dua bulan gaji kepada kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, bonus itu akan dibayar dalam bulan Ramadan dan selepas Hari Raya Aidilfitri bagi menggalakkan mereka berjimat.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa dan sambutan ulang tahun PKNS ke-48 di sini malam Jumaat.

Abdul Khalid juga berkata, PKNS perlu meletakkan asas yang kukuh untuk bertahan sehingga beratus tahun menerusi pelaburan terhadap warga kerjanya.

"Pelaburan besar PKNS ialah melatih dan memberikan kemahiran kepada warga kerjanya. Oleh sebab itu, kita tidak boleh mengharapkan rakan kongsi kita, kita tidak boleh mengharapkan perunding," katanya.

Beliau berkata, PKNS perlu melatih pegawainya sendiri supaya kemahiran, pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada kekal di perbadanan itu dan mempunyaikelangsungan. – BERNAMA

*Untung –untung. Beraya sakan lah nampaknya pekerja pekerja PKNS tahun ini.

2:13 AM | 0 comments | Read More

Bonus Raya 2012 Kakitangan Kerajaan Setengah Bulan Gaji Dibayar 9 Ogos

Written By HAZRIL HAFIZ on Wednesday, July 25, 2012 | 9:17 PM

bonus raya 2012, tarikh pembayaran bonus raya 2012, pengumuman bonus raya 2012,

image

Sesuatu yang dinantikan oleh semua penjawat awam di malaysia kini sudah ada jawapannya. Perdana Menteri hari ini mengumumkan pemberian bonus raya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum kepada semua penjawat awam di negara ini.

Perdana Menteri yang juga memegang jawatan sebagai menteri kewangan juga mengumumkan bayaran Khas kewangan sebanyak RM 500 kepada pesara jabatan kerajaan sebagai bonus raya pada tahun ini.

Eksklusif : 26 Wallpaper HD Dan Biodata Vampire Dalam Twilight Saga Breaking Dawn Part 2

Semua pembayaran bonus akan dibuat pada 9 Ogos 2012 iaitu kira kira seminggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Pemberian bonus raya 2012 ini akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam dan 657000 pesara kerajaan .

 CEPAT!! LEBIH RM 5000 WANG TUNAI UNTUK DIREBUT

Pembayaran bonus raya ini melibatkan perbelanjaan oleh kerajaan sebanyak RM 2.2 billion dan ia merupakan "hadiah" kepada penjawat awam bagi menyambut aidilfitri pada tahun in dan sumbangan kepada dedikasi mereka dalam melaksanakan projek pembangunan negara. 

 

Kerajaan Selangor lagi hebat , beri Bonus Raya 2 Bulan Gaji Kepada Warga PKNS – Menteri Besar Selangor


**Nampaknya tersenyum lebar semua penjawat awam di Malaysia selepas ini. Apapun berpada padalah menyambut Aidilfitri . Jangan sehingga membazir kepada benda benda yang tidak perlu. Utamakan yang penting dahulu. Jangan membeli ikut nafsu.

9:17 PM | 1 comments | Read More

Jadual Kiraan Gaji SSM 2012 Gred DG41, DG44,DG48 dan DG52

Written By HAZRIL HAFIZ on Tuesday, June 26, 2012 | 12:38 PM

cara kira gaji sistem ssm, pelarasan gaji baru kakitangan awam 2012,gaji polis 2012, gaji tentera 2012,pekeliling ssm polis, pekeliling ssm tentera, jadual gaji terkini struktur gaji SSM , pelarasan gaji SSM, pembayaran gaji SSM, SBPA Batal, jadual gaji terkini SSM, jadual gaji ganti sbpa, jadual gaji ssm, jadual gaji kakitangan awam 2012, jadual gaji 2012, jadual gaji ssm 2012,gaji skim saraan malaysia, skim saraan malaysia baru ,pekeliling gaji penjawat awam, pekeliling perkhidmatan ssm 2012, cara kira gaji ssm 2012,


Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib telah mengumumkan pemansuhan Skim SBPA untuk penjawat awam yang telah diperkenalkan sebelum ini dan telah digantikan dengan penambahbaikan dalam Sistem sedia ada iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM)

Antara pelarasan dan penambahbaikan dalam SSM:

  • Kenaikan sebanyak RM80 hingga RM320 setahun bagi Gred 1 hingga Gred 54(KGT).

