
“Dah umur 20 pun , perangai macam budak budak” ataupun ayat “ Dah tua bangka nak masuk 25 tahun pun, perangai tak reti nak ubah lagi” .

“Dah umur 20 pun , perangai macam budak budak” ataupun ayat “ Dah tua bangka nak masuk 25 tahun pun, perangai tak reti nak ubah lagi” .




Hye hye KEDAH!! Bye bye Shah Alam. Autopublish entry. Masa entry ni dipublish, aku dah berada dirumah di Kedah. Alhamdulillah masih lagi bernyawa sehingga ke harini untuk menyedut kebaikan didunia untuk dibawa ke akhirat. Dan masih lagi boleh bernafas menyedut udara segar kurniaan Tuhan yang tiada tandingannya. Amboih pendahuluan aku bukan main lagi kan? Malam ni,semasa aku type entry ni, malam last aku kat Shah Alam ni before nak balik ke kampung. Eksaited ni nak balik kampung. Tipu la sapa yang tak rasa happy kan nak balik kg. Itu tak normal. Tiba tiba lagu raya Kepulangan Yang Dinanti by Amansyah bergema dalam kepala aku menambahkan lagi keeksaitedan aku untuk balik. Ohh indahnya~~
Balik kampung bermakna kehidupan aku sebagai blogger tegar pun akan mula la melemau dan melemah sebab di kampung tak ada internet. Tak tau la macammana aku nak menempuh ranjau hidup kesunyian tanpa internet nanti. Tula ada broadband tak mau bayar padan muka. Rumah sewa kat Shah Alam ni takpela guna wifi. Balik kampung nanti memang jadi gila la aku kebosanan.
Mungkin aktiviti berblogging akan dikurangkan selama sebulan aku cuti semester nanti. Nak update pun mungkin 2,3,4,5,6 hari sekali. Bukan 5hari sekali macam sekarang. Itu pun kena taip buat siap siap entry dalam Window Live Writer then ke kedai mamak yg ada wifi, publish. Tapi dalam entry ni aku bukan nak cerita aku offline ke apa ke. Bukan ada orang berminat dan nak ambil tahu sangat pun kan kalau aku tak blogging pun. Just nak cerita pasal blog photography yang aku dah siapkan dalam seminggu lepas. And officially and publicly opened hari ni.
Blog HafizRahmanPhotograpy ni adalah blog kedua selepas HRDESIGN yang mengumpulkn koleksi photo yang aku buat editing sendiri. Kalau di HRDESIGN, ada koleksi design header, tapi di HRPhotography ni cuma photo editing je. Masih dalam proses nak belajar mengedit gambar gambar . Boleh ushar antara koleksi yang dah ada dalam tu.
lain lain available di HafizRahmanPhotography Blog. So ada komen tak gambar gambar di atas dan yang lain lain? Aku tau macam agak buruk je kan aku edit. Masih lagi di peringkat awal lagi.baru belajar dapatkan idea idea menarik ni. hehe. Banyak lagi kena improve.
**selamat bercuti kepada yang sedang bercuti semester. Please do come again dan baca entry lama lama. Banyak info dan maklumat aku dah sediakan dalam blog ni. takut tak terbaca je nanti. Stay tuned and jumpa lagi nanti. Off to KEDAH!!
SYDNEY – Seorang wanita, Renee English merakamkan gambar yang menunjukkan dua imej kanak-kanak sedang berjalan di sebuah tanah perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia, lapor akhbarDaily Telegraph semalam.
Semasa dia merakamkan gambar itu, tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.
…
gambar kedua dua budak tersebut . Why yang kanan tu nampak scary haa?
Imej itu kini menjadi perdebatan hangat sama ada mereka ialah kanak-kanak yang meninggal dunia 60 tahun lalu.
Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon.
Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.
Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut.
“Apabila memuat naik gambar kami (dia dan keluarganya), melihat kanak-kanak itu. Semua bulu roma saya kemudian berdiri dan saya berasa seram sejuk.
“Saya tidak dapat tidur dan saya tidak akan melihat filem seram lagi,” katanya.
Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.
- Agensi
Laporan asal Dailytelegraph
**memang betul betul real gambar ni. Tapi kita tak tau sebenarnya apa motif wanita ni sebarkan gambar tersebut, Mungkin beliau nak populariti segera. Kan dah berjaya. Satu dunia dah sebarkan .Free free je popular satu dunia. Aku nak try buat jugak la nanti. Tangkap gambar, suruh adik aku jalan kat hujung sana tu. Pastu claim masa tangkap gambar tu betul betul tak ada orang lalu. Just as easy as that nak tipu masyarakat kan?
Ini serius ni, Blog Serius Obefiend kena hack? Betul ke tidak ?.Mungkin ianya satu trolling semata mata atau mungkin memang hackers ni nak try security blog dia ok ke tak. Tapi kalau dari gaya hackers tersebut meninggalkan kesan, memang betul la Blog Obefiend kena hack . Dalam pesanan yang dipublish pada jam 9.22 pagi tadi, hackers tersebut iaitu -=C0D3BR34K=- meninggalkan pesanan kepada admin . Tapi ada jugak pengomen dalam blog tu yang cakap ini semua konspirasi Obefiend. haha. Dah kena hack pastu kena lagi. Tapi memang betul la dia kena hack:
Pesanan hackers tersebut :
aku rasa dia bernasib baik sebab hackers ni bukan dari kalangan hackers yang celaka nak merosakkan web seseorang. Cuma nak cuba try test je security blog ni. Obe ni pun bilanya tah dia nak tukar pakai hosting and domain sendiri. Maybe lebih secure dari menggunakan perkhidmatan free. Tapi ni la hackers paling bersopan santun dan beradab aku pernah jumpa . Mungkin dulu dia sekolah pondok kot. Ada kaitan ek?
Dan antara komen yang buat aku nak tergelak.
haha ini mesti haters Obe ni.