  • Manakala kadar kenaikan gaji tahunan bagi JUSA dan ke atas adalah kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

  • Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan GRED 1 hingga GRED 54

  • Pelarasan dibuat adalah berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Anda juga boleh rujuk pekeliling yang dikeluarkan untuk muat turun :

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 (kenaikan gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah SSM)

  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012( Kenaikan Gaji Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia Dibawah SSM )

  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012  -Kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA)

Dan Jadual Pelarasan adalah seperti dibawah :

  • Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred 1 – 54) ialah 13%

  • Kumpulan Gred Utama C,B,A ialah 9%

  • Gred Turus 2 dan 3 ialah 8%

  • Gred Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara ialah 7 %

Untuk sistem pengiraan , laman web JPA telah menyediakan sistem yang akan mengira gaji anda secara automatik. (KLIK PADA GAMBAR)

image

KLIK UNTUK PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI

Cara Pembayaran :

Bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012. Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing. Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula.

12:38 PM | 0 comments | Read More

Pilihan Temuduga SPA Pada Waktu Malam Atau Hujung Minggu

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, June 07, 2012 | 9:23 AM


http://www.mot.gov.my/Resources/RelatedLink/BPSM-SPA.png

Calon calon yang dipanggil untuk temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam kini boleh memilih untuk menghadiri temuduga pada waktu malam selepas waktu bekerja bagi. Calon calon boleh membuat pilihan sama ada ingin ditemuduga pada waku malam atau hujung minggu. Sila baca siaran akhbar dibawah untuk makluman lanjut. 



**************************************

PUTRAJAYA – Semua calon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam akan diberi pilihan untuk menjalani sesi temu duga sama ada pada waktu malam atau pada hujung minggu dalam masa terdekat.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam (gambar kecil) berkata, pendekatan baharu tersebut antara penambahbaikan yang dilakukan oleh pihaknya sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

Beliau bagaimanapun berkata, calon yang mahu berbuat demikian perlu memaklumkan kepada SPA selepas menerima surat tawaran menghadiri temu duga.

“Ia bertujuan memberi kemudahan kepada calon memilih waktu temu duga mengikut kesesuaian mereka kerana ada antara calon mengalami kesukaran untuk ditemu duga pada waktu pejabat,’’ katanya pada majlis pertemuan dengan media di sini semalam.


sumber :KOSMO
9:23 AM | 1 comments | Read More

Iklan Pengambilan Graduan Untuk Berkhidmat Sebagai Pegawai Angkatan Tentera Malaysia

Written By HAZRIL HAFIZ on Saturday, January 21, 2012 | 11:56 AM

permohonan pegawai ATM, pengambilan pegawai ATM, syarat permohonan pegawai ATM, pegawai Angkatan Tentera Malaysia, syarat kelayakan, cara memohon pegawai ATM , pegawai ATM lepasan SPM dan Ijazah,muat turun borang pengambilan pegawai ATM ,

image

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PENGAMBILAN GRADUAN UNTUK BERKHIDMAT DALAM

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysiayang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

SEKSYEN A - SYARAT KELAYAKAN AM

2. Jantina:

a. Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM) – Lelaki sahaja

b. Perkhidmatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) – Lelaki dan wanita

3. Umur:

Tidak melebihi 27 tahun pada 1 Mac 2012.

4. Fizikal:

a. Tinggi minimum: 1.62m (Lelaki)/ 1.57m (Wanita).

b. Berat minimum: 47.5 kg (Lelaki)/ 45.0 kg (Wanita).

c. Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja): 76sm.

d. Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

5. Taraf Kesihatan: Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata  dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE).

6. Kriteria Pemilihan: Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit Kelayakkan Akademik, Ujian Kepimpinan, Ujian Fizikal dan Prestasi Temuduga. Kecemerlangan dalam bidang sukan akan diberi keutamaan.

SEKSYEN B – SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

7. Kelayakan Akademik:

a. Lulus SPM ATAU kelayakan setaraf dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.

b. Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK) 2.70 ke atas dan memiliki kelulusan di dalam jurusan yang diperlukan seperti berikut:

(1) Tentera Darat Malaysia

(a) Kejuruteraan dan Arkitek

i. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (Kepujian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Ukur & Geomatik (Kepujian)

iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Persekitaran (Kepujian)

iv. Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian)

v. Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian)

(b) Pengurusan Dan Perniagaan

i. Ijazah Sarjana Muda Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran (Kepujian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)

iii. Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)

iv. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Mass (Perhubungan Awam) (Kepujian)

v. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel & Katering (Kepujian)

vi. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatan Makanan

vii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Seni Kulinari

viii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian)

ix. Ijazah Sarjana Muda Knowledge Management (Kepujian)

x. Ijazah Sarjana Muda Facilities Management (Kepujian)

xi. Ijazah Sarjana Muda Pengangkutan (Kepujian)

xii. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial (Kepujian) Kajian Jenayah

(c) Sains Sosial Dan Kemanusiaan

i. Ijazah Sarjana Muda Perhubungan Dasar Luar Negara (Kepujian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Psikologi & Kaunseling (Kepujian)

iii. Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian)

(d) Lain-lain Jurusan

i. Ijazah Sarjana Muda Sains Statistik (Kepujian)

ii. Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)

iii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Remote Sensing

ix. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Kepujian)

v. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL/TESOL (Kepujian)

vi. Ijazah Sarjana Muda Bahasa Asing (Jepun/Arab/Perancis/Rusia/Sepanyol) (Kepujian)

vii. Ijazah Sarjana Muda Digital Forensic (Kepujian)

viii. Ijazah Sarjana Muda Veteriner (Kepujian)

(2) Tentera Laut Diraja Malaysia

(a) Ijazah Sarjana Muda Senibina (Kepujian) Kapal

(b) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Aktuari

(c) Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang(Kepujian)

(d) Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik (Kepujian)

(e) Ijazah Sarjana Muda Kejurteraan (Kepujian) Teknologi Minyak dan Petroleum

(f) Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Teknologi Tekstil/Senireka Tekstil

8. Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) : Calon-calon yang memiliki Ijazah dari Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan dan luar negara perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan dari JPA melalui Laman Web JPA -www.jpa.gov.my

SEKSYEN C – PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

9. Perlantikan. Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan.

10. Pentauliahan. Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

11. Gaji. Berdasarkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA - ATM) yang sedang berkuatkuasa.

CARA PERMOHONAN

12. Dokumen Diperlukan. Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

a. Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.

b. Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.

c. Salinan Transkrip Akademik.

d. Salinan Sijil SPM/SPMV.

e. Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.

f.  Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

g. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan bapa.

h. Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.

i. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).

j. Sekeping gambar berukuran pasport.

k. Sampul surat Pos Ekspres berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.

13. Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat:

Markas Angkatan Tentera Malaysia

Bahagian Perkhidmatan Anggota

Cawangan Tenaga Kerja

Kementerian Pertahanan

Jalan Padang Tembak

50634 KUALA LUMPUR

(Untuk Perhatian: Sel C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen–dokumen seperti di atas. Calon-calon juga boleh memohon melalui laman web www.jobsmalaysia.gov.my atau www.jobsperak.com

14. Maklumat Permohonan: Sila berhubung dengan pegawai pemilih seperti berikut:

  1. Mej Abdul Hamid bin Maarus - 03-20712382
  2. Kapt Ezril Redzuan bin Hj Zainudin TUDM – 03-20714526

Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714524

            Kapt Mohd Izham bin Ahmad Rashidi – 03-20712387

  1. Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391
  2. Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
  3. Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235
  4. Email: ctk.mtk@ mod.gov.my

15. Tarikh Tutup Permohonan : 31 Januari 2012

Maklumat Penting:

Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan untuk jawatan di atas. Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Artikel di atas disediakan oleh Myadha . Juga disediakan di Scribd untuk dimuatturun. Klik Iklan Pengambilan Calon Lepasan SPM Untuk Dilantik Sebagai Pegawai Kadet Universiti an Nasional Malaysia UPNM 2012

11:56 AM | 2 comments | Read More

Cara Memohon Dan Syarat Memohon Duit Bantuan RM500

Written By HAZRIL HAFIZ on Friday, December 09, 2011 | 9:19 PM

KERATAN Kosmo! 1 Disember 2011.


KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

"Ini merangkumi individu yang berkahwin; ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara," kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan semalam.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.

Kementerian itu juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta akhbar.

Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, Jabatan Penerangan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDNM.

Katanya, permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.

 

Macammana nak memohon bantuan RM500? klik pada salah satu pautan dibawah untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan kerajaan  RM 500:

 


sumber  : KOSMO

9:19 PM | 0 comments | Read More

Gaji Kakitangan Awam Naik 7 Hingga 13 Peratus Tahun Depan

Written By HAZRIL HAFIZ on Thursday, December 08, 2011 | 8:18 PM

Sumber dari MstarOnline

PUTRAJAYA: Kakitangan awam akan menikmati kenaikan sebanyak 7 hingga 13 peratus di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuat-kuasa 1 Januari depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, kenaikan bagi kakitangan kerajaan itu dibuat berdasarkan empat prinsip iaitu hierarki, bakat dan pengalaman, jawatan dan bidang kepakaran serta prestasi.

Katanya, sekiranya terdapat beberapa pegawai kerajaan tidak menepati prestasi dikehendaki, mereka tidak akan mendapat sebarang kenaikan.

Prestasi kerja di kalangan pegawai kerajaan akan dinilai menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

"Sebagai contoh, seorang doktor dengan gaji di antara RM4,431 dan RM6,439 kini layak mendapat gaji di antara RM4,520 dan RM8,840.

"Namun, gaji doktor tersebut tidak akan diubah serta-merta kepada gaji maksimum yang baru sekiranya dia memperoleh pendapatan sebanyak RM6,439 buat masa ini," katanya.

Jelasnya, doktor tersebut akan memperoleh gaji sama dan terus mendapat kenaikan sehingga RM8,840 (37 peratus lebih tinggi berbanding gaji terdahulu) walaupun sebelum dia dinaikkan ke gred seterusnya.

Sementara itu, bagi pekerja am, beliau berkata, jika seorang pemandu memperoleh gaji di antara RM1,222.51 dan RM1,882 di bawah skim sedia ada, pendapatannya akan meningkat kepada RM1,245 dan RM2,965.

 

MAKLUMAN : Penjawat awam mempunyai masa selama 15 hari untuk memilih Skim Saraan Baru Perkhidmatan atau kekal dengan Skim Saraan yang sedia ada. Maklumat lanjut boleh baca di

Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM

 

sumber

8:18 PM | 0 comments | Read More

Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012

4:28 PM | 0 comments | Read More

Labels

TERKINI (173) ARTIS (116) TIPS BERGUNA UNTUK ANDA (85) DEDAH (74) FACT (70) DIARY (69) politik (69) INFO (66) Video (65) BERITA SUKAN (63) GOSIP TERKINI (44) HIBURAN (44) RENUNGAN (38) DESIGN (35) BLOG REVIEW (33) PRODUCT REVIEW (32) PENDIDIKAN (29) PANDUAN (28) tutorial (27) MAKLUMAN (26) TIPS BLOGGING (21) EVENT (20) Gadget (17) AGAMA (15) PERMOHONAN (15) HEADER DESIGN (12) CINTA (11) STATISTIK BLOG (6) SITEMAP (1)